Khamis, 25 November 2021

TETIBA LAUTAN MENJADI MARAH ?








TETIBA LAUTAN MENJADI MARAH ? 
 
 
Awal tahun 2020
Dunia menjadi gempar dan panit
Lautan kini menjadi marah yang amat sangat
Bagaikan dicabar puncak gunung mengejek kelemahannya
Lantas kini lautan yang lama berdendam lalu bangkit dengan kemarahan?
 
Lihatlah kini 2021
Setiap penjuru dan pelusuk dunia
Dikejutkan dengan teragedi yang menakutkan
Tetiba lautan bergelora , angin rebut dan taupan serentak
Memebuat perhitungan yang sama dalam usaha menggegarkan alam maya?
 
Kini seluruh dunia
Terkejut  luar jangkaan manusia
Gunung ganang runtuh  sahara dilanda banjir
Lautan kini menguasai daratan gelombang besar memanjat
Ingin mengenelamkan puncak gunung yang selama ini gagah di angkaraya?
 
 
Oleh Qalam Mutiara,,
Catatan jam 11.00 pagi
Tanggal 29hb Oktober 2021.


Tiada ulasan: