Khamis, 19 Ogos 2010

HIDUP SEORANG PESARA


Seorang  pakcik yang rabun mata
adalah bekas perjuang pesara tentera
bagai tidak pernah dinilai akan jasanya
dalu dihutan belantara seorang perwira
menentang pertualang musuh negara
siang dan malam sentia sabersiap siaga
demi  mempertahankan  negara tercinta
bagi membebaskan segala ancaman
serangan pengganas komunis durjana.
 
Kini dia sepi cuma tinggal dirumah
sadikit besar  dari sebuah reban ayam
itu pun sekadar cukup boleh berdeduh
daripada  hujan panas, embun dan angin
siapakah yang sudi mengambil perduli?
akan kesangsaraan dalam kehidupan ini
biar pun kini tinggal terpencil sendirian
di hujung desa dia menghabis sisa usia
langsung tidak mengharap dikenang jasa.
 
Oleh: nurimanja,
catatan selepas menonton tv
bila mengenag jasanya tak dikenang.
lalu mengalir airmata, hujung julai 2010.


31 ulasan:

nurimanja berkata...

KISAH PARA AMBIA . SIRI 9. Cerita secara bebas . Oleh : Nurimanja Bertajuk ; Nabi Muhamad saw mengutamakan orang lain.
___________________________________




Nabi ada 8 darham dia pergi ke pasar, bercadang hendak membeli kain, bila tiba saja di pasar ada seorang kanak kanak menagis ketakutan ibunya marah duitnya hialng, nabi kesihan dia derma 2 darham, tinggal 6 darham lagi.

Kemudian nabi membeli kain dengan berharga 4 darham sahaja, sewaktu dia hendak keluar dari pasar, ada satu keluarga miskin, meminta bantuan kepada nabi untuk membeli pakaian, nabi terus memberi kain ela yang dibelikannya tadi,
kepada keluarga miskin itu.

Nabi tinggal 2 darham, dia cuma dapat membeli kain yang murah sahaja, sewaktu pulang bila dia sampai di pertengahan jalan, ada seorang hamba Allah meminta orang ramai menghadiahkan kain untuk mengapankan ibunya yang telah meninggal dunia, lalu nabi segera mensedekahkannya.

Pengajaran;

Kadangkala bolehkah kita berkorban untuk orang lain sedangkan kita sendiri tidak dapat faedahapa-apa, inilah dinamakannya keihklasan.

Bukan ikhlas itu, bila dia telah melakukannya , lalu dia berkata, Aku tolong ini dengan ikhlas, sumpah tak ada udang di sebalik mee. cuma ada isi ketam di bawa sudu......

nurimanja berkata...

CERPEN 1 ALAYSIA SIRI 10 BERTAJUK: TERKORBAN OLEH:NURIMANJA .__________________________________

AH GUAT menghulurkan tangannya kepada Swee Lan, untuk menariknya bangun keluar, Tetapi Swee Lan memerhatikannnya saja tangan yang dihulurkan oleh Ah Guat itu, dengan mata yang sayu dia merenung muka Ah Guat, seperti minta dia dikasihi.kaki kirinya benar-benar sakit, dia bagai tidak terdaya lagi hendak meneruskan perjalanan.

“Cepat bangun Swee Lan!”
“Aku tidak terdaya lagi hendak berjalan.”
Swee Lan ternyata nampak letih dan lemah. Bekalan ubi keletek rebus sudah lama habis. Rasa kelaparan dan kedahagaan kini menguasai perut dan tubuh.

“Cepat Swee Lan , nanti kita ketinggalan pula!”
Akhirnya Swee Lan menyambut tangan Ah Guat yang terhulur itu, tetapi sebelum sempat Ah Guat menariknya dari lubang itu, Swee Lan dengan mengumpul saki baki tenaganya itu, terlebih dahulu menarik Ah Guat, lalu jatuh ke bawah di sisinya.

“Kenapa Swee Lan? Kenapa kau buat begini?” Ah Guat bersuara dengan rasa penuh terharu, melihat kelakuan Swee Lan kekasihnya itu,

“Kita berhenti di sini saja,” Jawab Swee Lan tenang, seperti tidak ada apap-apa yang berlaku.
“Kita tidak boleh berhenti di sini Swee Lan, merbahaya! Ketua pasukan kita tidak membernarkan kita berhenti di sini.Lihat kawan-kawan kita mereka telah jauh ke hadapan.”
“Aku tidak mahu ikut mereka!”
“Kenapa swee Lan. Kau sakit? Atau kau tidak terdaya lagi hendak berjalan, kalau begitu, mari aku papah kau, marilah,!” Pujuk Ah Guat lagi.

"Tak mahu, aku kata, kita berhenti di sini saja,”Jawab Swee Lan,cuma rengkas dan tegas bunyinya.
“Tetapi, bagaimana dengan kumpulan kawan-kawan kita itu? Mereka tidak akan berhenti di sini?”
“Ahh!.... Biarkan mereka pergi jauh dari sini. Aku sudah tidak terdaya lagi mengikut perjalanan mereka ini. Aku juga tidak akan mengikut mereka meneruskan kerja perjuagan gila ini!”
“Jadi sekarang, Bagaimana Swee Lan?”
“Aku datang di sini bukan untuk berjuang, tetapi untuk mati bersamamu, diatas pengorbanan cinta suciku terhadap dirimu,”
“Tetapi…”
“Nah! Aku tak mahu lagi memikul senjata ini,aku juga tak mahu jadi pembunuh…”
Swee Lan melucutkan tali galas senapang dari bahunya, dan dia meleparkan senjata itu beberapa meter daripada tempat duduknya.

BERSAMBUNG.

Ustaz Sahzan berkata...

KEHEBATAN PENA DAN SEHELAI KERTAS

Sebatang pena sehelai kertas
Mampu gegarkan negara
Kalau si penulisnya
Pemimpin sebuah negara
Sebatang pena sehelai kertas
Mampu gegarkan persada seni
Kalau si penulisnya
Komposer yang agung
Sebatang pena sehelai kertas
Mampu mencorak bangsa
Kalau si penulisnya
Seorang guru tua
Tapi sebatang pena sehelai kertas
Jika yang memegangnya
Seorang yang tiada apa-apa ilmu
Jika pena tiada dakwat
Jika dakwatnya hanya palsu
Jika dakwatnya berlandas nafsu
Jika dakwatnya tanpa ilmu

Ustaz Sahzan
3pagi
12.8.2010

Qalam Mutiara berkata...

Ustaz Sahzan ini adik beradik dengan ustaz Zahazan ke? Ini merupakan Sajak kali kedua,sebelum ini agak berat juga untuk mencari maksud sekadar buat andaian saja.

Sajak bertajuk Kehebatan Pena Dan Sehelai Kertas oleh Ustaz Sahzan sekali lagi mengetengahkan satu penceritaan yang patut kita renung pada penulis-penulis yang punya citarasa bila allah yang memberi kita pinjam kepandaian main pena dan memberi sedikit ilham untuk apa kita gunakan? Cari nama atau kesumbungan?

Saya pernah terbaca, kata seorang ahli cendikawan sastra tempatan , “Saya akan angkat topi atau angkat tangan ke dahi, jika ada seorang penulis yang tidak bersolah sijil tinggi, tidak mempunyai kelulusan apa-apa. Tetapi dapat melahirkan karya yang hebat!”

Walau bagaimana pun kebanyakkan penulis ini mesti ada bersandarkan ilmu bantu, setidaknya pengelaman masa lampau yang telah pun mengajarnya dari rasa sentuhan hati, renungan makrifatnya dan ditafsirkan pada buah fikirannya, sebelum meluahkan perasaan itu kepada khayalaknya sebagai tatapan atau bacaan , Ini semua Terpulang kepada nawaitu si penulis itu. Ada bergerak sendiri,kumpulan, diupah,atau mencariwang? Terpulang.

Ungku Zubir berkata...

sian nabi smua dia bagi kt org????

Nahul Hidzar berkata...

bgus btol nabi klu aku x sanggup bagi duit kat org sampai kita xde langsung....

Seri Suri berkata...

sian nabi terpaksa berkorban kt org lain...

Angker 13 berkata...

ape2pun tabik dgn perbuatan nabi...

Saizul Maizav berkata...

hahaha lawak btol ade isi ketam plak bawah sudu? adoi...

Pagok Lana berkata...

dok bagi kat org je sampai diri sndiri xde langusng?? sian..

Brader joe berkata...

mmg bagus btol nabi klu skrg jgn harap ade org mcm ni?

Bob Kuli berkata...

smoga kita boleh jd mcm nabi jgk...

Olie Pajutdy berkata...

sian nabi smua duit hbis...

Jalil Janggut berkata...

la... hbis? 1 sen pun xde? sian nabi.. dugaan btol...

Comel berkata...

sian sanggup berkorban demi org lain nabi ni...

Orang Lama berkata...

sian skrg nasib pesara seperti x di endahkan...

Atuk berkata...

pesara smua gaji kecik! sdih btol.. selamat anak2 dh berkerja boleh membantu sikit...

Pak Ngah But berkata...

harap2 kerajaan pertimbangkan kenaikan gaji pesara...

Hamba Allah berkata...

nmpnya bakal2 pesara kena berkira2 buat bussines sendiri...

Sharifah berkata...

nasib pesara kini sperti di abaikan...

Mat Noh berkata...

smoga kerajaan pertimbangkan utk menaikan pencen pesara...

Saidatul Husna berkata...

sdih jgk mengenang nsib pesara ni....

Badrolshah berkata...

smoga kerajaan ambil pusing jgk nsib2 pesara sbb dorg kan pejuang bangsa...

Sarah berkata...

sdih plak baca sajak en nuri ni.. eh! en nuri pesara jgk ker?

Panglima Ketot berkata...

dorg lari dari kumpulan?? tkut nnt askar mlyu plak bunuh dorg...

Man Pendek berkata...

swee lan ni buat trick aje ape??? hehe

Panah Arjuna berkata...

entah2 swee lan saja je buat2 jatuh sbb nk lari dari komunis tu...

Sulaiman Embong berkata...

rasanya klu dorg sedar ah guat dgn swee lan xde?? sah dorg cari sampai jmpa lps tu trus bunuh dorg berdua agaknya...

Nas Hayah berkata...

bagus btol ah guat setia jgk tunggu swee lan...

dam catur berkata...

agaknya boleh ke dorg terlepas dari komunis tu?

gelora maya berkata...

mcm mne la nasib dorg berdua ni nnt???