Khamis, 5 Ogos 2010

KITA TUNGGU SAJA BOLA SMASH!




Selama ini cuma kita saja diam memekakkan telinga
baik sewaktu  di pejabat ataupun dibilik mesyuarat,
lalu sesuka hati apa saja yang mereka hendak kata,
disebabkan mulut guru besar dan pengetua terbelenggu
dan terkunci  kerana kena turut dasar pemerentah.

Hari ini dasar baru telah pun  dikuat kuasakan
siapa barcakap perlu berhati-hati, jangan sebarangan
dulu anda boleh  tunjuk lagak dan tunjuk belang
kerana kini jika tersilap cakap pasti pecah tembelang.

Inilah satunya cara bagi menghapuskan agenda
kerja hasut, tipu, putar belit, memfitnah dan tohmah
terasa sakit hati, bengang, tetapi mulut terkunci.
kini telah ada kuasa bagi dibuka mulut dan bersuara.

GB dan Pengetua akan mengenali muka ini
perlukah kita simpan atau pun menasihatinya?
mungkin tunas ini elok dicantas atau dipotong saja
kecuali jika ada GB Pengetua sealiran dengan mereka?

Oleh: Nurimanja,
bila mengenang masa dulu
cukup menyakitkan hati, bengang.
kini, lihat muka merah dari pembangkang.




20 ulasan:

Nurimanja berkata...

CERPEN 1 MALAYSIA SIRI 4 BERTAJUK: ESTATE OLEH NURIMANJA PERAK.
_______________________________________________________________________

Luckmy tahu akan penderitaan abang iuparnya, sejak kakak sakit wang banyak yang habis, itu pun nasib baik ada sadikit bantuan dari Pekerja-pekerja ladang di Malaysia Adalah kurang sadikit bebanannya.

“Kalau begitu lama lagi kakak di rumah sakit itu?” tanya Luckmy. Wajah kakaknya yang pucat lesi itu terbayang diruang matanya. Dirasai pipinya basah bila air matanya mulai mengalir.

“Entahlah Luckmy! Aku juga pening sekarang, kerja pun kurang. Hutang kian bertambah, kakak kau pula sakit merana tidak sembuh-sembuh, aku tak tahu nak kata apa Lagi, kita terima saja,” keluh Moniandy bagai menyerah pada taqdir.


“Abang! Esok benarkan Luckmy masuk bekerja kontrak memetek buah koko bersama-sama Mutu, Raju, Maria dan Ramlee ikut kepala Dollah itu,” Kata Luckmy nampak beria-ia sungguh, bagai mahu membantu beban utang abang iparnya.

“Entah lah, terpulang kepada kau, aku tak tahu apa lagi hendak dikata,” Walaupun dalam hatia dia memang tidak setuju adik iparnya Luckmy bekerja di ladang memetek buah koko itu. Tetapi keadaan terlalu memaksa, kalau boleh dia mahu tinggal di rumah saja dan mengurus hal rumah.

Moniandy tidak mahu menghancurkan harapan amanah bapak mertuannya Ramasamy yan amat dihormati itu. Tetapi apakan daya bapak mertua, monindy benar-benar tidak terdaya lagi kini menghadapi cabaran hidup ini..

Hampir tiga bulan kini Monacy tinggal terlantar di rumah sakit. Badannya kian susut, wajahnya tidak seperti Monacy yang asal lagi, jauh berbeza, mukanya juga cengkung, mata kedalam, merah bersinar bila melihat orang, dia tidak boleh bercakap , sekadar memberi isyarat sahaja.

Moniandy juga jarang-jarang melawatinya, mula-mula selang dua tiga hari, akhirnya cuma seminggu sekali, hal-hal lain diserahkan kepada kaki tangan rumah sakit menjaganya.

“Aku bosan kalau macam ini!” Bentak hati Moniandy . Setelah pulang dari kerja , dengan keadaan letih dia terpaksa kena memasak pula di dapor, apabila adik iparnya Luckmy pulang agak lewat, kekadang kalau buah koko banyak hingga ke petang baru dia pulang ke rumah.

BERSAMBUNG.

Geletek Pagi berkata...

NEGERI BILA MAJU RAKYAT AKAN RUNTUHKAN KERAJAAN (S2) OLEH ; GELETEK PAGI
___________________________________________________________________________________________________________________________

Langsung tak baca ayat Quran,dengar khutebah tiap kali jumaat, Taat Allah, taat rasul, dan taat pemerentah(selagi tidak melakukan zalim) Pembangkang saja dengan PHD yang kata pemerentah zalim, Dunia tidak pernah pun
menganggapnya begitu. Tak ada otak langsung penyokong pembangkang. Malah dunia arab pun mengatakan
Malaysia negara Islam contoh di dunia, buka minda buang perasaan PHD.

Sepatutnya kita banyak bersyukur kepada Allah dan berterima kasih kepada negara dan pemempin dahulu, ini langsung tak mengenang budi, kutuk negara sendiri, kalau mereka meretah lingkup Malaysia, semua hasil dalam negara mereka sapu untuk kepetingan diri sendiri, rakyat diperbodohkan, lihat saja balak, pasir dan air.tanah bukit habil digondolkan suka hati, sudah menjadi isu hangat sekarang.

(sambung esok)

Nabil Quldi berkata...

ENGKAU PUN PERGI

memang berpatah arang
berkerat rotan tidak melihat
adanya jalan pulang
selepas itu tidak lagi ada aku
sebagaimana aku tidak juga
akan lagi ada kamu
apakah ucapan selamat jalan
tatkala pergi melangkahkan kaki
meninggalkansegala impian
aku pun tidak
mengucapkan selamat tinggal
tatkala engkau pergi
membawa segala
kenangan-kenangan
yang terpahat dalam dada
melainkan 2 baris
kata laut madu pantai sutera
haus tak dapat diminum


Nabil Quldi
Sg Ara

Qalam Mutiara berkata...

ULASAN:

Nabil Quldi kalau tidak salah nama ini en nuri pernah beri kepada seorang anak muridnya,juga seorang lagi Panglima ketot, Ini mungkin kebetulan sahaja.Pendatang baru!

Sajak Nabil Quldi Engkau Pun Pergi
mengisahkan perpisahan yang tidak dirancang atau terduga, tetiba saja menghilangkan diri,dan putus segala kemesraan, mungkin diantara dua insan, mungkin kawan karib atau
guru murid, kekasih, apa pun boleh berlaku;Cuma yang tinggal kenangan yang manis atau gurau senda yang mesra, kini terlalu sukar dinilai di dalam jiwa.

Mata Langit berkata...

aku rasa muniandy ni akan kwin lain kot? hehe

Saizul Maizav berkata...

sian muniandy... cerita muniandy ni pak ali yg dok blok 1 dulu plak? hehe

Thai Tham berkata...

mmg suami yg setia la muniandy klu aku sah kwin je lain.... hehehe

Laila Mellisa berkata...

monacy ni kena buatan org ke? atau sakit biasa jer?

Ghulam Rasul berkata...

rasanya monacy akan mati akhirnya sbb sakit dia nmpk teruk sgt la...

Nurul Husna berkata...

moniandy ni x pegi kat kuil ke marah tuhan?? mcm dlm cerita hindustan..

Ali Cona berkata...

luchmy plak pegi kerja?? sian moniady kena masak sndiri la...

Pak Awang berkata...

klu muniady ni islam boleh la smbhyg hajat minta kat tuhan? ni dia india plak?

Nabil Quldi berkata...

sudah jatuh ditimpa tangga dihempap pasu bunga ayam plak patuk kat mata? mcm tu la penderitaan muniady ni...

Abu Hanifah berkata...

cari kerja lain la muniady sbb kerja yg dia kerja skrg ni kan gaji kecil?

Seri Suri berkata...

org kmpung xde tolong ke? kan org kmpung byk yg kaya2...

Razak Abu berkata...

eh! kat estet ade buah koko ker? aku ingat kelapa sawit jer...

Budak Surau berkata...

cerita ni agak pening jgk nnt nk kena baca dari mula...

Danial berkata...

xde watak mlyu dgn cina ke?? asyik hindu jer... hehe

Julia berkata...

eh! panjang jgk cerpen muniandy ni?? harap2 monacy smbuh...

Tanpa Wajah berkata...

mne saudara muniandy? x tolong ke derma?