Ahad, 22 Ogos 2010

ADA TIGA IKATAN IBLIS DIWAKTU TIDUR.



-puisi buat anak-anak sekolah rendah –

Tahukah cerita anak-anak sekolah rendah ?
apabila tertidur sahaja seorang anak Adam.
maka ada tiga ikatan  berlaku ke atas dirinya
semuanya  dilakukan oleh si iblis laknatullah.
 
Bagaimana  bagi melepaskan  segala ikatan?
bila tersedar saja daripada tidur di subuh pagi
maka bersegeralah membaca doa bangun tidur,
nescaya akan terungkai dari ikatan pertama.
 
Kemudian segera pergi mengambil wuduk,
lalu  terputuslah daripada ikatan yang kedua,
setelah  kita selesai  menunaikan solat subuh
barulah dikira terlepas dari semua ikatannya .
 
Oleh: Nurimanja,
10 pagi ahad, 18/7/2010.
 

33 ulasan:

nurimanja berkata...

CERPEN 1 ALAYSIA SIRI 13 BERTAJUK: TERKORBAN OLEH:NURIMANJA .____________________________________________________________________
SIRI AKHIR ;

“Ohh! Ah Guat!!...”
Swee Lan merangkul tengkok AhGuat, Mukanya terdongak ke atas,matanya sayu jauh merenung ke dalam mata Ah Guat, bibirnya bergerak,seperti mengharap belain kasih sayang yang diharapkan.

Ah Guat pula terus merangkul pinggang Swee lan. Kepalanya tertunduk sadikit, lalu belaian kasih sayangnya yang suci murni itu tertumpah ada bibir Swee Lan uang pucat lesi itu.

Dalam hati mereka termeterai satu janji dan sumpah yang seia sekata, kalau mati pun biarlah mati bersama. Demi cinta suci kami. Biarlah kami terkorban di sini, daripada mengikut telunjuk petualangan laknat, dan musuh utama negara, bagi meneruskan perjuagan gila mereka itu.

Rangkulan Ah Guat dan Swee Lan bertambah erat sehingga menjadikan tubuh mereka menjadi satu,mencurah segala kasih saying yang sekian lama telah terpendam dilubuh hati masing-masing.

Dalam keadaan memberi dan menerima itu, segala kesakit Swee Lan yang jatuh tadi itu juga telah hilang entah kemana. Tiba-tiba bunyi ledakkan letupan bertalu-talu datang ke arah mereka berdua.

Dari sasaran puluru yang tidak bermata itu, Akhirnya dua bibir yang bertaut rapat itu telah renggang dan berpisah buat selama-lamanya.

Esok, di muka depan akhbar-akhbar tempat telah tersiar satu berita dengan tajuk bersar berbunyi: DUA ORANG PENGGANAS KOMUNIS TELAH TERBUNUH DI KAKI BUKIT MERUDU.

SERAWAK, khamis – Dua orang pengganas komunis telah terbunuh . seorang lelaki dipercayai bernama Gan Ah Guat berusia 21 tahun, bekas buruh kontrak di Bandar Sarikei, dan seorang lagi wanita bernama Wong Swee Lan, berusia 17 tahun. Mereka berdua terbunuh dalam satu pertempuran hebat dengan pasukan tentera pemerentah, kira-kira dua jam di kaki Bukit Merudu petang semalam.

S E L E S A I . Oleh; Nurimanja Sarikei Serawak.
Sedutan dari antologi cerpen: HATI.
1981 DBPCS Malaysia Timur.

Halelujah berkata...

SUARA ANGIN BERBISIK

angin bukan berhenti bukan mati
ia tetap bergerak membawa khabar
tentang kamu kepada aku
walau dimana kamu dan aku berada
aku masih mendengar tentang kamu
dan kamu usah bimbang tentang aku
kerana aku disini masih sihat
sebagaimana aku yang tidak pernah sekali bimbang tentang kamu
kerana kamu disana khabarnya
gembira dan sihat-sihat saja
mungkin kamu tidak dengar suaraku
akupun tidak mendengar suaramu
tetapi cukup dan memadailah
bila angin membisikkan ke telinga
suara angin adalah suara kita
tiada apa yang hendak dikesalkan
simpan dalam hati jika takdir
kamu akan melihat aku
aku akan melihat kamu
jika tidak simpan kehidupan lain
dengar juga bisikan suara angin


Halelujah
Singapore
4pagi

Qalam Mutiara berkata...

ULASAN:
Terima kasih Halelujah dari negara jiran Singapore kerana menjadi ahli sahabat CR dengan menyumbang sajaknya Suara Angin Berbisik. Dalam ruang yang sempit ini kita masih dikurniakan Allah boleh berbicara di alam maya, bertukar pendapat dan berbicara tentang hidup dan mati juga kejadian alam. Walaupun kita tidak mengenal
sapa teknologisiber telah pun menguasai suasana kehidupan kita dinihari. Allah telah pun menjadi udara untuk salur gelombang menyampaikan berita. Kalaulah roh datuk nenek kita bangun dari kubur pasti mereka terkejut, melihat kecangihan dunia alam maya ini. Sekian terima kasih kembali Halelujah.

nurimanja berkata...

Sadikit tambahan soalan witer, saya ingin menyentuh (sambung bicara QM semalam) dan memberi
sadikit inpo daripada saudara baru kita di blog ini. keven, Issa, sorisa, dan beberapa orang lagi yang mukin sudah lupa. apa yang saya tahu setakat ini.

Solat Witer ini cuma solat sunat sahaja. kalau kita buat dapat pahala, tidak buat tidak berdosa pun . tetapi mungkin seperti rumah yang telah dibina cantek , apa salahnya kita letakan sadikit perabut hiasan tentu nampaklah cantek, tidak mahu letak pun tidak mengapa.

Witer ada juga setengah orang dia solat bersama iman 2 rakaat sahaja solat terawih di masjid, kemudian dia balik tidur, tengah malam dia bangun solat tahajud dlln, dia tutup dengan satu rakaat lagi solat witer yang dia tidak buat disurau atau masjid tadi. Masih jumlahnya 2 + 1 tiga juga ganjil.

Solat witer satu rakaat senang saja surah fatihah dan Qulhuahad uwallah (surah ikhlas) bagun dari rukuk, biasanya malam 16 ramadan
baca doa qunut dlln , (ada orang dalam sujud akhir panjang minta apa tak tahu laa) sebelum salam.

Witer juga boleh banyak rakaat tetapi mesti ganjil 1, 3, 5 , 7. surah pun bebas, ikut apa yang orang ramai buat kalau rajin. Setengah orang tuk iman buat 20 rakaat dia nak buat 8 sahaja, keluar dari sap, dia buat tiga rakaat witer, cabut atau belah.

ANJ berkata...

Pembangkang tidak diingini warga FELDA: Yusuf Nor


2010/08/22
KUALA TERENGGANU: Cubaan pembangkang untuk masuk ke Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA)
adalah satu gangguan yang tidak diingini oleh warga komuniti itu, kata Pengerusinya, Tan Sri Dr Mohd Yusof Nor.

Katanya, pihak terbabit sebenarnya mahu melihat peneroka dan pentadbiran dalam organisasi itu berpecah-belah untuk memudahkan mereka menyusup masuk. (Sedutan akhbar BH)

Di luar negara pembangkang kerjasama untuk membantu rakyat dalam usaha membangunkan negara mereka demi kemajuan bangsa dan rakyat mereka , tetapi kita sebaliknya untuk memecah belahkan rakyat, dan bangsa sendiri. Adakah tuhan itu buta dan tuli ? Sesungguhnya Allah maha melihat dan maha mengetahui apa yang
sedang anda lakukan!

Mozaire berkata...

eh! dorg letupkan diri ke atau ade org bom?

Julia berkata...

mati jgk dorg ni akhirnya punya panjang sembang? hehe

Panglima Ketot berkata...

rasanya ada penyerang berani mati letupkan diri dgn dorg kot?

Nabil Quldi berkata...

sian dorg mati sebagai komunis padahal dorg dh insaf...

Nas Hayah berkata...

la..ingatkan dorg ni umor brapa? bru 25 th ke bawah ke???

Nama Aku berkata...

la..sian dorg ingatkan ade org selamatkan? tgk2 kena bom plak?

Malik Wariya berkata...

mati dlm pelukan? sgt menyayatkan hati...

Ai Kurubudin berkata...

huh! mati hancur ke? siap kena bom tu...

Ali Omar berkata...

muda2 lagi kena jd penjuang komunis? sian nisb dorg berdua ni...

Hantu Gigi berkata...

siap kluar akhbar plak psl kematian dorg ni??? wah!

Kembara Budiman berkata...

smoga roh dorg aman al fati.. eh! silap dorg bkn islam mne boleh sedekah al fatihah plak? hehe

Capricorn berkata...

dorg mati x berkubur ke?? hancur mcm tu je kena bom...

Putera Damien berkata...

mmg menyentuh hati mati katak namanya dorg berdua ni..

Hamba Allah berkata...

ade 2 ikatan?? rasanya ni sajak bru sbb xpnh bca pun...

Bumi Hijau berkata...

bkn sabtu ahad en nuri letak sajak lama ke??? kenapa ada sajak bru plak?

Nakhoda Belantara berkata...

wah! bru aku thu ade 3 ikatan ke?? dulu ada belajar tp dh lupa...

Ummu Akilah berkata...

ustazah bru ajar pasal ikatan iblis hari jumaat minggu lps? tgk2 en nuri pun letak sajak psl ni jgk?

Laila Mellisa berkata...

alamak! slalu bgun tido xpnh plak buat mcm ni??/ thnkz en nuri ingatkan kami smua..

Tinta Bayu berkata...

menarik jgk kisah ikatan iblis ni sajak pengajaran...

Thai Tham berkata...

ANJ ni mcm intenet bergerak plak smua pasal hal semasa dia thu..

Guru Yahya berkata...

ANJ ni wartawan ke?? sbb byk hal2 semasa kdg2 aku pun x thu...

Tengku Anita berkata...

ANJ dok felda ke? mne dapat info psl ni?

Sudin Ramlee berkata...

wah! byk jgk agenda pembangkang kt felda? terima ksih ANJ....

Umar Haslam berkata...

brulah paham sikit tentang witer ni... terima ksih en nuri...

Surya Khan berkata...

witer mcm ni ke? thnkz! bru la paham sikit...

Halilintar berkata...

solat witer pun ade jgk? wah! thnkz!

Puteri Bunian berkata...

bru nk cari info psl solat witir ni? terima ksih en nuri pinjam info ni...

Yusof Lim berkata...

wah! byk info psl solat witer dapat sy thu kt sini...