Selasa, 15 November 2011

MERINDU KALIAN



16 menang bersama ke final


Aku rasa aku akan merindu
Ketika kalian peduli akan tangisku
Ketika kita berjalan bersama-sama
Mengejar dan mencari semua mimpi-mimpi kita
ketika kita terhentak oleh sebuah senyuman yang membatu
Tapi lupakanlah bila tangis kalian adalah untukku
Aku hanya inginkan senyuman bila dalam kenangan kalian
Aku dikatakan sebagai seorang kawan


Oleh: Ustazah Janariah
sajak terkenang bekas kawan-kawan di UPSI
/23 Oktober 2011 7:07 PM




30 ulasan:

Tinta Azimad berkata...

SUKU AKHIR KE2 SAYEMBARA PUISI CITRANURI AHLI/ @ P/BLOG OKTOBER 2011

Sdri Ustazah Janariah kali ini dengan sajaknya bertajuk MERINDU KALIAN. Pengucapannya agak kurang mencabar, Cuma sebagaikan mengenang sahabat lama. Begitulah sahabat bisa ada Berbagai tabiaat dan perangai. Itulah kata orang asam garam dalam kehidupan kita dimana saja kita berada. Apa pun berwaspadalah selalu, setiap yang baik contohi jadikan tauladan, dan yang buruk jauhkan.Harap maaf Cuma setakat ini penyertaan anda . Apa pun thaniah kerana termasuk dalam 14 orang pemenang bersama sayembara citranuri kali ini. (TK)

Geletek Petang berkata...

ISU SEMASA


Dalamkosmo bagai info terkini. Apa dah jadi dengan KM negeri kedah dan selangor? Ternyata materialistik!

Rakyat sudah peka tentang cari komersial, dengan cerita madrasah
salihiah dan padang PKNS kelana jaya
hendak di jadikan pusat komersial?

Yusmanira berkata...

MASIHKAH KAU INGAT

masihkah kau ingat
waktu dahulu kita masih mentah
belajar silap salah meredah onak
masih berpanas di terik mentari
mencari lokan dan kepah
di celahan pohon nipah
sewaktu kita di pulau itu
itulah dunia besar kita
di situ kita bermain bersama
mencari erti hidup ini
mencari makna setitis kasih
cari arah mana dituju
disaat kau mula menjengah keluar
kau mula berenang bebas
terjah mana kamu suka
mula kenal isi dunia lupakan segala
aku kau tinggalkan sendirian

Yusmanira
sajak kenangan

Mona berkata...

SIAPA DIHATIMU

siapa di hatimu akukah atau dia
pilih setulus hati sampai kau puas
tiada menyesal jika kau mahu aku
ingin aku nyatakan padamu
cukupkah itu bagimu
apakah dia jadi pilihanmu
cuma hidup cara sederhana
rezeki lebih dia sedekahkan
zakat jadi lumrah hidup
dia hidup tolong menolong
dia bercampur semua orang
tiada kenal pangkat darjat
dia juga tak harapkan balasan

Mona
sajak jiwa2

Ustaz Muda berkata...

MERENDAM MENTARI

Aku ingin berkata pada dunia
Kalau aku mampu meredam
panas mentari di atas kepalaku ni
mungkin kalian temui di tepian :
terdiam sendiri terisak menangis kadang memarahi dunia
Aku hanya tahu sedang di sini
menunggu malaikat pencabut nyawa datang jemput datang dengan lembut?
Sedangkan aku belum cukup merasakan
Fananya dunia ini
Semunya engapa mesti ada akhir?
Aku terdiam layu, hilang angan
Entah menanti apalagi

Ustaz Muda
sajak marah

Sulaiman Embong berkata...

MERAYU

Ada setetes gairah
Mengganggu bergemuruh
Dari desiran pasir pantai
Tapi bagi dia semua samar
Haruskah meronta sedangkan
jiwa tak bersua tak menyusun melodi
Sudahlah aku reda biar meredam saja
Dimana aku dulu rasa tak begini
Merendahkan hati merayu jawapan
Sedangkan kata membisu
Hanya jiwa yang resah
Lalu untuk apa seandainya
Bukankah dunia nyata

Sulaiman Embong
sajak simbolik

Pak Kassim berkata...

KEAJAIBAN SANG PENCIPTA

Mentari timbul di ufuk timur
Semilir angin berlalu perlahan
menggiring datangnya pagi
Sang waktu menghantar hari berganti
alam ini tersenyum menyambut
ke ajaiban Sang Pencipta
Di sepinya padang belantara
Di kesunyian sekeping jiwa
Merenungi setapak jalan berliku panjang seakan tak berujung
Alangkah indahnya jika
setiap hati terselimuti olehMu
Tapi keinginan terkadang tak dapat membuktikan tak bisa apa-apa
Dalam keramaian dunia dan keajaiban alam semesta raya

Pak Kassim
sajak memuji kebesaran ilahi

Pangeran Pertawa berkata...

MELAMPAU

Dunia tepi sunyi beranjak merangkak
kepada bunyi dentang dan alunan kata.
Gemuruh sepi tepi makna
memangku sajak hati kembali hening ….
Kepada sepi berkata kata
melampaui makna kata-kata

Pangeran Pertawa
sajak simbolik

Ravi Ramachandran berkata...

AJARKANKU

tuhan ajarku mengerti
apa terjadi disaat semua pergi
agar aku tak sepi bimbing aku menata semua yang tercipta ,
agar segala terbina tanpa rasa
pimpin aku menatap derita
yang akan hadir jadikan
kedewasaan menjadi di diri sendiri.
biarkan aku mengecap duka banyak
namun jangan tinggalkan aku sendirian , berjuang ..

Ravi Ramachandran
sajak ketika menyembah dewa sy meminta pertolongan

Mr Tan berkata...

KEHIDUPAN DI BALIK SANA

Bila ada kehidupan di balik sana..
Kan kutanya seperti apa..
Bila ada kematian disana
Takan ada kehidupan yang bertahan
Tapi tempat ini
hidup mati selalu sana
Tak perduli berapa lama,…
Kehidupan kematian selalu menyertai

Mr Tan
sajak dari rakan katanya sajak kematian

Qalam Mutiara berkata...

SAYEMBARA PUISI CINTRA NURI PUSINGAN KE 2 PEMENANG BULANAN 2011

Sdri Yusmanira dengan sajak bertajukMASIHKAH KAU INGAT. Pengucapannya biasa sahaja mengenang, namun ada Jiwa2 namapaknya, atau kisah orang muda punya biasa. Tajuk pun semacam seni kata, masihkah kau ingat. Diwaktu hujan turun. Kita berpegan tangan sambil berlari-lari. Apa pun Cuma satu memori sewaktu kecil dahulu. Harap maaf kerana ada persaingan lebih hebat dan mencabar kewibawaan minda. Sajak anda tehenti di sini saja. (TK)

Qalam Mutiara berkata...

SAYEMBARA PUISI CINTRA NURI PUSINGAN KE 2 PEMENANG BULANAN 2011

Pn Mona dengan sajaknya bertajuk : SIAPA DIHATIMU . Pengucapanya terlalu biasa masih berlegar dengan kisah jiwa2 nampaknya tema pun sama,munkin kisah lama untukpilihan si buah hati yang bersikap sederhana dalam kehidupan dirasakan lebih umpurna dari yangkaya raya hidup lupa segala. Begitulah harapan di atara kawan yang diharapkan. Harap maaf kerana ada persaingan lebih hebat dan mencabar kewibawaan minda. Sajak anda tehenti di sini saja. (TK)

Qalam Mutiara berkata...

SAYEMBARA PUISI CINTRA NURI PUSINGAN KE 2 PEMENANG BULANAN 2011

Sdra Ustaz Muda nampaknya semacam dalam kecelaruan minda dengan sajaknya kali ini bertajuk MERENDAM MENTARI. Pengucapannya kabur agak mengelirukan. Terutama pembaca fanatik. Tema kemarahan penceritaannya juga kurang jelas dan sekadar andaian saja. Biasanya Jika seorang suka marah penyakit pun mudah datang kerana debaran jantung ke saluran darah selalu kencang. Malah seri wajah juga turut hilang. Sebaiknya ambil jalan tengah berfikir dengan matang jangan terperangkap dengar cerita yang negetif di sebelah pihak sahaja. Apa pun yang sedih kini telah ramai penyokong pihak tertentu seperti orang gila dan sakit jiwa. bila melihat kelakuan dan sikap pemimpin mereka. Sajak ini tertewas dg sajak sulaiman embong MERAYU. Harap maaf kerana ada persaingan lebih hebat dan mencabar kewibawaan minda. Sajak anda tehenti di sini saja. (TK)

Qalam Mutiara berkata...

SAYEMBARA PUISI CINTRA NURI PUSINGAN KE 2 PEMENANG BULANAN 2011

Sdra Sulaiman Embong kali ini sajak yang bertajuk: MERAYU Bertemakan ungapannya yang sembolik.dengan.pengucapannya juga agak samar mengelirukan.tiap bait tidak nampak berkaitan dengan ceritanya. Apa pun sekadar andaian . penceritaan semacam mengharapkan sesuatu yang lebih benar,tetapi sebaliknya pula yang terjadi. Tetapi kini cuma diam dan membisu, menjadikan setiap hati akan terasa marah dan jiwa pun bertambah resah, lalu ramai diantara mereka melihat keadaan kehidupan dunia (isu politik semasa) tindak begitu nyata dengan perjuangan yang dilaungkan. Diberi peluang untuk sayembara seterusnya (SM)

Qalam Mutiara berkata...

SAYEMBARA PUISI CINTRA NURI PUSINGAN KE 2 PEMENANG BULANAN 2011

Pak Kassim dengan sajak ketuhanannya bertajuk: KEAJAIPAN SANG PENCIPTA. Pengucapannya memuji keindahan alam dengan mengjak manusia membesarkan akan keagungan Tuhan yang menyediakan segala panorama alam ini menandakan adanya kuasa sang pencita yang maha kuasa. Ia itu Allah swt. Layak untuk sayebara seterusnya. (SM)

Qalam Mutiara berkata...

SAYEMBARA PUISI CINTRA NURI PUSINGAN KE 2 PEMENANG BULANAN 2011

Sdra. Pangeran Pertawa kali ini sajaknya bertajuk MELAMPAU terlalu mencari perkataan yang terlalu yunit menjadikan bercelaru tidak bermaya..Penceritannya juga agak mengelirukan dan kabur. Apa tah lagi untuk menangkap maksud yang tersirat dan tersurat. Bait-baitnya bagaikan melompat.. Apa lagi untuk membuat andaian.Begitu juga dengan tajuknya tidak nampak hubung kaitnya dengan penceritaan untuk menzahirkan maksud.Adakah anda berbicara dengan sepi mencari Ilham? Harap maaf kerana ada persaingan lebih hebat dan mencabar kewibawaan minda. Sajak anda tehenti di sini saja. (TK)

Qalam Mutiara berkata...

SAYEMBARA PUISI CINTRA NURI PUSINGAN KE 2 PEMENANG BULANAN 2011

Sdra. Ravi Ramachandran dengan sajaknya bertajuk: AJARKAN AKU . Pengucapannan bagaikan memohon pertolongan kepada tuhan yang dipercayainya. Mesej penceritaan memohon agar dirinya diberi perlindungan dan dapat mengubah dan menjauhkan dari segala musibah , agar dia lebih bersedia menjadi dewasa dalam menghadapi kemelut dalam kehiupan yang srba mencabar ini. Layak untuk sayebara seterusnya. (SM)

Qalam Mutiara berkata...

SAYEMBARA PUISI CINTRA NURI PUSINGAN KE 2 PEMENANG BULANAN 2011

Sdra.Mr Tan masih minta bantuan rakan mencipta sajak, kali kini sajaknya dengan bertajuk; KEHIDUPAN DI BALIK SANA . Pengucapannya agak baik menyentuh temakan kematian.
Penceritaanya bermaksud selpas hidup ada mati,selpas itu ada kehidupan lagi di akhirat nanti.
Setiap manusia menentukan hukuman dan gaya dan kelakuan hidup mereka di dunia fana ini.
Layak untuk sayembara seterusnya. (SM)

Muhamad Akma; berkata...

materialistik tu apa?

Pangeran Pertawa berkata...

xphm la baca isu semasa geletek ptg ni

Emily Osman berkata...

kosmo tu apa?

Jalal Rafzee berkata...

aiK! isu semsa je cerpen xde?

Tuan Haji Abkam berkata...

cerpen xde sambungan lagi ke en nuri?

Nabil Quldi berkata...

politik ke geletek petang tulis ni?

Ravi Ramahchandran berkata...

cerpen xde ke?

Nur Atikah berkata...

bila nak smbung lagi cerpen?

Kembara Budiman berkata...

cerpen xde siri 4 ke?

Nahul Hidzar berkata...

cerpen xde ke en nuri boring ni

Raja Muda berkata...

dh hbis ke kembar seiras tu?

Ai Kutubudin berkata...

politik x minat la geletek petang