Selasa, 3 Ogos 2010

KITA HIDUP UMPAMA LIMA JARI



Kita pun umpama lima jari tangan
ada kecil, besar, gemok dan kurus,
janganlah menghina di anatara satu
kerana Allah menjadikan sesuatu itu,
punya  hikmah dan pengajarannya.

Setiap jari ada tugas fungsi sendiri.
jari ibu terkenal dengan cop jarinya
jari telunjuk untuk mengarah orang
jari tengah mencapai benda tinggi
jari manis letak cincin pertunangan
jari kelingking korek lubang hidung.

Mengapa kita mesti rasa bersedeh?
wajah huduh atau pun cantek lawa
semua ada kelebihan dan kelemahan
di sisi Allah hanya orang beriman dan
taqwa dinilai, bukan wajah dan rupa.

Oleh: Nurimanja,
catatan meragukan insan,
disisi allah ada nilainya 03082010.


32 ulasan:

nurimanja berkata...

CERPEN 1 MALAYSIA SIRI 2 BERTAJUK: ESTATE OLEH NURIMANJA PERAK.
_______________________________________________________________________


HARI ini Moniandy benar-benar berasa letih. Dua hari yang lalu dia telah minta cuti dengan pengurus estate, untuk menghantar isterinya ke hauspital Parit Buntar. Monacy sakit keguguran. Ini merupakan keguruan kali kedua selepas empat bulan yang lalu..

Yang anih dan peliknya tiap kali dia mengandung atau ingin lekat keguguran akan berlaku. Dan berminggu pulalah lamanya Monacy tinggal di hauspital Parit Buntar tempat sakit hendak bersalin.

Sebab itulah badan Monacy kelihatan kurus dan kering seperti orang kekurangan darah dan tidak bermaya. Malah kaki dan tangannya selalu saja kebas-kebas , mukanya pucat lesi dan kalau ditoreh mungkin tidak berdarah.

Inilah yang membuat Monaidy terasa sunyi dan kesepian. Dia juga bagai tidak terdaya lagi hendak berulang balik saja dari bekerja pergi pula ke bandar Parit Buntar, malam baru balik, melihat isterinya di hauspital. wangnya juga banyak yang habis.

Lebih parah lagi Monacy bukan sajak keguguran, dia juga didapati diserangi deman kuning, menjadikan berminggu dan berbulan kena tinggal di hauspital. Dari wad bersalin, tukar pula ke wad sakit penyakit berjangkit.

Inilah yang membuat Monandy tidur seorang diri dalam kesejukan malam kerana tiada tubuh dapat memanaskan badan. Sebenarnya Monacy cuma isteri pada zahirnya sahaja, tapi pada batinnya tiada siapa yang tahu.

Sesekali Monacy menangis bila mengenangkan nasib malang dirinya, Dia amat kecewa untuk memberi layannan yang memuaskan kepada suaminya Moniandy. Sesekali dia juga risau kalau hati Moniandy turut berubah.

Semasa Monacy berada terlantar di Hauspital Luckmy yang menyediakan makan dan minum Moniandy . Dia membekalkan makan pagi untuk pergi kerja dan menyediakan pula makan tengahari sewaktu pulang kerja.

Monacy bersyukur kepada tuhan kerana Luckmy dapat membantu abang iparnya sewaktu dia tiada, kalau tidak adanya, pastilah segala makan minum Moniandy tidak akan terurus dan siapalah yang akan melayaninya.

Moniandy juga pernah terdengar Monacy bercakap seorang diri sewaktu di katil wad bilik sakit. “ Tuhan kenapa aku jadi begini? Aku menyesal dan gagal melayani suamiku dengan sempurna, kalau begini, aku tak tahan lagi, biarlah aku mati,” Moniandy jadi sebak dadanya mendengar rintihan isterinya itu.

BERSAMBUNG.

Angker 13 berkata...

KETIAK BERBAU

kau tampil penuh seri
rambut kemas tersisir rapi
pakai pula fesyen terkini
mata memandang penuh iri
cermin mata buatan itali
keletap keletup kasut tinggi
kulit buaya tinggi kualiti
wajah manis senang hati
senyum terlukis sampai ke pipi
kemas di tangan telefon blackberry
di sisi pula notebook peribadi
gaya eksekutif muda
penampilan penuh terjaga
personaliti tinggi sekali
semakin ku dekati
ada sesuatu mengganggu
kembang kempis lubang hidungku
langkahku mati di situ
mengapa kau lupakan deodorant
ketiakmu berbau hancur....

Angker 13
ketika berdating bersama awek
2ptg

Qalam Mutiara berkata...

ULASAN:

Sajak seloka anak muda oleh Angker 13 bertajuk Ketiak Berbau. Nampaknya lewat kebelakangan ini banyak pula sahabat Cr menulis sajak berbentuk saloka Ini mungkin pengaruh en nuri juga ada dua tiga sajaknya berbentuk saloka. bayar bil.Isteriku dan jejari tangan. Sajak berbentuk begini amat mudah difaham dan khalayak tidak lagi
perlu berfikir mencari maana dan menterjemah pula isi dan maksut pengucapannya yang tersirat
dan tersurat. Malah kanak pun mudah memahaminya.

Ini cerita seorang eksekutif
yang terlupa pakai penahan bau ketiak, sehingga mencucuk lubang hidung bfnya yang tak tahan dengan bau hapak tengik. Tetapi nak kata apa syok punya cerita kentut pun dikira wangi juga daa.

Comel berkata...

sdih rupanya cerpen ni... hmm....

Ali Conan berkata...

harap2 jgn la monacy tu meninggal sbb kesian kat munaindy...

Sharifah berkata...

sedih btol cerpen ni.... harap2 monacy cpt smbuh...

Brader Joe berkata...

kenapa gila mengandung asyik gugur je??? kena sumpahan ker?

Badrolshah berkata...

setia btol muniandy klu aku la sah dah cari lain... hehehe

Seri Suri berkata...

nnt klu monancy dh xde? msti muniandy kwin dgn lucmy.....

Julia berkata...

x cemburu plak monancy adik dia tinggal dgn muniandy???

Tengku Anita berkata...

sian monacy... harap2 dia x mati klu dia mati mmg sedih giler cerpen ni..

Angker 13 berkata...

sian dia hbis byk duit utk bini dia....

Umar Haslam berkata...

monacy ni sakit makan hati kot? kan bapak dia baru minggal...

Sulaiman Embong berkata...

eh! cerpen ni mcm cerita mahmud yg meninggal sbb minum tody tu...

Salina berkata...

mmg suami yg mithali btol muniandy tu...

dam catur berkata...

eh! insaf plak aku baca sajak en nuri ni mcm kena dekat aku jer...

Kembara Budiman berkata...

btol tu jgn menghina diri sendiri... hehe

Nakhoda Belantara berkata...

wah! setiap jari ade peranan dia sendiri ker?

Man Pendek berkata...

syukur dgn ape yg ada... walaupun aku x sempurna tp aku tetap dapat hidup di dunia...

Roslan Bidin berkata...

bila baca sajak en nuri mmg sy bersyukur ke atas tuhan wlpn tuhan jdkan saya x sempurna tapi nak dibandingkan dgn org lain? sy lbih bertuah...

Seniman Jalanan berkata...

best sajak ni insaf sy baca... pinjam lagi nak buat lagu mstii org menangis kalau dgr...

Olie Pajutdy berkata...

btol tu setiap jari ade peranan masing2....

Putera Damien berkata...

rasanya monacy meninggal la nnt...

Abul Hassan berkata...

entah2 monacy meninggal? mngkin moniandy pun meninggal sbb sedih... luchmy mngkin jd gila xdpt terima keyataan... agak je ni...

Firasat Hikayat berkata...

mcm2 dugaan yg menimpa muniandy ni...

Iman Ali berkata...

sian dh la miskin isteri plak sakit? dugaan hidup ni....

Mozaire berkata...

wah! dulu sajak tangan skrg sajak jari plak? hehhe

Harimau Berantai berkata...

syukur jgk kpd tuhan wlpn aku msih bujang mngkin kalau aku kwin bercerai nnt....

Danial berkata...

baca sajak en nuri ni bersyukur kpd tuhan dgn limpah kurnianya...

Geletek Malam berkata...

insaf baca sajak en nuri... mmg kita kena bersyukur...

Madah Pujangga berkata...

hmm... msti isteri dia meninggal nnt dan dia msti akan kwin dgn luchmy...

Kota Gersang berkata...

rasanya cerita ni akan berakhir dgn sedih....