Memaparkan catatan dengan label memanjat doa. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label memanjat doa. Papar semua catatan

Rabu, 2 November 2011

MALAIKAT MENDOAKAN ORANG BERIMAN






Biasanya orang yang beriman
sentiasa sahaja mendapat kemenangan
kerana Allah itu amat maha mengetahui dan berkuasa
tentang apa yang telah mereka lakukan.

Biasanya tanda taat  kepada Allah
mereka dengan banyak berzikir tanpa berhenti
minta ampun dan membersihkan dahulu  akan dirimu
kemudian barulah minta kepada Allah.

Biasanya orang beriman kepada Allah,
kitab,rasul, malaikat  hari kiamat dan qada dan qadar
mereka sentiasa sahaja berastaghfar tanpa henti
selain bertahlil, berzikir  dan bertahmid
sehingga para malaikat mendoakannya .


Oleh: Nurimanja,
Bandar Baru Telok Kumbar,
Catatan daripada Akhbar kosmo.25/10/2011.




Rabu, 25 Ogos 2010

MUNAJAT SEORANG HAMBA



Di hujung malam,
lalu berdiri
bertakbir
berrukuk
bersujud
bermunajat
kehaderatmu,
seorang hamba,
memanjat doa
setulus hatinya
minta dihendarkan
pedih sakratulmaut
segala seksa kubur
dan azap api neraka.

Tersempuh sepi,
diri atas sejadah
tangan menadah
berguguran air mata
mengharap Allah
mengampunkan
segala dosa lalu
agar Allah benarkan
menempatkan dirinya
tergolong daripada
gerombolan insan
beramalan solleh
yang dibenarkan
tenang masuk surgaMu.

Oleh; Nurimanja,
waktu mula menulis sajak, 1973.
catatan rengkas dibulan ramadan.