Rabu, 2 November 2011

MALAIKAT MENDOAKAN ORANG BERIMAN






Biasanya orang yang beriman
sentiasa sahaja mendapat kemenangan
kerana Allah itu amat maha mengetahui dan berkuasa
tentang apa yang telah mereka lakukan.

Biasanya tanda taat  kepada Allah
mereka dengan banyak berzikir tanpa berhenti
minta ampun dan membersihkan dahulu  akan dirimu
kemudian barulah minta kepada Allah.

Biasanya orang beriman kepada Allah,
kitab,rasul, malaikat  hari kiamat dan qada dan qadar
mereka sentiasa sahaja berastaghfar tanpa henti
selain bertahlil, berzikir  dan bertahmid
sehingga para malaikat mendoakannya .


Oleh: Nurimanja,
Bandar Baru Telok Kumbar,
Catatan daripada Akhbar kosmo.25/10/2011.




30 ulasan:

Tinta Azimad berkata...

CERITA DONGING RAKYAT SEDUNIA DARI NEGARA PAKISTAN SELASA MULAI 26HB APRIL 2011 DARI BLOG CITRARASA BERTAJUK: KEMBAR SEIRAS DITULIS DAN DICERITAKAN SECARA BEBAS OLEH: NURIMANJA
Bahagian ke 2 / Siri Ke empat puluh atau siri 73 kini

AKHIRNYA Putera Wira Syakir betemu dengan saudara sulungnya yang sedang termangngu dan bagaikan orang baru sedar dari mimpi kerna tidur lena yang panjang. Mereka berpelukan air mata tali persaudraan berjujuran mebasahi pipi, Lama sekali mereka berpelukkan rasa kemesraan dan kasih sayang bertaut kembali.
Rasa kegembiraan dan kemesraan yang sekian lama berpisah bagaikan bertaup kemali. Menangis kerana Kegembiaan . Orang ramai yang juga terasa baru sedar dari mimpi tidur lena yang panjang, kebingungan Melihat manusia yang berwajah kembar seiras itu. Ternyata wajah dan perwatakan mereka bagaikan putra di raja berketurunan bangsaan.
Dalam keadaan yang kebinggungan itu mereka dapat menilai salah seorang putera itu yang telah menyelamatkan mereka, memandangkan pakaian Putera wira Syakir tidak nampak lusuh dan bertenaga nampaknya , mereka menyembah dan memberi penhormatan kepadanya.
Melihat keadaan itu Putera wira Syakir dengan rendah diri menarik tangan saudara sulungnya Putera Wira Syahir bersamanya untuk menerima penghormatan itu , sambil tersenyum dia memperkenalkan akan saudara sulungnya kepada orang ramai.
Mereka pun bertempek sorak tanda kesyukuran kepada pencipta alam dan berterima kasih tiak terhingga kepada putera Wira Syakir di atas pertolongannya , mereka bebas dari sumpahan nenek kebayan tua yang banyak sakti itu.

Orang ramai yang kembali pulih itu bagaikan tiak sabar lagi hendak pulang ke tempat kediaman dan negeri dan kampung halaman masing-masing, untuk bertemu anak dan isteri serta sanak saudara yang lama ditinggalkan. Setelah mereka medaki ke puncak gunung meterá alam dan disumpak nenek kebayan tua yang banyak sakti itu , lalu menjadi batu di puncak gunung mentera alam itu.

Setelah orang ramai turun berpusu-pusu meninggalkan puncak gunung mentera alam itu. Putera wira Syahir pun brtanya kepada adiknya Putera Wira Syakir .Bagaimana adindanya boleh menjejakkan kaki mngekori akan kesusahannya.

BERSAMBUNG.

Geletek Pagi. berkata...

SEDUTAN BERITA UTAMA (UM)

NGO sifatkan perjuangan Seksualiti Merdeka jijik

KUALA LUMPUR 1 Nov. - Jijik dan keji. Itulah gambaran yang diberikan oleh beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berkenaan penganjuran Seksualiti Merdeka yang bermula hari ini.

Setiausaha Gabungan NGO Malaysia (GNM), Mohd. Jurit Ramli berkata, program tersebut langsung tidak membawa faedah malah hanya menyumbang kepada keruntuhan akhlak masyarakat.

"Kita minta mereka senaraikan apa faedah yang ada dalam program ini dan mengapa tidak pernah bercadang untuk melaksanakan program yang mampu mengukuhkan hubungan antara kaum di Malaysia," katanya kepada Utusan Malaysia hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas penganjuran program Seksualiti Merdeka anjuran beberapa gabungan NGO yang turut mendapat sokongan Majlis Peguam dan Suara Rakyat Malaysia (Suaram).


KOMENTAR

Agenda penganjuran ini mungkin ada sokongan pihak tertentu menjayakannya. Tetapi sebenarnya mereka sedang memohon musibah yang pernah menimpa kaum nabi lut yang terpaksa menanam diri mereka dalam tanah kerana dilanda aging saklun.

Sulaiman Embong berkata...

JANGAN SALAHKAN PENGALAMAN

jangan salahkan pengalaman.
apatah lagi masa
jika tidak katakan tidak.
bukan susah untuk berkata benar.
tidak memaksa perasaan kamu.
hanya keyakinan diminta.
aku tak suka berdolak dalik.
kelak menyesal tiada tandingnya.
aku masih teguh berdiri.
berpaksi pada emosi yang sama.
jika ini jalannya

Sulaiman EMbong
sajak simbolik

Lukiee berkata...

KUNTUM BUNGA

kehidupan ibarat sekuntum bunga
bila sekuntum demi sekuntum
mula telah mengugur
melayang jauh dan tak kembali lagi
ranting itupun mengering
tabah menunggu patah
jatuh ke tanah lalu abadi.

Lukiee
sajak kehidupan

Pak Kassim berkata...

CAMAR RINDU KEPADA YANG SATU

Akulah si camar yang rindu
akan desiran air pantai.
Bagiku rindu itu pemanis hati
andai tiada rindu
pasti jiwa menjadi kosong.
andai tiada rindu
pasni punah segalanya.
Rindukan sang Pencipta
itu suatu yang pasti
rindukan yang dicipta
hanya Dia yang tahu.

Pak Kassim
sajak ketuhanan

Kembara Budiman berkata...

AKU JADI ARTIS?

Aku merasa sangat hairan
Karena tiba-tiba peminatku banyak
Setiap aku muncul orang
selalu berebut minta tanda tangan
ada hanya sekedar bersalaman
hairan kenapa aku begitu terkenal
Semua orang bicara tentang diriku
Gosip sentiasa menyebut namaku
aku merasa biasa saja
Tapi mengapa orang-orang menganggapku luar biasa
Ke manapun aku pergi
Setiap orang mengenaliku
terpesona denganku kenapa begitu
Aku juga tidak tahu
Akhirnya ku sedar ketika itu
aku hanya bermimpi

Kembara Budiman
sajak komedi

Mei Ling berkata...

JUJUR ATAU BOHONG

jujur itu benar walaupun pahit
tapi ia adalah ubat
buat luka yang digores oleh
tajamnya pembohongan yang manis.
jadi jujur dan berbohong
boleh menjadi sangat bahaya

Mei Ling
sajak nasihat

Julia berkata...

SESAT LEWAT

sesaat lewat mata mulai redup,
kutangkap sebuah jalinan inspirasi
mengubah kepakan sayap
menjadi butir-butir kata
dapat mengubah hidup.
terbanglah rajawali,
diatas padang bunga-bunga harapan,
kabarkan padanya sebuah bentang harapan itu disana
setelah cakrawalamu terlampaui.
Kepada aku dan mereka

JUlia
sajak ni bukan sy punya sajak ayah punya

Mak Mah berkata...

TENAGA

Masih menemani malam berganti pagi
menunggu terjaga menyambut matahari
berharap senyum dan sapa
mengantarku bermimpi
kali ini yang akan jadi
tenagaku menghabiskan hari

Mak Mah
sajak simbolik

Dayang berkata...

KEPENATAN

meninggalkan realiti hidupku
seolah-olah ada benteng di depan
yang menghalang aku terus ke depan.
Aku teruskan langkah biarpun terasa berat kaki ini.
Aku mahu berlari hingga rasa penat
kerna aku mahu serap segalanya sampai satu saat akan rebah
tapi rebah aku rebah penuh kepuasan

Dayang
sajak semangat

Qalam Mutiara berkata...

SAYEMBARA PUISI CINTRANURI DIANTARA PARA PEMENANG BULANAN 2011

Sdra Sulaiman Embong dengan sajaknya bertajuk JANGAN SALAHKAN PENGALAMAN. Pengucapannya agak marah, kesal dan sinis dengan sikap seorang yang suka bermain sandiwara dengan memutar bilik fakta. Terlalu sukar untuk berkata benar dalam agenda perjuangan mereka.Amat dikuateri, jika rakyat saja yang mengelar mereka sebagai pengkianat negara, dan musuh negara lantaran suka mengutuk negara sendiri dan mendewakan komunis sebagai hero negara. Inilah penyakit yang sedang dihasut untuk mencelarukan minda, terutama gendarasi muda. Layak untuk sayembara seterusnya (SM)

Qalam Mutiara berkata...

SAYEMBARA PUISI CINTRANURI DIANTARA PARA PEMENANG BULANAN 2011


Sajak sdra Lukiee dengan tajuk KUNTUM BUNGA. Pengucapannya rasa bagaikan bermadah pula nampaknya. Berbeza dengan Mei Ling ternya 99% bagaikan madah pujangga pula ternyata lari dari unsur puisi yang diharapkan kerana terlalu pendek dan padat ..Apa pun Lukiee masih boleh diterima menceritkan kehidupan dengan perbandingan kuntum bunga. Putik, berkembang layu gugur. Semuanya tidak kekal. atau abadi selamanya. Layang untuk sayemabara seterusnya. (SM)

Qalam Mutiara berkata...

SAYEMBARA PUISI CINTRANURI DIANTARA PARA PEMENANG BULANAN 2011

Pak Kasim dengan sajaknya bertajuk CAMAR RINDU PADA YANG SATU. Pengucapannya agak menarik simbolik kehidupan pada saekor camar laut. Sering merindui desiran air laut dan tiupan angin pantai. Seolah member ketenangan.Tetapi kerinduan yang sebenar pada sang maha pencipta yang kekal dan abad selamanya.. Layak untuk saymbara seterusnya (SM)

Qalam Mutiara berkata...

SAYEMBARA PUISI CINTRANURI DIANTARA PARA PEMENANG BULANAN 2011


Sdra Kembara Budiman sedap nama dengan sajak fantasi dalam mimpi yang agak komedi. Minpi anda ini ada petanda baik. Jika ada orang beri tabit hormat akan jadi boss. Apa pun sajak lawak ini tertewas dengan 4 buah sajak yang lebih mengancam ikut tema dan isu semasa. Harap maaf dan maklum usaha lagi lain kali. (TK)

Qalam Mutiara berkata...

SAYEMBARA PUISI CINTRANURI DIANTARA PARA PEMENANG BULANAN 2011


Sdri Mei Ling dengan sajak madah pujangganya bertajuk: JUJUR ATAU BOHONG. Pengucapannya amat menarik ada kesan kerana terlalu pendek padat dan rengkas dia layak di kategorikan sebagai kata-kata hikmat atau madah pujangga saja. Apa pun sajak madah ini tertewas dengan 4 buah sajak yang lebih mengancam ikut tema dan isu semasa. Harap maaf dan maklum usaha lagi lain kali. (TK)

Qalam Mutiara berkata...

SAYEMBARA PUISI CINTRANURI DIANTARA PARA PEMENANG BULANAN 2011

Sdri Julia dengan sajak orang tua bertajuk ; SESAAT TERLEWAT .Pengucapannya agak sinis, tetapi tidak dinyatakan temanya, Tetapi buat pembaca mudah dapat menilai nawaitu mereka. apa pun isu semasa berbau politik pembangkang nampaknya sama dengan sajak Ambuyak.Apa yang menarik mereka sama seperti ulat tahi yang mengerumut melahap sisa-sisa bangkai. Mereka semacam diserang penyakit sendrum gila untuk menegak kemungkaran. Malah sanggup mumudahkan cara dengan menghalalkan apa saja sehingga mengenepikan ajaran agama. Itulah sebuah sandiwara mereka yang rakyat telah dapat menghidunya..Diberi peluang untuk sayembara seterusnya (SM)

Qalam Mutiara berkata...

SAYEMBARA PUISI CINTRANURI DIANTARA PARA PEMENANG BULANAN 2011

Mak Mah nampaknya menerima nasib yang sama dengan Datin Maimun semalam. Kini sajak mak mah bertajuk: TENAGA.Pengucapannya baik ada beri kesedaran dan menilai diri ketika melewati ujung senja. Apa pun sajak keinsafan mengenang diri ini telah tertewas dengan 4 buah sajak yang lebih mengancam ikut tema dan isu semasa. Harap maaf dan maklum usaha lagi lain kali. (TK)

Qalam Mutiara berkata...

SAYEMBARA PUISI CINTRANURI DIANTARA PARA PEMENANG BULANAN 2011


Sdri Dayang anak kenyalang masih dalam pengajian baguslah semoga sukses! Sajak anda kali ini bertajuk: KEPENATAN.. Pengucapannya bagaikan mengeloh, tetapi tema semangat. Belum tua kalian dah penat, bila tua betambah letih. Apa pun sajak bersemangat mengenang diri dalam kepenatan ini telah tertewas dengan 4 buah sajak yang lebih mengancam ikut tema dan isu semasa. Harap maaf dan maklum usaha lagi lain kali. (TK)

Ustaz Rahman berkata...

la...ingatkan dh hbis bila dia jmpa abg dia rupanya ada lagi

Guest berkata...

panjang jgk cerita ni

Saizul Maizav berkata...

abg dia x jeles ke adik dia org sanjung?

Seri Suri berkata...

ada laagi ke sambungan cerita ni

Lagenda Pulau berkata...

ingatkan dh hbis rupanya panjang lagi

Kembara Budiman berkata...

eh! blum hbis lagi ke?

Srikandi Juwita berkata...

dh tamat sumpahan ke?

Mr Tan berkata...

apa kesudahan cerita ni nnt

Nurul Lisa KIm berkata...

ada lagi ke halangan

Petualang Tiga berkata...

lps ni dorg jmpa apa plak?

Tuan Haji berkata...

ada makhluk plak mereka jmpa nnt

Salina berkata...

ada lagi ke sambungan?