Isnin, 23 Ogos 2010

BANJIR BESAR MELANDA PAKISTAN




Hampir 13.8 juta rakyat pakistan,
kini terjejas segala pegerakan kehidupan
mengatasi bincana tsunami di lautan Hindi
begitu juga bumi kashmir dan lautan Haiti 2005
musibah mengambarkan kegerunan ketentuan Ilahi.

Hampir AS1. billion telah disedia,
kerosakan segala keperluan infrastruktur
membuat bumi Pakistan menjadi lumpuhluluh
penyakit berjangkit akan bermaharajalela nanti
dijangka ribu umat manusia mengalami marabahaya.

Renugan pengajaran musibah ini,
agar diberi hikmah negara yang selamat
jangan cuba membuat onar mencipta bencana
sepatutnya kita bersyukur kepada Allah yang Esa
namun,negara kita kini masih terpelihara dari mala petaka.

Oleh: Nurimanja,
Catatan pagi ahad,
sama  22hb, Ogos 2010.


40 ulasan:

nurimanja berkata...

KISAH PARA AMBIA CR. SIRI 13. DISUSUN SECARA BEBAS. OLEH NURIMANJA, BERTAJUK ; HAJAS DAN BEDAWI PUASA SUNAT.
___________________________________


Pada satu hari, Hajas menjemput Bedawi makan tengahari dirumahnya. Bagaimana dailog keduanya dalam cerita ini:

Hajas ; Ya syaid! Bedawi, mari makan kenduri tengah hari di rumah saya,
Bedawi ; Aku hari ini berpuasa sunat, minta maaf sajalah.
Hajas ; Jamuan kenduri ini bukankah afdal?
Bedawi ; Mengadap Allah itu lebih afdal lagi.
Hajas ; Aku dengar nabi kata musim panas puasa sunat tidak digalakan?
Bedawi ; Sebenarnya aku takut daripada api yang lebih panas lagi...
Hajas ; Nabi kata puasa sunat boleh di selang sehari, hari buka , esok puasa.
Bedawi ; Tetapi, adakah engkau tahu, aku akan hidup esok hari?
Hajas ; Kalau begitu baiklah engkau beribadatlah terus, tiada rezeki..
Bedawi ; Sebenarnya rezeki seorang itu semunya ditentukan Allah SWT.

Pengajaran;

Tiap orang ada pendiriannya tersendiri, jika dikira betul, lakukanlah dengan niat ihklas.
bukan kerana menunjuk atau seorang yang kuat beribadat. sesungguhnya waamalan binniati, tiap amalan itu dengan niatnya. orang yang mendekatkan diri dengan Allah, orang yang banyak berpuasa sunat.

nurimanja berkata...

CERPEN SIRI 1 BERTAJUK : BILA TIBA WAKTUNYA OLEH:NURIMANJA .__________________________________

LAMA dai termenung, setelah surat itu dibuka dan dibacanya. Bintik-bintik peluh halus tumbuh bergeregih di gigi rambutnya yang telah bercampur aduk hitam dan putih di selang seli dengan rambut beruban itu.

Mukanya jadi merah. Giginya yang tinggal sebatang dua lagi itu memgigit bibir. Kening dan dahinya berkerut-kerut. Digengamnya surat itu sekuat hati hingga menjadi terperunyok seperti bola kertas.

Isterinya sedang membawa secawang kopi untuk minuman petang. Tiba-tiba terhenti, Kemudian pelahan-lahan dia meletakkan minuman itu di atas meja di sisi suaminya. Dengan pelahan dia berkata.

“Kenapa Bang?” Tanya isterinya ingin tahu.
Dia tidak menjawab. Seolah-olah dia sedang berhadapan dengan anak lelakinya yang sedang dimarahi itu.

“Abang! Minumlah kopi ini dahulu.” Pujuk isterinya, sambil mengangkat kembali cawang kopi itu dengan penuh hormat menghulurkan kepada suaminya.

Dia menyambut cawan kopi itu, kemudian digagahinya menghirup barang sedeguk, untuk membasahi rengkongnya, ternyata keenakkannya tidak seperti hari-hari yang lalu sebelum dia menerima surat dari luar negara itu.

“Surat siapa itu bang?” Tanya isterinya lagi, kelembutan suara isterinya memang tidak pernah berubah sejak dia berkhawin lima puluh lima tahun dahulu. Suara itu selalu melemahkan hatinya. Kekadang cukup menyenangkan.

“Ya bang! Surat siapa tu bang?”
“Anak awak!” jawabnya
“Darimana bang?”
“London,”
“Taip ia bang?”
“Emmm!”

Dia membuka gemgaman, surat yang telah terperonyok menjadi bebola kertas itu lalu jatuh tergolek di atas lantai di hujung kaki suaminya. Isterinya mengambil dengan seger dan memperbetulkan kembali surat yang telah pun terperoyok menjadi bola kertas itu.

“Surat Taip?”
“Ya Taip!”
“Apa katanya bang?” Tanya isterinya ingin tahu. Begitulah isterinya seorang perempuan dusun yang tidak pandai membaca dan menulis, selalu sahaja merendah diri.

BERSAMBUNG.

Nabil Quldi berkata...

AKU MAHU TAPI KEKOK

Ingin sekali ku temu kau.
Banyak yang inginku bicara.
Banyak yang inginku tanya.
Ingin ku ajak kau keluar bersama.
Supaya kita boleh berkongsi Selepas itu bertukar-tukar cerita.

Tapi entah mengapa,
Di setiap pertemuan pendek kita
Yang hadirnya tak disangka,
Cuma sunyi yang menyapa,
Cuma sepi yang bersuara.

Hanya senyum singkat ku
Dadi pengantara yang berbahasa,
Mengeluarkan kata-kata
Walaupun ungkapnya tiada.
Hanya senyum singkat mu
Jadi petanda bahawa kita
Pernah rapat di suatu ketika.
Dan kemudian kita berlalu pergi.
Kau ke kanan aku ke kiri.


Nabil Quldi
ini cerita kisah cinta pertama sy.. maaf jiwa2 sikit? hehe

ANJ berkata...

Hang pun dah pandai jual minyak nabil? Bekerja ke masih belajar? Dalam kelas dulu pun hang sudah menikus, sebab itu selalu dapat curut, tapi satu hang memang bagus setiap hari suka tolong en nuri. Dulu hang kata duk Sunga Petani?
Hang balik penang pula ke.

Sajak hang kali ini ada penyakit jiwa-jiwa sikit, macam cerpen terkorban juga, tapi hang nampak macam takut, x akan perempuan nak mula dulu, depa tetap mahu, tetapi malu. Hang ini aku tahu nabil, masih lagi duk buat perangai tiga suku. Siapa tak kenal hang dalam kelas orang kuat yang suka bantu kerja cikgu. Dulu en nuri selalu pening dengan hang, bila suruh, belum dengar betul, hang dah lari pergi. Suruh ambil lain yang lain pula hang bawa, nama hang siapa yang bagi gelaran? Patut bubuh nama Nabil Panglima Kalut.

Hari ini Qalam Mutiara cuti kena selsema. aku pula cuba ulas pi.

AJK berkata...

Khatib akui tak sebut nama Seri Paduka

2010/08/23
GEORGETOWN: Khatib yang mencetuskan kontroversi dengan mendoakan Ketua Menteri, Lim Guan Eng dalam doa khutbah kedua solat Jumaat, Zakaria Ahmad di beberapa masjid di negeri ini mengakui tidak menyebut nama Yang di Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal
Abidin dalam doa berkenaan.

Zakaria yang juga adik kepada Mufti Pulau Pinang, Datuk Hassan Ahmad memberikan alasan bahawa doanya yang mensejahterakan semua pemimpin dalam doa khutbah kedua Solat Jumaat juga termasuk kepada Yang di-Pertuan Agong.

Dalam pada itu, Zakaria mengakui bahawa tindakannya memasukkan nama Guan Eng dalam doa khutbah kedua solat Jumaat dilakukan sejak tahun lalu, bukannya baru-baru ini saja dan menganggap kekecohan berlaku akibat kepentingan politik sesetengah pihak. (sedutan BH)

Biar betul bulan puasa ini, kalau sudah setahun x akan hari ini baru nak melinting? Dulu pun Guan Eng dekat tapak pesta sungai nibung jadi jembutan penceramah utama dalam ceramah perdana, kemudian baru mahput, seorang lagi dari pkr.

Jadi betullah apa yang dikatakan Pengersusi MCA, bangsa kita guna agama untuk pengaruhi sokongan bangsa sendiri? Senang saja masa baca khutebah, waktu sebut nama kawan itu, kita pakat telangkup tapak tangan tanda protes. (esok sambung)

Comel berkata...

wah! bgus bedawi ni....

Brader Joe berkata...

eh! puasa selang sehari plak? boleh ker? hehe

Sharifah berkata...

pandai bedawi ni dia dpt jawab semua pertanyaan hajas...

Danial berkata...

ade chemistry antara hajas dgn bedawi ni?

Ezad Emir berkata...

eh! boleh ke puasa selang sehari plak?? xpnh dgr plak?

Mozaire berkata...

padan muka hajas! hahaha bedawi pandai jawab...

Ghulam Rasul berkata...

sambung lagi kisah2 ambia best jgk baca..

Nas Hayah berkata...

bgus kisah2 ambia ni byk pengarajaran.

Petualang Tiga berkata...

puasa sunat selang sehari??? xpnh dgr plak?

Kota Gersang berkata...

slumber je bedawi ni dpt jawab semua pertanyaan hajas...

Surya Khan berkata...

huh! pakistan banjir ke??? alamak!!!

Stepen Yashoor berkata...

masyaallah.... pakistan banjir ke? mcm mana nk balik kmpung ni...

Geletek Siang berkata...

1 pakistan ke banjir?? atau ada tempat2 tertentu jer?

Husni Kola berkata...

sepatutnya USA yg ptut banjir bkn pakistan...

Ismail Harakam berkata...

mcm mana la nasib org2 di pakistan...

Ali Omar berkata...

huh! pakistan banjir??? bila plak?? aku dh lama x baca paper..

Seri Suri berkata...

selalu indonesia yg kerap banjir ni pakistan plak?

Sudin Ramlee berkata...

harap2 malaysia bebas dari banjir besar ni...

Ustaz Majusi berkata...

mmg besar jgk dugaan Allah bagi banjir masa bulan puasa plak?

Golok Buta berkata...

ade x tabung utk menderma mangsa banjir di pakistan x???

Mufti berkata...

la..zakaria ni adik mufti penang ke???

Olie Pajutdy berkata...

mcm2 dunia skrg ni ade plak mendoakan org bkn islam dalam masjid plak?

Jalil Janggut berkata...

huh! guan eng di agungkan plak skrg? pelik btol...

Bulan Terang berkata...

smua dok giler politik sampai guan eng pun jadi mangsa dorg...

Suara Rakyat berkata...

bulan2 puasa pun masih nk buat pasal lagi pembangkang ni...

dam catur berkata...

wah! sajak bru plak??? kisah kemerdekaan lagi ke en nuri?

Budak Rap berkata...

hbis jgk cerpen ah guat? hehe pnya lama dorg sembang. eh! ade cerpen baru plak??? mcm best jer...

Pedang Kesatria berkata...

huh! anak di london?? mcm cerita pasal saya je en nuri....

Pangeran Indera berkata...

anak dia dok london kwin org sana ke ayah dia marah sgt?

Tetamu Malam berkata...

mngkin dia nk tukar agama kot??? sbb tu ayah dia marah sgt..

Dayang berkata...

kenapa dia marah sgt tu??? anak dok london xkn nk marah jgk?

Ku Dania berkata...

huh! suspen jgk sampai dia konyok surat? marah sgt tu...

Abul Hassan berkata...

dia marah sgt sbb anak dia kirim surat kata xjd balik raya kot?

Angker 13 berkata...

selamat bini dia tegur dia x mengamuk plak? hehe

Guest berkata...

dia marah sbb anak dia xjd balik malaysia kot???