Memaparkan catatan dengan label 16 ke final. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label 16 ke final. Papar semua catatan

Sabtu, 15 Ogos 2020

BERANINYA MANUSIA MENCABAR ?

 




BERANINYA MANUSIA MENCABAR ?


Begitu ramai manusia kini

Berani mencabar takdir yang ditetapkan

Betapa sanggup pula melakukan perkara yang songsang

Bertentangan dengan norma kehidupan manusia dan ajaran agama Islam

Berbangga menghidupkan budaya di zaman nabi Lut lelaki berkawin sesama mereka?

 

Bersama kita melihatnya

Berbagai penyakit telah pun menyerang

Bencana wabak luar biasa covid 19 musuh tidak Nampak?

Beratus ribu nyawa terkorban tanpa mengira  negara bangsa dan agama

Bagaikan balasan ke atas manusia yang berani mencabar takdir Allah SWT yang esa ?

 

Berbanggakah kita kini ?

Berbagai bencana menimpa kita semua ?

Bukan sahaja manusia kejadian alam juga menerimanya ?

Berlakunya gerak gempa, gunung berapi meletup rebut taufan, thusunami

Bongkaknya manusia rasa keinsapan cuma seketika selepas itu akan kembali alpa ?

  

Oleh: Qalam Mutiara,

Catatan jam 7.00 pagi

Selasa   Tarikh  7hb April , 2020



Isnin, 28 November 2011

AROMA BAU ANGIN




16 menang bersama ke final


Masihkah ada lagi tersimpan
aroma bau angin yang aku hirup kemarin
ketika menyembunyikan airmata
ersama pandang mengayunkan dan langkah kaki
berkejaran dengan kepekatan senja.
Lembayung merah membayang,
lesu, getir dan sunyi menerbangkan
kepak-kepak kepenatan.

Oleh: Tok mahat
sajak simbolik/21 Oktober 2011 2:37 PM




Jumaat, 25 November 2011

MENTARI MALU BERSINAR?



16 menang bersama ke final


Malam ini ketika mentari
malu untuk keluar bersinar melalui terpaan angin dingin
 bersama titik-titik embun basah lantas aku pun berjalan menghampiri
saat semuanya mulai merasai berkeluh kesah
meratapi hidup yang hilang arah
tetapi aku tetap brsabar menanti 
 kabar berita sinar mentari?


Oleh: Teksi Manaf
sajak simbolik/21 Oktober 2011 2:35 PM




Rabu, 23 November 2011

.LARI KE SEBERANG




 
16 menang bersama ke final


Bila termenung sendirian
di dalam gelap dihujung jalan yang tidak jelas,
seperti peronda yang kesepian
Dari arah belakang 
muncul seorang pengarang  
yang kehilangan jejak tokoh cerita
mungkin  kerana belum selesai ditulisnya.
Kucari dari tadi ternyata sedang melamun
di sini daripada aku harus pulang,
lalu ia pilih lari ke seberang.


Oleh: Ustaz Muda
sajak ni bukan sy pnya bapak mertua yg punya dia teringin nk sumbang sajak
/21 Oktober 2011 2:27 PM  



Selasa, 22 November 2011

SEPINTAS RASA




16 menang bersama ke final

sepintas sahaja hatiku diragut
hilang raut wajah dibawa pergitinggal jantungku saja berdenyut
yang hidup saat itu hanya mata
jika aku tahu siapa peragut ituaku mahu pulangkan kembali
sekeping hatiku yang kau curi
tetapi bagaimana casanya pula?jika kehadiranku yang sebenar
tidak wujud pun pada dirinya.

 
Oleh: Dewi Sageenta
sajak simbolik/22 Oktober 2011 3:48 PM




Isnin, 21 November 2011

TERSEDAR




16 menang bersama ke final

Tersedar didalam sepiku
setelah jauh melangkah
kini cahaya kasihmu kembali
dalam dekapan tanganmu
Terima kasih cinta untuk segalanya
kau berikan lagi kesempatan itu
aku berjanji tak akan terulang lagi 
semuaa kesalahanku


Oleh: Nuri Jaguh
sajak kekesalan/21 Oktober 2011 2:23 PM