Wajah penuh misteri
Puisi ini kutulis
Adalah terlalu biasa
Buat renungan kawan-kawan
Yang pernah mengenaliku
Waktu-waktu bersama dahulu
Semoga ingatan masih kental bersemadi disudut hati
Dimanakah kalian dinihari? Masih ingatkah dunia kuliah?
Batu Lintang tetap abadi damainya masih terasa
Seperti hari-hari dahulu anak ikan di kolam
Masih jinak dan manja
Semoga kita pun begitu
Dalam ikatan mesra

Cuma sekadar mengingatkan
Pada anda yang bernama kaki tangan pemerintah
dan patuhlah berkhidmat dengan dasar
Amanah ikhlas cekap dan bersih
Niat ibadat kepada Allah
Jangan kerana gaji dan bonus sahaja .
Pada anda yang bernama kaki tangan pemerintah
dan patuhlah berkhidmat dengan dasar
Amanah ikhlas cekap dan bersih
Niat ibadat kepada Allah
Jangan kerana gaji dan bonus sahaja .
Oleh; Nurimanja,
Rajang,Sarikei, |\6\10\82
Disiar semula 8hb.November 2011.