Ahad, 29 Ogos 2010

BICARA SINGKAT




Saudara?
sudahkah kau bersedia
Menuggu satu panggilan
Yang pasti dan mesti
Pada bila masa saja.

Saudara!
Aku Cuma mengingatkan
Jika kau belum sedia
Mulakan dari sekarang
Agar kau tidak menyesal

Saudara!
Jangan kau marah
Kerana kita sesama Islam
Tidak sempurna iman, jika 
tidak berpesan penuh kesabaran.

 Oleh; Nurimanja,
27 Ramadhan,1430
sedutan dari sajak legenda. 


25 ulasan:

nurimanja berkata...

INFO AGAMA DERMA KHAIRAT Oleh ; Nurimanja(B)
___________________________________

Saya ingin menambah tentang derma khairat ini bagi apa yang saya faham, sewaktu saya sekolah pondok dahulu, rupanya pondok yang saya duduk itu, bukan sekolah punya, ada hamba Allah yang derma pondok itu dekat sekolah, jadi bila pondok
itu agak senget kaki tiang pondok tengelam sebelah, saya dapat surat dari tuan yang ampunya, dia kata, saya tak ada apa yang hendak bantu, cuma pondok itulah derma, bagi siapa yang ingin belajar agama, tolong perbetul tiang pondok yang telah senget sebelah. Saya masa itu semput , panggil kawan-kawan tolong angkat, Si punya angkara ini pekerja ambil upah buat kelapa kering, mereka yang sumbat kelapa kering dalam dalam pondok saya.

Betapa seksa saya kena tidur dengan isi kelapa kering yang belum masuk dalam guna. kekadang sampai bebulan baru habis yang buat kerja ini budak-budak kampung. Bayangkanlah daripada mereka kait himpun, kopek, belah, jemur, kering , ikatjahit masuk dalam guni hingga jual. Jadi mangsa gelabah panas tidur bersama isi kelapa kering, jangan buat main, hampir badan kita bau minyak kelapa kering. tapi sabar, hal ini langsung tak cerita kepada keluarga simpan rahsia sendiri. hari ini terpaksa terbongkar. Pondok yang saya tinggal itu Pak Haji Haron simpang Tiga Kuala Kurau. Terima kasih banyak!

Lagi derma khairat ini; Jka ada orang derma nak buat sekolah agama, surau atau masjid, jangan lokek bagi seringgit pun dah
dapat setul bata. Selagi orang belajar atau bersolat di sekolah atau surau/masjid kita derma itu dikira pahala sedekah derma
khairat. Buat masa ini tanah wakaf mereka buka kebun/ladang kelapa sawit, mereka nak beli anak sawit, dermalah sepokok dua, dapat pahala bonos bila mati bantu kita jalan ke Syurga. tapi biarlah tersembunyi dengan hati yang ikhlas, diam-diam saja.

Raksasa Hijau berkata...

WARIS TANDUK HANTU

satu ditambah satu
jawapan kan tetap dua
tidak mungkinkan jadi tiga
tapi berduakan jadi tiga
bila yang berdua lupa seketika
bila nafsu mula beraja
bila yang ketiga asyik mencucuk
bila yang ketiga keluarkan tanduk
akhirnya yang berdua sama bertanduk
jadi pengikut kaum bertanduk
yang bertanduk mula ketawa
yang bertanduk senyum puas
yang berdua sudah tewas
pujuk rayu yang bertanduk
berjaya menyemai tanduk baru
benih haram generasi bertanduk
waris tanduk hantu...


Raksasa Hijau
kota kinabalu
10mlm

Qalam Mutiara berkata...

Sajak bertajuk Waris Tanduk Hantu tambah sikit syaitan . Pengucapan mengenai akan kehidupan anak muda dini hari yang suka berkaper atau berduaan di tempat yang mungkin tersembunyi, lantas akan mengambil kesimpatan jadi orang ketiga iblis yang akan memujuk dan cuba merayu membakar segala urat sarap kejantanan dan kewanitaan, dimana saja tengok semuanya indah dan memberahikan. Lalu tergoda dan tertewas sang manusia yang sudah
berdarah muda ini. Awas jangan duduk berduaan diantara adam dan hawa kerana ada orang ketiga yang akan mengoda. Cuma peringatan dari Raksasa Hijau. terima kasih! Amin

Dayang Intan berkata...

wah! pokok pun boleh derma ke??

Abul Hassan berkata...

eh! bukan ke poko tu milik umum???? kenapa ade org pnya plak?

Richard Sirosa berkata...

ingatkan derma duit dgn pakaian je? pokok pun boleh?

Ibrahim Lee berkata...

derma rm1 dpt seketul bata???? xphm la kat situ....

dam catur berkata...

ape2pun derma kena ikhlas nnt xdpat apa2...

Budak Rap berkata...

en nuri diseksa oleh pak haji haron ke??? hehehe

Budak Surau berkata...

eh! sian plak baca cerita en nuri masa skola pondok....

Kevin Chong berkata...

eh! derma khairat??? pertama kali sy dgr....

Yusof Lim berkata...

derma dgn zakat sama ke en nuri????

Zain Issac berkata...

derma wajib bayar x? klu zakat sy thu wajib......

Lagenda Pulau berkata...

sy msih pening jgk dgn derma khairat ni.....

Emily Bayan berkata...

eh! derma kena bayar waktu bile en nuri????

Bulan Terang berkata...

eh! klu nk derma duit kt masjid? mcm mne nk thu dorg buat duit utk masjid bkn utk kempen

Mohamad Akmal berkata...

derma pokok??? pelik jgk.. selalu derma duit jer...

Taib berkata...

derma pokok? mngkin pokok tu di kawasan tanah dia agaknya....

Sidek Moktar berkata...

eh! mcm2 info ade dlm blog ni ingatkan sajak je rupanya ada jgk pasal derma...

Wasiril Azmi berkata...

tahniah en nuri kerana sudi berkongsi info tentang derma ni...

Supain Sipaun berkata...

ade info pasal derma plak ke? terima kasih...

Nasir Kumli berkata...

bicara singkat ni seram plak baca sajak ni...

Ali Omar berkata...

semoga kita dpt iktibar dalam sajak bicara singkat ni...

Jalil Janggut berkata...

bicara singat? ape2pun sajak ni agak menyeramkan....

Ku Dania berkata...

eh! sajak lama plak ke hari ni ne nuri?