Selama ini cuma kita saja diam memekakkan telinga
baik sewaktu di pejabat ataupun dibilik mesyuarat,
lalu sesuka hati apa saja yang mereka hendak kata,
disebabkan mulut guru besar dan pengetua terbelenggu
dan terkunci kerana kena turut dasar pemerentah.
Hari ini dasar baru telah pun dikuat kuasakan
siapa barcakap perlu berhati-hati, jangan sebarangan
dulu anda boleh tunjuk lagak dan tunjuk belang
kerana kini jika tersilap cakap pasti pecah tembelang.
Inilah satunya cara bagi menghapuskan agenda
kerja hasut, tipu, putar belit, memfitnah dan tohmah
terasa sakit hati, bengang, tetapi mulut terkunci.
kini telah ada kuasa bagi dibuka mulut dan bersuara.
GB dan Pengetua akan mengenali muka ini
perlukah kita simpan atau pun menasihatinya?
mungkin tunas ini elok dicantas atau dipotong saja
kecuali jika ada GB Pengetua sealiran dengan mereka?
Oleh: Nurimanja,
bila mengenang masa dulu
cukup menyakitkan hati, bengang.
kini, lihat muka merah dari pembangkang.
