- catatan buat mereka yang belum jadi tetamu allah -
-Zulhujjah!
Bulan pencukup rukun
Buat menunaikan ibadat haji Berkunjung ke tanah suci Mekah,
Beribadat bertawaf mengelilingi baitullah
Mengucup hajratul aswat, membersih segala dosa
Masjid nabawi
Ada sejarah tersendiri,
Berdiri mengah di kota Madinah Disinilah terletanya makam rasulullah
Setiap salawat solat pahalanya berlipat ganda
Ziarahlah makam rasul sempuna lah segala umrah.
-Berlari-lari anak
Bersyair sebelum bercukur
Dari bukit Safa hingga ke Maruah Memungut tujuh ketul anak batu kecil
Sebagai sembolik buat melontar tiga jumrah
Dalam hati britikat merejam syaitan iblis laknatullah.
-Di Muzalifah
Jemaah mula bercukur
Sebelum bertolak bermalam di Mina Esok berangkat berwukuf di padang Arafah
Disinilah berdoa bermunajat memohon segala hajat
Bila pulang ke tanah air semoga mendapat haji mabbrullah.
-Zulhujjah!
Bulan pencukup rukun
Buat menunaikan ibadat haji Berkunjung ke tanah suci Mekah,
Beribadat bertawaf mengelilingi baitullah
Mengucup hajratul aswat, membersih segala dosa
Masjid nabawi
Ada sejarah tersendiri,
Berdiri mengah di kota Madinah Disinilah terletanya makam rasulullah
Setiap salawat solat pahalanya berlipat ganda
Ziarahlah makam rasul sempuna lah segala umrah.
-Berlari-lari anak
Bersyair sebelum bercukur
Dari bukit Safa hingga ke Maruah Memungut tujuh ketul anak batu kecil
Sebagai sembolik buat melontar tiga jumrah
Dalam hati britikat merejam syaitan iblis laknatullah.
-Di Muzalifah
Jemaah mula bercukur
Sebelum bertolak bermalam di Mina Esok berangkat berwukuf di padang Arafah
Disinilah berdoa bermunajat memohon segala hajat
Bila pulang ke tanah air semoga mendapat haji mabbrullah.
Oleh: Nurimanja,
Lebuh Aceeh , Masjid Melayu,
Aruah sebelum sekitar 1996 Pulau Pniang.
Lebuh Aceeh , Masjid Melayu,
Aruah sebelum sekitar 1996 Pulau Pniang.
30 ulasan:
sajak munkin menyentuh tentang ibadat haji , khusnya mereka yangtelah terpilih menjadi tetamu Alah mengunjungi bakltullah di tanah suci mekkah.
Bagaimana kita yang masih belum jadi tetamu Allah. Berdoa dan beriktiarlah bagaimana untuk kita dicalunkan menjadi tetamu allah.
Akhir sekali kami warga blog citrarasa citranuri, mengucapkan selamat hari raya adil azhar.
Buat yang ada penyakit darah tinggi
brhati-hati dengan permakanan musim banyak korban lembu ini. Amin
ADA UBATNYA
Bila mulut mula berbicara
pasti ada yang terkesima.
ada terpaku mata mula memerhati
ada yang terpesona
tapi bicara tak selalunya indah
kata hati tak semestinya benar
lirikan mata tak selamanya kekal.
Aku bukan kalah dan juga pemenang
aku adalah aku dulu hidupku
penuh dengan kesusahan
pernah merasai peritnya kehidupan
aku tahu sakit itu ada ubatnya.
ABang
sajak tentang diri sendiri
ROBOHKAN BENTENG ITU
Kudongak ke atas
memandang sayu tembok tinggi
membelenggu diriku
saat itu kudratku bagaikan disentap
sayapku seperti hilang pedoman
butir cecair jernih mengalir
aku tidak mahu kalah!
Kulihat ke kiri dan ke kanan
mengharapkan keajaiban datang
memandang tanah semakin menipis
semakin kupandang rumput yang layu
semakin pedih hatiku merintih
aku ingin keluar dari semua ini!
kakiku mengorak langkah
jasad umpama mendapat jiwa baru
merobohkan benteng ada di hadapan
Syeikh AL Habib
sajak semangat kebangkitan
KAU IBARAT SALJU
Kau ibarat salju dingin dan membeku
tapi bagiku engkau menyamankan
bahkan hatiku yang panas mendidih
berjaya kau tundukkan.
bagiku engkaulah pembawa mudarat
namun kau buktikan padaku
kau hujan yang memberi ketenangan
membawa kebahagiaan
menghilangkan resah gelisah
kau bukan sebegitu mencoret kenangan indah bersama embun pagi
Jengking Perak
sajak cinta
GITAR USANG
detik berlalu aku masih sendiri
bertemankan gitar usang
setia bersama jari jemariku.
Kupetik gitar mainkan melodi hatiku
seakan inginku menari
menghilangkan segala gundah
mencipta bahagia di jiwa.
bintang berkeliplah engkau
seiring dengan petikan gitarku
walaupun ku tahu tidak semerdu kicauan burung di udara
Gelora Maya
sajak buat sendiri nk minta tolong prof xleh sbb cuti x habis lagi
GAUNG
hati kosong jiwa kering akal mati.
Sesekali bayu itu datang
mengingatkan masa kecilku
melihat drama tumbangnya insan itu
kerana taksubnya pada cinta.
sendirian itu lebih mudah
kerana andai bayu itu menghembus
aku bisa menangkisnya sendirian
mungkin juga takkan ada menolak
terhumban jatuh ke dalam gaung.
Datin Hajjah
sajak percubaan buat sendiri...
TOLONG AKU MENGEJA KEMBALI
Tolonglah aku mengeja sebuah kata
biar kulihatnya dalam sebuah rasa
kata dalam rongga dada bersama jiwa
bagaimana jikaku tulis syair ini
tika air mata pun mengalir
kutulis doa tentang mimpi aneh
aku hanya seorang manusia
penuhnya luka jangan mengeja takdir
kalau tak tahu bila akan berakhir
kalau derita yang tertulis
haruskah aku menangis?
Puteri Bunian
sajak tentang rasa di hati yang mencari diri sendiri
HATI KECILKU
Hati Kecilku harapan terpenuhi
hanya buatku bahagia
tetapi dengan tidak sengaja
telah menghancurkan impian yang selama ini telah ku tanamkan
jiwaku haus akan kebahagiaan
perih sakit selalu menyertai hati
andai semua orang dapat merasakan mungkin mereka juga akan melakukan hal yang sama seperti hal bodoh yang telah aku lakukan
Dang ANum
sajak kecewa
CORETAN
Coretan rindu kumiliki tak nyata
sebuah rindu yang mungkin
aku sendiri yang mengerti
Karena dirimu tak mungkin ku miliki
Seakan penantian yang tak berujung
Ku tempuh jalan hidupku
Sambil berjanji dalam hati
Meski dalam angan dan mimpiku
Kucoba tuk mengerti bahawa rasa adalah asa yang tak bertepi
Ustazah Janariah
sajak simbolik
selamat hari raya haji!
selamat hari raya qurban!!!!
bru saja balik dari menyembelih lembu ni selamat hari raya
semoga selamat pulang buat sahabat sy pak hussin ahli citra rasa yg di mekkah sekarang
hrp2 org di mekah balik dgn selamat atuk aku pegi jgk
cerpen xde ke?
selemat menunaikan haji!
selamat hari raya aidiladha!
cerpen dh hbis ke?
cerpen mne en nuri?
cerpen dh xde ke?
cerpen dh hbis ke?
SAYEMBARA PUISI CINTRANURI DIANTARA PARA PEMENANG BULANAN 2011
Sdra. Abang dengan sajak bertajuk: ADA UBATNYA. Pegucapannya kini agak bersahaja dan Kurang perhatian pada mencari unggapan yang lebih mantap .tema tidak dinyatakan mungkin peribadi agaknya. Mengekalkan keperibadian sendiri. Dengan 4 sajak yang lebih sengit ini menjadikan daya kreatif dan puitis anda tertinggal sadikit dengan sajak yang ditulis oleh sdra Gelora Maya gitar usang. Apa pun harap maaf, usaha lagi lain kali. (TK)
SAYEMBARA PUISI CINTRANURI DIANTARA PARA PEMENANG BULANAN 2011
Syeikh Al Habib dengan sajak bertajuk ROBOHKAN BENTENG ITU. Pengucapannya agak simbolik pada kebangkitan perjuangan kebenaran untuk negaranya barangkali. Mesir, Libya, Iraq ataupun plasten yang semacam ada sekatan dalam menepoli hak dalam membantu rakyat mereka juga menyelam sambil minum air. Hingga beratus bellion mengumpalkan harta untuk kepentingan sendiri, bila rakyat marah mereka akan memberontak dan mengulingannya satu-satu kerajaan di timur tengah sana tumbang.Layak unuk sayembara seterusnya. (SM)
SAYEMBARA PUISI CINTRANURI DIANTARA PARA PEMENANG BULANAN 2011
Sdra Jengking Perak dengar kata punya seronok menang sajak ke final dan terpilih. sampai jatuh motorsikal? Ali ini sajaknya bertajuk: KAU IBARAT SALJU. Pengucapannya semacam jiwa2 nampaknya. ? Begitu hebat anda memuja seorang gadis sehingga sama dengan salju nah bila kena mentari pasti akan cair. Apa pun harap maaf, usaha lagi lain kali. (TK)
SAYEMBARA PUISI CINTRANURI DIANTARA PARA PEMENANG BULANAN 2011
Sdra Gelora Maya dengannya sendiri kali ini bertajuk: GITAR USANG.Pengucapannya juga
Menarik kebarangkalian sudah terikut dengan bahasa orang Indonesia. Penceritannya mungkin
Bertemu kembali dengan khazanah lama (gitar usang) kini kembali memetiknya , namun tidak semerdu kicauan beberung di udara.Apa pun ada kesan penceritaannya dan pengelohannya. Layak unuk sayembara seterusnya. (SM)
SAYEMBARA PUISI CINTRANURI DIANTARA PARA PEMENANG BULANAN 2011
Datin Hajjah juga mengetengahkan uisi ciptaannya sendiri.bertajuk GAUNG. Pengucapannya semacik snis dan simbolik pada keadaan. Munkin cerita lama sewaktu ketika dahulu. Ada manusia yang agak kurang menyenangkan hatinya. Krana sikap angkuh dan kesumbungannya. Kini mungkin cerita itu tiada lagi setelah bersendiri atau berpisah dengannya dan ingin rasanya kebencian itu biar jatuh ke gaung yang dalam. Layak unuk sayembara seterusnya. (SM)
SAYEMBARA PUISI CINTRANURI DIANTARA PARA PEMENANG BULANAN 2011
Sdri Puteri Bunian gaimana keadaan anda kini ? Sudah benar sihat? Harap kembali pulih seperti sedia kala. Sajaknya kali bertajuk: TOLONG AKU MENGEJA KEMBALI. Terasa Pengucapannya inginkan kembali apa saja haknya yang bagaikan telah hilang. Bagaikan orang tersedar dari tidur nan panjang. Sesekali sedih dan pilu terasa hingga mengalirkan air mata. Apa pun kisah dan rakaman perasaan ini sebagai ada hikmahnya . Layak unuk sayembara seterusnya. (SM)
SAYEMBARA PUISI CINTRANURI DIANTARA PARA PEMENANG BULANAN 2011
Sdri Dang Anum dengan sajak bertajuk: HATI KECILKU. Pengucapannya juga terlalu biasa
Menceritakan akan kekecewaannya Unggapannya juga agak lompat dan bertabur sikit jadinya. Walaupun mesej atau maksudnya ada , Begitulah harapan yang kita harapkan tidak semetinya kita boleh perolehi. Apa pun harap maaf, usaha lagi lain kali. (TK)
SAYEMBARA PUISI CINTRANURI DIANTARA PARA PEMENANG BULANAN 2011
Ustazah Janariah dengan sajak simboliknya bertajuk: CORETAN . Pngucapannya terlalu biasa dan melayan perasaan yang bagaikan tidak kesampaian. Nampak semacam juga jiwa2 juga sajak utazah kali ini. Apa pun sepatutnya kita berserah kepada yang maha esa. Apa pun harap maaf, usaha lagi lain kali. (TK)
Catat Ulasan