Ahad, 1 Ogos 2010

JALAN YANG BERDEBU




Jalan yang berdebu,
penuh dengan kutu-kutu
menanti oleh ibu-ibu hantu
datang dengan senyap sepi
pergi dengan hati-hati.

jalan yang berdebu,
kini telah hitam jadinya
kutu-kutu tiada lagi
ibu-ibu hantu telah pergi
yang tinggal hanyalah
dau-daun kering
yang layu mati.

Oleh; Nurimanja
Mingguan Malaysia 1983.
sajak lagenda dalam memori.


18 ulasan:

Nurimanja berkata...

CERPEN SIRI KE 5 : AKU MEMANG TAK TAHU ; OLEH NURIMANJA PERAK.
_______________________________________________________________________
Siri Akhir.


SEMACAM itu juga aku dengan duniaku. Tetapi aku memang tak tahu, tak tahu apa-apa dengan dunia sastra, sesungguhnya aku tak bohong. Tetapi entahlah. Ada kuasa yang cuba menarik hatiku membaca sesuatu karya, lalu aku menjadi seronok sendiri, bila selesai menatapinya.

Pada mulanya memang aku suka baca karya sastra saja, akhirnya bertukar kepada berita dan rencana juga, Entah macamana aku terasa ketagih membacanya, bila selesai aku membaca terasa semacam satu keenakan seorang yang baru habis mengisap sebatang rokok.

Semasa aku pulang dalam bus yang sedang meluncur laju. Aku pun buka satu demi satu muka akhbar .”Eh! mana ada puisi atau cerpen hari ini?” Kata hati kecilku. Ya tak ya juga, Hari ini hari Isnin. Bukanya hari Ahad.Kenapa aku tak beli majallah tadi? Entahlah aku pun tak tahu.

Mahu rasanya aku berpatah balik ke Pustaka Kawan , tetapi bus sudah meluncur laju, malah harga tiket pun sudah aku bayar. Hai buat karut saja untuk berpatah balik. Mahu tak mahu aku pun tunduk membaca akhbar hari itu.

Satu persatu muka surat akhbar aku buka dan baca. Sebenarnya aku cuma baca tajuk-tajuk besar dan kecil saja, kalau agak menarek hatiku dan sedap selera untuk membacanya
Aku akan baca sampai habis.

Tiba-tiba aku terbaca di sudut bawah sekali tajuk kecil saja, PERSATUAN SEDENYUTRASA ingin menerbitkan majallah bulanan untuk bacaan umum . Bertambah terbeliak bola mataku. Sekali lagi aku ulang bacaannya. Ya! Ya! Persatuan aku.

Aku pun terus membaca akan isi kandungan beritanya. Sungguh-sungguh aku tak tahu. Nama aku pun tercetak sebagai ketua pengarang. Nak mampus mereka ini pandai-pandai saja.Apa aku nak buat? Aku memang tak tahu apa-apa?


Ketika itu juga aku rasa satu tamparan hebat hinggap ke muka. Malah adakalanya macam satu punya perasaan seronok pun ada, karut pun ada, aku sungguh tak sangka dan tidak menduga, dan tak tahu menahu apa-apa. Jadi kelang kabut fikiran aku diwaktu itu, semacam tidak terasa aku sedang dalam perjalanan pulang dalam bus yang meluncur laju.


TAMAT Oleh: Nurimanja 30/7/2010.

Suara Pulau berkata...

ISU SUDAH LAMA ADA BOLA LAMBUNG TUNGGU SMES SAJA LAGI (siri ke 2) Oleh; Suara Pulau.

Mereka mula rasa takut dengan bayangan-bayang penyokong mereka sendiri. kerana Najib sudah beri
ada bola smes (Ini pengalaman bukan cerita doging) Malah ada juga di pejabat PPD bagi mereka pergerakan menegak dan melintang, bagi naik pangkat jadi guru KK, PK, GP, kalau mereka berubah tetapi masih kuat juga menghentam dan menentang dasar pemerentah , ada saja yang tak kena pada mereka.

Inilah yang dikata beri susu dibalas tuba. Tetapi yang pelik dan ajaib, ramai juga guru pro pemerentah, tak kata apa, senyap, dan senyum saja. cukup baik dan berhemah. sedangkan guru-guru penyokong parti ini cukup ghairah, bawa pula Harakah ke sekolah pi tunjuk dekat cikgu ini dan tu. seperti ingin berkempen pula,
biasanya berlaku di kantin, atau mereka sesama mereka.

Ada juga yang mencabar, kalau hang tak suka. letak saja jawatan. Tak berani pula. Inilah budaya tak tahu berterima kasih. Cugan kata mereka berterima kasih dengan tuhan bukan dengan manusia. Kekadang waktu perhimpunan mereka ambil kesempatan. (kalau di Jepan kalau anda kerja dengan syarikat ubat gigi, tetapi anda pakai ubat gigi jenama lain, esok terima notis berhenti kerja. (TERBIT)

Budak Rap berkata...

HALIMAH JONGANG FATIMAH JULING

apakah tiada nama lain
mengapa mesti halimah
mengapa halimah jongang
jadi bahan ketawa
tahu siapa halimah
ibu susu siapa itu
nama cukup besar!

mengapa mesti fatimah
mengapa fatimah juling
jadi bahan kelakar lagi
tahu siapa fatimah
tahu puteri siapa itu
tahu isteri siapa itu
nama cukup besar!
kurang ajar mahu diajar
tak mahu belajar
pergi mampus!


Budak Rap
kedai mamak
20.7.2010

Qalam Mutiara berkata...

ULASAN:

Sajak seloka lagi kali dari sdra. Budak Rap tajuk macam drama Tv pulak kebetulan dengan drama Tv Namun dalam pengucapannya ada sesuatu yang agak tidak kena dan kurang menyenangkan hati sdra Budak harp. Bila kita menyebutnya teringat akan keturunan keluarga junjungan kita,terasa semacam dipermainkan pula , walaupun tanpa sedar, tetapi seorang penulis dia lebih peka, itulah kelebihan bagi seorang yang tuhan telah berikan untuk jadi penulis dan penyair. Bezanya senang saja. Orang yang biasa jumpa beras tumpah di jalan, dibiar saja.tetapi bagi seorang penulis , dia akan menilai dan
berfikir berbagai andaian datang bertanya di kepalanya. Jadi ahli fakir, berfikir satu yang baik itu ibadat. Amin!

Sulaiman Embong berkata...

isu suara pulau ni en nuri terbit lagi ker?? mcm dh baca jer???

Brader Joe berkata...

klu di jepun syarikat ubat gigi ni rasanya dh baca? en nuri terbit lagi ker?

Angker 13 berkata...

en nuri terbit isu suara pulau yg sama lagi ker?? hehehe

Olie Pajutdy berkata...

isu suara pulau en nuri letak lagi??? dh baca dh ni...

dam catur berkata...

huh! buat cerpen seronok mcm hisap rokok??? wah!

Seri Suri berkata...

wah! nama en nuri kluar paper ker?

Danial berkata...

eh! setiap ari ahad ada karya en nuri tersiar ker???

Tanpa Wajah berkata...

best tu karya tersiar dalam majalah...

Abul Hassan berkata...

patutlah en nuri x thu dari episod 1 lagi? rupanya nama en nuri kuar paper hehehe

Bob Kuli berkata...

eh! dalam cerpen ada bas meluncur laju??? mcm sajak dulu plak?

Ali Conan berkata...

sedenyut rasa?? persatuan utk sasterawan ker?

Atuk berkata...

eh! pustakawan selalu en nuri pegi ke? sy pnh berkerja di situ dulu...

Jengking Perak berkata...

eh! en nuri bermula baca tjuk2 dalam akbar lps tu trus boleh buat cerpen??? wah! hebat...

Kembara Budiman berkata...

nama en nuri tercetak jgk ke! wah! best tu nama kluar paper