Sabtu, 12 November 2011

PARI PARI




 
16 menang bersama ke final


Jika wujud pari-pari
kemalasan kita makin menjadi-jadi
kerana kitakan sekadar goyang kaki
sambil arahkan si pari-pari untuk dapatkan itu dan ini.
tapi ini realiti sememangnya tiada wujudnya pari-pari
jika semua memahami realit meski tak sekompleks fantasi
hakikatnya lebih mudah dimengerti. 



Oleh: Ustaz Omar Sharif
 sajak fantasi/25 Oktober 2011 3:57 PTG



30 ulasan:

Tinta Azimad berkata...

SAYEMBARA AKHIR PUISI CITRANURI BERSAMA AHLI/ @ P/BLOG OKTOBER 2011


Sdra Ustaz Omar Sharif kali ini sajak jauh menyelam ke dasar fantasi pula. Apa pun syabas anda lagak ke pusingan akhir. Tajuk PARI-PARI , sajak lama barangkali? Tema ini sesuai untuk anak kecil yang suka berkhayal. Memang benarlah jika wujud keadaan begini relax saja kita. Tetapi ini cuma cerita doging rakyat semacam cerita en nuri yang dia tulis 20 tahun dulu. Apa pun terima kasih diatas penyertaan anada tempat ke dua sayembara bulan oktober 2011 (TK) 26 Oktober 2011 9:05 PG

Tinta Azimad berkata...

CERITA DONGING RAKYAT SEDUNIA DARI NEGARA ENTAH BERANTAH DISIAR MULAI SELASA 26HB APRIL 2011 DARI BLOG CITRARASA BERTAJUK: KEMBAR SEIRAS DITULIS DAN DICERITAKAN SECARA BEBAS OLEH: NURIMANJA.

Bahagian ke 2 / Siri Ke empat puluh empet atau siri 77 kini


NAMPAKNYA RAMAI AHLI CR DAN PEMBACA SIRI INI MASIH KELIRU.KENA BACA SEMULA BAHAGIAN KE 2 SIAPA PERANAN UTAMA ANTARA KEMBAR SEIRAS INI?

Dengan perasaan kesal bercampur keharuan bersama lenangan air mata dan sebak dadanya di dalam hati penuh mengharap dia dapat bertemu kembali dengan Putera Wira Syakir.

Hatinya kini penuh dengan debaran dan penuh dengan harap agar adindanya masih berada di tempat kejadian itu. Berharap sangat tidak menjadi masalah dan boleh memaafkan dirinya kembali.

Dalam keadaan yang begitu cemas dan penuh terharu itu menjadikan orang ramai yang melihat sikap Putera Wira Syahir itu , mereka berpandangan sesama sendiri. Penuh dengan tanda tanya. Mengapa Putera Wira Syahir bertindak sedemikian rupa? Baharu saja pulang ke istana , kini pergi semula meninggalkan istana ini.?

Putera Wira Syahir terpaksa menyuuli kembali suasana kaki gunung mentera alam itu. Tetapi nasibnya agak malang bila tiba di tempat kejadian itudi dapati Putera Wira Syakir telah tiada
Lagi hanya tinggal bekasnya sahaja dan beberapa tumpuk darah yang masih merah.

Daia terpaksa memecut kuda saktinya mncari arah tempat yang dilalui disekitar kaki gunung mentera alam itu, tetapi gagal menemuinya. Segera dia bertanya khabar orang yang lalu lalang di sekitar perkampungan itu jika ada seorang putera raja yang datang meminta bantuan perubatan, namun tetap hampa tiada jawapan yang diterima.

Akhirnya dia berjumpa dengan seorang tua yang baru pulang dari kaki gunung meterá alam itu Kerana mencari ramuan perubatan di situ. Orang tua itu terus tersenyum dan menjawab.

BERSAMBUNG.

Jalal Rafzee berkata...

KUM 1

1 ustaz rahman
2 penyair agung
3 syeikh al habib
4 Kareem Kramjit
5 sufian al zahri
6 nuri jaguh
7 Ambuyak
8 warga emas

================================
KUM 2

1 Bulan Terang
2 simsalabin
3 mr david
4 apek liew
5 gelora maya
6 tengku anita
7 tok mahat
8 datin hajjah
==================================
KUM 3

1 saizul maizav
2 tuan haji
3 jalal rafzee
4 pak bostamam
5 ustazah hamidah
6 orang lama
7 Julia
8 en sanusi
===============================
KUM 4

1 mr tan
2 Sulaiman Embong
3 ravi ramachandran
4 Pak Kassim
5 yusmanira
6 mona
7 ustaz muda
8 pangeran pertawa
=============================
KUM 5

1 Lukiee
2 Raja Muda
3 nur atikah
4 puteri bunian
5 pedang kesatria
6 ustaz Sahzan
7 Mia safiyah
8 seri suri
=============================
KUM 6

1 Vijay Kumar
2 anis syahila
3 Bob Kuli
4 ziarah makrifat
5 Ustaz Omar sharif
6 ustaz saad
7 tan sri yunus
8 Siti Hajar


=keputusan kumpulan hasil aku cabut undi dgn atikah

Kareem Kramjit berkata...

KESUNYIAN MALAM

Kesetiaan kesunyian
mengikuti langkah kaki
malam setia menanti dari senja
Meski berselimutkan kedinginan
Dengan diiringi kesunyian
hanya bersandar pada bintang
Kesunyian tetap menggenggam jemari
Dengan langkah perlahan
menyusuri kehidupan
melewati lembah di puncak gunung
Terbawa angin terseret ombak
Kadang hujan gerimis menemani,
Hembusan taufan mendorong
Kesunyian tetap setia mendampingi
Meski ada saat terganggu halilintar
Setianya kesunyian pada sang malam
tetap tak tergoyahkan

Kareem Kramjit
sajak tentang kehidupan

syeikh al habib berkata...

REMBULAN DAN WAKTU

Rembulan cuba untuk kembali
terbentuk semula
walau hanya ada
bisikan angin yang singgah disitu
rembulan cuba tapi tetap terjatuh
Ditikam duri menyelerak dalam kalbu
rembulan cuba menyumpah pada waktu detik jarum jam seperti cepat
Ingin diputar dan dipaku
waktu terasa begitu cepat
mungkin ini waktu
dia perlukan satu perubahan
agar jangan salahkan waktu

syeikh al habib
sajak buat sahabat ana yang kebanyakan taksub kepada bulan

nuri jaguh berkata...

MABUK CINTA

Saat malam mencapai puncaknya
embun pula berkuasa disitu kurasakan perihnya tusukan cinta ni
mengoyak segala rasa tanpa ada sisa
aku merasa bukan menjadi diriku
karena otakku diliputi rasa
yang tak akan pernah pudar
aku menjadi mabuk cintamu
rasa tak perduli seberapa besar api
sedalam apapun lautan,
selebar apapun jurang
dan sepedih apapun siksa,
harus kulewati semua demi untukmu

Nuri jaguh
sajak terkenang

Ambuyak berkata...

JUAL JANJI

berhentilah memberiku janji
berhenti juga memberiku petua
biarkan hujan rintik
jangan bikin gelisah semakin resah
sudah aku beritahu
jangan tahu jual janji
Setiap lima tahun sekali
Kerjaannya cuma begini
hanya tahu jualan janji
Yang penting dapat banyak kursi

Ambuyak
sajak sinis

Sufian al zahri berkata...

TAK ADA APA-APA

biarkan saja aku memang hilang
bersama ribuan mimpi yang dulu pernah kita terajui bersama
tapi kau masih ada
kulihat sesekali kau masih senyum
meski getir segetir jiwaku
senyum masih ada padamu
jika aku hilang apa bezanya?
tak sedikitpun mengubah pendirianmu
simpan karna itu bukan janji
karna jika aku tidak begini begitu
tak akan pernah ada apa-apa..

Sufian al zahri
sajak inginkan kemaafan

Warga Emas berkata...

BERTEMAN AIR MATA

Adakah aku akan melihat orang tuaku
sebahagia nyanyian hatimu
menempuh tahap tertinggi kodrat
aku merenung menggores
bayangan butiran air matamu
terdorong keluar oleh kebahagiaan
aku usaha menutup jalan air mataku
tak sanggup menahan keharuan
menuntut jalan keluar,
mungkin hendak berteman air matamu

Warga Emas
sajak sumbangan dari anak sulung saya

Penyair Agung berkata...

ANGIN SENJA DI GUNUNG

helang melintasi
Angin senja di pegunungan
Melintasi setiap lekukan lembah
Meski panas mentari senja menyengat
helang itu tetap terbang
menatap mangsanya
Dengan tenang diam dalam pencarian
makhluk menumpang untuk hidup
Dimanakah mangsanya
hingga terus diam dalam pencarian
hingga sekarang tak kunjung tiba

Penyair agung
sajak simbolik sinis

Ustaz rahman berkata...

TEPI LAUT

aku pernah pergi ke tepi laut
memandang ombak dan ingin berlayar
melihat lihat kapal dermaga
aku pernah memiliki kapal
manikinya di tepi pantai,
tapi tak pernah melepas sauhnya
aku pernah membawa kapalku berlayar
namun akhirnya kembali pulang
sebelum sampai tujuan

Ustaz rahman
sajak simbolik

Qalam berkata...

SAYEMBARA PUISI CINTRANURI PUSINGAN KE 2 PEMENANG BULANAN 2011

Sdra Kareem Kranjit dengan sajaknya bertajuk: KESUNYIAN MALAM. Penguapannya masih bersandarkan pada kewujuan alam maya dengan kehidupan manusia bila menekmati ksunyian malam. Kerana dalam kesunyian itulah ada rasa ketenangan terutama 2/3 malam ada Waktu doa seorang itu mudah dikabulkan, sebaiknya dalam solat tahajud. Barangkali itulah yang dimaksudnya dengan kesunyian malam bagi melepaskan kepenatan. Setelah kita perit getel berhadapan dengan kemelut kehidupan. Layak untuk sayembara seterusnya (SM)

Qalam berkata...

SAYEMBARA PUISI CINTRANURI PUSINGAN KE 2 PEMENANG BULANAN 2011
Sajak Syeikh Al Habib kali ini bertajukRAMBULAN DAN WAKTU. .Pengucapannya bagaikan berbau politik isu semasa sama dengan tema Sdra. Temanya juga jelas dinyatakan, Cuma mungkin berbeza sadikit dengan pada mesejnya satu agak sinis dan satu lagi sekadar teguran. Apa pun masa yang akan menentukannya duduk perkara , jika anda melakarkan sesuatu yang baik pasti ada kemenangannya. Jika tidak rakyat akan menilai sebaliknya Layak dan diberi peluang untuk sayembara seterusnya.(SM).

Qalam berkata...

SAYEMBARA PUISI CINTRANURI PUSINGAN KE 2 PEMENANG BULANAN 2011

Sdra Nuri Jaguh dengan tema terkenang bertajuk MABUK CINTA . Pengucapannya bagaikan ada menyentuh kisah rang muda punya biasa diserang penyakit rasa jiwa2. Begitulah keadaannyanya bila anda Diambuk panah api asmara dana yang tidak biasa padam selagi tidak dapat hati akan gila bayang. Apa pun perlu berhati-hati menilai mabuk cinta yang sebenarMaaf, kerana ada 4 sajak yang lebih bersaing hebat. sajak anda tersekat untuk seterusnya . usaha lagi. (TK)

Qalam. berkata...

SAYEMBARA PUISI CINTRANURI PUSINGAN KE 2 PEMENANG BULANAN 2011

Sajak Sdra Ambuyak kali ini bertajuk JUAL JANJI. .Pengucapannya bagaikan berbau politik isu semasa sama dengan tema Syeikh Al Habib .Temanya juga jelas dinyatakan, mungkin berbeza sadikit dengan sajak anda mesejnya agak sinis menempelak janji yang tidak dikotakan. Apa punsalah seorang terpaksa terkeluar dengan tema sama. Harap maaf, kerana ada 4 sajak yang lebih bersaing hebat. sajak anda tersekat untuk seterusnya usaha lagi. (TK)

Qalam berkata...

SAYEMBARA PUISI CINTRANURI PUSINGAN KE 2 PEMENANG BULANAN 2011

Sajak Sdra Sufian Al Zahri bertajuk:TAK ADA APA- APA .Pengucapannya bagaikan inginmenjelaskan kedudukkan dan pohon maaf , terasa bagaikanada krisis di cawan kopi agaknya?. Temanya juga jelas dinyatakan, mungkin terharu dan rasa kekecewaan dengan keadaan sahaja. Harap maaf, kerana ada 4 sajak yang lebih bersaing hebat.maka sajak anda tersekat untuk seterusnya . usaha lagi. (TK)

Qalam berkata...

SAYEMBARA PUISI CINTRANURI PUSINGAN KE 2 PEMENANG BULANAN 2011

Sajak daripada sumbangan anak sulung sdra Warga Emas bertajuk: BERTEMAN AIR MATA.Pengucapannya bagaikan ingin mengkhabarkan sesuatu tetapi tidak jelas , terasa bagaikan tidak kesampaian. Temanya juga tidak dinyatakan, mungkin simpati dan rasa kekecewaan dengan keadaan sahaja. Apakah yang merundung malang nasibnya juga tidak dinyatakan dalam penceritaan ini? Maaf, kerana ada 4 sajak yang lebih mengacam dan bersaing hebat. sajak anda tersekat untuk seterusnya . usaha lagi. (TK)

Qalam berkata...

SAYEMBARA PUISI CINTRANURI PUSINGAN KE 2 PEMENANG BULANAN 2011


Sdra Penyair Agung anak atau cucu aruah pak haji masdar ke? Kini dengan sajaknya bertajuk; ANGIN SENJA DIGUNUNG. Pengucapannya sinis simbolik beranarkan pada kejadian alam haiwan dan angin pergunungan. Apapun penceritaanya mesej semasa buat mereka yang dalam diam mencari mangsa untuk kepentingan agenda tersendiri, bagaikan helang menyambar makanan dalam diam dia melayang diudara pantas menerkam mangsa. Layak untuk sayembara seterusnya (SM).

Qalam berkata...

SAYEMBARA PUISI CINTRANURI PUSINGAN KE 2 PEMENANG BULANAN 2011

Sdra. Ustaz Rahman kali ini dengan sajak simboliknya bertajuk TIKA AKU DITEPIAN LAUT . Pengucapannya agak mengelirukan, apa pun mesej semacam hajat yang tidak kesampain nampaknya , walau apa pun ceritanya mudah, setelah berusaha dan cuba sedaya upaya, nanum ketetapan dan ketentuan Allah tidak juga mengizinkannya. Layak untuk sayembara seterusnya (SM).

Tanpa Nama berkata...

34ff3443g

saizul maizav berkata...

bodoh pnya syahir dh pukul adik dia lps tu dtg balik?

Ustazah Hamidah berkata...

ada jgk sihat perikemanusian syahir ni siap boleh pergi balik

Lagenda PUlau berkata...

dh pkul bru nk menyesal

Nurse Lisa berkata...

entah hidup ke mati adik dia tu

Mak Mah berkata...

agak2 adik dia masih hidup lagi ke?

Pak Kassim berkata...

nenek kebayan tu kata apa?

Raja Muda berkata...

entah2 nenek kebayan tu selamatkan

Ustaz Rahman berkata...

aik! hilang plak adik dia binatang buas dh baham agaknya

Tuan Haji berkata...

hidup ke mati adik dia tu

Jalal rafzee berkata...

pelik dia dtg balik hilang plak adik dia