Rabu, 4 Ogos 2010

JAGALAH ANAK-ANAK KECIL KITA



Anak-anak kecil comel ini
yang sering menjadi mangsa
perlulah dijaga dengan rapi
sewaktu mereka permergian
di rumah ataupun ke sekolah
kerana di jalan terlalu banyak
manusia bertopeng binatang
untuk membaham mangsanya.

Anak-anak kecil comel ini
mereka perlu didikan agama
sebelum dapat ilmu kendunian
barulah ada pekerti murni
untuk menjalani kehidupan
melayari alam mayapada ini
dengan cekal dan berani
bagi menilai erti kehidupan.

Anak-anak kecil comel ini
janganlah  dibiarkan jadi liar
berlepak, gam dan berdengung
membuat ibubapa resah gelisah
bila sudah terjebat penyakit ini
menagislah  air mata darah pun
sensaranya terlalu pedeh dan
sedeh melukai hati ibu bapa.

Oleh: Nurimanja,
catatan di akhbar harian, 2/8/2010,
kisah pemamdu van rogol anak kecil



31 ulasan:

Nurimanja berkata...

CERPEN 1 MALAYSIA SIRI 3 BERTAJUK: ESTATE OLEH NURIMANJA PERAK.
_______________________________________________________________________


“Hey! Moniandy apa lagi termenung? Buah kelapa sawit dan penuh dalam lori itu, jalanlah.” Moniandy terkejut daripada lamunannya. Dia segera bangun dan mengabuskan
Ponggong seluarnya , beberapa pasir halus jatuh berguguran ke tanah.

“Ya! Ya! Baik! Baik,” kata Moniandy kepada salah seorang pekerja yang telah memasukkan buah kelapa sawit di dalam lorinya. Begitulah keadaannya Moniandy sebelum lorinya penuh di isi buah kelapa sawit dia akan duduk menanti dibawah pokok kelapa sawit yang rungkup itu.

Kekadang dia tolong juga membantu pekerja-pekerja yang menaikkan buah kelapa sawit itu ke dalam lorinya. Walaupun dia tahu itu bukan kerjanya. Tugasnya hanya seorang pemandu mengangkut buah kelapa sawit sahaja.

Tetapi hari ini agak lain sadikit tidak seperti hari –hari yang lalu, Moniandy akan bergurau senda dengan pekerja-pekerja pengangkut kelapa sawit itu. Malah berapa orang kawan sekerjanya juga berasa hairan , melihat kelakuan Moniandy banyak bermenung lewat kebelakangan ini.

Setelah enjin lori dihidupkan, barulah lori yang dipandu oleh Moniandy bergerak menuju kejalan besar yang menghala ke sebuah kilang tempat buah kelapa sawit di longgokkan sebelum diproses peleraian buah dari tangkai dijalankan.

Satu petang sewaktu Moniandy pulang dari hauspital Parit Buntar, wajahnya begitu muram sekali. Hatinya begitu ketara sekali dipagut resah. kerana penyakit isterinya kian bertambah berat , makan nya tidakberselera, cakapnya pun sudah berkurangan. Senyumnya juga sudah tidak ada lagi untuk Moniandy.

“Bagaimana dengan kakak?” Tiba-tiba muncul Luckmy dari belakangnya, bertanya hal kakaknya di rumah sakit hauspital Parit Buntar itu.
“Bertambah berat Luckmy. Aku pun tidak tahu apa hendak kata.” Jawab Moniandy sayu bunyinya. Sesekali nampak dia mengeloh dan termenung panjang

Cuti kerjanya terlalu banyak, wang di poketnya pun sudah banyak yang habis digunakan untuk membeli apa yang perlu untuk isterinya di rumah sakit. Belanja tambang keenderaan dia berulang alik setiap petang pergi dan balik. Semuanya cukup memeningkan kepalanya.

Tambah pula hutang di kedai runcit Apek Liew kian meningkat. Makannya juga kadangkala tidak berselera, kerana memikirkan beban hutang yang menimbung, ditambah pula dengan masalah yang mencengkam.

BERSAMBUNG.

Geletek Pagi berkata...

NEGERI BILA MAJU RAKYAT AKAN RUNTUHKAN KERAJAAN OLEH ; GELETEK PAGI
_________________________________________________________________________________________________________________

KENAPA jadi begitu? Kerana terlalu ramai orang terlebih pandai. contoh negeri Selangor, Pulau Pinang,Kedah , Perak dan Kelantan fahaman fanatik. kalau tuk guru kata kambing boleh terbang semua orang pakat percaya.

Contoh luar negara jiran kita, Banyak dah kerajaan tumbang, Thailand, Indonesia, Phelepino, Austarlia,(kecuali singapore mereka menguasai akhbar) belum pandang yang jauh lagi. Sebenarnya rakyat diperbodohkan, mengundi menyukong mereka yang ada agenda kepenting tak senang hati, ini memang perangai orang melayu buat PHD tak payah masuk Universiti.

Sebenarnya mereka ini langsung tak ambil ikhtibar dari apa yang berlaku di luar negara jiran kita, Bila berlaku hura hara , masa itu barulah rakyat yang ditarik hidung diperbengungkan ini (dulu beri suara) kini menyesal tak terkira.

Tengok tulisan mereka,dalam blog? Hai bukan main lagi mengutuk danmenghentam kerajaan, Islam kah ini? (sambung esok)

Pak Ngah But berkata...

POLIS DAN MENTERI

wahai polis
gunalah sedikit bicara budi
usah turutkan kata hati
mereka itu tiada mengerti
hanya untuk sesuap rezeki
kais pagi makan pagi
bagi makan anak isteri
jadi rutin setiap hari
sekolah mereka tiada tinggi
jangan dibuat sesuka hati
mereka ada maruah diri
kelak hidup tidak diberkati
pak tua penjual mi
air mata berlinang ke pipi
silap diri tiada diketahui
dicaci dimaki sesedap hati
cuma menghalang kereta menteri
singgah seketika minum kopi
di pekan sepi...


Pak Ngah But
sajak lagenda 1990

Qalam Mutiara berkata...

Pak Ngah But ini mesti seorang nelayan pantai, but ini asal perkataan perahu motor air. Sajak kali ini beleh juga dikatan legenda, merakam kembali ingatan yang pernah
berlaku di depan penulis sendiri : Bertajuk Polis Dan Menteri. Polis mungkin cuma
menjalankan tugasnya, perniaga ingin mencari sedikit rezeki halal untuk sesuap nasi
bagi makan anak isteri, Pak Menteri pula dengan tugasan rasminya, untuk segera dan
merasmikan majlis tertentu, setelah rakyat lama menunggu. Maka berlakulah sadikit
pertengkaran salah laku, apa yang sedap akan terkeluar. Cuma sempati penulis kini
kepada Pak tua penjual mee.

Saizul Maizav berkata...

eh! muniady ni tmpt keja dia x support ker kos pembelanjaan di hospital?

Geletek Malam berkata...

sian muniandy mengelamun je dia....

Abul Hassan berkata...

eh! bahaya mengelamun msa kerja takut nnt jd lain plak?

Angker 13 berkata...

eh! muniandy ni asyik mengelamun je? nnt kelapa sawit jtuh atas kepala dia kang?

Penglipur Lara berkata...

bahaya tu dok pikir byk takut menganggu kesihatan dia..

Seri Suri berkata...

tmpt kerja dia x buat kutipan derma ke utk meringan kos peruabatan monacy????

Tanpa Wajah berkata...

eh! x baik2 lagi ke monacy ni?

Sulaiman Embong berkata...

takut nnt muniandy ni minum arak plak sbb dh tension sgt??? jd mcm mahmud plak?

Mamu Kassim berkata...

cerita muniandy ni mcm sama dgn cerita mahmud yg maninggal minum tody dan ramasamy yg bercakap dgn roh? eh! byk plak cerita india en nuri letak...

Julia berkata...

harap2 muniandy ok tkut nnt dia pikir panjang nnt dia plak mati monacy sihat jer...

Ali Omar berkata...

panjang jgk cerpen ni? ape la kesudahan cerpen ni? sedih ke gembira?

Bintang Kejora berkata...

sian muniandy sudah jatuh ditimpa tangga...

Guest berkata...

msa keje kalau mengelamun bahaya tu....

Mozaire berkata...

btol tu sayangilah anak2 anda semua....

Brader Joe berkata...

btol tu en nuri skrg org bkn boleh percaya sgt kdg2 bdk2 kecik pun dorg nk rogol...

Ustazah Hamidah berkata...

harap2 anak kita semua terhindar dari ape2 perkara buruk... amin...

Olie Pajutdy berkata...

anak tu anugerah tuhan jagalah ia sebaik-baiknya....

Mat Noh berkata...

moga2 anak2 kita menjadi anak yg soleh dan solehah... amin...

Pak Awang berkata...

moga tuhan jauhkan perkara yg negetif kpd anak2 kita semua...

Danial berkata...

hish2... ape nk jd dgn dunia skeg ni? anak2 kecil plak menjadi mangsa...

Ku Dania berkata...

skrg mmg susah nk percayakan org disekeliling... jd jaga anak elok2...

Malik Wariya berkata...

eh! geletek pagi pun minat politik ker? ingatkan suara pulau je thu hal2 politik ni...

dam catur berkata...

mne ko thu smua pasal ni geletek pagi?

Jalil Janggut berkata...

eh! selalu isu politik suara pulau je yg letak geletek pagi pun letak jgk?

Angker 13 berkata...

xde cerita lawak2 ke geletek pagi???

Badrolshah berkata...

wah! mcm ahli falsafah plak geletek pagi ni?

Ezad Emir berkata...

mmg intenet bergerak btol geletek pagi smua benda ko thu? hehhee