Ahad, 23 Oktober 2011

PERPISAHAN (SM)



salah seorang 16 pemenang bersama Cr.


perpisahan adalah kematian kecil
bagi yang hidup tapi
selalu menunda kekalahan
ditengah hingar bingar
kata bijak impian tentang harapan.
kereta pun berangkat, engkau berkata, selamat jalan hati-hati
kudengar kereta semakin menjauh
sejak itu aku tak lihat engkau  lagi
hingga ke hari ni genap 10 tahun.



Oleh: Badrolshah
sajak ketika berpisah dgn sahabat hingga sekarang hilang tanpa khabar berita

/21 September 2011 10:59 PM



30 ulasan:

Tinta Azimad berkata...

SAYEMBARA PUISI PUSINGAN KE2. CR. DINATARA SAHABAT DAN P/BLOG BULAN SEMTEMBER 2011

Sajak sdra Badrolshah yang bertajuk: PERPISAHAN bersama sajak Karim karamjit , jadi pelihan kami Untuk memberi laluan , kerana tema dan maksud penceritaannya yang menarik hati kami untuk diketengahkan. Apa pun kedua sajak ini , telah kami lakukan sadikit pembetulan, agar maksud asalnya tidak lari daripada apa yang hendak disampaikan oleh penulis. Begitulah kehidupan kita selama ini. Apa yang kita harapkan jarang tercapai, malah menjadikan ingauan mimpi di malam hari. Setiap pertemuan dan perpisahan pastinya akan berlaku dalam kehidupan di dunia ini. Adalah terlalu biasa untuk kita. Layak diberi peluang untuk sayembara seterusnya. (SM)

Tinta Azimad berkata...

CERITA DONGING RAKYAT SEDUNIA DARI NEGARA PAKISTAN SELASA MULAI 26HB APRIL 2011 DARI BLOG CITRARASA BERTAJUK: KEMBAR SEIRAS DITULIS DAN DICERITAKAN SECARA BEBAS OLEH: NURIMANJA

Bahagian ke 2 / Siri Ke Tiga puluhlapan atau siri 71 kini.

PERGELUTAN HEBAT ITU BERAKHIR. Apabila singa yang berremang bulu tengkok itu bertrukar menajdi seoarng nenek kebayan tua yang banyak sakti itu. Sambil menahan sakit dia berkata , “Ampunkan lah Hamba . jangan bunuh hamba dengan cucuk sanggul itu. Tolong lepaskan hamba selama ini hamba telah banyak melakukan dosa.” Kata nenek kebayan tua yang baknyak sakti itu.

Putera Wira Syakir pula mencekak rambut nenek kebayang tua banyak saktu sekuatnya sambil mengacukan cucuk sanggulnya ke mata nenek kebayan tua itu. Sambil merentah dengan tegasnya.”Hamba mahu kamu bebeaskan semua makhluk yang telah nenek sumpah menjadi batu itu sepuya pukih semua seperti sedia kala.”. Cepat dilaksanakan

Dalam keadaan rambut panjangnya di cekak dan tangan nenek kebayan tua itu dikelas. Nenek tua itu pun membaca mentranya , sambil meminta apa yang pernah dilakukan selama ini pulih seperti sedia kala. Seketika hujan ribut pun turun dan kilat peter sabung menyabung . Putera Wira Syakir pun mendengar bunyi bising suara orang ramai dan kuda dan haiwanb lain disekitarnya.

Seolah-olah mereka baru tersedar dari tidur lena yang panjang. Sambil bercakap sesama sendiri. Merapa muka dan tubuh mereka apa benarkah mereka masih di alam nyata atau mimpi. Ada yang ketawa dan tidak kuranbg pula yang menangis setelah mereka mengwetahui keadaan mereka selama ini. Tetiba Putra Wira Syakir pun bersuara dengan lantangnya.

“Wahai tuan hamba sekelian! Lihat nenek kebayan tua yang banyak sakti ini, sekarang dia telah memulihkan tuan ham,ba sekelian dari sumpahannya, Sebelum dia lebih bermaharajalelka di puncah gunung metra alam ini. Apakah selayaknya hukum yang patut dilaksanakan ke atasnya.?”

Belum pun sempat ucapan daripada Putera Wira Syakir habis. Orang ramai yang pernah kena suimpah dari nenek kebayan tua yang banyak sakti itu menyebu dan berkata. “Bunuh! Bunuh!! Bunuh!!! “

BERSAMBUNG.

Dang ANum berkata...

SIAPA SETAN

siapa setan kitakah atau dia
atau hanya si setan seorang saja
si setan itu sememangnya setan
itu tak payah kau fikir dan tilik
memang telah dijadikan tugasnya menyesatkan sejak zaman adam
semua tahu persetankan setan itu
mengapa perlu kau puja setan itu
mengapa perlu dipersetankan
mengapa ikut menyetan itu tempat setan berumah air setan kau hirup
itu makanan setan kau lahap
buangkan segera topeng setan itu
tanggalkan tanduk setan itu

Dang Anum
sajak nasihat buat muda-mudi yang selalu mengunjungi disko dan minum arak

Ustazah Janaraiah berkata...

MERINDU KALIAN

Aku rasa aku akan merindu
Ketika kalian peduli akan tangisku
Ketika kita berjalan bersama
Mengejar semua mimpi-mimpi kita
ketika kita terhentak
oleh sebuah senyuman yang membatu
Tapi lupakanlah
Bila tangis kalian adalah untukku
Aku hanya inginkan senyuman
Bila dalam kenangan kalian
Aku dikatakan sebagai seorang kawan

ustazah janariah
sajak terkenang bekas kawan-kawan di UPSI

Datin Hajjah berkata...

AIR MATA MENGALIR

Apakah masih buta di dalam hati
Apakah masih menipu diri sendiri?
Apabila akal sihat kamu remehkan
berarti pintu untuk pikiran kelam
muncul dari sudut-sudut gelap
telah kamu bukakan kabut duka cita menutup wajah Ibu Pertiwi
Airmata mengalir dari sajak ini

Datin Hajjah
sajak simbolik

Datin Maimun berkata...

DETIK WAKTU

Detik detik waktu di Membangunkanku terjaha dipanggilnya oleh sang bulan
Duduk dipangkuan khayalan kalbu
Merasuk angan berkabut misteri
Satu masa telah terlewati
Sang waktu menjadi mahluk cantik
mungkin di setapak belakang
di depan jalan sulit aku ungkap

Datin maimun
sajak kehidupan

Tuan Haji Abkam berkata...

LAUNGKAN

Kau laungkan dalam renungan
seribu penyair ghaib tak berujung,
pada bait paling hening
angin dan cemara tak berdesir,
menebar senja menghantar senyap,
menghantar seribu guna,
maka cobalah tinjau,
di setiap yang dikeramatkan
hati pada cinta lihatlah kepedihan
sembilu matahari terbakar
sebab takdir siapa lagikan melerai
dari keinginan untuk terbakar.

Tuan Haji Abkam
sajak simbolik

Ustaz Omar Sharif berkata...

CAHAYA RAMADHAN

renggut jantungku dan celupkan
dalam pekat cahaya bulan
biar seluruh pembuluh menjadi biasa
lalu mengalir darah-darah percaya.
bernafaslah dengan udara jitu
terlarut bawa istiqamah
menjadi kumuhan diseluruh tekak ini
lalu ia ke serata anggota
mungkin nanti aku akan
sempurna sebagai hamba.

Ustaz Omar Shraif
sajak ketuhanan

Sayembara Muzik berkata...

SEBAB AKU DILAHIRKAN

Jika aku dilahirkan tanpa sebab
Aku mungkin hanyalah sehelai daun
yang terjamah oleh senja
bila daun itu jatuh aku pun tiada
nanti ketika itu aku dipertemukan
dengan lautan roh manusia
Bertebaran kasih harapan
Ada yang terkasih terbang
Daun bertebaran membawa derita
hingga sampai ke liang lahad
mereka bertaburan di pekuburan
Hanya gelap yang ada
mungkin sebab itu mereka dilahirkan

Sayembara Muzik
sajak misteri apabila terasa bagai ajal hampir tiba

Haji Hamdan berkata...

SIMPATI

geram si mulut becok itu
kesian khayalannya tercampak sambil ia mengisi tangis
bangun berlari lalu terjatuh
minta dibeli simpati
merangkul lutut di depan mereka
pagi itu telah cerah
menunggu mengukur apa banyak
atau tidak simpatinya

Haji hamdan
sajak sinis

Qalam Mutiara berkata...

SUKU AKHIR KE2 SAYEMBARA PUISI CITRANURI AHLI/ @ P/BLOG OKTOBER 2011

Sdri Dang Anum dengan sajak penasihatnya bertajuk: SIAPA SYAITAN. Pengucapannya terlalu biasa . Penceritaanya menyeduh tentang kerja setan yang telah dijadikan dari api dan mengoda dan menghasut. Begitulah manusia jika ingin mengikut kerja setan kita pun jadi setan juga. Jadi pujalah Tuhanmu daripada memuja setan yang biasanya akan menghancurkan hidup kita sebenarnya. Harap maaf Cuma setakat ini penyertaan anda . Apa pun thaniah kerana termasuk dalam 14 orang pemenang bersama sayembara citranuri kali ini. (TK)

Qalam Mutiara berkata...

SUKU AKHIR KE2 SAYEMBARA PUISI CITRANURI AHLI/ @ P/BLOG OKTOBER 2011

Sdri Ustazah Janariah kali ini dengan sajaknya bertajuk MERINDU KALIAN. Pengucapannya agak kurang mencabar, Cuma sebagaikan mengenang sahabat lama. Begitulah sahabat bisa ada
Berbagai tabiaat dan perangai. Itulah kata orang asam garam dalam kehidupan kita dimana saja kita berada. Apa pun berwaspadalah selalu, setiap yang baik contohi jadikan tauladan, dan yang buruk jauhkan.Harap maaf Cuma setakat ini penyertaan anda . Apa pun thaniah kerana termasuk dalam 14 orang pemenang bersama sayembara citranuri kali ini. (TK)

Qalam Mutiara berkata...

SUKU AKHIR KE2 SAYEMBARA PUISI CITRANURI AHLI/ @ P/BLOG OKTOBER 2011

Pn Datin Hajjah bukan makcik hajjah kali ini dengan sajaknya yang bertajuk AIR MATA MENGALIR. Pengucapannya ada sadikit diperbetulkan ungapannya asalkan tidak lari isi ceritanya. Kisah kesedehan yang selalu menjadikan orng hidup lama akan menitis air mata bila mengenang akan situasi kehidupan di hari ini.Terutamanya ibu pertiwinya yang tercinta. Jika ada Segelinter masyarakat atau parti politik yang mendewakan pengkhianat, terasa amat menyedihkan hati nurani. Memang sebak dada malah mengalirkan air mata bila memikirkannya. Sajak anda layak untuk sayembara citranuri ke peringkat akhir (SM

Qalam Mutiara berkata...

SUKU AKHIR KE2 SAYEMBARA PUISI CITRANURI AHLI/ @ P/BLOG OKTOBER 2011


Pn Datin Maimun dengan sajak tema kehidupan semasa mungkin dahulu hingga kini dipengaruhi bujukan sang rambulan..sajaknya bertajuk: DETIK WAKTU. Pengucapannya bagaikan ada rasa kesal dengan apa yang telah terjadi, disebabkan kecelaruan minta kita pun terperangkap sama.Apa tah lagi bertopengkan agama buat sandarannya. Ramai yang terpengaruh dan terpersona menjanjikan masuk syurga pula. Kini masa telah menceritakan akan segala. Dan detik waktu mengungkaikan segala kecelaruan dan kebuntuan.Sebenarnya siapa calun syurga yang di redhai Allah swt.adalah dari ketentuanNya.Layak untuk sayembara citranuri ke peringkat akhir (SM)

Qalam Mutiara berkata...

SUKU AKHIR KE2 SAYEMBARA PUISI CITRANURI AHLI/ @ P/BLOG OKTOBER 2011



Tuan Haji Abkam dengan sajak simboliknya bertajuk LAUNGKAN. Pengucapannya agak kabur
dan sukar meangkap maksud berbeza debngan sdra aruah sayembara muzik. Namun tetap ada rasa daya kreatif dan puitisnya.Cuma andaian penceritaannya berbau politik juga kerana ada laungan dari pihak tertentu untuk memperbetulkan keadaan dalam kemelut kehidupan yang sering bergelut dengan pihak pengasut untuk mencelarukan fahaman. Itulah yang kita terasa lewat kebelakangan ini. Cabar mencabar sering berlaku namun apa pun ketentuan hanya pada takdir Illahi.sama ada bulan atau matahari yang terbakar. Harap maaf Cuma setakat ini penyertaan anda . Apa pun thaniah kerana termasuk dalam 14 orang pemenang bersama sayembara citranuri kali ini. (TK)

Qalam Mutiara berkata...

SUKU AKHIR KE2 SAYEMBARA PUISI CITRANURI AHLI/ @ P/BLOG OKTOBER 2011


Sdra Ustaz Omar dengan sajak ketuhanannya bertajuk: CAHAYA RAMADHAN. Sajak lama agaknya. Pengucapannya boleh diterima ada daya kreatif dan putis , tetapi kelembutan pengucapannya lebih kepada sajak sayembara muzik .Apa pun begitulah sebagai seorang hampa yng memelih keagungan tuhan sebagai edolanya, kehadiran ramadhan tidak disia-siakan.hanya pada bulan menyuci dosa dan seribu rahmat, berdoa dan bertahajudlah untuk mendapat darjat makam sebagai hambanya yang sebenar. Layak untuk sayembara citranuri ke peringkat akhir (SM)

Qalam Mutiara berkata...

SUKU AKHIR KE2 SAYEMBARA PUISI CITRANURI AHLI/ @ P/BLOG OKTOBER 2011


Sajak oleh allahyarham sayembara Muzik dengan irama kepiluan dan kesedihannya. Bertajuk SEBAB AKU DILAHIRKAN. Pengucapannya bersahaja tetapi lebih berkesan dan menyentuh perasaan pembaca, ini mungkin karya-karya terakhirnya. Apa yang diperkatakan pada catatan pusinya seolah-olah dia semacam mengetahui saat permeergiannya akan tiba meninggalkan segala. Semoga dia bersemadi dengan tenang sehingga menunggu hari kebangkitan. Amin.Al fatihah. Layak untuk sayembara citranuri ke peringkat akhir (SM)

Qalam Mutiara berkata...

SUKU AKHIR KE2 SAYEMBARA PUISI CITRANURI AHLI/ @ P/BLOG OKTOBER 2011

Haji Hamdan dengan sajaknya beretajuk SIMPATI . Pengucapannya agak biasa tema sinis pada isu keadaan semasa. Apa pun ada berbau politik juga. Begitulah keadaannya satu agenda politik tanah air yang agak tercemar teruk, bila ada segelenter tokoh cuba putar belit fakta dan buktinya.
Bila rasa terjebak kini melaung minta simpati. Lihat sajalah masa akan menentukannya.sadikit atau banyak simpati kepadanya. Harap maaf Cuma setakat ini penyertaan anda . Apa pun thaniah kerana termasuk dalam 14 orang pemenang bersama sayembara citranuri kali ini. (TK)

Nahul Hidzar berkata...

wah! dh msuk siri 71 ke!

Tetamu Malam berkata...

wah! smua suruh bunuh nenek tu?

wasiril aswad berkata...

apa tindakan syakir tu?

Raja Muda berkata...

dia bunuh x nenek tu?

Badrolshah berkata...

dia lepas ke dia bunuh?

Atan Yahoo berkata...

msti dia lps dia kan baik

Ummu Akilah berkata...

apa la nasib nenek tu nnt? hehhe

Warga Emas berkata...

dia bunuh ke x nnt?

Bob Kuli berkata...

kalau ramai suruh bunuh msti dia bunuh!

Qalam Musoffa berkata...

xthu la apa nasib nenek tu nnt

Raja MUda berkata...

sekejab je dia dh dpt tangkap nenek tu

Ustaz Sahzan berkata...

la... nenek tu rupa bintanag rupanya