Rabu, 25 Mac 2015

KEMANGKATAN




KEMANGKATAN


Begitulah keadaannya
Kehidupan dalam ketentuan
Khalid yang menaturkannya
Setinggi mana dan serendah mana kehidupan

Dunia yang fana ini
Tempat permainan dan suka-suka
Akhirat adalah tempat kita sebenarnya
Justeruitu berbuat baiklah selalu selama-lamanya.

Jika banyak amal bakti
Melakukan yang baik menolak  mungkar
Segala kebajikan kita akan dicatata oleh para malaikat
Bagi melayakkan kita masuk ke syurga  Allah SWT. Amin.


Oleh: NUrimanja,
Catatan  29 /5/ 2014.

Ahad. Hujung minggu Pagi hari

20 ulasan:

nurimanja49@gmail.com berkata...

MUHAMAD YA RASULLULLAH

Muhamad ibni Abdullah
Muhamad kaulah rasulullah,
kau lahir ditengah keruntuhan akhlak
hidup cuma mepertuhankan kebendaan
lahir anak perempuan ditanam hidup-hidup,
Aqidah menyembah berhala, bertenung nasib
perempuan, arak, zina, judi dan penjualan hamba,
berkasidah dan mengarang syaeir agenda utama mereka.

Telah datang lelaki pilihan
Al Amin namanya yang diberi,
rasul membawa rahmat sekelian alam
bersykurlah wahai insan kepada Allah SWT
kerana memberi sinarnya ke seluruh alam maya
membela nasib wanita dan membebaskan hamba
dari cengkaman musuh pembesar Arab durjana
hapuskan manusia bertopengkan kepentingan dunia.
kini bebaslah sudah segala sangsara hamba yang terinanya.

Oleh ; Nurimanja,
12 Rabiulawal 1431
Pulau Mutiara 1 Malaysia.

nurimanja49@gmail.com berkata...


SE BUAH NEGARA ADIL?

untuk
wujudkan,
se buah pemerentahan
Baladun taiyibatun warabbul ghapur

Natijah
negaradil,
perlukah kita melakukan
perkara mungkar bukan ketelusan?

lantas
Perlukah,
kita mengunakan laptop
teknologi memutar belikkan fakta?

perlu
Ingatlah,
kerana dunia tidak abadi
cuma tempat bermain dan sukasaja.

Oleh ; Nurimanja,
Telok Kumbar, 5.Mei 2004.
kampung dilanda pembangunan.

nurimanja49@gmail.com berkata...


TIADA JALAN LAGI


Kalau di dunia ini,
boleh lagi berdolak dalik,
tetapi di akhirat tiada jalan lagi.

Ujung keengkaran,
Tiada lagi ada kemaafan,
seperti pokok padi telah dipotong.

Jadi waspadalah,
pada tatacara berhemah,
tiap perbuatan yang kita dilakukan.

Oleh ; Nurimanja,
pagi bumi bergoyang acheh,
tujuh,tiga, duapuluh sepuluh.

nurimanja49@gmail.com berkata...


BEZAKAN KECELARUAN MINDA INI

Seorang yang mempunyai muslihat
ada agenda tersurat dan tersirat
menjadi edola oleh pengikutnya
walaupun boleh menghancurkan
sebuah negara kita yang tercinta ini
seorang pegawai polis yang memukul
setelah dia digelar anjing pemerentah
sehingga meninggalkan lebam mata,
di canangnya seluruh pelusuk dunia kini.

Seorang pemimpin yang agak licik
suka mengutuk, gempak, dan saman
pandai baling batu sembunyi tangan
bijak berpidatu dan bermain kekejian
dengan nyanyian puisi tari deranya
menegakkan yang telah diharamkan
membenarkan yang haram dan batalkan
semuany untuk kepentingan agenda.

Oleh : Nurimanja,
waktu kekalutan belanja,
Tarikh : 10/12/2009

nurimanja49@gmail.com berkata...


BILA USIA MULA MENGAWAN
-angkara anak terbuang-

Bila usia mula mengawan
Ada tiga peringkat
buat manusia.

Mengawan kali pertama,
bila usia masuk akal baligh
mulalah mengatal dengan lawan,
mengusik dan mencuit teman sebaya.

Mengawan kali kedua,
bila usia sudah muda remaja
manis ranum mula mencari lawan,
bermain asmara sehingga lahir zuriat.

Mengawan kali ketiga,
bila masalah isteri menopause
Kembali naik minyak usianya 40an,
mencari mangsa melepas nafsu tuanya.

Oleh; Nurimanja,
Sejenak mendengar pakar,
6hb, Mach, 2010. jam 8.00 pagi.

nurimanja49@gmail.com berkata...


BILA TIBA KETIKANYA

Bila tiba waktunya;adat alam
air pasang akan surut
tiap yang awal akan berakhir
tiap yang datang akan pergi
tiap yang baharu akan binasa
malam dan siang juga akan terhenti.

Siapa yang mahu menongkat langit
melihat matahari terus bersinar
melihat bulan terus beredar
dunia ini terus berpusingan
siang malam terus berlalu
dan bila tiba waktunya,
perjalanan kita juga akan berakhir.

Oleh; Nurimanja,
Telok Kumbar, 3.Mei 2004.

nurimanja49@gmail.com berkata...

UNTUK PENGETAHUAN


Beberapa orang tidak begitu teliti
membaca cerita catatan ini, jadi tak begitu faham. Nak faham kena ikut sdra Bahrul Shah kena baca banyak kali.

Saya dulu melanggan majalah sastra
DBP. bertahun saya baca sajak dan
cerpen, ada yang saya faham , ada
yang saya faham skit-sikit, ada yang langsung tak faham. kena baca banyak kali baru saya faham


Qalam Mutiara

nurimanja49@gmail.com berkata...

PAKSI DUNIA

Paksi dunia tak akan terbalik
Penyakit tak sembuh
Lapar tak hilang
Derita tak sudah
Pasukan kegemaranmu
menang atau tidak piala
yang usul asalnya tidak berkait
walau secubitpun
dengan kewujudan kamu.
Selamanya kalis basi-basi
dari pangkal hingga akhir bumi.
Silalah pergi mati.

Suara Rakyat
sungkai
10mlm
2010 Mac 31 16:58

nurimanja49@gmail.com berkata...


BERAPA SUBJEK PEMBANTU PENSYARAH?

Aku pembantu pensyarah...
Melakukan yang di arah..
Katanya satu subjek Rm20..
Aku pilih 20 subjek berapa puluh?
Dengan sangat spontan...
Hasil 20 subjek bertukar rupa..
Dalam masa yang tak seberapa...
Baju..t-shirt...dan make-upmuka..
Menjadikan hasil 20 subjek
kepada debu terbang di udara...
Hati kini mencongak-congak...
esok berapa subjek bakalku minta...
esok berapa hasil subjek yang bakal terbang ke udara...
Debu....jangan lupa!

Olie Pajutdy
Taiping
10pagi 2010 Mac 30 15:

nurimanja49@gmail.com berkata...

CHEWING GUM(B)

kamu itu seperti chewing gum.
boleh membesar menjadi belon.
walau kamu pecah.
kamu tetap melekat dimulutku,
kemudian kukunyah kembali.
membuatkan kamu menjadi belon sekali lagi.
tapi bila rahangku mulai lelah menyimpanmu
aku buangkan kamu dalam tong sampah
khayalan itu sayang sekali,
bila rumah baru beralamatkan tong sampah
khayalan tadi kamu sudah tidak boleh di kitar lagi

Bulan Terang
11mlm
diperkarangan rumah
2010 Mac 25 14:06

nurimanja49@gmail.com berkata...

LARI

Mereka-Mereka Itu Lari Bertempiaran
Mereka Berlari Untuk Merebut Roti
dan merebut Segala Jenis Makanan
Untuk Memenuhi Perut
Mereka Yang Kelaparan

Si Kecil
2ptg
20.3.2010

nurimanja49@gmail.com berkata...

SI BANGSAT NEGARA(B)

wabak hari ini sungguh nyata..
dipolitikkan oleh si bangsat.
yang dahinya tertera politk saja
nada si bangsat yang mengejar matlamat busuk..
berideologikan cita..
gembira membutakan jiwa..
jangan biarkan si bangsat itu hipnosis fikiran bawah sedar anda,
jangan biarkan si bangsat itu megah mencipta diri sebagai tuhan
bangsat si pemesong..
ingat kita miliki langkah sendiri..
jangan biarkan diri tergelincir,
tercampak, dan terjatuh lagi..
bangunlah anak-anak Adam.langkahlah pada jalan yang benar..
ingatlah pesan En Nuri
bpropanganda si bangsat tak berguna
yang ingin mengucar kacir negara


Ustaz Muda
selepas masuk parti BEBAS
20.3.2010

nurimanja49@gmail.com berkata...

BILA ANAK TONG SAMBAH?


Anak kecil yang dipungut ibu tompang,
di dalam se buah tong sampah,
kini telah pun menekmati
alam kerumajaanya.

Setelah bergelar seorang anak remaja,
kerana hasil darah keturunan,
tabiaat itu mengalir pula
didarah dagingnya.

Bagaimanakah dosa ibu bapa selama ini,
tidakkah menjadi jahil murakab,
bila anak yang baligh ini
mengawini bapa atau
ibunya sendiri.

Oleh : Nurimanja,
catatan malam hari jam 8.00 tv.
21hb, Mach, 2010 renungkanlah.

nurimanja49@gmail.com berkata...


SALAM TENAT DARI MUTIARA


Terdengar resah suara keluhan
berbau rentihan dan kehampaan
dari anak-anak`jati Pulau Mutiara
terasa sebak ingi melalui
angin pean dkirimkan
lantaran kekalutan amat sangat
telah menyerang runtunan jiwa
mengharap janji yang diabaikan
perlukah kita menunggu lama
sehingga musnah hak mutelah
ataupun satu kuasa dinapikan
setelah mengubah segala fakta
keperluan idintiti anak jati peribumi.

Oleh: Nurimanja,
terkenang temasik yang tiada,
setelah keluar daripada malaysia.

nurimanja49@gmail.com berkata...

BERIMAN DENGAN ALLAH SWT.


Orang yang benar beriman dengan Allah,
serta patuh dan percaya hari kebangkitan
yakin ada akan qiamat kecil dan qiamat besar
sentiasa melakukan amal makarup nahi mungkar
serta dapat mengawal akan penyelewengan dihatimu.

Orang yang benar beriman dengan Allah,
keyakinan kamu cuma pada hari pembalasan
adalah satu keyakinan pada aqidah rukun iman
serta Allah menghisap dengan mudah perhitongan
semoga dibenarkan menutup akan segala dosa-dosamu.

Orang yang benar beriman dengan Allah,
Jika di dunia kamu menyakinkan yauman akhir
Allah akan mempermudahkan akan kesalahanmu
sebanyak manakah dosa- dosamu dihari kebangkitan
pasti dengan mudah dan diredhai di masukkan ke Syurga.

Oleh; Nurimanja,
dimalam hari tanggal 1/2/2010.
Catatan di Pulau Mutiara.

nurimanja49@gmail.com berkata...


MENGHARAP JANJI LAUT

Angin malam membesekkan cerita
pada pasir, batu, kayu dan pantai
tentang derita hidup seorang nelayan
menangkap ikan menyara anak-anaknya.

ikan di laut tidak selalu menjanjikan
tentang rezeki yang lumayan kepadanya
cuma sekadar hari yang tertentu sahaja
bisa menambahkan pendapatan harian.

Kemiskinan dan kesusahan satu ujian
hanya orang beriman menyakinkannya
kerana kekerasan tangan yang kematu
membawa bukti tanggungjawab dilaksana
seorang ayah mencari nafkah untuk anaknya.

Oleh : Nurimanja,
Telok Bahang, Pukau Pinang.
Tarikh; 11hb, Mach, 2010.

nurimanja49@gmail.com berkata...


KITA BANYAK MELAKUKAN DOSA

Dosa itu akan mematikan hati
rezekinya juga akan betambah jauh
sesiapa yang selalu bertawakkal
rezekinya akan datang tanpa disedari.

Malah kalau dikehendak Allah
sebiji gandum diganti sebiji tamar
saekor kambing kurus susunya banyak
tdak habis untuk makan dan minuman.

Buat mereka yang ikut ajaran nabi
nescaya akan mendapat pembelaannya
ini bukanlah satu cerita main-mainan
tapi cerita buat keberkatan dunia akhirat.


Oleh : Nurimanja,
Bayan Lepas, Balik Pulau,
Sini Terlepas Sana Terperlau.
Tahun penuh cabaran kewangan 2010.

nurimanja49@gmail.com berkata...


MARAH YANG DIPUJI

Marah yang dipuji
perlu ada pada manusia
jika tidak marah
maka kamu dayus.

Marah juga seketika
yang lain cuma emosinal
jika kamu mahu marah
pesan nabi ada tiga
bijak, ikhlas, benar.

Marah yang terpuji
bila ada rasa kawalan
berhemah,ikhlas,berani
mendidik untuk kebaikan.

OLEH: Nurimanja,
Bayan Lepas, Pulau Pinang.
Setelah melihat perkara mungkar 2010.

nurimanja49@gmail.com berkata...


DI ANTARA KATAK DAN BIAWAK

Katak-katak akan mengambil kesempatan
bila hujan turun banyak yang lompat tinggi
lantas memanggil seramai mungkin kawannya
untuk berpesta dalam suasana muram begini.

Biawak pula suka merangkak mengeluar lidah
mencari mangsa dengan lidah yang bercabang
gaya pelahan tetapi menerkam mangsa terus ditelan
buat mengenyangkan isi perutnya dengan apa sahaja.

Di anatara dua reptelia katak dan biawak ini
keduanya binatang liar yang tidak mempunyai bisa
cuma tabiaatnya saja suka melompat dan merangkak
jarang sekali dapat jumpa berjalan dengan sempurna.

Oleh: Nurimanja,
waktu hampir senjakala,
jam tujuh setengah 2010 malam.

nurimanja49@gmail.com berkata...

PENGURUSAN HATI DAN JIWA

Pengurusan hati keperluan pengetahuan
bagi menyelesaikan punca permasallahan
menghendar semuanya bagai satu percubaan
untuk mendidik hati lebih bersih dan suci murni.

Pengurusan jiwa pemeliharaan keinginan
boleh belajar menahan kehendak hawa nafsu
segeralah membersihkan hati dan jiwa nurani
agar musibah yang datang perlu keredhaan hati.

Oleh ; Nurimanja,
Di kampung Tersusun Pk.
Tarikh 10hb, April, 1994.