Ahad, 15 Ogos 2010

BUKAN KERANA NAMA



Aku menulis,
bukan kerana nama
sekadar menjana minda
di ruang waktu usia meniti tua,

Rupa paras,
tidak perlu dikenali
biarkan sepeti dara sunti
sendiri tersembunyi dibilik sepi,

Masa berlalu,
adalah nekmat Allah
terlalu sukar untuk dinilai
kerana perjalanan hampir tamat.

Oleh; Nurimanja,
subuh sepi 2/3 malam
19hn Oktobe,1979


19 ulasan:

nurimanja berkata...

KISAH MESTRI siri4. BERTAJUK MATI TIGA KALI OLEH: NURIMANJA
___________________________________

Setelah usia tuk ayah menjangkau ke usia seratus dua puluh, anak dan cucu sulungnya telah lama meninggal dunia, dia cuma tinggal dengan cicit perempuan cucu sulung dari anak keduanya. Ada yang antara mereka dan jenderasinya semua telah meninggal dunia, tidak ingat lagi cerita tuk ayah ini.
Hanya cicit dan piutnya saja masih
ada yang sanggup membela dan menjaganya. Mujurlah tuk ayah ini tidak banyak kerenah, mudah dijaga.

Tetiba dia dikatakan meninggal dunia setelah beberapa hari tidak bergerak, nadinya juga lemah dan nafasnya bagai terhenti. setelah buat laporan dikatakan sakit tua. cucu dan piutnya pun buatlah persediaan untuk acara penkebumian, setelah dimandi , kapan, dibawa ke masjid di sembahyangkan mayat, dan di bawa ke kubur untuk dikebumikan.

Setelah keranda di turunkan ke dalam lubang, orang ramaipun menhampirinya untuk melihay kali terakhir dan ada diantaranya masih ingat lupa sejarah tuk ayah mengatakan mati dua kali. hidup semula, kali kini mungkinmati
betul dan sebenarnya. Tetiba belum pun sempat tanah di turunkan, Tuk ayah sekali lagi bangun dan memekek.
"Aku belum mati lagi..." Orang ramai bertempiaran lari, lentang pukang kerana terkejut, untuk meninggalkan tanah perkuburan itu. ada yang darah tinggi terus pengsan.

SEKIAN.
sebab penceramah itu berhenti disitu, anda pun boleh buat berbagai andaian. apa terjadi?

Fatima Alzahra berkata...

NAK LARI DARI BUMI

Aku mahu pergi ke dari sini
Dan tinggal di tempat bukan bumi
Selagi aku di sini
Hilang semua inspirasi
Semua lagu kedengaran asing melodi
Mahu mengurung diri
Lontar jauh-jauh kunci
Aku akan kembali
Tapi bukan menjadi diri sendiri.
Aku pun tak tahu nak jadi
Tak tahu nak cakap apa lagi
Bila semua sering menyakiti hati ni


Fatima Al zahra
2pagi
Kuala Kangsar

Qalam Mutiara berkata...

Satu pengucapan yang agak luar biasa kerana ingin lari atau keluar dari bumi yang nyata bertajuk : Nak Lari Dari Bumi sajak Fatima AL Zahra dari kuala Kangsar ini.Untuk membentuk ayat perlu ada kelogikkannya , agar pentafsir dapat menangkap maksud atau penceritaannya yang tersirat dan tersurat untuk disampaikan kepada khalayak .Mungkin sebagai andaian, anda ingin keluar dari kemelut dunia (keadaan) kehidupan yang mungkin menekan diri anda saban hari. Sebab itulah agaknya segala keindahan membosankan ,lalu ingin membawa diri keluar dari dunia kenyataan untuk masuk ke dunia fantasi. Kerana semua tidak indah lagi dan menyakitkan hati.Semoga anda tidak tergoda dengan dunia yang menyesatkan diri, amin!

Seniman Jalanan berkata...

mcm lagu plak cerpen ni?? aku menulis bukan kerna nama???

Putera Damien berkata...

sajak ni klu buat lagu best ni tjuk pun dh menarik...

Danial berkata...

adoi! la...hidup lagi ker?? hahahahha

Bob Kuli berkata...

mmg liat jgk nyawa dia ni??? hahahhahaa

Budak Surau berkata...

pelik btol ingatkan dh mati rupanya hidup balik ke?? haha

Karim Ghani berkata...

eh! kena buat andaian sendiri ker??? entahlah x thu nk kata apa..

Ustaz Sahzan berkata...

rasanya lps ni dorg xkn kebumikan jenazah dia dh sbb nnt hidup balik...

Jengking Perakm berkata...

rasanya penceramah tu berhenti sebab jenazah tok ayah berdiri depan dia kot??? hahahha

Mat Noh berkata...

kenapa plak penceramah tu berhenti?? mikrofon rosak ker???

Supain Sipaun berkata...

boleh hidup balik plak?? bila dia nk mati btol2?? brapa byk kali hidup balik ni? haha

Puteri Aisyah berkata...

penceramah boleh berhenti plak bercerita??? sbb apa?? hmm.. bini dia tel kot???

Ku Dania berkata...

sampai ke piut yg jaga dia??? masih hidup lagi tok ayah ni... dasyat...

Seruling Kelana berkata...

menulis bkn kerna nama? wah! menarik sajak ni...

Guest berkata...

menarik sajak ni!! mmg best! tjuk dia...

Tengku Anita berkata...

mmg merendah diri en nuri sbb menulis bkn kerna nama...

nurimanja berkata...

Tanpa Nama nurimanja berkata...

CERPEN 1 ALAYSIA SIRI 6 BERTAJUK: TERKORBAN OLEH:NURIMANJA .__________________________________

Swee Lan yang dahulunya muka penuh berisi dan tubuh yang montok dan kental itu, kini mulai menurun, mukanya jadi kecut sadikit, matanya cengkung ke dalam lantaran kurang Tidur, kurang mendapat zat makanan yang diperlukan untuk seorang tubuh yang sedang naik dan tumbuh membesar itu.

Selepas latihan akhir dan makan petang Ah guat berehat sebentar di pangkal tunggul meranti tua yang mati di dalam kem itu, Bintik-bintik peluh penuh tumbuh di ruang gigi rambutnya. Baju yang dipakai kian lembab dibasahi peluh. Tubuhnya berbau hapak tengik, kerana jarang-jarang sekali dapat mandi.

Kenangan Ah Guat jauh melayang di ketika itu, dia teringatkan ibu tuanya yang telah tua dan selalu uzur itu.

“Kalau aku mati, siapkaha yang akan menjaganya nanti?” Bisik hati kecil ah Guat. Dia berharap agar jiran sebelah menyebelah rumahnya dapat menjaga ibunya dengan baik. Walaupun pemergiannya dahulu dirahsiakan dari pengetahuan orang kampung,jiran dan kawan-kawan nya.

Ah Guat juga teringatkan akan mendiang atau aruah bapaknya. Dia salah seorang tokoh dan perjuang laknak dalam kumpulan pengganas komunis itu. Dia tahu sikap bapaknya yang sadikit pun tidak rasa gentar dan takut dari ancaman, dan gerak gempur pihak perentah ke atas kem mereka.

Hingga kini dia di kenang dan angkat debagai tokoh perjuangan dan lambang kemegahan perjuangan mereka sebagai pertiwi dalam hutan rimba belantara ini. Satu hari bapaknya pernah berpesan kepada ibunya Poh Yeh;

“Ingat ini Poh Yeh! Sikiranya aku terbunuh dalam perjuangan ini di dalam hutan belantara ini nanti, Aku mahu, Ah Guat, satu-satunya anak lelaki tunggalku, bila dia berusia dua puluh satu tahun, mesti menyambung perjuanganku ini. Kalau dia engkar, ingat Poh yeh! Dia akan diburu kemana saja dia pergi, akhir sekali dia akan dibunuh oleh pengikut-pengikutku,”

Poh Yeh diam tidak berkata apa, dia terasa ancaman pengganas komunis mulai mengancam kehidupan mereka selama ini.apabila semuanya terlibat dengan pergerakan komunis di dalam hutan.

BERSAMBUNG.

2010 Ogos 16 15:03