Selasa, 17 Ogos 2010

PUASA ADA TIGA KATOGERI



Sebenarnya apabila kita beribadah
puasa kita sepenuhnya kerana Allah
peliharalah akan  segala pancaindera
untuk jangan mengurangkan pahala
selain mengerjakan sunat bermanfaat
kenalah ikut syarat-syarat dan fadilatnya.

Puasa Awam,
puasa orang biasa peringkat rendah
selain menahan diri lapar dan dahaga
melakukan juga kerja makroh dan mungkar.

Puasa Khas,
puasa orang biasa peringkat sederhana
selain menahan diri lapar dan dahaga
tidak melakukan makruh dan penuh taat.

Puasa Khawassulkhawas,
puasa orang alim peringkat yang tertinggi,
selain mengatasi dua perkara di atas tadi
banyak kerjakan ibadat siang dan malam
malah tidak ambil tahu apa hendak dimakan
di waktu syahor dan waktu berbuka puasa.

Oleh: Nurimanja,
setelah lebih enam hari puasa,
dua tiga hari yang lalu, ramadan  2010.



35 ulasan:

nurimanja berkata...

CERPEN 1 ALAYSIA SIRI 8 BERTAJUK: TERKORBAN OLEH:NURIMANJA .__________________________________


DARI wajah Ah Guat sendiri Swee Lan dapat membaca Ah Guat sendiri menentang perjuangan papanya.Namun Swee Lan cuba mencari ketenangan dengan meredakan keadaan untuk mendamaikan hati kekasihnya itu,

Dia tahu hati Ah Guat kini sama seperti hatinya juga, telah lama berbelah bagi untuk meneruskan perjuangan gila danm sdia-sia ini, tetapi apakan daya Ah Guat terperangkap di antara teruskan perjuangan atau mati dibunuh. Itu janji papanya.

“Tetapi Ah Guat kau kemari kerana terpaksa, menunaikan janji-janji papa kau dahulu. Dengan pertualang laknat itu, Jika kau lari bererti mati.Aku kemari kerana pengorbanan cintaku padamu.Bersamalah kita mempergadaikan usia kita selama lima tahun di dalam hutan belantara ini,” Bersabar sajalah Ah Guat.

“Bagaimana kalau kita juga turut terkorban? Kau sanggup mati percuma sahaja Swee Lan?” Kata Ag Guat pula.

“Kiranya kita terkorban, mati kita bukan kerana mempertahankan perjuangan gila ini. Tetapi, kita mati kerana memertahan pengorbanan cinta sejati kitasendiri, tidak akan mahu berpisah,” mereka ketawa bersama.

Swee Lan juga benar-benar tidak punya hati dan semangat lagi untuk meneruskan perjuangan gila ini. Dia cuma ingin berkorban untuk Ah Guat, bukan mahu menegakkan perjuangan pertualang laknat di dalam hutan ini.

“Papa aku dulu juga gilaaa!!”
Ah Guat bersuara agak kuat, Tangannya meramas saki baki kulit ubi keledek yang berada di dalam genggamn tangannya sehingga lumat.

“Apa kau kata? Papamu juga gilaa?” Tanya Swee Lan terharu nampaknya.

“Ya Gila! Papaku juga dulu gilaa, Dia sanggup meninggalkan rumah, sanggup meninggalkan ibu dan aku, sedangkan dia duduk di tenag-tengah hutan belantara ini, kerana ingin menegakkan perjuangan gila untuk merebut kuasa di tangan pemerentah ”

Tiba-tiba suasana di dalam kem latihan itu bertukar menjadi cemas, bila ada dua orang tubuhnya berlumuran darah dipapah masuk dalam keadaan mencemaskan. Dan dua tiga orang lagi mengekorinya . Wajah mereka sayu dan sedih.

BERSAMBUNG.

nurimanja berkata...

KISAH PARA AMBIAK CR. SIRI 7. DISUSUN SECARA BEBAS : OLEH : NURIMANJA . NABI TEGUR AISYAH MENANGIS.
______________________________________________________________________


Satu hari nabi memberi salam kepada siti Aisyah, dan Aisyah bangun berdiri menyambutnya. Nabi meminta Siti Aisyah duduk di tempat biasa dan nabi berbaring di atas ribaan Aisyah lalu terlena.

Sambil Aisyah mencabut uban nabi yang mula tumbuh memutih itu, Siti Aisyah pun menitis air mata, melihat keadaan nabi telah tua, air mata Aisyah jatuh ke atas pipi nabi.

Nabi terjaga dan bertanya; "Mana lebih sedik ketika mayat di atas pembaringan, dimandikan , dimasuk ke liang lahat, tinggal semua isteri, anak-anak, harta benda?" Aisyah terdiam .

PENGAJARAN:
Betapa kuat kasih sayang cinta abadi, tetapi ketentuan Allah tidak boleh siapa menghalangnya, sebagai makhluk cuma menerimanya dengan Redha sahaja.

ANJ berkata...

Harap maklum bulan puasa ada saja yang tersilap dan tersalah: harap maaf!

Cerpen Terkorban, sila baca siri ke 6
dalam sajak GAZA.

Terima kasih anda sedang mengikuti seri ke 8 kini. dalam sajak PATK.
dan siri 7 ambiak kisah nabi

Sufian Al Zahri berkata...

BUKAN SENANG NAK JADI AKU

Menjadi aku kini
Sebenarnya bukan kerja mudah
Kalau orang biasa yang kerja
Memang kerja susah
Kami semua menjaga khazanah mereka
Tapi aku diarah pula pengarah kejam
Paling pedih bukan bila dimarahi
Tapi bila dipaksa kerja tanpa gaji
Kami terpaksa memakai solekan tebal
Menyembunyikan perasaan kami
Sampai wajah ni tak kelihatan lagi
Jadi topeng tak boleh ditanggal
Jika ditoreh setitik darah Sekalipun tak mengalir
Bila tersenyum pula
Dalam hati air mata mencucuri
Terlalu berat sehingga saraf sakit
Ingat menjadi aku kerja mudah
Semoga selamat untuk diri sendiri.


Sufian Al Zahri
tertarik melihat maisarah, qulbai, zainal hantar sajak sy pun ingin mencuba nasib harap en nurimanja x kisah..
(sajak ini ditulis selepas sahur)

Qalam Mutiara berkata...

ULASAN:

Bukan Senang Nak jadi Aku' sajak keluhan dan rentehan hati dari
penyelaras ataupun Pengelola blog CR ini dan bersama tiga sahabatnya yang terdahulu, walaupun SAZ Cuma sebagai penganti sementara kita rasa tertarik dan simpati juga akan kesengsaraan sajaknya yang
nampaknya kian tenat dan parah bekerja tanpa ada imbuhan yang sewajarnya. Kalau janji ada rombakan gaji x mengapa juga, jangan terus diam membantu saja. Majikan sepatutnya ikut cara nabi berpesan, bayarlah upah sesaorang itu, sebelum peluhnya kering.

Sempati buat sdr SAZ dan rakan-rakan yang lain dari Blog sahabat CR. Semoga di akhir pengorbannan ini ada sinar dihujungnya. Mari kita sama berdoa agar terbuka Hati majikan agar segera melunaikan imbuhan tugas kerja yang tertongak sebelum
Menyambut Adil fitri yang mulia ini. Amin Ya Rabbal Alamim.

Bob Kuli berkata...

ANJ cerpen ah guat sapa yg terbit ko ke??

Nama AKu berkata...

ANJ patut la aku baca mcm pnh baca rupanya silap ke? hehe

Sharifah berkata...

lain kali jgn silap dh ANJ sian en nuri..

Ummu Akilah berkata...

tu la pasal ANJ bulan puasa ni byk keje kita terlupa?

Salina berkata...

ANJ silap terbit ke? atau en nuri yg silap terbit??

Mat Noh berkata...

tumbuh uban pun aisyah menangis ke?? isteri sy x plak menangis sbb kami sama2 beruban?? hehehehe

Tanpa Wajah berkata...

btol tu buat apa nk nangis nabi blum mati lagi...

Angker 13 berkata...

eh! slumber je nabi kata mcm tu??? trus diam aisyah...

Kevin Chong berkata...

tumbuh uban pun nak nangis ke?? adoi...

Atuk berkata...

uban mmg akan tumbuh bila kita meningkat dewasa tu perkara biasa jer..

Ibrahim Lee berkata...

eh! ade org cedera plak tumpang khemah ah guat??

Puteri Aisyah berkata...

berbelah bagi nampaknya ah guat dgn swee lan ni...

Sarah berkata...

harap2 dorg kluar dari situ.. lgpun terseksa je tgk ah guat dgn swee lan...

Puteri Bunian berkata...

eh! yg dipapah masuk dlm khemah dorg tu sapa plak?????

dam catur berkata...

makin lama makin sedih plak cerpen ah guat ni,...

Madah Pujangga berkata...

ayah ah guat pun anggota komunis ke???

Surya Khan berkata...

puasa Khawassulkhawas?? apa maksud tu???

Budak Rap berkata...

aku puasa yang atas sekali kot??? hehehehhehehehe

Abul Hassan berkata...

wah! byk jgk katogori puasa ni???

Mozaire berkata...

eh! klu berbuka mkn byk tu katogori apa plak??

Saizul Maizav berkata...

aku puasa khas agaknya... hehehhee

Geletek Malam berkata...

aku rasanya katogori yg atas2 yg bawah rasanya sheikh al habib la kot?

Hadi Hamzah berkata...

klu aku mngkin puasa khas je sbb bila berbuka dgn bersahur dh berkira2 nk makan apa?? hehhee

Tengku Anita berkata...

eh! papa ah guat pun penentang komunis jgk ker???

Nabil Quldi berkata...

ayah ah guat terkorban masa menentang komunis ker???

Guest berkata...

sian ah guat dok dlm tahanan lagi.. panjang lagi ke cerpen ni??

Seri Suri berkata...

bila dorg nk kluar dari situ??? agak2 selamat x ah guat tu...

Zain Issac berkata...

puasa pun ada katogori sendiri plak?? ingat semata-mata tahan diri dari lapa dn dahaga....

Sudin Ramlee berkata...

sajak pasal puasa plak? eh! ada byk peringat plak tu?

Petualang Tiga berkata...

rasanya kita semua mngkin puasa khas kot? hehehhe