Ahad, 16 Ogos 2020

DAHAGI SAMPAI KE TUA

 

DAHAGI SAMPAI KE TUA 
 
Saekor si kucing tua
Telah berjaya menguasai Kawasan
Lebih puluhan tahun lamanya dia bermaharajalela
Banyak harta dan pusakanya dihimpun untuk keturunan anak cucunya
Kini dia masih lagi dahagi ingin menguasai kawasan yang pernah dikuasainya selama ini.
 
Dalam bentuk baru
Dia mengator stratige dengan baik
Ada kawan menjadi lawan dan musuh menjadi kawan
Dengan agenda yang hebat menjanjikan bulan dan matahari jika berkuasa
Si Kucing tua menang lagi dalam pemilihan merebut Kawasan yang dulu pernah di kuasai.
 
Tetapi nasibnya kini
Telah diperlekeh oleh puak tilus muda
Ada yang setuju ada yang tidak suka penguasaannya
Maka berlakulah sikit kepincangan yang luar biasa dalam penguasaannya
Kini dia terpaksa mengadap penguasa tertinggi bagi melayakkan dirinya terus berkuasa.
 
Oleh Pena Runcing,
Catatan jam7. 00. malam
Tarikh 3hb June  2020


Tiada ulasan: