Jumaat, 6 Ogos 2010

AWAS BICARA VIRUS KENCING TIKUS



Dulu kami di seksa di bunuh semua,
dengan racun serangga dan perangkap
malah ada operasi memberi hadiah di Kedah
sesiapa dapat menangkap dan membunuh kami.

Hari ini kami pun ada teknologi tinggi,
bila sainstis kami mencipta virus air najis
kini kami telah pun sebarkan merata tempat
di lubuk, lata perkilahan, dan taman-taman selera.

Perlu  salahkan kami wahai manusia,
di taman ini banyak maksiat anak muda
yang suka buang sisa sampah merata-rata
siang anda bersuka, malam kami pula berpesta,
dengan membuang najis beracun di air tanah kerusimeja.

Oleh: Nurimanja,
Catatan di Tv dan Akhbar,
tanggal dua tiga hari lalu /08/2010.


26 ulasan:

nurimanja berkata...

CERPEN 1 MALAYSIA SIRI 5 BERTAJUK: ESTATE OLEH NURIMANJA PERAK.
___________________________________

DI PAGI AHAD ITU, hujan turun dengan lebatnya. Semua pekerja buruh di estate itu tidak bekerja. Monindy bercadang hendak pergi ke rumah sakit atau hauspital Parit Buntar, kerana sudah dua minggu dia tidak pergi melawat isterinya Monacy. Lagi pun semalam baru sahaja dia terima gaji.

Sementara menunggu hujan reda , Moniandy bersiap-siap mengenakan pakaiannya, tetapi makannan pagi belum lagi tersedia. Lucky belum lagi bangun. Moniandy terpaksa membuatnya sendiri.

“Kenapa Lucky belum bangun? Letih agaknya. Orang baru nak belajar kerja, tambah pula ambil lebih masa, sampai ke petang baru pulang,” bisik hati kecil Moniandy kesian juga bila melihatnya.

Selepas sarapan hujan masih juga belum reda. Jam di dinding telah menunjukan pukul sepuluh setengah pagi. Malah Luckmy masih juga belum bangun lagi. Biasa kalau tidak bekerja sebelum pukul sepuluh Luckmy sudah pun bangun mengemas rumah. Malah hingga kini belum bangun lagi.

Sarapan pagi telah pun menyelinap masuk bersemadi di dalam perutnya, terasa sangat kekenyangan perutnya pagi itu, maklum lama dia tidak pernah makan roti bakar bertelor,
seperti pernah yang disediakan oleh Monacy .

Monindy tersandar di kerusi malasnya di hadapan tingkap, hujan masih lagi tidak berhenti.Walaupun tidak selebat awal pagi tadi:

Dalam keadaan dia berfikir begitu, dia tidak sedar dia telah terlena di kerusi malasnya seketika tadi. Dia cuba menjeguk ke dapur, Luckmy masih tiada. Dia melangkah pergi ke
bilik tidur Luckmy. Belum pun sempat dia mengetuk pintu bilik tidur Luckmy, pintu itu tidak berkunci.

Pelahan-lahan Monindy menolak daun pintu bilik itu. Moniandy menapak masuk kakinya sebelah, di dapati Lackmy tertiarap di katil, membelakangkannya. Baju tidurnya yang jarang tersingkap ke atas sehingga menjelaskan pangkal peha dan pinggulnya yang bulat meninggi itu.

Rambutnya kusut masai seperti orang dalam kesakitan, sebelah tangannya tertekan ke perut, di bawah dadanya ada sebiji bantal, kepalanya diikat dengan tuala kecil dan tertunduk ke bawah. Malah bertentangan dengan mulutnya ada sebiji besin besar dan sekoley air sejuk. Beberapa ekor lalat hitam berterbangan mengelilingi besin besar itu.

BERSAMBUNG.

Geletek Pagi berkata...

NEGERI BILA MAJU RAKYAT AKAN RUNTUHKAN KERAJAAN (S3) OLEH ; GELETEK PAGI
___________________________________


Mujurlah tidak ramai pula rakyat sokong, hampa duk kutuk pemimpin dan negara, pujuk pula orang ramai dengan janji dan buat fitnah dan tohmah . Mahu tanya berapa kerat saja penyokong PAS, DAP, dan PKR ? Kini dah mula sedar dan insaf meninggalkan parti Pekena Kawan dan Rakan atau PHD . Berapa saja? Berapa ekor nak tanya?

Ini menunjukan rakyat tak beri sokongan sepenuhnya. Apa duk bising. cuma anuar saja duk pujuk sana pujuk sini, duk pancing.
Pas pun tak takut dosa? Islam suruh kita bersatu sesama Islam , Allah suruh, rasul suruh, boleh jadi kapir siapa engkar lawan perentah Tuhan. bukan saya kata, dua tuk guru di Kelatan yang kata, jangan angkuh tuhan murka.

(sambung esok)

Ai Kutubudin berkata...

TRAGEDI

Dalam singkat masa
Kita diberi ingat akan satu ketika
Apa yang kita rasa
Apa yang kita pegang
Belum tentu milik abadi satu tangan
Dalam singkat rasa
Kita diberitahu akan satu peluang
Untuk kita rebut
Untuk kita gapai
Biar pasti jadi milik
tangan yang mula memegang
Tragedi demi tragedi
Biar kita ingat
Bukan setakat sayang
Bukan setakat rindu
Hati yang dibelah belum tentu
Jadi jamin rasa yang satu
Tragedi demi tragedi
Jangan biar jadi mimpi ngeri


Ai Kutubudin
penang
11malam

Qalam Mutiara berkata...

ULASAN:

Ai Kutubudin dengan sajak TRAGEDI. Dan kata en nuri nama ini semacam pernah dengar dua puluh tahun dulu sewaktu mengajar di st xiver , gen irafanulhaq dan seorang lagi gen sallehuddin, kini buka kedai nasi kandaq jln tengah bayan baru.Ini
mungkin kebetulan saja. Kerana 95% anak murid en nuri India muslim.

Pendatang baru gen nasi kandaq pelita, bagaimana mereka pandai mengadung rempah ratus kari kepala ikan buat nasi kandaq.Semacam itu itu mereka mencipta sajak, banyak sembolik. Pengucapannya mungkin
satu peristiwa yang lalu, sukar dilupakan. Dan sering pula memberi pengajaran dalam hidup yang cuma sadikit ini, kerana sejarah telah mengajar kita.kerana pokok durian yang telah lebih 50 berbuah jangan ditebang, untuk tanam baru belum tentu hasil buahnya.

Abul Hassan berkata...

eh! luchmy ni bunuh diri ker????

Hadi Hamzah berkata...

eh! hujan sepanjang hari petanda x baik tu...

Mozaire berkata...

suspen plak kenapa dgn luchmy?????

Lelangit Biru berkata...

luchmy mengandung ker???? msti anak muniady ni..

Puaka Alama berkata...

kenapa lalat hurung luchmy???? dia dh mati ker?

Kota Gersang berkata...

eh! luchmy mati ker?? sbb apa plak????

Fatima Alzahra berkata...

seksi luchmy?? nng kena rogol dgn muniandy plak? hehe

Badrolshah berkata...

suspen btol luchmy mati ker???

Man Pendek berkata...

luchmy kenapa plak?? mati ke? pensan?

Sulaiman Embong berkata...

luchmy mati ke??? sapa plak bunuh xkn muniandy plak?

Geletek Malam berkata...

suspen plak cerpen ni... luchmy mati ker?

Angker 13 berkata...

eh! kenapa plak ni??? makin lama makin suspen plak cerpen ni...

Nas Hayah berkata...

eh! luahan hati tikus plak?? hehe

Sharifah berkata...

cerita muniandy ni mcm jd cerita CSI plak? sbb misteri kematian luchmy...

Yati Ishak berkata...

eh! setiap ari mkn telu rdgn roti? x sakit perut ker? hehe

Guest berkata...

eh! sajak tikus plak kali ni? hehe

Mat Noh berkata...

sajak en nuri ni menarik jgk klu tikus berkata....

Jalil Janggut berkata...

tikus plak berkata? hehehe

Ku Dania berkata...

luahan dari hati tikus ke? sian tikus...

Kembara Budiman berkata...

klu tikus boleh berkata2 agaknya mmg dia akan cakap mcm en nuri tulis ni... hehhee

Panglima Ketot berkata...

manusia kejam! sian tikus klu dpt bunuh dpt duit! sdih2.. sbb sy pencinta haiwan...

Pengeran Indera berkata...

hehehe lawak gak sajak ni sekali tikus bercakap? hehe