Ahad, 6 November 2011

PESTA ARFAH




Dini hari,
Di padangmu banjir lagi Arfah
dngan pesta tetamu pencukup rukun
hadir dari pelusuk dunia fana
dalam satu perhimpunan agong
kerana disini tiada lagi beza dan kasta
cuma mengambedikan diri  dibawah seruan Iiahi
bersma suara kudus yang bergema sama
pada hati tersisip rasa insaf dan pasrah kepada Allah

Dini hari,
Dipadangmu banjir lagi Arfah
dalam pesta suka duka bergema sama
di hati mengalir darah cusi murni
datang sujuk dan tawaduk pada Allah yang Esa
bertasbih,bertahmin,bertahlil,dan bertakbir
disini tiada lagi beza kulit dan rupa disini tiada lagi meskin dan kaya 
disini tiada lagi darjat dan pangkat disini Cuma satu sahaja penilaiannya
rasa ketinggian iaman dan takwa kepada Allah swt.


Oleh; Nurimanja,
Telok Kumbar  21\9\98 /siar semula 6hb November 2011.




30 ulasan:

Geletek Petang berkata...

sajak ini membayangkan kepada kita bagaimana atu perhimpunan manusia dari seluruh pelusuk dunia berhimpun dipadang arafah menjadi banjir lepahan manusia. dengan pakaian yang serupa.

Bagaimana di padang mahsyar nanti?
adakah begitu juga gambarannya atau lebih dahsat lagi jika matahari cuma sejengkal di atas kepala.

Geletek Petang berkata...

CERITA DONGING RAKYAT SEDUNIA DARI NEGARA PAKISTAN SELASA MULAI 26HB APRIL 2011 DARI BLOG CITRARASA BERTAJUK: KEMBAR SEIRAS DITULIS DAN DICERITAKAN SECARA BEBAS OLEH: NURIMANJA

Bahagian ke 2 / Siri Ke empat puluh satu atau siri 74 kini


SEWAKTU dalam perjalanan meninggalkan puncak gunung metra alam itulah Putera Wira Syakir menceritakanlah apa yang telah berlaku dan bagaimana dia menjejakkan kaki mengkori sauara sulungnya. Setelah dia menetak pokok ara itu mengeluarkan getah , dia terus menyusuli dan mencari khabar berita akan keadaan saudara sulungnya.


Lantas saudara sulungnya merasa cemburu , lebih lagi hatinya merasa tidak sedap pula bila Putera Wira Syakir mengatakan dia turut menyamar sebagai saudara sulungnya Putera Wira Syahir dan bermalam di Istananya.

Sewaktu dalam perjalanan itulah Putera Wira Syahir telah menhentakkan perisainya dengan kuat ke atas panggal tengkok Putera Wira Syakir daripada belakang, lalu jatuh tersungkur ke tanah.

Putera Wira Syakir semasa itu tidak ahu apa-apa. Apa yang dirasainya satu pukulan atau hendakkan kuat telah hinggap di panggal tengkoknya, sehingga dia merasakan dunia ini menjadi gelap dan hilang dari panagannya.


Selepas itu dia tidak sedar lagi yang dia telah terjatuh dari kudanya dari pukulan curi sari belakang oleh saudara sulunga Putera Wira Syahir, Telah dia bersama kuda kesayangannya di lereng bukit kecil di kaki gunung itu

Dan dengan pantas juga Putera Wira Syahir meninggalkan saudaranya yang jatuh tertiarap itu, memecutkan kudanya menuju ke istana untuk menemui isterinya tuan puteri untuk mempastikan cerita yang sebenar apakah yang telah berlaku.

BERSAMBUNG

En Sanusi berkata...

BULAN TERTINGGAL

bulan tertinggal malam menyeksakan
nyanyian membawa kunang-kunang
mengelilingi tidurku dalam gelap
mengajak pergi dari mimpiku
bulan tertinggal malam itu
membawa diri meninggalkan
aku yang digenggam sedih

En sanusi
sajak simbolik

Bob Kuli berkata...

PELBAGAI RASA

pelbagai rasa hati kadang tekanan
tiada lagi tertanggung terucap akan kata dan rasa tertulis madah
menusuk parah di dalam
terlontar tiada termampu
terkadang rasa ingin menangis
mahal harga air mata mengalir
kala perlu sekat kala mampu
terkadang rasa ingin mengamuk
takut semua musnah punah ranah
terkadang rasa ingin mati
amal belum cukup diri kekurangan
mahu penuhkan bekalan
agar tiada tertekan

Bob Kuli
hati dan persan yg bercampur baur

Nuri jaguh berkata...

SEBELUM CINTA MEMBUNUH

kini saatnya melangkah pergi
menjauh dari cinta satunya
berlari dari lingkar hitam
berdiri menggapai teduh sang waktu
walau kujauh aku tak jauh
karena entah bilakah cinta pergi
kapankah cinta ini mati
harus ku kubur dalam-dalam
sebelum cinta membunuh meruntuhku

Nuri Jaguh
sajak nasihat

Ustaz Sahzan berkata...

KETIKA SENYA MENYAPA

Ketika senja menyapa
aku kembali mengenang merindu
kembali meratap
ketika waktu membawamu tak berdaya
menghalang kehendakNYA
ketika berlalu masih disini.
sejukkan hatidamaikan kalbu
ketika aku jaga aku tertunduk layu
sadarku tak disini

Ustaz sahzan
sajak ketuhanan

Kevin Khairudin berkata...

MENJADI MANUSIA

aku terbelenggu sepi
Dalam ruang hampa hati teriak sampaiku kepenatan hampir
Lelah memaksa karamkan letih
Terhampar dalam gempita dunia
Makna kosongkan jiwa

Kevin Khairudin
sajak ketenangan jiwa

Harimau Berantai berkata...

REMUK HATI

hadirmu entah bagaimana
telah menyita segenap rinduku
telah merobek jiwa gelisah sakit..
sekaligus bahagia semua
kasih sayang racun dan janji
harapan kemas semuanya
lewat senyum dan tawa meremukkan hati

Harimau Berantai
sajak kenangan

Haji Khali berkata...

TERCABIK

lain musim terlalu sia-sia,
cadar belum tercabik
sedangkan jiwa tinggal secarik.
keping salju mencair dan karang menggigil diterpa ombak,
hanya cinta masih mengesalkan, inginnya tetap hina.

Haji Khali
sajak nasihat

Pak Ngah But berkata...

KEINGINAN

Manusia terkadang mahukan
keinginan hati kadang menyakiti.
keinginan cinta membuat celaka.
keinginan duniawi takdapat terpenuhi.
keinginan surgawi tak ditemui.
tapi keinginan menemukan pelabuhan
perlabuhan yang kekal abadi

Pak Ngah But
sajak simbolik

Qalam Mutiara berkata...

SAYEMBARA PUISI CINTRANURI DIANTARA PARA PEMENANG BULANAN 2011

Sajak simbolik daripada En Sanusi bertajuk: BULAN TERTINGGAL . Pengucapannya oleh dandaikan munkin ada berbau politik dan satu sinis tajam juga buat sesebuah parti. Penceritaannya sebagai ketinggalan zaman bila kita memberi atau memilih kepempinan yang boleh dikatakan luput tarikh. Hanya gah pada kepimpinan agama ttapi kian jauh pula menyeleweng yang sepatutnya kita tentang kita sokong dan begitulah sebaliknya. Penyokong yang masih muda ramai yang rasa kecewa. Menyifatkannya bagaikan tertinggal lebih farah lagi jika ramai pula ahlinya yang keluar meninggalkan bulan.Layak untuk sayembara seterusnya (SM)

Qalam Mutiara berkata...

SAYEMBARA PUISI CINTRANURI DIANTARA PARA PEMENANG BULANAN 2011

Sdra Bob Kuli kali ini sajaknya bertajuk: BERBAGAI RASA. Pengucapannya agak berat derita yang ditanggung, jika dibiarkan keperitan ini berlarutan akan farah jadinya. Apa pun Jangan tinggalkan solat , itulah satu2nya pengubat mencari ketenangan.Berapa ramai orang kaya raya, tetapi masih juga tiada keteangan hamper mahu gila. Kerana tiada ketenangan.Apa pun si miskin dan si kaya pasti ada masalahnya. Hanya selalu dengar ceramah agama untuk menampung keyakinan dan memahami segala amalan kita. Layak untuk sayembara seterusnya (SM)

Qalam Mutiara berkata...

SAYEMBARA PUISI CINTRANURI DIANTARA PARA PEMENANG BULANAN 2011

Sdra Nuri Jaguh dengan sajaknya bertajuk: SEBELUM CINTA MEMBUNH. Pengucapannya ada unsur tema jiwa2 dan berbau nasihat . Penceritaannya bagaikan kurang percaya dengan cinta yang dibena. Kekadang dianya terasa cinta itu bagaikan membunuh dan meruntuhkan akan identiti kehiupan sesaorang. Itu munkin pandangan buat mereka yang pernah kecewa atau gagal dalam bercinta. Berbeza dengan sajak vijay atau utaya cintanya agak terlewat. Justeru itu berhati2lah dengan penyakit cinta ini. Layak untuk sayembara seterusnya (SM)

Qalam Mutiara berkata...

SAYEMBARA PUISI CINTRANURI DIANTARA PARA PEMENANG BULANAN 2011


Daripada sdra. Ustaz Sahzan pula kali ini dengan sajak ketuhanannya bertajuk KETIKA SENJA MENYAPA. Pengucapannya menyedarkan kita pada kehidupan yang kian berakhir terutama ketika berada diusia senja Ketika itu semua rakaman dan lakonan kita dahulu bagaikan tertayang di hadapan mata. Terpaksalah kita menilaikannya kembali, baik atau sebaliknya. Bila kita disapa senja perlulah berhati dan berwaspada. Layak untuk sayembara seterusnya (SM)

Qalam Mutiara berkata...

SAYEMBARA PUISI CINTRANURI DIANTARA PARA PEMENANG BULANAN 2011


Sdra. Kevin Khairudin bersama 4 orang yang lain dengan sajak pendek nampaknya. Masing-masing bertajuk:MENJADI MANUSIA. Pengucapannya agak singkat bagaikan tidak tercapai
maksud yang hendak disampaikan. Terasa mengelirukan untuk mentrjemah mesej ketenangan jiwa itu. Apa pun harap maaf, setakat ini sahaja penyertaan anda, usaha lagi lain kali. (TK)

Qalam Mutiara berkata...

SAYEMBARA PUISI CINTRANURI DIANTARA PARA PEMENANG BULANAN 2011


Sdra. Harimau Berantai bersama 4 orang yang lain dengan sajak pendek nampaknya. Masing-masing bertajuk:REMUK HATI Pengucapannya agak singkat bagaikan tidak tercapai segala maksud yang hendak disampaikan. Terasa mengelirukan untuk menterjemah mesej kenangan remuk hati bertemakan kenangan itu. Apa pun harap maaf, setakat ini sahaja penyertaan anda, usaha lagi lain kali. (TK)

Qalam Mutiara berkata...

SAYEMBARA PUISI CINTRANURI DIANTARA PARA PEMENANG BULANAN 2011


Tuan Haji Khali bersama 4 orang yang lain dengan sajak pendek nampaknya. Masing-masing abit nasihat itubertajuk: TERCABIK Pengucapannya agak singkat bagaikan tidak tercapai maksud yang hendak disampaikan. Terasa mengelirukan untuk mentrjemah mesej tercabit yang berbentuk nasihat itu. Apa pun harap maaf, setakat ini sahaja penyertaan anda, usaha lagi lain kali. (TK)

Qalam Mutiara berkata...

SAYEMBARA PUISI CINTRANURI DIANTARA PARA PEMENANG BULANAN 2011

Pak Ngah But bersama bersaing dengan 4 orang yang lain dengan sajak yang lebih hebat. kini dengan sajak pendek nampaknya. Masing-masing bertajuk: KEINGINAN Pengucapannya agak singkat bagaikan tidak tercapai maksud yang hendak disampaikan. Terasa mengelirukan untuk mentrjemah mesej sajak keinginan yang bertemakan simbolik itu. Apa pun harap maaf, setakat ini sahaja penyertaan anda, usaha lagi lain kali. (TK)

Tanpa Nama berkata...

34gg4g

Tanpa Nama berkata...

ergerb43g4ervfbersdvr

Lagenda Pulau berkata...

abang dia jahat la

Mak mah berkata...

aik! snggup dia pukul adik dia?

Tetamu Malam berkata...

kesian adik dia xde sapa tolong ke?

Zainal arifin berkata...

la.. adik dia kena pkul plak?

Raja Muda berkata...

kejam gila abang dia

Saizul maizav berkata...

selamat la dia x bunuh adik dia

Tok Mahat berkata...

teruk btol abang kembar dia tu

Karim Ghani berkata...

dh tolong dia pkul plak?

Ku Dania berkata...

kenapa dia pkul adik dia?

Teksi manaf berkata...

gila apa pkul adik sendiri!