Rabu, 5 Ogos 2020

DRAMA MABUK KUASA





DRAMA MABUK KUASA 

Tahun Tikus
Ada drama hebat di negaraku
Agenda parti politik yang mabuk kuasa
Dalam PRU14 mereka menjanjikan manifesto luar biasa
Demi untuk mempastikan kemenangan dan kejayaan di tangan mereka .

Kini Mereka
Telah berjaya menjadi kerajaan
Membentuk antara kawan dan seteru
Siapa yang banyak kerusi lebihkan untuk kepartiannya
Mulailah terasa iri hati semacam ada ketidak keadilan  antara mereka.

Kini  22 bulan
Kerajaan yang dibentuk berkecai
Akibat tidak senang hati dan mabuk kuasa
Maka kerajaan baru yang dibentuk berkecai jadinya
Akibat ada janji sesame mereka yang tidak dapat ditunaikan selama ini.

Begitulah kisah
Sebuah drama agenda mabuk kuasa
Telah pun  dilakonan oleh tiga dan empat watak
Drama pendek tidak sampai satu penggal itu menarik
Yang jadi masa adalah penonton yang tertipu dengan drama palsu ini ?

Oleh Pena Runcing,
Catatan jam 5.00 pagi
Pagi Jumaat  Tanggal  28/2/2020

Tiada ulasan: