Memaparkan catatan dengan label satu musibah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label satu musibah. Papar semua catatan

Rabu, 5 Januari 2011

SEORANG TUA GELADANGAN




Al kisah seorang tua geladangan
mati dilanggar kereta atau pun lori
tidak ada siapa pun yang mengetahui
kakinya  patah  tengkoknya terkulai
darahnya  membuak membasahi bumi
ditengah kesibukan jalanraya di pagi hari
tubuh terbujur kaku nadinya pun terhenti.
Kini tiada siapa pun yang sudi memikirkan
pasti ada cerita tersendiri yang tersembunyi
Bagaimanakah  geladangan boleh terjadi begini?
adakah bergaduh dengan ibu atau pun isteri
atau teman segeladangan membiarkan
ada masallah atau pun  tekanan sakit jiwa
ataupun balasan tahana kepada keluarganya?
Inilah satu pengajaran yang patut kita renung bersama...


Oleh: Nurimanja,
Padang Kota. Pulau Pinang
Tarikh:    30  September, 2010




Isnin, 23 Ogos 2010

BANJIR BESAR MELANDA PAKISTAN




Hampir 13.8 juta rakyat pakistan,
kini terjejas segala pegerakan kehidupan
mengatasi bincana tsunami di lautan Hindi
begitu juga bumi kashmir dan lautan Haiti 2005
musibah mengambarkan kegerunan ketentuan Ilahi.

Hampir AS1. billion telah disedia,
kerosakan segala keperluan infrastruktur
membuat bumi Pakistan menjadi lumpuhluluh
penyakit berjangkit akan bermaharajalela nanti
dijangka ribu umat manusia mengalami marabahaya.

Renugan pengajaran musibah ini,
agar diberi hikmah negara yang selamat
jangan cuba membuat onar mencipta bencana
sepatutnya kita bersyukur kepada Allah yang Esa
namun,negara kita kini masih terpelihara dari mala petaka.

Oleh: Nurimanja,
Catatan pagi ahad,
sama  22hb, Ogos 2010.