Jumaat, 5 November 2021

IZINKANLAH KUKUCUP DAHIMU








IZINKANLAH KUKUCUP DAHIMU 
 
Mati seorang tokoh alim ulama
Kalian lihat ada bahadi di dahinya berlenangan
Di situlah segala keramat dan hikmat yang perlu dipungut
Ramai anak-anak muridnya tidak tahu akan hikmah ilmu laduninya ?
 
Ada seorang polis pencen tua
Mudanya tiada pendidikkan agama sempurna
Setelah bersara rajin ke surau mendengar ceramah agama
Tamat beberapa kitab yang diajari oleh Pak Ustaz guru agamanya ?
 
Setelah Pak Ustaz meninggal ?
Surau kembali menjadi cemas tiada penganti
Berlaku tolak menolak untuk kehadapan menjadi iman solat
Tetiba tertolak kepada polis bersaratua  ini kehadapan iman solat ?
 
Siapa pun tidak menduganya ?
Dia membaca dengan lancer malah lebih hebat
Tiap sebutan muhrajnya begitu fasih dan merdu taranumnya
Dari Pak Ustaz guru agama yang mengajarnya dahulu disurau ini ?

 
Oleh: Qalam Mutiara
Catatan jam 11.00  pagi
Sabtu Tarikh 16hb Oktober 2021



Tiada ulasan: