MUHAMAD DIUTUSKAN MEMBAWA SINAR
Zaman sebelum
nabi dilahirkan
Keadaan orang
arab tinggal dalam kejahilan
Memuja patong bertenun nasib , melakukan persundalan, arak dan judi.
Siapa kuat
boleh menjadi ketua
Memimpin
khafilah dan mengawasi puaknya
Malah menghalalkan cara untuk kebebasan dan kepentingan diri sendiri.
Daripada hidup
dalam kegelapan
Muhamad datang
membawa sinar kehidupan
Menunjukkan jalan yang lurus melalui panduan Al Quran dan al hadisku .
Ingatlah kalian
tidak ada agama ?
Melainkan Islam
yang kutinggalkan mewarisi
Membimbing
manusia kearah kesejahteraan kehidupan dunia dan akhirat.
Oleh:
Qalam Mutiara,
Catatan
jam 7.00 pagi
Isnin Tarikh 13hb April , 2020
Tiada ulasan:
Catat Ulasan