Puasa,
hanya untuk Allah
ujian ketaqwaan
dan keyakinan ketauhidan.
Puasa,
punya perinsip tersendiri
pada kasihatan dan ekonomi
dan pemikiran keperibadian.
Puasa,
satu kewajipan insan
yang ada ganjarannya
di sisi keredhaan Allah swt.
Oleh: Nurimanja.
Rajang, Sarikei, Serawak
sajak ini pernah tersiar di Kuntum Puisi.
35 ulasan:
KISAH PARA AMBIA CR. SIRI 10. susun secara bebas. Oleh ; Nurimanja, Bertajuk : DIANTARA ILMU DAN HARTA.(ESOK)
______________________________________________________________________
Pada satu hari datang 10 orang arab baduwi bertanya kepada nabi Muhamad saw. bertanya di antara ilmu dan harta mana satu yang penting.
Kalau ingin tahu lebih lanjut lagi sila tanya penerangannya kepada saidini Ali seorang ahli ilmu penyelesai masallah. Ali menjawab sama keduanya penting.
Ilmu Harta
Ada ilnu dimuliakan Ada harta dikhuatiri jadi bahil dan kedekut
Ada ilmu diamalkan kian bertambah Ada harta bertambah kian takut pula dicuri orang
Ada ilmu boleh berhujah Ada harta didakwa di akhirat ada keluar zakat
Ada ilmu hati pun tenang beribadah Ada harta membimbangkan hati dan cemas selalu
Ada ilmu boleh dijawab didakwa Allah Ada harta didakwa Allah darimana datangnya harta
Pengajaranya;
Saidina Ali seorang menantu nabi yang meskin bersama anaknya Fatimah . perinsipnya biarlah susah di dunia asalkan senang di akhirat. sebab kebanyakan orang kaya masuk surga lewat dari orang meskit. seperti masuk pintu pereksaan kastam. orang bawa barang yang banyak lamalah kena pemereksaannya dan soalannya. Agak -agak Anda dimana?
CERPEN 1 ALAYSIA SIRI 11 BERTAJUK: TERKORBAN OLEH:NURIMANJA .__________________________________
“Swee Lan Kenapa kau lempar senjata itu?”
“aku benci pada perjuangan ini,”
“Tetapi dia adalah pengawal nyawamu di dalam hutan ini, kita tidak dapat lari dari kenyataan ini, Swee Lan, sebelum kita dibunuh , kita juga terpaksa membunuh,”
“Tidakk! Aku tidak akan membunuh. Aku datang ke sini untuk mati bersamamu,” Tegas Swee Lan lagi.
Ah Guat melihat sayu ke muka Swee Lan, namun Swee Lan terus diam membantu di situ Cuma tangannya saja yang masih memicit-micit kaki dan pangkal lututnya yang masih sakit..
Ah Guat bangun, cuba mengambil kembali senjata itu, namun dengan pantas Swee Lan menahan tubuh Ah Guat dengan kuatnya.
“Jangan! Janga kau ambil kembali senjata itu, Aku benci, benci melihatnya,”
Swee Lan memekek dan menangis, air matanya membasahi pipi.. Langkah Ah Guat terhenti,Dia terduduk kembali di sisi Swee Lan, kedua belah jari jemarinya memengang ke dua belah bahu Swee Lan,
Ah Guat merenungi kedua belah mata Swee Lan yang telah pun penuh dilenangai air mata itu. Dia
bertambah sedih dan sayu melihat bibirnya yang telah pucat dan lesu itu, hati Ah Guat dipagut resah.
“Swee Lan!....” Seru Ah Guat, suaranya tertahan oleh kehibaan. Tetapi belum pun sempat Ah Guat meneruskan kata-katanya, Swee Lan terlebih dahulu bertanya. Memotong percakapan Ah Guat.
“Ah Guat, Kau sayang padaku?” Dia bersuara seperti meminta kepastian lagi.
“Sayang…” Jawab Ah Guat penuh terharu.
“Kau cinta padaku..?”
“Cinta,”Jawab Ah Guat.
“Kau tidak terasa dengan apa yang sedang aku rasakan kini Ah Guat?” katanya, sayu.
Ah Guat semakin bertambah terharu lagi bila Swee Lan yang cuba bertanyakan sesuatu yang kian mengharu birukan lagi hatinya.
“Apa maksudmu itu, Swee Lan?”
“Ohh! Kau masih belum mengerti, Ah Guat?”
“Aku benar-benar belum mengerti, Swee Lan, cakaplah apakah maksudmu itu?”
“Ohhh! Ah Guat, Ah Guat. Kau benar-benar masih belum mengerti?”
“Swee Lan! Kau masih mahu bergurau waktu-waktu begini?”
BERSAMBUNG
Subjek sejarah disaran diperkenal di sekolah rendah Oleh: Nurimanja
2010/08/19
KUALA LUMPUR: Kementerian Pelajaran digesa memperkasakan semula mata pelajaran sejarah
di kalangan pelajar, termasuk memperkenalkannya di peringkat sekolah rendah dan menjadikannya
subjek wajib lulus dalam peperiksaan utama.
Pengerusi Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung Selangor (GPMS Selangor) Mohd Faizal Mohd Salleh
berkata, langkah itu perlu bagi memastikan generasi muda mempunyai kefahaman mendalam tentang
sejarah. (akhbar BH)
Saya amat sedih sebelum bersara saya menceritakan tentang negara kita pernah ditawan dan dijajah
oleh beberapa buah negara. seorang murid darjah satu bangun lantas mengatakan cikgu Bohong! Kebetulan
dia juga seorang anak cikgu. saya berkata kepadanya, balik tanya ibu atau bapa kamu?
Esok pagi-pagi lagi murid itu datang berjumpa saya meminta maaf, kerana ibunya kata benar negara
kita pernah dijajah. Di sini kita lihat siapa yang bersalah , jika hari ini rakyat khususnya anak muda tidak rasa mencintai negara
sendiri. sebab jahil sejarah . Salah siapa? Fikirkan?
PERGI DAN NANGIS
Seorang demi seorang
Pergi meninggalkan mereka
Perlahan seorang demi seorang
Melupakan yang tertinggal.
Tiap malam mereka berdoa
Agar ada mengutip mereka pergi.
Ruang itu tak banyak pergerakan.
Yang ada cuma suara tangis
Bisik-bisik yang hampa.
Engkau menangis paling perlahan,
Ditutup lagi dengan senyuman.
Bila engkau tak tertahan,
Engkau sorok yang paling kemas.
Hujan masih tak berhenti menunggu,
Kesesakan terlalu banyak menduga.
Aku disitu bernafas
Dalam sedih seorang manusia.
Hirup dan hembus sahaja
Aku paham seluruh perasaannya
Nangislah sampai keluar semua duka
Haji Hasbullah
Ketika melawat bapak saudara di rumah orang tua
13.8.2010
ULASAN:
Tuan Haji Hasbullah bertajuk Pergi Dan Menangis.Begitu Pengucapannya menceritakan kesedihan hati bila melihat kehidupan orangtua-tua yang ditinggalkan..Begitulah situasi kini anak pinak sanggup melontar ibu bapa datuk nenek ke penjagaan rumah orangtua. Apatah lagi yang belum berkhawin yang belum mempunyai anak seorang dua. Bersedialah menghadapi ujian ini. Jika tersalah didik dan tersalah asuh, kurang memberi pendidikan agama, anak cucu akan melakuakn apa saja terhadap orangtua.
Kecuali jika orangtua itu ada berharta, mungkin akan selamat sadikit, ada wang boleh upah apa saja. Malah ramai yang bernasib malang tidak berwang tidak pula berharta, semuanya adik beradik bertambah benci tengok dia. Akan ke rumah orangtualah kesudahannya.
Semoga orang Islam beragama Islam tidak menginanya orangtua. Amin! Dan terima kasih buat tuan haji hasbullah mengetengahkan sajak yang menyentuh hati.di bulan puasa ini.
jd ilmu lebih penting rupanya??? hmm....
ape2pun yg penting kena ada ilmu....
yup! btol tu tanpa ilmu harta x berguna...
aku ingatkan dua2 penting rupanya ilmu penting lagi..
jd baik kumpul ilmu dari kumpul harta.... hehe
btol harta byk pun x guna klu xde ilmu nk menggunakan....
ilmu mmg lebih penting mengatasi segalanya...
lps ni kena cari ilmu lebih lagi la...
eh! kenapa nabi x jawab??? kenapa dia suruh tanya saidina ali plak???
wah! mcm kastam jgk?? takut plak dgr...
bodo la swee lan pi buang senjata plak?? bahaya
mmg di lamun cinta btol swee lan ni sanggup buat apa saja...
blum kwin lagi dh snggup buat apa sja swee lan ni??
bodo la swee lan ni boleh pi tanya plak saat genting mcm tu??
dlm hutan mcm tu sempat lagi bersembang?? kena tembak baru dor thu...
nak sembang apa lagi swee lan ni?? kena bom bru thu...lari je la!
selamat dorg bkn mlyu klu x buat malu bangsa sndiri je sggup mati bersama plak?
ape nk jd la dgn swee lan dgn ah guat ni?? mmg keje bodo dorg ni..
rasanya dorg akan mati di bom agaknya...
mmg keje bodo la dorg berdua tu! mmg akan kena tembak kt kepala dorg ni nnt...
huh?? bdk darjah 1 pun x thu pasal malaysia pnh di jajah ke???
btol tu en nuri skrg bdk2 x thu psl perjuangan moyang kita dulu.. amat menyedihkan...
pnya kurang ajar bdk tu! slumber je kata en nuri bohong klu sy sah kena belasah dh... hahaha
mangkuk punya budak! ade plak kata en nuri bohong!
mcm pnh dgr je cerita bdk darjah 1 kata en nuri berbohong???
bodo pnya budak! biadap plak tu! cis!
ni msti mak bapak dia xpnh bagithu ni...
ade plak bohong?? giler la bdk tu en nuri! sy msa kecik2 pun dh thu atuk sy cerita...
padan muka bdk tu malu la dia sbb kata en nuri bohong....
kenapa en nuri x kata dalam bilik darjah tu balik kat bdk tu biar dia malu...
Catat Ulasan