Ahad, 22 Ogos 2010

BURUH KONTRAK




Buruh Kontrak!
kalian datang kerana wang
bukan paksaan tetapi kerelaan
kerana kemiskinan dan kelaparan
yang menghimpit cekek   kehidupan
betapa ditapak binaan dan rumah kongsi
bertahun jiwa kalian gelisah dimamah sepi
kalian tinggal  segala, anak, isteri, keluarga,
dan negara tercinta , kerana wang dan
kehidupan , demi memburu rezeki
menyambung hidup di rantau orang.

Buruh kontrak!.
adakah taqdir telah merancang
usia kehidupan kalian di habiskan begitu
segala hasil kerja kemahiran dan kepakaran
telah pun ditumpahkan segala ke bumi ini
bagi menjayakan  wawasan Malaysia
projek pembangunan mencakar langit
adalah hasil kudrat titik keringat anda
demi memajukan bumi negara Malaysia.

Oleh; Nurimanja ,
Telok Kumbar, 6\10\2001
Terima kasih warga Indonesia.


37 ulasan:

nurimanja berkata...

CERPEN 1 ALAYSIA SIRI 12 BERTAJUK: TERKORBAN OLEH:NURIMANJA .__________________________________

“Aku tidak bergura,”
“Tetapi, apakah maksudmu?”
“Saat-saat kematian kita telah hampir tiba,”
“Swee Lan!!!...” Suara Ah Guat terputus lagi.lama terhenti.

Kesesakkan nafas menguasai tubuhnya. Kedua tangan Ah Guat segera merangkul tubuh Swee Lan. Dia merenung tepat kemata Swee Lan yang masih terdongak sadikit. Dalam kelopak mata Swee Lan
dipenuh lenangan air mata. Hati Ah Guat kian bertambah resah gelisah.

“Swee Lan! Oh Swee Lan!! .. Sebenarnya aku juga telah merasai apa yang telah kau rasai itu, tetapi aku sengaja menyembunyikan segala-galanya darimu. Dan sememangnya perjuangan ini perjuangan gila. Perjuangan yang sia-sia…” kata-kata Ah Guat terhenti lagi.

Mereka berpelukan sambil menangis, seoalan mereka ingin mengkhabarkan cerita hidup mereka pada hutan belantara itu, pada batu dan kayu. Ah Guat menyambung lagi katanya

“Perjuangan ini menempah maut. Aku juga tidak sanggup membunuh.Sekarang biarlah kita mati dibunuh. Walau tidak ada siapa yang tahu perjuangan kita bukan untuk menentang atau mendurhaka pada pemerentah dan negara yang tercinta…”

Ah Guat terhenti lagi, dadanya kian sebah. Melihat Swee Lan memeluknya dengan erat.Dia juga tidak dapat menahan lagi kesedihan ini, terasa dirinya terinaya, di atas perjanjian papanya yang gila dengan pengikutnya. Kini dia dan kekasihnya pula menjadi mangsa.

Ah Guat dan Swee Lan terus mengalirair mata, sambil sebab menahan tangis , Ah Guat terus merentis dan berkata dalam suara sayu, sedih dan pilu di celah lubang batu besar itu.

“Tetapi perjuangan dan pengorbanan kami, di atas kasih dan cinta suci kami berdua, biarlah kami mati di hutan belantara ini tidak mengapa, .asalkan kami mati bersama, kami bukan pendurhaka pada negara, Merdeka!”

BERSAMBUNG.

nurimanja berkata...

KISAH PARA AMBIA CR. SIRI 12. DISUSUN SECARA BEBAS. OLEH NURIMANJA, BERTAJUK; DIGIGIT KALA JENGKING. (B)
___________________________________


Sewaktu Abu Hanifah membaca hadis nabi SAW yang agak panjang, tiba-tiba dia mengalir air mata, semua yang mendengarnya agak hairan, setelah hadis dibacanya habis, dia pun pengsan.

Selepas dia sedar mereka pun bertanya hal keadaannya.Dia pun menceritakan, bahawa kakinya di sepit saekor kala jengking,
sewaktu membaca hadis nabi, kerana dia ingin menghabiskan cerita nabi itu, supaya tidak terputus dia membacanya terus, dia terpaksa menahan sakit, sehinggalah dia pengsan.

Pengajaran;
Begitulah cinta dan kasih seorang hamba bernama Iman Abu Hanifah kepada junjungan kita nabi Muhamad SAW. Dia sanggup menahan sakit sehingga pengsan.

Kita, kalau ayah sakit, bila bawa air kencingnya nak pergi buang dekat tandas di hospital , muntah mentedarah dalam tandas, sampai keluar air hidung dan airmata. bagus punya anak. abang dengan kakak langsung tak mau buang. pengalaman.

Cikgu Zuki berkata...

YANG MENURUT PERINTAH

jiwa-jiwa suci tersentap
oleh rakusnya sifat
oleh ganasnya sikap
gelora badai tiada terduga
menderu datang tiada alamat
meratah segala hati
merobek setiap perasaan
tersentap marah geram
semua bercampur jadi satu
namun hanya gelodak di dalam
tak mampu terluah
tiada kuasa letuskan rasa
terpendam terdiam terkaku
telan kan mati anak
luah kan mati bapak
tiada kuasa diam sahaja
turut sahaja perintah...


Cikgu Zuki
Penang
selepas sembahyang subuh

Qalam Mutiara berkata...

Rentihan sedenyutrasa oleh Cikgu Zuki dengan sajaknya bertajuk Yang Menurut Perentah. Mungkin sajak pertama kali agaknya. Cikgu Zuki dulu en nuri ada juga seorang kawan yang bernama Cikgu Marzuki, guru pusat sumber SRK sungai Ara.
Apa-apa pun biasanya begitulah buat mereka yang bekerja dengan pemerentah kena menurut perentah, tertakluk pada keadaan, dalam islam selagi kerja itu tidak pula bertentangan dengan syariah Allah dan adap sopan budaya ketimuran kita boleh patuh dan diikuti. Kecuali sudah jauh menyelewen mencabar pelembagaan dan adat
Istiadat raja-raia melayu dan keagamaan, kita mesti tentang dan bangkit, jangan biar apa yang mereka buat betul saja, kita yang berbulu hati tetap salah. Di mana semangat jihat kita? Demi agama, bangsa dan negara Malaysia.

ANJ berkata...

Doakan kesejahteraan bukan Islam haram: Mufti

KUALA LUMPUR: Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria menegaskan hukum orang Islam mendoakan kesejahteraan dan kebahagiaan untuk orang bukan Islam adalah haram apatah lagi apabila ia dibaca
di dalam khutbah Jumaat. [+] (Petekan Akhbar BH)

Ada yang mengatakan harus doa kepada bukan islam semoga dia masuk Islam, kalau dia tidak masuk
Islam , kita takut orang yang berdoa dan mengamin pula terkeluar dari Islam. banyak sudah buat kerja
yang bercanggah dengan ajaran Islam. itu yang kita takut.

Seri Suri berkata...

dah nak mati pun sempat lagi bersembang dulu ah guat ni? hehe

Brader Joe berkata...

panjangnye dialoq dorg ni bila nk mati dorg ni???

Sharifah berkata...

aduh... panjang btol kisah cinta dorg ni...

Saizul Maizav berkata...

msih berbual lagi ah guat dgn swee lan ni?? biar aku je la yg tembak dorg...

Mat Noh berkata...

panjangnye swee lan punya nyawa msih hidup lagi dia dh byk episod dh ni..

Ali Conan berkata...

nk tergelak pun ada dorg ni dok sembang psl cinta x hbis2 lagi?? hhehe

Harimau Berantai berkata...

cerita dorg pendek je tp babak dlm hutan ni panjang plak? hehe

Badrolshah berkata...

rasanya dalam hati msti ah guat kata bila nk mati swee lan ni?? hahhaha

Ezad Emir berkata...

cerita btol ke ah guat ni en nuri???

Supain Sipaun berkata...

panjang lagi ke episod cerita ah guat ni???

Naga Samudera berkata...

klu aku rasa pelik je kat kaki mmg lari langkah seribu dh...

Jengking Perak berkata...

wa! berani dia! masih tunggu lagi.. aku ni wlpn nama jengking aku takut jgk kala jengking ni..

Pak Awang berkata...

klu la skrg ni jgn kata kala jengking klu lipas tu pak imam dh angkat kaki... mcm terjadi di masjid tmpt sy dulu...

Saidatul Husna berkata...

kala jengking?? wah! bahaya tu nsib baik x mati...

Pejuang Islam berkata...

klu la dia mati masa kena sengat jengking?? kira berjihad jgk ker?

Farah Hani berkata...

wah! begitu besar kasih sayang dia pada nabi...

Iman Ali berkata...

kala jengking?? mcm mana dia msuk dlm masjid tu??

Atuk berkata...

rasanya kala jengking tu jelmaan agaknya? saja nk menguji Abu Hanifah

Orang Lama berkata...

rasanya klu manusia zaman skrg nmpk kala jengking dari jauh dah lari siap langkah jemaah dihadapan dia...

dam catur berkata...

mmg besar kasih syg dia.. klu aku la nmpk je jengking kt masjid?? sah aku xkn pegi dh msjid tu... hahaha

Qalam Musofa berkata...

pelik manusia zaman skrg ni mcm2 dh terjdi.. terima ksih ANj berkongsi..

Geletek Malam berkata...

smoga ahli dlm blog ni x terlibat mengaminkan guan eng plak?

Lelangit Biru berkata...

mereka ni taksub sgt la smpai org bkn islam pun nk mengagungkan dlm msjid plak?

Suara Rakyat berkata...

btol tu ANJ harap2 org yg buat mcm tu kena tangkap!

Angker 13 berkata...

ape nk jd dgn imam yg baca khutabah tu? memalukan bangsa mlyu jer..

Ustaz Sahzan berkata...

jangan nanti dorg jemput org bkn islam plak pi baca khutbah jumaat? minta simpang malaikat 44.. sah! tu dunia nk kiamat...

Pak Ngah But berkata...

smoga perkara mcm ni x berulang lagi pd masa akan dtg amat memalukan...

Ibrahim Lee berkata...

eh! kenapa x boleh plak? bukankah mendoakan org tu dibenarkan? maaf tanya saya msih bru dalam hal berdoa ni...

Hafizudin berkata...

sdih plak baca psl buruh kontrak ni>??

Geletek Siang berkata...

en nuri dok dekat dgn perumahan ke? msti byk indon sbb tu en nuri tulis sajak kat dorg? hehe

Cikgu Zuki berkata...

sayu je baca nsib buruh kontrak dalam sajak ni..

Petualang Tiga berkata...

smoga nsib buruh kontrak terbela pd masa akan dtg..