Isnin, 2 Ogos 2010

ISTERIKU TERLALU BANYAK TUGAS



Kasihan dari pagi sampailah ke malam hari,
isteriku dibelengui tugas routine rasminya,
dialah jaga dan pengawal keselamatan kami
dialah juga pengurus di segala  jabatannya
penyambut tetamu dan tukang masak kami
tukang sapu, tukang cuci, dan tukang kebun
juga, pegawai pendidikan dan kebajikan am
kekadang menjadi doktor dan jururawat pula,
merawat dan memereksa ada keluarga sakit.
disamping pengurus ekonomi rumah tangga.
Kalau begitu keadaan biarlah aku yang sakit,
jangan isteriku sakit nanti susah pula  jadinya
aku cuma bekerja mencari rezeki nafkah saja
aku tidak pandai mentakbir hal rumah tangga
untuk membuat itu dan ini kacau bilau jadinya
aku rasa baiklah aku dari isteriku yang sakit.
kini selalu saja  berdoa kepada kehadrat Ilahi
Ya Allah jauhkanlah segala musibah dari kami,

Oleh: Nurimanja,
waktu pagi hari sabtu
jam 9, warung salam penuh tetamu.


50 ulasan:

nurimanja berkata...

ADA TUJUH BUAH CERPEN BERSIRI DALAM SIMPANAN TELAH DISIARKAN DALAM BLOG CITRA RASA HILANG.
@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@ (H) HILANG (DB) DALAM BLOG


1. HATI ORANG KAMPUNG(B) 21. MAT BAT(H)
2, PULANG(B) 22. PAK THE(H)
3. PILU HATIKU PILU(B) 23. AH SUU NAIK ANGING(H)
4. ISTERI ANAK BUNGSU(B) 24. PERGINYA TIADA UMPAT CELA LAGI(H)
5. SEBIJI JAMBU MAWAR (B) 25. PENYEKSAAN(B)
6. KENYALANG YANG KUTINGGALKAN(B) 26. BERTEMU ROH(B)
7. LECER LECER(B) 27. WAK KARDI(B)
8. PERGINYA KEPALA PENGHUNI RUMAH PUTIH(B) 28. UTAZ GANI DG HANTU BOTAK.(B)
9. DIMATANYAN. ADA SINAR KEIMNAN(B) 29. SEORANG TUA DG WARNA SENJAKALA(B)
10. MARAH SEORANG NYONYA(B) 30. MUSNAHNYA SATU PENANTIAN(H)
11. CINTA TUKANG SAPU(B) 31. AKU MAMA TUGAS DAN ALAM-ALAM(H)
12. AK PEREMPUAN SIMPANAN(B) 32. SEBUAH MIMPI DI PETANG HARI(H)
13. CINTA GADIS KENYALANG(B) 33. PERGINYA SEORANG MUALAF(B)
14. PENGKALAN BATU(B) 34. MENCARI KETENANGAN(B)
15. MATAHRI MERAH DIREMBANG PETANG(B) 35. PERGINYA BERSAMA IGAUWAN.(B)
16. KEKOSONGANNYA TERISI KEMBALI(B) 36. KEKASIH HATI TUNANGAN ORANG(B)
17. KINI SUDAH MELAMPAU(B) 37. AKU MEMNANG TAK TAHU(B)
18. SATU BATU TANDA(B) 38. ESTATE
19. DENDAM GADIS IBAN (B) 39.
20. HATI LINAI(B) 40.

Nurimanja berkata...

CERPEN 1 MALAYSIA SIRI 1 BERTAJUK: ESTATE OLEH NURIMANJA PERAK.
_______________________________________________________________________


BERAPAKAH sangat bayaran mengambil upah memotong getah di kebun Ahh Teek itu,kalaulah tidak disebabkan ibunya yang telah tua dan selalu sakit-sakit itu, memang sudah lama dia merambus pergi meninggalkan kawasan jahanam ini.

Setelah kematian ibunya Moniandy tiada lagi tempat pergantungan untuk dia hendak mengadu, kini dia hidup sendiri mengikut untung nasibnya. Moniandy memang sudah lama berniat hendak meninggalkan tempat celaka yang sering saja mencekek kehidupan mereka dua beranak ini.

Kini Moniandy merantau di sebuah estate yang tidak jauh dari tempat tinggalnya, Dia bekerja sebagai seorang pemandu lori kelapa sawit dan buah koko. Moniandy masih ingat lagi sewaktu dia menjejakkan kakinya di estate ini. Ramasamy orang pertama dikenalinya.

Sebenarnya Ramasamy jugalah yang telah menolongnya bagi mendapatkan kerja di estate ini, Dia juga salah seorang mandor memetek buah koko di estate ini. Kerana bila Moniandy berulang dari rumahnya ke estate ini selalu saja terlewat pendaftaran nama masuk kerja pagi, Ramasamy menjemput Moniandy untuk tinggal bersamanya.

Malah Ramasamy menjadikan Moniandy sebagai anak angkatnya,Dan akhirnya sehinggalah Moniandy telah menjadi menantunya sendiri. Inilah budi baik Ramasamy bapak mertuanya yang selalu di kenang oleh Moniandy sejak akhir-akhir ini.

Malang tidak berbau, Selepas lapan bulan perkhawinan Moniandy dengan anaknya Mona berlalu , Ramasamy menghembuskan nafasnya yang terakhir dipangkuan Moniandy dan disisi anaknya Mona dan Luckmy.

Kini Ramasamy telah pergi mengikut isterinya yang telah sepuluh tahun bersemadi di tanah perkuburan orang India beragama hindu di hujung estate itu. Kini tinggallah Mona bersama adiknya bernama Luckmy yang masih mentah berusia belasan tahun itu.

“Moniandy! Jika aku tiada lagi, kau jagalah Mona dan adiknya Luckmy dengan baik-baik. Aku sangat berharap pada kau seorang sahaja Moniandy. Mona selalu saja sakit, dan Luckmy pula tidak begitu matang fikirannya.” Kata bapak mertuanya.

Kata-kata itulah masih kental bersemadi disudut hati Monindy hingga kini. Malah lewat kebelakangan ini, kata-kata itu sering saja bermain di cuping telinganya. Terasa baru semalam. Moniandy memicit-micit kening di kepalanya.


BERSAMBUNG.

Suara Pulau berkata...

ISU SEMASA SERIUS AWAS ADA UDANG DISEBALIK BATU CERITA PEMBANGKANG

Dua menteri jadi gelabah, seorang pro dan seorang kontra, cerita daripada kapal sing buat helah.


Dulu kata sakit hari ini keluar kenyataan isu perogol patut di hukum bunuh pula untuk mencari publisiti orang ramai, sepatutnya pembuat fitnah dan tojmah juga patut di hukum bunuh kerana fitnah ini lebih dahsat daripada orang
membunuh. Pemerentah sepatutnya pantau pergerakan mereka ini. dan baca tinda tanduk mereka. Demi mencari kemenangan PRU ke 14 akan datang.

Awas kenyataan bagai satu permaian menarik perhatian umum, pada masa yang sama ada demontrasi pula dilaksanakan di pulau pinang, ipoh dan kuala Lumpur malam ahad tadi menentang perlaksanaan ISA .
jika hal ini dapat sambutan daripada rakyat umum, jarum mereka berjalan lancar.

Kes Anuar ditangguhkan kerana peguamnya sakit masuk houspital terpaksa ditangguhkan lagi hingga
Ogos pula. hari ini elok pula buat kenyataan. Benar kata Mantan Dr M.. ada kes orang tertentu sengaja
pula dilewat-lewatkan, mungkin ada orang dia. Sebenarnya mereka takut jikalau si ketua kena tahan dan
pada masa yang sama PM N. akan umum pilihan raya ke 14 segera dilaksanakan. pasti mereka jadi darcamurba....

Suara Rakyat berkata...

LAGAK SI TUA BANGKA

ada akal tidak diguna
ada otak simpan sahaja
ikut apa orang kata
bagai kerbau dicucuk hidung
ditarik ke mana sahaja
masuk ke mulut buaya
terjah ke mulut naga
hilang jati diri
agama sendiri sudah terlupa
disuruh makan telan sahaja
suruh mengaji tersekat-sekat
kerongkong sudah tersumbat
halwa manis terasa kelat
lidah keras kematu
rumah dah suruh pergi
kubur memanggil-manggil
baru nak cari kopiah buruk
sejadah lama berhabuk
sibuk pakai serban
konon nak orang gelar tok guru
harap diri tu sedar
dia tua bangka...


Suara rakyat
sungai ara
17.7.2010

Qalam Mutiara berkata...

ULASAN:

Suara rakyat sajaknya kian tajam kini, kalau bola smash memang terduduk hancur berkecai, memang kalau orang cintakan agama , dia pasti marah jika ada orang cuba mempermainkan agama, jangan main sebelih orang jadi. Kerana dia rasa tercabar. mati pun tidak mengapa katanya kerana jihat.

Inilah yang orang Yahudi takut bila
disebut jihat. Sebab itu mereka cuba cari jalan mempengaruhi orang yang kuat pada agamanya, bila pengikutnya sudah tidak yakin dan percaya lagi, hancurlah agama itu. Inilah agenda musuh Allah swt. Renungkanlah..

Harimau Berantai berkata...

bgus btol bini en nuri smua dia urus! wah!

Saizul Maizav berkata...

bini en nuri mmg baik! klu bini sy plak? asyik nk balik kmpung saja? adoiyai...

Sulaiman Embong berkata...

bini en nuri serba serbi la! hebat! bkn mcm bini sy asyik berleter saja kerjanya...

Busur Berduri berkata...

bini aku lain dgn bini en nuri ape2pun bini en nuri mmg hebat!

Nahul Hidzar berkata...

bini aku klu nk dibanding dgn bini en nuri mmg jauh beza sbb bini aku kerja! tp bini en nuri mmg hebat!

Mat Noh berkata...

sama la kita en nuri isteri sy pun serba boleh jgk cuma yang x boleh menguruskan wang perbelanjaan dia agak boros...

Karim Ghani berkata...

mmg supermama la bini en nuri!!! beruntung en nuri dapat bini mcm tu... harap2 bini sy pun jd mcm bini en nuri...

Mozaire berkata...

mmg x kenal erti letih la bini en nuri ni... tahniah en nuri.... harap2 bakal bini aku mcm bini en nuri jgk.. hehhe

Sharifah berkata...

smua kerja bini en nuri buat ke? suri rumah sepenuh masa agaknya? respek kat isteri en nuri harap sy boleh jd mcm tu 1 ari nnt...

Malik Wariya berkata...

best la en nuri rilex je smua kerja isteri en nuri yg buat? bkn mcm sy bini ari2 dok klinik mlm bru jmpa... adoi...

Seri Suri berkata...

mmg mcm superman isteri en nuri xknal letih? tahniah en nuri!!!

Julia berkata...

ietri en nuri 24jam mengurus semua hal ker???? wow!!!

PENYAIR AGUNG berkata...

MALU RASANYA NAK BERITAHU? TAPI TAK APA KITA KONGSI KAN KITA SEMUA SAHABAT CITRA RASA... DALAM SAJAK ISTERI EN NURI BUANG SMUA KERJA? SAYA PLAK SEBALIKNYA? NAK BUAT MACAM MANA ISTERI BERKERJA SAYA PLAK YANG MENGURUS SEMUANYA SAMPAI KE HAL ANAK2 PUN SAYA LAKUKAN....

Geletek Malam berkata...

eh! best en nuri isteri en nuri berbakat! sy ni x thu la? sbb saya kerja isteri plak berkerja di perak? jarang berjumpa....

Mona berkata...

wah! boleh jdkan idola ni isteri en nuri... harap2 sy boleh jd mcm isteri en nuri...

Richard Sirosa berkata...

tabik kat isteri en nuri lain mcm sy bah? mona x reti masak! ar2 kena mkn luar...

Nama Aku berkata...

nnt nk suruh isteri aku mencontohi mcm isteri en nuri....

Mohamad Akmal berkata...

mak saya pun macam isteri en nuri jgk rajin dn pndai masak...

Tanpa Wajah berkata...

hmm.. bila agaknya sy nk berumah tangga? harap2 isteri sy mcm en nuri...

Guest berkata...

wah! bini en nuri rajin! lain mcm mak sy ops! hehhehee

Ambuyak berkata...

untung en nuri dpt isteri mcm ni lain plak bini sy ni? asyik mengasuh saja kdg2 rasa terabai plak?

Bob Kuli berkata...

bini en nuri mmg versertail! tahniah en nuri!

Daniel berkata...

senang ati la en nuri dapat bini yg rajin... hehhee

Zain Issac berkata...

nnt nk tunjuk kat bini aku sajak en nuri suruh dia ikut mcm bini en nuri jgk...

Bulan Terang berkata...

en nuri mmg bertuah! bini en nuri rajin menguruskan hal rumah bkn mcm sy ni bini sy 24 dgn persatuan wanita saja....

Syeikh Al Habib berkata...

en nuri mdapat bertuah isteri yg solehah.... isteri sy jgak begitu boleh sama jgk.. kita memang beruntung kan en nuri? syukran....

Badrolshah berkata...

bini en nuri mcm mak sy jgk? cuma mak saya ni ikut mood kdg2 malas kdg2 rajin? hehhe

Ezad Emir berkata...

hmm..sedih plak baca sajak isteri terkenang plak bekas isteri sy...

Comel berkata...

eh! ade cerpen estet plak?? hehehe best jgk...

Dang Anum berkata...

mula2 dh dramtik cerpen en nuri ni... best! smbung lagi...

Lelangit Biru berkata...

cerpen ni cerita sedih ke cerita seram?? mmg suspen intro cerpen ni...

Olie Pajutdy berkata...

sian muniandy bapak mertua plak meninggal..... ape jd selepas ni?? jgn bini dia meninggal sudah...

Nasruq Haq berkata...

berat jgk beban yg perlu dipikul muniandy...

Petualang Tiga berkata...

ape jd kat munaindy nnt??? cerpen ni berkisar tentang apa?? jiwa2 ker?

Mawar Harum berkata...

sdih la cerpen en nuri kali ni...

Puteri Bunian berkata...

ape la nasib muniandy ni... harap2 cerpen ni berkahir dgn gembira...

Angker 13 berkata...

adik lucmy wlpn belasan thn msih fikiran x matang?? adik dia cacat ker?

Putera Damien berkata...

munaindy ni mcm cerita yg bercakap dgn roh plak? tempat dalam estet jgk??

gelora maya berkata...

eh! mmg pelik cerpen ni? misteri plak? sbb x dapat tangkap lagi cerpen ni sedih ke seram?

Mufti berkata...

sian muniandy... ape jd kat dia lps ni??? org kmpung halau dia ker?

Bicara Bulan berkata...

menarik isu suara pulau ni.. smoga BN lbih peka dgn agenda pembangkang...

Pagok Lana berkata...

btol tu suara pulau! mmg pembangkang ni ska putar belit la...

Mega Sutera berkata...

btol! fitnah berdosa lebih besar!!!!!

Thai Tham berkata...

harap BN segera mengambil tindakan sbb jika dibiarkan takut bertambah parah....

Hamba Allah berkata...

ape2pun diharapkan ape yg suara pulau tulis ni ade pengawai BN baca....