Khamis, 12 Ogos 2010

MELAYUKU SUKA BERNIAGA DIPINGGER JALAN


- buat peniaga melayu gerai di bahu pingger jalan -

Nama Bandar Baru Perda, Teluk Kumbar,
terdapat ramai orang melayu minat berniaga
tetapi sayangnya  nampak semacam terpingger
kerana gerai di bahu jalan yang membahayakan.

Ada tapak niaga tetapi dibiarkan naik hutan,
malah sanggup pula keluar wang dirikan gerai
namun pelihan utama masih di pingger jalanan
bilakah waktunya  melayuku boleh jadi usahawan?

Bila ada MPPP bertindak mengeluarkan notis,
mulalah  mereka rasa gelabah tidak tentu arah
sebenarnya perniagalah yang patut dipersalahkan
kerana telah menghalang perjalanan orang awam.

Malah ada pula yang  suka mengambil kesempatan
menceroboh bahu jalan bina gerai haram untuk niaga
setengah cari untung terpijak bila gerai dibagi sewa
bukan sikit bayarannya ratusan ringgit setiap bulan.

Mengapa agaknya kisah melayuku suka dipingger?
ada wakil rakyat semacam buta mata pekak telinga,
tidak mahu tolong membantu fikir masalah perniaga
cuma dekat mengundi saja barulah nampak biji mata.

Cubalah buka sadikit mata dan peka sedikit minda
adakah  bangsa lain berniaga semacam bangsa kita?
bila ada projek buka satu taman merebut cari tapak
saolah-olah semacam tapak ini bapak mereka punya

Maka tidak hairanlah budaya bina gerai sering berlaku
kerana selama ini telah sebati dengan darah bangsaku
mereka lebih suka pilih berniaga di pingger bahu jalan
dari berniaga di kedai batu jadi usahawan dan hartawan.

Oleh: Nurimanja,
Sudah lama diperhatikan,
tidak ada tindakan sewajarnya.
begitu lemah pemikiran bangsa kita. 11/8/2010.
Bila tiba ramadhan gerai tumbuh macam cendawan.

30 ulasan:

nurimanja berkata...

CERPEN 1 ALAYSIA SIRI 3 BERTAJUK: TERKORBAN OLEH:NURIMANJA .__________________________________


AH GUAT kembali memerhati Swee Lan yang terbaring di sisinya. Swee Lan juga begitu, mereka berpandangan. Akhirnya mereka berpelukkan sekali lagi, malah lebih erat lagi dan memejamkan kedua mata mereka.

Seolah-olah mereka menanti sesuatu bunyi letupan atau ledakkan hujan peluru yang tidak mempunyai mata,
menembusi tubuh mereka berdua. Di dalam hati Ah Guat dan Swee Lan termeteri kata “Kalau ditembak mati pun tidak mengapa, asalkan kami mati bersama, mati berdua, mati terkorban kerana cinta,”

Tetapi ternyata sangkaan keduanya meleset, apa yang mereka nanti tidak pun terlaksana,malah suara ketawa dari seorang yang mungkin jadi ketua dari kumpulan yang bertopeng itu yang memecahi lubang telinga mereka berdua.

“Bagus! Bagus kawan! Kau orang berdua sungguh berani” ketawa orang itu belum berhenti.

Ah Guat dan Swee Lan membuka kedua belah mata dan memerhati ke arah orang yang ketawa besar itu. Muncung senapang patah yang hitam itu tidak lagi menghala ke arah mereka berdua.

“Janjimu tepat sekali kawan! Tetapi siapa pula gadis ini. Hem Hemm Manis yaa?” orang itu ketawa terus di perhatikan pula oleh beberapa orang lagi yang berdiri jauh sadikit dari mereka berdua.

Ah Guat cuba bangun diikuti oleh Swee Lan , sambil membongkok mereka memperbetulkan baju dan seluar mereka yang ketor sadikit itu.

“Ingat! Jangan cuba melawan….” Tetapi belum pun sempat Ah Guat bangun, satu tetakkan kerate dengan buntut senapang hinggap di pangkal tengkoknya . Ah Guat pun terhuyung hayang ke hadapan. Swee Lan menjerit cemas. Dengan pantas dia cuba menahan Ah Guat dari terjerumus ke tanah.

“Siapa kau?” Sergah ketua bertopeng itu lagi.
“Kekasih Ah Guat,” Jawab Swee Lan sambil terhuyung hayang menahan tubuh Ah Guat dari terjatuh ke tanah. Dia memeluk sekuat hatinya, di antara marah, berani dan takut.

“Kekasih …. Ha! Ha! Ha! … Bagus!..Bagus!,” kata orang itu semacam sinis.
Swee Lan memandang ketua bertopeng itu dengan penuh perasaan benci, geram dan marah.

SAMBUNG.

nurimanja berkata...

KISAH DAN TAULADAN CR. SIRI 2 DUSUSUN SEMULA ; OLEH NUIMANJA ; BERSELESIH FAHAM DENGAN ISTERI.
___________________________________


Nabi bila berlaku perselesihan faham dengan isterinya. dia akan pergi ke masjid, mengambil uduk dan mengerjakan solat sunat dua rakaat, setelah selesai hatinya pun tenang barulah dia pulang ke rumahnya.

Setelah sampai ke rumahnya dia akan memohon maaf kepada isterinya ,jika sekiranya dia bersalah atau tersalah, maka dengan senang hati isterinya akan memaafkannya.

Nabi juga tidak pernah menghina makanan, jika terasa enak nabi akan makan lebih sadikit,jika
sebaliknya, nabi cuma makan
sadikit sahaja, nabi juga makan ketika dia rasa lapar dan akan berhenti sebelum dia kenyang.(kalau boleh amal cara nabi begini, terhendar dari prnyakit darah tinggi)tengah makan sedap nak berhenti, susah agaknya.

Pengajaran:

Bolehkah kita mengamal sikap sedemikian jika berlaku perselesehan faham di antara kita sebagai sepasang suami dan isteri? Perlu diingatkan si isteri pula perlulah menyediakan masakan yang sedap sering disukai si suami, dan cubamenjemputnya untuk makan, serta memohon maaf jika salah atau pun tidak bersalah, pasti dimaafkan. Aamin.

Maisarah An Nur berkata...

MELANGKAH KE ALAM LAIN

Semalam aku melalui satu perjalanan
Kiri kanan penuh dengan rintangan
Harus aku lalui untuk ke seberang
Mencari damai dan ketenangan
Langkah pertama aku terpijak duri
Langkah kedua aku terpijak lagi
Memaksa aku untuk berhenti
Terasa mahu untuk mengundur diri

Hinggalah sampai satu persimpangan
Di kiri jalan yang bersenang senang
Di sebelah kanan yang terkorban
Membuat aku jadi tak keruan
Di hujung sana terpandang cahaya
Di sana pula tangan yang melambai
Di sini ada yang memandang sinis
Di situ seperti tempat yang tenang
Semalam aku bermimpi...
Didalam mimipi itu aku melihat aku.
Berjalan sayu tapi menuju cahaya...


Qulbai Khaisai
ketika baru sedar dari koma di hospital
7pagi


Ni sajak qulbai dia bagi kat sy suruh hntr kpd en nuri..

Qalam Mutiara berkata...

Sajak daripada Qulbai Khaisai dulu biasa bertugas mengelola blog CR ini, sebelum diganti oleh Maisarah An Nur kini. Ingin megutarakan sajaknya sewaktu koma,yang
Bertajuk Melangkah Ke Alam Lain.
(secara kebetulan tajuk sajak ini, menghidupkan kembali ingatan en nuri kepada kisah di Indonesia seorang tua yang telah mati tiga kali. – jika ada masa en nuri akan menutulis semula insyaallah)

Pengucapan sajak Qulbai ini sekadar mengingatkan semula dan berkongsi satu pengalaman dan
Pengajaran kepada mereka yang belum merasa. Sebagai satu andaian saya cuba mengulasnya. Mungkin di
Dalam hidup kita punya banyak simpang perenangnya. Ada senang , ada yang terkorban, ada yang hidup
bercahaya kembali semula kedunia, melambai para roh orang-orang yang telah meninggal, yang sinis itu pula mungkin syaitan, dan yang tenang itu mungkin syurga. Kerana Quibai menuju ke arah cahaya, maka kini bernafas kembali di dunia fana ini melihat semula mentari.

Mungkin berkat doa rastu daripada ibu papak, keluarga dan sahabat-sahabat CR , Amin!

Saizul Maizav berkata...

sajak ni mcm kena kat salam plak??? hehe temasuk awie dgn ana kondo jgk...

Mozaire berkata...

eh! salam kalau baca sajak ni malu dia? hehehe

Abul Hassan berkata...

sokong sajak en nuri ni! klu teluk kumbar boleh dikatakan 90 peratus meniaga di bahu jalan...

Karim Ghani berkata...

kt teluk kumbar mmg jd tradisi plak byk yg niaga di tepi jalan...

Jalil Janggut berkata...

eh! sajak en nuri ni mcm utk salam roti canai jer? hehehe

Nakhoda Belantara berkata...

eh! terasa plak sy baca sajak ni sbb sy pun niaga di bahu jalan jgk? hehe

Ungku Zubir berkata...

eh! ah guat ni bkn kuncu dorg jgk ke?? kenapa dorg pukul ah guat plak?

Bob Kuli berkata...

la..ingatkan dorg nk bunuh ah guat td?

Surya Khan berkata...

panjang umur ah guat? ingatkan bersepai dh kepala dia kena tembak? hehe

Kembara Budiman berkata...

eh! dorg nk buat apa dgn swee lan?? msti nk rogol ni.... hahahha

Danial berkata...

xde sapa tolong ke ah guat??? member2 dia pegi mne?

Seri Suri berkata...

rasanya swee lan msti kena rogol dn ah guat plak rasanya akan diseksa sampai mati....

Ku Dania berkata...

cerita ah guat ni mcm cerita embun yg main kat tv ari tu?

Angker 13 berkata...

mcm mnelah nasib ah guat??? swee lan sah kena rogol nnt...

Nas Hayah berkata...

sdih plak cerpen ni? mcm mnelah nasib dorg berdua...

Kembara Budiman berkata...

aku msih pening jgk sajak ni??? ni zaman jepun ke komunis????

Brader Joe berkata...

alamak! terasa plak baca psl nabi ni??? hehehe sbb aku klu salah ke x salah? tetap xkn minta maaf kat bini aku... hehehehhehe

Badrolshah berkata...

eh! bagus btol nabi minta maaf kat isteri dia plak??

Harimau Berantai berkata...

mmg nabi lelaki yg solehah btol.. klu aku x sanggup nk minta maaf kat pmpuan...

Geletek Malam berkata...

terasa plak baca cerita nabi ni? sbb sy mmg slalu akan melenting bila isteri msak x sedap? nk buat mcm mna? sy cerewet sikit...

Mona berkata...

wah! baik btol nabi... beruntung isteri nabi...

Ibrahim Lee berkata...

smoga kita dpt menjadi mcm nabi jgk slalu pemaaf kpd isterinya....

Mat Noh berkata...

susah jgk nk ikut sifat nabi ni? sy cuma ikut mkn je bila isteri msak? sedap x sedap sy telan je tp klu bab marah mmg sy xkn minta maaf...

Stephen Yashoor berkata...

nabi minta maaf kat isteri dia ke??? wah! mmg rendah diri btol nabi ni...

Malik Wariya berkata...

susah jgk nk contohi nabi sy ni klu isteri msak x sedap je sah mmg mengamuk pnyer... hehe

Nahul Hidzar berkata...

bila baca cerita nabi ni? rasanya byk lagi perlu di ubah perangai sy ni? hehe