Sabtu, 15 Ogos 2020

BERANINYA MANUSIA MENCABAR ?

 




BERANINYA MANUSIA MENCABAR ?


Begitu ramai manusia kini

Berani mencabar takdir yang ditetapkan

Betapa sanggup pula melakukan perkara yang songsang

Bertentangan dengan norma kehidupan manusia dan ajaran agama Islam

Berbangga menghidupkan budaya di zaman nabi Lut lelaki berkawin sesama mereka?

 

Bersama kita melihatnya

Berbagai penyakit telah pun menyerang

Bencana wabak luar biasa covid 19 musuh tidak Nampak?

Beratus ribu nyawa terkorban tanpa mengira  negara bangsa dan agama

Bagaikan balasan ke atas manusia yang berani mencabar takdir Allah SWT yang esa ?

 

Berbanggakah kita kini ?

Berbagai bencana menimpa kita semua ?

Bukan sahaja manusia kejadian alam juga menerimanya ?

Berlakunya gerak gempa, gunung berapi meletup rebut taufan, thusunami

Bongkaknya manusia rasa keinsapan cuma seketika selepas itu akan kembali alpa ?

  

Oleh: Qalam Mutiara,

Catatan jam 7.00 pagi

Selasa   Tarikh  7hb April , 2020



Tiada ulasan: