Khamis, 10 November 2011

SAJAK SEORANG AKU

  


 wajah misteri.


Seorang aku
adalah kunang-kunang
terbangku buat seketika
melewati dari pohon ke pohon
bakau, berembang dan pedada
sesekali cuma bergelipan
dihujung malam kelam
mestikah ada yang bertanya
jika diriku esok akan musnah
jika dibakar panas mantari pagi….



Oleh; Nurimanja,
Catatan Tasek Biru, Serawak.
Hujung September 1981.
 sajak lagenda siar semula 10hb November 2011.




30 ulasan:

Tinta Azimad berkata...

CERITA DONGING RAKYAT SEDUNIA DARI NEGARA ENTAH BERANTAH DISIAR MULAI SELASA 26HB APRIL 2011 DARI BLOG CITRARASA BERTAJUK: KEMBAR SEIRAS DITULIS DAN DICERITAKAN SECARA BEBAS OLEH: NURIMANJA.

Bahagian ke 2 / Siri Ke empat puluh tiga atau siri 76 kini

SETIAP kali Tuan Puteri Rambulan Senja menghampiri akan suaminya . Putera Wira Syahir mengelakan dirinya dari diperlakukan sedemikian. Melihakan sikap yang ditunjukan oleh Putera Wira Syahir itu menjadikan Tuan Puteri Rambulan Senja rasa kecewa. Lantas dia bertanya .

“Kenapa kekanda bersikap dingin terhadap adinda kali ini. Dahulu pun sewaktu kekanda pulang sebentar kekanda tidak membenarkan adinda menyentuh kekanda, kerana dalam pantang larang tidak boleh bersatu, ilmu yang kekanda tuntut di pncak Gunung Mentra Alam itu belum lagi tamat?” Begitu bunyi pertanyaan dengan penuh rasa sayu dan hiba bunyinya.


Mendengar kata-kata Puteri Rambulan Senja itu. Maka terlintas dalam hati Putera Wira Syahir selama ini dia telah melakukan satu kesalahan , cemburu dan salah sangka terhadap saudara kandungnya sendiri. Lantas dia meuka pintu bilik peraduan segera menuju ke arah kuda tunggangannya dengan pantas memecut kuda sakti kesayangannya menuju kembali ke kaki Gunung Metera Alam.


Dengan perasaan kesal bercampur keharuan bersama lenangan air mata dan sebab dadanya Mengharap dia dapat bertemukembali dengan Putera Wira Syakir. Hatinya kini penuh dengan debaran dan penuh berharap agar adindanya masih berada di tempat kejadian itu. Berharap sangat tidak menjadi masalah dan boleh memaafkan dirinya kembali.


Dalam keadaan yang begitu cemas dan penuh terharu itu menjadikan orang ramai yang melihat sikap Putera Wira Syahir itu menjadikan mereka berpandangan sesama sendiri. Penuh dengan tanda tanya. Mengapa Putera Wira Syahir bertindak sedemikian rupa?Baharu saja pulang dan berangkat lalu, pergi semula?

BERSAMBUNG.

Geletek Petang berkata...

POLITIK
DAP parti rasis, wajar ditolak (BB)

KUALA LUMPUR 8 Nov. - Hasrat DAP mengurangkan kakitangan awam jika diberi mandat untuk memerintah, membuktikan parti itu rasis dan sepatutnya ditolak oleh rakyat pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) akan datang.

Malah, Datuk Mohamad Aziz (BN-Sri Gading) turut menyifatkan apa yang cuba dilakukan oleh DAP itu sebagai satu malapetaka besar yang bakal menimpa negara ini jika ia benar- benar berlaku.

''Bagi saya, jika hasrat DAP itu benar-benar berlaku ia akan menjadi malapetaka bagi negara," katanya.

Beliau berkata demikian ketika membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan 2012 di peringkat jawatankuasa bagi Kementerian Perusahaan, Perladangan dan Komoditi di Dewan Rakyat, hari ini.

Terdahulu, Datuk Ahmad Hamzah (BN-Jasin) dalam sesi yang sama telah memberitahu Dewan mengenai terdapatnya penjualan minyak kitar semula dengan harga yang murah.
Beliau berkata, difahamkan minyak kitar semula itu merupakan campuran antara minyak yang telah digunakan dan minyak baru.

''Sebenarnya penjualan minyak kitar semula bukan sahaja merosakkan kesihatan, bahkan mencemar nama baik negara dan sehingga kini setakat manakah penguatkuasaan kementerian untuk memantau dan merampas minyak masak yang dikitar semula ini yang kemudian dicampur dengan minyak asli dan dijual?.

''Ia bertujuan memastikan kepentingan masyarakat sentiasa diberi perhatian," katanya.



KOMENTAR

Tetapi amat pelek bin ajaib bila di pulau Pinang orang melayu mendewakan DAP kalau tidak PKR dan PAS x bantu sakit DAP boleh peretah Pulau Penang. Tapi bagus juga cadangan S/u DAP itu.
orang melayu dah miskin di pulau mutiara ini. biarlah kalau x ada kerja bertambah papa kena orang melayu di sini.

Itulah agenda yang mereka rancankan. Kerana umno kononnya parti melayu saja.Dalam cerita apa pun termasuk filem yang
kita tonton mesti ada anak bumi yang jadi dalang.orang yang asal daripada pendatang lain yang hidup senang. Biar jadi kuli dalam negara sendiri .

PAS jangang jadi sokong membawa rebah! dengan isu ini.

Geletek Petang.

Ustaz Zulkarnain berkata...

BERCENGKARAMA

Malam ini kami berbicara melingkar bakar lelah dijadikan bara
Malam ini kami penuh dahaga
Berbaring mengecap titik air
atas langit yang berjelaga
Biarkan kami habiskan malam
Bersama pekat dan bintang bisu
Biarkan bercengkrama dengan alam
Bersama lagu pohon tertidur lesu

Ustaz Zulkarnain
sajak sumbangan dari sahabat 1 sekolah yg berminat dgn sajak

Teksi Manaf berkata...

BONGKAK

mengapa jadi bongkak
buat semua meluat
apa perlukah engkau menjaja
biar semua orang tahu
mengapa perlu kau disanjung
seingat aku sedari dahulu
engkau tidak sebegitu
setelah intan mula kau jumpa
setelah kerlipan mula tersua
setelah dunia mula berlegar
setelah matang di galas usia
mendabik luas dada
mendaki puncak tinggi di awan
berumah di puncak kayangan
beradu di pentas kemewahan
bermimpi di baldu kesenangan
kala dalam tak sedar
ada jarum mula mencucuk
apa kamu mahu jadi seperti mereka
jadi bongkak tunduklah pada tuhan

Teksi Manaf
sajak sinis

Ustaz Omar Sharif berkata...

HILANGNYA PERMATA

hilangnya sebutir permata
yang lama digilap indah
sedari usia masih mentah
terhajat moga ia bersinar
menerangi pelusuk daerah
tapi sesudah laungan azan
sesungguhnya itu kuasa tuhan
siapa kita mahu membantah
jika itulah detik waktunya
pasti tiada kan terlewat
hatta satu saat sekalipun
tetap jua kan dijemput
oleh si izrail pemegang amanah
amanah khas dari tuhan
menjemput nyawa dari badan
tinggal kini hanya secebis kenangan
di kotak memori semalam
moga damai dikau di sana

ustaz Omar Sharif
sajak buat sahabat sy yg kembali ke ramatullah semasa hari raya korban

Pak Hussin berkata...

CINTA SUCI

cinta suci dari terbitnya rasa
dari hakiki atau dari mata hati
atau tanyalah diri
bicaralah sama hati mimpi angin
bicara juga pada si kumbang
tanya kepada si pungguk
mungkin ada jawapan pasti
mungkin tiada terus mati
cinta suci kisah majnun dan laila
dibisik kisah adam dan hawa
dipetik kisah yusuf dan zulaikha
dilirik kisah muhammad dan khadijah
situ kisah nyata suci sebuah cinta
yang lahir dari segumpal hati
hadir tanpa dipaksa lahir setia
berpaksi pada tuhan yang esa
bersandar pada tiang agama
berpandu pada quran dan sunnah
hadiah khas dari tuhan
buat makhluk bernama manusia
cinta suci nilai tiada terbeli

Pak Hussin
sajak kasih sayang

Ezad Emir berkata...

KALIS AIR

Aku fikir mata aku kalis air
mungkin penyerap air.
Hati aku basah tapi aku takung
Tapi aku tak sedar mata aku
mata kamu semua sama.
Hari ini aku ditinggalkan lagi
tapi kau pergi bersama
satu harapan tergalas
kau pergi untuk mencapai impianmu

ezad Emir
sajak terkenang

Ustaz Saad berkata...

MENUSUK TULANG

Udara dingin menusuk tulangku
tak lagi terbungkus sempurna
Kilat petir menyambar
memudarkan pandanganku
Hembusan angin mengoyak
tegak tubuhku telah tua
Senja memerah ketika hari-hariku
tak lagi memberikan arti sebenarnya

Ustaz Saad
sajak ketika pagi2 berjalan kaki ke sekolah akibat kereta rosak

Mr David berkata...

ILMU

Wahai Para Penguji
Majulah Mata kita Mengadu Ilmu
Kubayar Terlalu Mahal
Hanya Untuk Tunduk Padamu
Wahai semua majulah kamu
Walau Kau Pasang Seribu impian
Tak Sedikit pun surut
Akan Kusambut semua biar Sedar
Betapa Ku Tegar mencari ilmu
Sebuah Janji Dalam Hati

Mr David
sajak simbolik

Mr Tan berkata...

DAUN GUGUR

aku adalah daun yang gugur
dalam musim yang diciptakan
mengeringkan rasa tercipta masa
sedemikian hidup ku rancang
agar tak berserakan
seperti mimpi dalam hening malam
seperti doa tersusun rapi
dalam ucap-ucap bibir
aku nyanyikan lagu ini

Mr Tan
sajak bantuan dari rakan beragama islam dari bandung

Qalam Mutiara berkata...

SAYEMBARA PUISI CINTRANURI DIANTARA PARA PEMENANG BULANAN 2011

Sdra Ustaz Zulkarnain yang dapat motosikal baru dengan sajak sumbangan daripada sahabatnya bertajuk:BERCENGKARAMA.Pngucapannya terasa bagaikan wadah buat anak muda yang ingin bercanda di hujung malam, Cuma andaian. . Tema tidak pula dinyatakan? Penceritaanya atau mesej yang hendak disampaikan agak bercelaru dan mengelirukan. Maaf, kerana ada 4 sajak yng lebih mengacam dan bersaing hebat. sajak anda tersekat untuk seterusnya . usaha lagi. (TK)

Qalam Mutiara berkata...

SAYEMBARA PUISI CINTRANURI DIANTARA PARA PEMENANG BULANAN 2011

Pak Hussian dengan sajak CINTA SUCI.Pngucapannya bagaikan wadah buat anak muda yang ingin bercinta dan dicintai. Penceritaanya member contoh dan tauladan yang baik atau nasihat yang berguna buat rang muda yang mabuk bercinta. Jangan jadi merparti dua sejoli yang mencari imanginasi kehidupannya sendiri. . Maaf, kerana ada 4 sajak yng lebih mengacam dan bersaing hebat. sajak anda tersekat untuk seterusnya . usaha lagi. (TK)

Qalam Mutiara berkata...

SAYEMBARA PUISI CINTRANURI DIANTARA PARA PEMENANG BULANAN 2011

Sdra Ustaz Omar penjangga blog di surau atau kerja ustaz di sekolah? Kali ini dengan sajaknya yang bertajuk: HILANGNYA SEBUTIR PERMATA. Pengucapannya reality tema pemergian seorang sahabat.mesejnya bagai menerima suratan takdir Ilahi. Kita uma dapat merancang tetapi tuhan yang menentukannya.Tetapi kurang jelas kemahiran yang iasah bakatnya atau diwarsinya itu al fatihah. . Apa pun diberi peluang untuk sayembara seterusnya (SM)

Qalam Mutiara berkata...

SAYEMBARA PUISI CINTRANURI DIANTARA PARA PEMENANG BULANAN 2011

Pak Hussian dengan sajak CINTA SUCI.Pngucapannya bagaikan wadah buat anak muda yang ingin bercinta dan dicintai. Penceritaanya member contoh dan tauladan yang baik atau nasihat yang berguna buat rang muda yang mabuk bercinta. Jangan jadi merparti dua sejoli yang mencari imanginasi kehidupannya sendiri. . Maaf, kerana ada 4 sajak yng lebih mengacam dan bersaing hebat. sajak anda tersekat untuk seterusnya . usaha lagi. (TK)

Qalam Mutiara berkata...

SAYEMBARA PUISI CINTRANURI DIANTARA PARA PEMENANG BULANAN 2011


Sdra Ezad Emir dengan sajak yang masih berlegar dengan kekecewaan dengan apa yang diharapkan. Dengan tajuknya; KALIS AIR. Pengucapannya bagaikan mengenang kisah yang berlalu. Menharap panas hingga ke petang rupanya hujan ditengah hari. Bila merparti yang dibelanya ingin mencari imanginasi kehidupannya sendiri. . Maaf, kerana ada 4 sajak yng lebih mengacam dan bersaing hebat. sajak anda tersekat untuk seterusnya . usaha lagi. (TK)

Qalam Mutiara berkata...

SAYEMBARA PUISI CINTRANURI DIANTARA PARA PEMENANG BULANAN 2011

Sdra Ustaz Saad masih terus bersaing dalam usia persaraan dengan guru muda yang berwibawa disekolahnya yang lebih bertenaga. Kali ini dengan sajaknya bertajuk; PAGI MENUSUK TULANG. Pengucapannya bagaikan pernah terjadi pada en nuri satu ketika dahulu bila mengajar di Tebuk Pancur, kereta rosak tengah jalan ezos patah langgar batu. Dengan keperitan hidup gaji kecil waktu itu. Cerita yang benar dan penuh kemelut ini ada kesan bila dijadikan puisi. Layak untuk sayembara seterusnya (SM)

Qalam Mutiara berkata...

SAYEMBARA PUISI CINTRANURI DIANTARA PARA PEMENANG BULANAN 2011


Mr David kali ini mengetenagahkan sajak bertajuk: ILMU. Pengucapannya agak mengelirukan. Mesej dan tajuknya menarik . Penceritaan tentang menuntut ilmu yang perlu buat seorang manusia untuk menaikkan tarap kehidupannya. Kerana pengajian yang kita bayar untuk belajar mencari ilmu tidak merugikan. Apa pun diberi pelang untuk sayembara seterusnya (SM)

Qalam Mutiara berkata...

SAYEMBARA PUISI CINTRANURI DIANTARA PARA PEMENANG BULANAN 2011

Sdra Mr. Tan kini telah berjenak dengan kejadian alam ciptaan tuhan.kali ini dengan sajaknya hasil bantuan rakan bertajuk DAUN GUGUR. Pengucapannya boleh diterim ada daya kreatif dan puitisnya. Tema simbolik pada kejadian alam cipaan tuhan dan khidupan manusia. Benarlah jika direnung dedaun yang gugur mengikut ketetapan alam sama seperti manusia yang akan mati bila tuhan telah menenukan masa dan ktikanya. Kita perlu berikhtiar dan berusaha untuk memilih jalan yang benar dan lurus. Sebelum dijemput kembali.Layak untuk sayembara seterusnya (SM)

Badrolshah berkata...

aik! kenapa dia pegi balik?

Zainal arifin berkata...

dia masuk hutan balik buat apa?

Abul Hassan berkata...

dia buat apa masuk hutan memburu ke? hahaha

Salam berkata...

dorg x pasan ke tu bukan syahir?

Atan Yahoo berkata...

aik! dorg x check ke btol ke tu syakir?

Mr Casanova berkata...

kenapa dia x ambik je bini adik dia tu? hahahahhaa

Dayang berkata...

dia berangkat ke mana plak?

Sang Arjuna berkata...

dorg x syak apa2 ke?

Jalil Janggut berkata...

eh! dia pergi mcm tu je?

Mozaire berkata...

dia tinggal je ke puteri tu? kesian

Ustaz Rahman berkata...

hrp2 ada yg perasan tu bukan syakir

Tanpa Nama berkata...

ergergrebe