Memaparkan catatan dengan label cuba renungkanlah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label cuba renungkanlah. Papar semua catatan

Ahad, 3 Julai 2011

INGINKU CERITAKAN(



-buat rangmuda kini-


Hari-hari yang mendatang
dan hari-hari yang pergi,
semuanya telah meninggalkan
sebuah cerita beban yang berat
untuk rangtua memikulnya,
kini terasa penat dan lelah
bagai tidak terdaya lagi,
badan pun perlu rasanya
ingin bersandar di kerusi malas
bagi membuang sisa sisa keletihan.

Kini biarkanlah rangmuda
menyambung segala perjuagan
yang dikira belum lagi selesai,
rangtua pun telah  mengisut usia
cukuplah sekadar sebagai penasihat
bagi mengalakan dan membetulkan
untuk menolong apa yang kurang,
kerana rangtua kini disalut kedhaifan
tidak akan terdaya lagi menilainya
segala masalah yang datang mencurah.
pada bumi yang penuh bergolak ini.

 
Oleh : Nurimanja,
waktu  senja merah semalam,
di kaki langit di lautan tenang, 30/12/2009.(
sajak lagenda en nuri






Jumaat, 1 Julai 2011

PERHIMPUAN HARAM



sajak pilihan warga CR.



Pedih. seluruh mata dan hidung.
Air memercik keluar.
Sakit. asap yang gatal.
Seluruh wajah ku bukan kebal.
Bagai nangis menunjuk rasa sebenar.
Sehingga ke hari ini.
Aku janji takkan ke situ lagi
Dulu aku tersesat dengan harapan
Semua tipu belaka!
Sekarang semua lepas tangan
Aku di tinggal keseorangan
Di tangkap diseksa!
Ni semua kerana dia
Dialah sesumpah punya angkara
Kau berlakon rentak hidup
Kau khabarkan konon serupa.
Segambar dengan cereka.
Tapi kau tidak tahu.
Arus zaman yang telah ditinggalkan
merubah segala minda cetek.
dan satu lagi sekarang semua
orang tahu kau si bangsat Negara!
Dan kau tak pernah memahami sesiapa


Oleh: Bumi Hijau
kuala lumpur
2.11.2010/2010 November 24 21:13





Khamis, 26 Mei 2011

ADAKAH KITA MASIH BELUM MENGERTI



bila terdengar sebuah lagu lama ebit

Adakah  tuhan mulai bosan
melihat tingkah laku kita
yang sering saja melakukan
segala noda dan dosa-dosa
Atau  tuhan sengaja membiarkan
semoga  kita lebih bersedia
menghadapi  akan rasa azab
dan seksa pedeh api neraka.

Cuba kau tanyakan pada angin
atau pun tanyalah pada ombak
apakah kita masih belum mengerti
tentang apa yang kita lakukan kini
jika angin enggan men jawabannya
atau pun ombak juga cuba membisu,
Tanyalah pada pepohon nan bergoyang
di situ mesti ada jawapannya..


Oleh: Nurimanja
Catatn bersama lagu penuh errti,
kalau tak salah nyanyian  ebit  penyanyi  Indonesia
dua hari yang lalu 23hb.Mei, 2011




Selasa, 18 Januari 2011

BOLEHKAH KITA MENJADI






Bolehkah kita menjadi
Kisah tiga orang para ambia
khalifah umar abdul aziz,
khalifah amerul ar rasyid,
dan hali sofi syaekh qadir jailani.

Khalifah umar abdul aziz,
pemerentahannya tiada orang miskin
sehingga tiada layak terima zakat
kerana keberkatan doa tahajudnya.


Khalifah amerul ar rasyid,
bayangkan solat sunatnya 200 rakaat,
pemerentahannya sebuk  2/3 hal dunia
masih sempat memabsuh tanganorang buta.

Ahli sofi syaekh qadir jailani.
anak jin pun turut belajar dengan ilmunya
25 tahun tahajud masih terus membujang
boleh berjalan di atas air dan terbang di udara.


Oleh: Nurimanja,
catatan malam hari,
tidak ingat tarikh; 2009-2010.