Selasa, 8 November 2011

PUISI INI KUTULIS CUMA UNTUK KAWAN




 Wajah penuh misteri


Puisi ini kutulis
Adalah terlalu biasa
Buat renungan kawan-kawan
Yang pernah mengenaliku
Waktu-waktu  bersama dahulu
Semoga ingatan masih kental bersemadi disudut hati
Dimanakah kalian dinihari? Masih ingatkah dunia kuliah?
Batu Lintang tetap abadi damainya masih terasa
Seperti hari-hari dahulu anak ikan di kolam
Masih jinak dan manja
Semoga kita pun begitu
Dalam ikatan mesra

Puisi ini kutulis
Cuma sekadar mengingatkan
Pada anda yang bernama kaki tangan pemerintah
dan patuhlah  berkhidmat dengan dasar
Amanah ikhlas cekap dan bersih
Niat ibadat kepada Allah
Jangan kerana  gaji dan bonus sahaja .


Oleh; Nurimanja,
Rajang,Sarikei, |\6\10\82
Disiar semula 8hb.November 2011.



30 ulasan:

Tinta Azimad berkata...

Maaf kami terpaksa keluar sajak lama
atau memori krana kita perlu salin
kenal mengenali yang lama tidak bersua.

Cuma wajah penuh misteri . Siapa ? x perlu diketahui.kami cuma orang biasa.Tidak ada apa yan perlu ibanggakan. Amin

Tinta Azimad berkata...

CERITA DONGING RAKYAT SEDUNIA DARI NEGARA ENTAH BERANTAH DISIAR MULAI SELASA 26HB APRIL 2011 DARI BLOG CITRARASA BERTAJUK: KEMBAR SEIRAS DITULIS DAN DICERITAKAN SECARA BEBAS OLEH: NURIMANJA.

Bahagian ke 2 / Siri Ke empat puluh dua atau siri 75 kini


SESAMPAI sahaja Putera Wira Syahir di perkarangan taman istana orang ramai pun berpusu mlihat dan menyambutnya . ada diatara mereka berlari memberi kabar berita tentang kepulang Putera Wira Syahir yang dikatakan telah lama bertapa di puncak gunung mentera alam itu.

Berita kepulangan Putera Wira Syahir itu sekejap sahaja telah ampai ke istana ayahnda Puteri Rambulan Senja.malah sampai ke pinger bandar dan kepelusuk kampung ataupun desa
Malah orang ramai pun datang berpuu-pusu untuk mlihat kepulangan seorang Putera Wira yang gagah dan perkasa kerana membunuh naga kepala tujuh.


Betapa gembiranya hati Tuan Puteri Rambulan Senja mendenar khabar verita itu , lalu bersiap sedialah segala kelengkapan untuk menyambut kepulangan suaminya yang sekian lama dirinduinya itu. Maka berseri-serilah wajahnya yang selama ini dirundung kerinduan yang amat sangat kepada Putera Wira Syahir itu..


Apabila sampai sahaja Putra Wira Syahir ke hadapan pintu istana kayangannya yang lama dia tidak menjejakkan kakinya. Melihat keadaan itu semua penghuni istana kayang memberi hormat dan mempersilakannya masuk. Tapa berkata sepatah kata Putera Wira Syahir dengan wajah yang bengis mnuju ke bilik praduannya.

Melihat keadaan itu Puteri Rambulan Senja pun mengikutinya dari belakang dan terus menutup pintu bilik peraduan dan inin memeluk akan suaminya yang amat tercinta dan dirinduinya selama ini. Tetapi Putera Wira Syahir mengelahkan dirinya daripada diperlakukan demikian.

BERSAMBUNG.

Pedang Kesatria berkata...

HEMBUS BAYU

Ketika bayu itu menghembus
aku masih kecil tak mengerti apa
kusangka bayu itu bayu normal
tanpa aku sedar tumbangnya
seorang insan dek hembusan itu.
Ketika suria itu memancarkan cahaya
aku duduk di birai katilku
mendongak ke langit
memaksa mataku menatap mentari
cahaya seolah tidak menembusi

Pedang Kesatria
sajak simbolik

Pangeran Pertawa berkata...

WAKTU KU PUTAR

Penyesalan Tiada Akhir
Jika waktu dapat berbalik arah
Akanku kata kehidupanseindah bayang
Tatapi kini aku sadar semua itu hanyalah penyesalan belaka
hal yang belum pernah terpikirkan kini telah menjadi beban hidupku
Sekarang semuanya sudah berlalu terlambat untuk di ubah
Hidupku selalu keadaan menyakitkan
Inilah hidup tidak ada seorang tahu
Hanya diriku yang mengerti Seandainya waktu dapat berputar
Aku memilih tidak dilahirkan
Aku ingin lahir sebagai orang lain

Pangeran Pertawa
sajak simbolik

Bulan terang berkata...

ANGKUHNYA

angkuhnya kehidupan meniti
setiap langkah dengan enggan
Namun harus terus berjalan
Walaupun selalu dingin yang menusuk
gelap yang semakin gulita
Mencari yang tak ada tak pasti
Pasrah kian jadi ditengah keraguan
Membongkar kepalsuan jiwa
Membakar amarah tanpa sebab
hadir yang selalu membayangi

Bulan terang
sajak sinis

Ustaz Muda berkata...

PENGHARAPAN

indahnya disetiap detik
Mengulum waktu yang tak mahu berhanti sejenak membuatku
terpasung di rapuhnya harapan
Tersesat bagaikan jiwa tak bertuan
Gelap, sepi, sunyi jadi teman setia di perjalanan ini
mimpi buruk distiap tidurku
Aku yang semakin hilang tak tahu harus bagaimana berhenti berharap
tak henti menanti kian membuatku bingung ditengah pengharapan

Ustaz Muda
sajak simbolik

Sohibul Wakdiamin berkata...

BERSIAP

bila bercinta bersama pasangan
jangan melebihi cinta pada yang esa
Walau jauh pasangan kita sempurna
dia bukanlah penguasa alam semesta
jika kamu ingin bersama
bertemu di surga setelah di dunia
persiapkan puasa,solat dan zakatmu
Lantunkan Quranmu selalu
Masukkan semua itu dalam amalmu
perintah pasanganmu juga
lakukan sekarang agar kamu
tidak tertinggal
dari golongan beriman

Sohibul Wakdiamin
sajak nasihat

Ustaz Nasarudin berkata...

GERIMIS

Laksana karang panjang
melampaui segala rasa
semenjak kau memilih jalan berbeza,
kebekuan yang kini kurasa
hanya kamu meluluhkannya
andai kau tahu sebanyak
apa aku merindukanmu
ia bagai gerimis turun dari langit,
andai kau ada disini,
letakkan tanganmu di dadaku hitunglah detaknya,
sebanyak itulah ku ingatkanmu

Ustaz Nasarudin
sajak buat isteri tersayang ketika mnyambut ulang tahun perkahwinan

Tuan Haji Abkam berkata...

CUACA

Menanti Hujan bertanyalahku
kepada sang peramal cuaca
kabarnya hujan kenapa ia tak juga
datang membasahi gersangnya bumi
hanya letih meradang menanti
hujan yang tak pulang
pada mimpi juga dunia nyata

Tuan Haji Abkam
sajak simbolik

Haji Hamdan berkata...

ENGGAN

Hujan enggan turun kepadaku.
Mereka tak mahu menyentuhnya lagi.
Mereka hanya ingin wajah
para pemburu akhirat.
Tidak kepadaku,untukku
Tidak sama sekali aku membatu.
Mencerca kaum di sekitarku.
Menghina mereka di lembar pintu.
Menjadi debu di meja-meja tamu.
Menjadi abu di daun-daun Malu.

Haji Hamdan
sajak ni sumbangan dari ayah mertua yg mula minat sajak dia nak mancuba nasib di sayembara

Qalam Mutiara berkata...

SAYEMBARA PUISI CINTRANURI DIANTARA PARA PEMENANG BULANAN 2011


Tuan Haji Hamdan dengan sajak sumbangan daripada ayah mertuanya bertajuk ENGGAN . Pengucapannya boleh dikatakannya menarik isinya sudah ada Sayangnya tidak disusun dan diolah dengan lebih sebaiknya pada ungapan dan ayat atau bait yang bersesuain untuk meng hidupkan daya kreatif dan puitisnya.Ada tiga sajak berbau politik cuma satu saja dipilih, termasuk Haji Abkam. Kerana ada 4 sajak yng lebih mengacam dan bersaing hebat. Terutama sajak bulan teang . Maka sajak anda tersekat untuk seterusnya . usaha lagi. (TK)

Qalam Mutiara berkata...

SAYEMBARA PUISI CINTRANURI DIANTARA PARA PEMENANG BULANAN 2011


Tuan Haji Abkam dengan sajak simbolik pada situasi alam kini dengan bertajuknya: CUACA.
Pengucapannya menarik sinis juga rasanya, walaupun tajuk sama dengan tajuk sdra baru kita kreem kranjit. Cuma kreem reality namun tuan haji Abkam simbolik sinis kepada keadaan isu semasa nampaknya.Ada berbau politik juga. Kerana mengkhabarkan janji, hanya sebagai ramalan cuaca. Kalau ditunaikan betul kalau tidak sebaliknyalah. ramalan cuaca boleh jadi betul dan tidak. Kerana ada 4 sajak yng lebih mengacam dan bersaing hebat. Terutama sajak bulan teang . Maka sajak anda tersekat untuk seterusnya . usaha lagi. (TK)

Qalam Mtiara berkata...

SAYEMBARA PUISI CINTRANURI DIANTARA PARA PEMENANG BULANAN 2011

Sdra Ustaz Nasarudin dengan kesebukan tugasnya di Uitm .kini dengan sajak bertajuk GERIMIS. Pengucapan biasa buat seorang isteri bila tiba hari bersejarah dalam kehidupan mereka dengan ulang tahun perkawinan mereka. Apa pun kesetian masih kental bersemadi disudut hati , begitulah kasih sayang agaknya. Amin. Kerana ada 4 sajak yng lebih mengacam dan bersaing hebat. Maka sajak anda terekat untuk seterusnya . usaha lagi. (TK)

Qalam Mutiara berkata...

SAYEMBARA PUISI CINTRANURI DIANTARA PARA PEMENANG BULANAN 2011

Sdra Sohibul Wakdiamin kini telah kembali pada lantasan yang diredhi Allah. Sajaknya yang bertajuk BERSIAP . Pengucapannya menarik penuh dengan nasihat sesuai dengan tema buat anakmuda yang suka bercinta.Apa pun sajak ini tetewassadikit pada untaz muda. Tapi jika ada Ahli menang yang menarik diri jalal bol mengantikannya. Layak tetapi tersekat pada saingan (TK)

Qalam Mtiara berkata...

SAYEMBARA PUISI CINTRANURI DIANTARA PARA PEMENANG BULANAN 2011

Sdra Ustaz Muda bagaimana dengan penyakit keronik sudah okey? Kini dengan sajaknya yang bertajuk PENGHARAPAN . Pengucapannya bersahaja namun simbolik pada ungapan katanya. Tema dan penceritaanya bagaikan mngharapkan sesatu yang indah Kini nampaknya bagaikan tersekat dan ada kecelaruan pula berlaku. Apa pun perlu berhemah untuk diperbetulkan, agar rasa kecewa dan harapan tidak terus dimusnahkan. Layak untuk sayembara seterusnya (SM)

Qalam Mutiara berkata...

SAYEMBARA PUISI CINTRANURI DIANTARA PARA PEMENANG BULANAN 2011


Sdra. Bulan Terang dengan sajak sinis yang memanjang. Bertajuk ANGKUHNYA. Pengucapnnya berbau politik dan tema sinis pada situasi politik tanah air terkini. Keangkuhan Biasa memakan diri sendiri, ksilapan menuturkan dan memutar belitkan fakta menjadi keadaan ahli2nya lebih farah dan mencelarukan minda , bila kelakuan atau akhlak becangah dengan ajaran agama. Layak untuk sayembara seterusnya (SM)

Qalam Mutiara berkata...

SAYEMBARA PUISI CINTRANURI DIANTARA PARA PEMENANG BULANAN 2011


Sdra Pangeran Pertawa anda kenal dengan seorang penulis puisi berunei Adi Marhaen (sulaiman ahmad) dia pernah mnhadiahkan dua buah antologi uk en nuri. Sajak anda kali ini bertajuk WAKTU ITU BERPUTAR. Pengucapannya juga simbolik pada putaran kehiupan, tema semacam kecewa nampaknya. Apa pun membuka minda , Terasa mesejnya bagaikan ingin diputarkan kembali waktu kelahirannya dahulu untuk memperbetulan kedudukkan agar kehidupan hari ini tidak pincang. Layak untuk sayembara seterusnya (SM)

Qalam Mutiara berkata...

SAYEMBARA PUISI CINTRANURI DIANTARA PARA PEMENANG BULANAN 2011


Sdra Pedang Kesatria selamat pulang ke tanah air dan sisi keluarga! Sajak pinjam atuk sendiri punya bertajuk: HEMBUSAN BAYU. Pngucapanna menarik juga simbolik pada alam untuk mnceritakan sesuatu. Penceritaannya mungkin boleh diandaikan berbagai, terasa ada sesuatu yang hendak dikatakan bagaikan hasutan yang disangkan idah punya maksud yang jahat, akhirnya musnah juga jadinya. Kini untuk mendapatkan kembali keyakinan itu agak terharu dan perik memikirkannya. Layak untuk sayembara seterusnya (SM)

Tanpa Nama berkata...

ergregre

Tanpa Nama berkata...

45h5h54h54h

Zainal Arifin berkata...

aik! dia menyamar jd adik die ke?

Dam Catur berkata...

kenapa dia ambik tempat adik dia?

Raja Muda berkata...

mmg xthu malu dia ambik tempat adik dia

Jengking Perak berkata...

jahat pnya abang kembar

UMmu Akilah berkata...

snggup dia ambik tempat adik dia

Warga Emas berkata...

jahat jgk abg dia ni

Jeffry berkata...

walaupun kembar abg dia lebih jahat

Ustaz Muda berkata...

org kmpung x sedar ke?

Salina berkata...

apalah muslihat abg dia

Tok Mahat berkata...

apesal dia dengki kt adik dia sgt?