Rabu, 25 Ogos 2010

MUNAJAT SEORANG HAMBA



Di hujung malam,
lalu berdiri
bertakbir
berrukuk
bersujud
bermunajat
kehaderatmu,
seorang hamba,
memanjat doa
setulus hatinya
minta dihendarkan
pedih sakratulmaut
segala seksa kubur
dan azap api neraka.

Tersempuh sepi,
diri atas sejadah
tangan menadah
berguguran air mata
mengharap Allah
mengampunkan
segala dosa lalu
agar Allah benarkan
menempatkan dirinya
tergolong daripada
gerombolan insan
beramalan solleh
yang dibenarkan
tenang masuk surgaMu.

Oleh; Nurimanja,
waktu mula menulis sajak, 1973.
catatan rengkas dibulan ramadan.


30 ulasan:

Hantu Gigi berkata...

TEKA TEKI

Halus itu adalah sulaman
Kembang putih bersih
Licin itu sutera batik memeluk
Tubuh yang penuh misteri
Penuh dengan teka-teki
Suci gerhana adalah malam
Pertama dalam dekat dadamu.
Sekelam malam meredam
Kertas bekas terhempas keras
Jatuh mengaduh bersimpuh peluh
Bual menyesal menjual ajal
Sendiri berdiri dihampiri ngeri
Fantasi bersaksi mengisi ilusi
Berteka-teki lagi nampaknya?


Hantu Gigi
12mlam
24.8.2010

nurimanja berkata...

_____________________________________________________________________________________________________________________________________________
KISAH DAN TAULADAN CR. SIRI 15. DISUSUN SEMULA OLEH NURIMANJA : BERTAJUK: TIGA SAHABAT JUMPA NABI
___________________________________


Pada satu hari, datang tiga orang sahabat kepada nabi Muhamad SAW ingin menceritakan hal diri masing-masing. kononya setiap sahabat itu mencari ibadat dengan matlamatnya tersendiri;

"Saya ingin berpuasa sepanjang masa kerana inginkan pahala yang banyak daripada allah swt."

"Saya tidak mahu khawin menganggu amal ibadat saya kepada Allah swt kerana tidak khusyuk. "

"Saya hendak solat sunat tahajud setiap malam kerana fadillatnya amat banyak diberi Allah swt."

Kata nabi kepada ketiga sahabat itu tadi;
"Dengar sini, aku berpuasa sunat aku berbuka, aku beribat kepada Allah aku juga berkhawin, aku
solat sunat tahajud malam, tetapi aku juga bersama isteri-isteriku ," kata nabi, mereka pun mengerti.

Pengajaran;

Setiap orang beribadat beribadat juga, tanggungjawab yang lain jangan diabaikan, tak khawin nabi
engan mengaku umat.

Beribadat itu saolah-olah kamu akan mati esok hari ,bekerjalah saolah-olah kamu hidup seribu tahun
lagi. Apa yang penting, apa yang kita lakukan mesti ada mardatillah (diredhai Allah) Amimmm..

nurimanja berkata...

CERPEN SIRI 3 BERTAJUK : BILA TIBA WAKTUNYA OLEH:NURIMANJA. __________________________________


Masyarakat bangsanya di waktu itu dalam kemiskinan amat dan cetek pemikiran tidak berpelajaran tinggi. Apa yang telah dilakukan oleh pihak penjajah terhadap negaranya, Seperti diterima sahaja semuanya baik tiada bangkangan.

Pada masa itu anak muda kampung tidak ada peluang untuk nenjadi pegawai atasan, apatah lagi untuk mentakbirkan negara, semuanya dimonopoli bangsa penjajah kulit putih ini. Rasa tidak puas hati itulah yang menyala hingga kini.

Dia sering berdoa di hujung malam, agar satu hari nanti Allah swt akan mengkabulkan doanya, semoga bangsanya akan menganti bangsa kulit putih setelah rakan-rakannya berjaya menuntut kemerdekaan.

Kini dia telah pun menyedut udara kemerdekaan .Setelah negaranya mencapai kemerdekaan partama dengan diistiharkan pada tiga puluh satu ogos 1957. Dia merasa maruah bangsanya yang dahulu telah diperbodoh-bodohkan oleh pihak penjajah telah pun terbela.

Dia amat sedar kebijaksanaan pihak penjajah mengambil hasil dalam negaranya dengan memberi hadiah dan ganjaran bantuan kepada orang-orang kenamaan dalam negeri dan persekutuan amat licik dan keji sekali.

Setelah beberapa tahun kemudian. Taip merupakan anak tunggalnya yang pertama diberi peluang oleh kerajaan melanjutkan pelajaran ke peringkat tertinggi ke luar negeri di negara orang.

Dia masih ingat sebelum Taip meninggalkan lapangan terbang Subang Jaya, untuk menyambungkan pelajarannya ke kota London, sebelum meninggalkan tanah air ini, dia sempat berpesan;

“Taip! Bila kau di sana nanti, jangan pula kau lupa kami di sini. Kita orang timur dan jagalah adap resam orang melayu kita. Berpegang kuatlah pada ajaran agama Allah dan semoga kau kembali nanti akan menjadi seorang pemimpin yang boleh diharapkan pada negara,”

Taip Cuma mengangguk-anggukkan kepalanya. Tanpa berkata sepatah kata, selepas bersalaman dia bergegas ke bilik penantian penerbangan bersama beberapa orang teman pemergiannya.

Sejak pemergian itulah, Taip kini sudah berada lebih dua tahun di luar negara, suratnya telah kurang diterimanya, malah jarang-jarang sekali dia mahu mengirim berita kepadanya, sehingga terasa malu bila ada kawan-kawannya bertanya untuk menceritakan hal Taip diluar negara.

Malah cerita Taip anak tunggal kesayangan itu,seperti cerita batu jatuh ke laut tengelam terus, tidak mungkin timbul kembali. Hati ibu bapa mana yang tidak sedih dan sakit. Atau tidak rasa tergoreh . pilu dan sayu dibuatnya.

BERSAMBUNG.

AJK berkata...

Hantu Gigi punya sajak kita minta Hantu Raya tolong terang atau buat andaian.

Kalau dia tahu, la ni dia duk tidor lagi. Sajak berbentuk teka teki seksa jugalah Kami nak cari jawaban. Tak dapat ayat teka teki memang berbelit belit macam
Ahli politik pembangkang punya strategi, bila kena dia putar ikut lain pula. Ini yang susah hendak teka. Qalam langsung tak mahu ulas, en nuri lagi susah hendak tanya, dia di bulan puasa kurang bercakap.

Sebab teka teki ini dia sendiri yang reka dia sendiri yang tahu jawapannya.Kecuali Teka teki yang memang popilar dikalangan kita khalayak. Kita tanya saja pengulas
Lain di sahabat CR. Kalau siapa tahu jawapannya. Saya pun susah nak teka, dengan ayat-ayat dan perkataan yang tak munasabah mai melompat pi, macam mana hendak tafsir. Contoh kertas bekas terhempas keras? dan lain lagi.

Nahul Hidzar berkata...

munajat seorang hamba ni bkn sajak lama ke?

Comel berkata...

menarik jgk sajak munajat ni...

Man Pendek berkata...

sajak munajat ni best tp mcm pnh baca jer...

Nama Aku berkata...

byk plak sajak ketuhanan bln puasa ni.. syabas en nuri!

Danial berkata...

smoga kita dapat ambik iktibar dlm sajak en nuri ni...

Penglipur Lara berkata...

muanajt seorang hamba?? mcm lagu je....

Harimau Berantai berkata...

alamak! baca kisah nabi ni takut plak? sbb aku msih xkwin2 lagi...

Tetamu Malam berkata...

klu x kwin nabi x mngaku umat ke?? alhamdulilah selamat sy dh kwin...

Sharifah berkata...

semua kena bahagi sama rata la nampaknya???? best cerita nabi ni...

Badrolshah berkata...

wah! jd semua kena buat x boleh dikecualikan la...

Abul Hassan berkata...

best jgk kisah ambia ni tp mcm pnh baca jer.....

Jengking Perak berkata...

3org sahabat kena balik dgn nabi.. hehe

Ungku Zubir berkata...

mna boleh nk buat tertentu sahaja? kena buat semualah...

dam catu berkata...

berpengajaran btol kisah nabi ni.... terima ksih...

Supain Sipaun berkata...

smua kita dapat iktibar dgn kisah nabi ni....

Umar Haslam berkata...

ksimpulan kisah ambia ni kena buat semua jgn pilih salah 1....

Saizul Maizav berkata...

la..dulu pnya kisah pun nk di ingat lagi ke bapak taip ni?? adoi...

Pedang Kesatria berkata...

ape la kolot pemikiran bapak taip ni x semestisnya dulu org putih jahat skrg pun sama? smua manusia lain2 perwatakan.... bini aku pun org putih org je dia terima islam...

Geletek Malam berkata...

la..biasalah skrg byk kwin campur ape la bapak taip ni...

Lelangit Biru berkata...

bapak taip ni x baik la yg sudah tu sudahlah...

Golok Buta berkata...

dendam kesumat btol bapak taip ni benci sgt dgn org putih..

Mat Noh berkata...

org putih ni bkn semua yg jahat2 segelintir je... ape la bapak taip ni...

Ibrahim Lee berkata...

sian taip nk kwin dgn org putih pun bapak x bagi...

Pangeran Indera berkata...

ape salahnya taip kwin dgn org putih? adoi..

Atuk berkata...

yg dulu biarlah berlalu jgn sampai anak cucu cicit pla jd mangsa?

Richard Sirosa berkata...

sian taip tu kempunan nak kwin dgn mat salleh... hehe