Sabtu, 25 Disember 2021

DULU KECELARUAN MINDA KINI KERAGUAN HATI









 DULU KECELARUAN MINDA KINI KERAGUAN HATI 
 
Mulai tahun 2014 hingga 2018
Kami mulai terasa kecelaruan minda
Kerana kerenah saka tua mulai meragu politik Malaysia?
 
Kononnya dulu kata Sang Saka
Dia tidak mahu lagi masuk gelanggang
Cukup sajalah bermain diluar sebagai pemerhati politik?
 
Kini Sang saka tua mulai masuk
Cuba menganggu gugat politik tanah air
Mencabar parti tempat dia memunggut kekayaan harta ?
 
Lantas agenda terancangnya itu
Berjayalah menumbangkan kerajaan BN
Entah kenapa marah sangat dia dengan PM6 penganti PM5?
 
Hari ini siapa pun tidak menduga
Sang Saka Tua Berjaya pula menjadi PM7
Berkuasalah dia selama 22 bulan lamanya kemudian gugur?
 
Catatan Pena Runcing
Agenda mabuk kuasa belagak sanggup menipu ?
Tak kata sesungguhnya . 13/12/2021.


Tiada ulasan: