Ahad, 15 Ogos 2010

GAZA



Gaza! 
air mata berjujuran
jerit tempik ketakutan
perlu segera pertolongan
ada keluarga kehilangan segala.

Gaza!
duniamu kian kelabu
berdekat lamanya berlalu
ada peminpin datang dan pagi
wajahmu masih juga tetap sama
dihimpit penderitaan kesengsaraan

Gaza!
adakah tuhan membiarkan
atau dunia ini bisu sebenarnya
sepatut anda sendiri mesti berubah
agar kemenangan yang diharapkan
menyembelahi kehidupan di bumimu.

Oleh; Nurimanja,
catatan puisi lagenda 2009.
mengenang mangsa kerangkusan yahudi,


31 ulasan:

nurimanja berkata...

CERPEN 1 ALAYSIA SIRI 5 BERTAJUK: TERKORBAN OLEH:NURIMANJA .__________________________________

SWEE LAN bangun menghampiri tubuh itu, diamatinya lama sekali. Akhirnya dia pasti, tubuh itu adalah kekasihnya sendiri, “Ah Guatt!” Seru Swee Lan, suara itu lembut tertahan , sambil kedua tangannya hinggap di dada Ah Guat. Kemudian dia cuba mengerakkannya perlahan-lahan.

“Ah Guat! Ah Guat!!” SERU Swee Lan lagi., setelah merapatkan sadikit bibirnya ke cuping telinga Ah Guat. Bagai berbisik bunyinya, Ah Guat mulai bergerak . kemudian dia membuka kedua kelopak matanya, dia menjadi cemas.

“Siapa kau!” seru Ah Guat dengan suara yang tertahan, apabila mulutnya ditekup dengan jari- jemari Swee Lan yang halus dan lembut itu. Ah Guat terhenti dari bertanya, lebih yakin lagi dirinya dalam kesamaran cahaya bulan itu, ada bau tubuh badan Swee Lan.

Ah Guat mengawasi keadaan sekeliling, jelas sekali padanya, dia sedang berada di dalam sebuah kemah kecil bersama dengan kekasihnya. Ah Guat cuba bangun dan dibantu oleh Swee Lan, Ah Guat memaut bahu Swee Lan, kemudian mereka bersandar di dinding kemah kecil itu.

Ah Guat liar matanya memndang sekeliling. Ternyata dia berada di tengah hutan rimba, ini pasti kerja pihak pengganas komunis tadi. Di panggal tengkok Ah Guat dan Swee Lan ada tanda biru dan lebam, sesekali masih terasa sakit dan sengal-sengal .

KINI sudah hampir sebulan Ah Guat dan Swee Lan menerima latihan ala tentera dihutan rimba belantara yang tebal dan mengerunkan itu, bersama-sama dengan tujuh belas orang lelaki dan lima orang wanita dan tiga orang kanak-kanak .

Mereka menerima latihan dua puluh empat jam. Tidak berenti, kecuali makan minum dan mandi dan buang air kecil atau besar, dan tidur berjadual seperti lina-lina ayamatau pun sekejap sahaja anda akan dikejut.

Mereka terpaksa belajar bahasa isyarat di dalam hutan, bunyi burung dan binatang buas, latihan lasak ala komando, guna senjata api, bom tangan, serang hendap, lepas tawanan, menghadapi musuh,menyelam dalam lumpur,dan sebagainya. Dengan selogan kata: lagi hidup lagi nga labam.

Pada mulanya memang seksa Ah Guat dan Swee Lan menghadapinya, kerana takutkan si ketua mereka muka cengai hidung belatuk, misai melintang itu, akkhirnya mereka berjaya juga direkrupkan juga sebagai pejuang pelapis muda di dalam hutan belantara itu.

BERSAMBUNG.

nurimanja berkata...

KISAH PARA AMBIAK CR. SIRI 5. DISUSUN CARA BEBAS : OLEH NURIMANJA ; BILA NABI MAKAN SEDAP.(B)
___________________________________


Nabi muhamad SAW. pada suatu pagi baginda bertanya kepada isterinya Aisyah, "Adakah makan pagi ini?"
"Tidak ada," jawab Aisyah,
"Kalau begitu kita puasa," kata nabi.

Nabi bila dia mengetahui Aisyah masak sedap hari ini, dia akan meminta Aisyah memberi kepada jiran-jiran yang berdekatan dengan rumahnya, jika tiada isi, diminta Aisyah ditambah kuat yang banyak (mungkin sup)diberikannya kepada jiran.

Nabi juga tidak condenn atau complain makan yang tidak enak atau sedap, jika baginda rasa sedap , makan lebih sadikit.

Pngajaran;

Jika puasa sunat boleh niat di siang hari, jika tiada makan eloklah puasa, (saya dulu masa sekolah, tak ada duit berpuasa saja.) suka bersedekah, dosa-dosa kecil kita akan terhapus. jangan sekali menghina makanan, kerana makanan itu rezeki yang diberi oleh Allah SWT.

nurimanja berkata...

KISAH MESTRI siri3. BERTAJUK MATI TIGA KALI OLEH: NURIMANJA
____________________________________

Walaupun empat anaknya yang bawah daripada yang sulung telah meninggal dunia, hanya tinggal cucu saja lagi menjaga nya bila anaknya yang sulung selalu sakit kencing manis dan darah tinggi. Sewaktu itu cucunya anak daripada anaknya yang sulung mengelolakan mayat tuk ayah dengan menjemput AJk kampung dan masjid.

Setelah orang ramai datang menziarahinya,setelah dimandikan dan dikapan sebelum di kerjakan sembanyangkan mayat mereka bercadang untuk di bawa ke masjid. Dalam perjalanan mayat tuk ayah di dalam keranda itu diusung oleh orang ramai dan cucunya, mereka salah seorang terasa bagai ada benda bergerak-gerak di dalam keranda, tetapi tidak pula dihiraukan juga oleh mengusung mayat.

Dua tiga orang cucunya yang masih cerita atuk ayah mereka managis sedih akan kematiannya. Tiba-tiba belum pun sampai ke masjid untuk di sembayangkan, papan penutup keranda telah terbang, orang ramai pun terkejut ,semuanya bertempiran lari, mereka menyangkakan hati mayat tuk ayah bangun dari kerada ,ada pula mengatakan tuk ayah ada ilmu hitam dan berbagai lagi.

Nasib baiklah mengusung kerana itu meletaknya keranda itu ke atas
tanah di tepi parit, sebab takut melarikan diri. kalau dihumbannya dalam parit seksa tuk ayah.

Puaka Alam berkata...

BERHATI-HATI

ludahkan sahaja apa yang merintang,
biar puas tak dengar bisik hati,
lalu suarakan dengan lantang.
suarakan dengan kemarahan.
tapi isi tak siapa mampu menentang.
agar mereka terhantuk kuat.
lalu sedar salah siapa sebenarnya.
kerana walau aku tergesel luka,
engkau desak untuk mengemis maaf.
engkau terlalu dijinakkan.
sesekali hati kita mahu menang.
terlalu kerap mengalah
jadikan kamu raja.
ingat jika terlalu lama engkau raja
lama-lama kau kehilangan seluruh.
jadi semoga berhati-hati ya.


Puaka Alam
johor
11pagi

Qalam Mutiara berkata...

Sinosis sajak berbentuk semacam peringatan kepada sesuatu tingkah laku saseorang yang kian keterlaluan, sehingga berani mencabar segala, mungkin termasuk juga undang-undang yang ada. Begitulah andaian sajak Puaka Alam yang bertajuk perlu BERHATI-HATI . Awas jangan terlalu ghairah untuk menguasai apa saja segala yang ada, mungkin mencari kedudukan, pengaruh, dan kekuasaan , jika anda tersalah kaki melangkah ,dikhuatiri anda pula yang menerima padah dan gundah gulana. Ingatan ini barangkali mungkin sebagai pesanan cuma. Amin.

Farah Hani berkata...

hidup lagi??? brapa byk mati hidup balik tok ayah ni...

Abul Hassan berkata...

erkkk!! menakutkan dia hidup balik masa nak di sembahyang kan???

Nasruq Haq berkata...

sah! dia pengamal ilmu hitam!! susah nak mati...

Sharifah berkata...

dia tu manusia ke alien??? sampai 3 kali mati???

Ali Omar berkata...

mmg panjang umor dia sampai kali ni pun xmati2 lagi..

Sulaiman Embong berkata...

selamat dia bangun smblum sampai ke liang lahad? klu dh sampai ke liang lahad?? rasanya dorg campak je dlam tu trus lagi.... hehehe

Surya Khan berkata...

sampai anak smua mati dia x mati2 lagi????

Jalil Janggut berkata...

tok ayah ni hidup sampai umur brapa??? x mati2 pun lagi...

Mozaire berkata...

la.. sian org kmpung nk buat kenduri dia x mati2 pun lagi??? hahha

Saizul Maizav berkata...

mmg menakutkan! dia ni zombie ke??? selalu mayat hidup balik ni zombie jer...

Ummu Akilah berkata...

nabi x conden??? conden tu apa en nuri??

Geletek Malam berkata...

klu aku la bini masak sedap? rasanya aku pulun sorg jer... hehehhehe

Ungku Zubir berkata...

bgus la nabi masak sedap je bagi kat org? klu aku x snggup yela makanan sedap kan? sayang nk bagi kat org? heheh

Ustaz Zamree berkata...

bgus nabi klu skrg la?? jiran masak sedap2 pun kita dapat bau je nk bagi??? berangan je la... macam jiran sebelah umah sy la selalu bau tom yam? bihun sup? kari ayam? tp xpnh bagi pun...

Ustaz Majusi berkata...

menarik kisah2 nabi en nuri ni.. mne dpat????

Ustaz Nasarudin berkata...

wah! byk jgk en nuri pnya kisah2 nabi ni??? kenapa x buat buku jer...

Inspektor Halim berkata...

wah! mmg baik btol nabi ni... klu skrg la? xde makanan sah suami akan melenting! rasanya siap bunuh isteri lagi mcm terjadi kat dalam paper ari tu... sy siasat kes tu la...

Golok Buta berkata...

eh! nabi punya bini ada brapa?? bkn ke khadijah pun bini nabi jgk??? aisyah pun bini dia ke??? maaf tnya en nuri sy kurang paham sikit bab2 ni...

Brader Joe berkata...

susah nk ikut nabi ni? klu aku makan x sedap trus tinggal.. hehehe

Syeikh AL Habib berkata...

klu ana tiada masalah bab masakan sbb isteri ana masakan dia sedap2 belaka...

Kaki Hantu berkata...

eh! ah guat ni bkn smlm dh terbit ke?? en nuri terterbit dua kali lagi..

Mat Noh berkata...

eh! mcm pnh baca je cerita ah guat ni?? jd macam dulu jgk la en nuri terbit dua kali...

Seri Suri berkata...

eh! pasal ah guat kena tahan dan dipaksa kerja dgn ketua misai melintang ni bkn smlm pnya ker???

Ali Conan berkata...

eh! ah guat ni cerita smlm??? en nuri terbit lagi ker??????

Naga Samudera berkata...

cerita ah guat ni mcm pnh bca je smlm??????

nurimanja berkata...

CERPEN 1 ALAYSIA SIRI 6 BERTAJUK: TERKORBAN OLEH:NURIMANJA .__________________________________

Swee Lan yang dahulunya muka penuh berisi dan tubuh yang montok dan kental itu, kini mulai menurun, mukanya jadi kecut sadikit, matanya cengkung ke dalam lantaran kurang Tidur, kurang mendapat zat makanan yang diperlukan untuk seorang tubuh yang sedang naik dan tumbuh membesar itu.

Selepas latihan akhir dan makan petang Ah guat berehat sebentar di pangkal tunggul meranti tua yang mati di dalam kem itu, Bintik-bintik peluh penuh tumbuh di ruang gigi rambutnya. Baju yang dipakai kian lembab dibasahi peluh. Tubuhnya berbau hapak tengik, kerana jarang-jarang sekali dapat mandi.

Kenangan Ah Guat jauh melayang di ketika itu, dia teringatkan ibu tuanya yang telah tua dan selalu uzur itu.

“Kalau aku mati, siapkaha yang akan menjaganya nanti?” Bisik hati kecil ah Guat. Dia berharap agar jiran sebelah menyebelah rumahnya dapat menjaga ibunya dengan baik. Walaupun pemergiannya dahulu dirahsiakan dari pengetahuan orang kampung,jiran dan kawan-kawan nya.

Ah Guat juga teringatkan akan mendiang atau aruah bapaknya. Dia salah seorang tokoh dan perjuang laknak dalam kumpulan pengganas komunis itu. Dia tahu sikap bapaknya yang sadikit pun tidak rasa gentar dan takut dari ancaman, dan gerak gempur pihak perentah ke atas kem mereka.

Hingga kini dia di kenang dan angkat debagai tokoh perjuangan dan lambang kemegahan perjuangan mereka sebagai pertiwi dalam hutan rimba belantara ini. Satu hari bapaknya pernah berpesan kepada ibunya Poh Yeh;

“Ingat ini Poh Yeh! Sikiranya aku terbunuh dalam perjuangan ini di dalam hutan belantara ini nanti, Aku mahu, Ah Guat, satu-satunya anak lelaki tunggalku, bila dia berusia dua puluh satu tahun, mesti menyambung perjuanganku ini. Kalau dia engkar, ingat Poh yeh! Dia akan diburu kemana saja dia pergi, akhir sekali dia akan dibunuh oleh pengikut-pengikutku,”

Poh Yeh diam tidak berkata apa, dia terasa ancaman pengganas komunis mulai mengancam kehidupan mereka selama ini.apabila semuanya terlibat dengan pergerakan komunis di dalam hutan.

BERSAMBUNG.