Ahad, 2 Oktober 2011

AKU BAGAIKAN KELAWAR MALAM (SM)







 16 pememang bersama sayembara Cr. / 9/ 2011

 
Silau mataku oleh sinar lampu lalu lintas
aku menundukkan kepala  memandang sepatu
terasa diri bagaikan  kelawar malam
tidak gembira tidak juga sedih
hanya terapung dalam waktu berlalu.
aku melihat di setiap ujung jalan.
sungguh aku tidak menyangka
beranika drama aku temukan
keadaan telah memaksa aku berjalan.
aku bukan seorang cendikiawan
hanya menolak menjadi saksi.
itulah sikap dan jiwaku alam maya
hanya yang elok diajak berbicara.
kini aku terpaksa terus berjalan
melangkahkan  kakiku melewati
sampah- sampah di perjalanan...

 
Oleh: Bob Kuli
sajak kisah hidup\29 September 2011 1:22 AM
Hadiah sumbangan tuan haji RM500.



30 ulasan:

Tinta Azimad berkata...

SAYEMBARA PUISI PUSINGAN KE2. CR. DINATARA SAHABAT DAN P/BLOG BULAN SEMTEMBER 2011

Sdra Bob Kuli dengan sajak kehidupannya bertajuk; AKU BAGAIKAN KELAWAR MALAM. Pengucapanannya agak menarik membayangkan tugasnya sama seperti kelawar malam yang sering melihat gelagat atau drama manusia di setiap sudut , terpaksa menundukan kepala. Menolak apa yang mungkar dan meredhai apa yang makruf. Apa pun dalam perjalanan waktu demi untuk menyara hidup anak dan isteri tugas kecil ini terpaksa juga dipikul. Mungkin kerana si penulis bukan dari golongan cendekawan, tetapi itulah tugas yang selayak untuknya. Apa pun layak untuk dicalunkan seterusnya (SM)

Pememangan bersama 16 orang penulis puisi blog Cr.

Pengulas Qalam Mutiara.
Diterbitkan Oleh Tinta Azimad

Tinta Azimad berkata...

CERITA DONGING RAKYAT SEDUNIA DARI NEGARA PAKISTAN SELASA MULAI
26HB APRIL 2011 DARI BLOG CITRARASA BERTAJUK: KEMBAR SEIRAS DITULIS DAN CERITAKAN OLEH: NURIMANJA

Siri Ke Tiga puluh lima (BB)

Sewaktu dalam perjalanan itu Putra Wira Syakir sering saja membaca serapah jampi atau zikir munajatnya “Hanya keluhuran menghapuskan segala kekejaman dan kejahatan..Hanya kebenaran dapat mengatasi segalanya, itulah kekuatan. Tiap yang bersalah past dihukum i , setiap yang benar tetapada kebaikannya.!” Kata Nenek Kebayan sakti
Itu.

“Hanya itu saja serapah jampinya untuk mengatasi nenek kebayan tua yang banyak salkti itu?” Kata Putra wira Syakir agak kehairanan, sambil memerehatikan kepada semua putri-putri yang ada di hadapannya.

“Sebenarnya serapah dan jampi atau puisi zikir munajat itu telah pun tuan hamba lakukannya selama ini , jadi teruskanlah, pendakian tuan hamba untuk membebaskan saudara sulung tuyan hamba yang telah disumpah menjadi batu.itu”

“Itulah senjata yang kami paling takut, keluhuran dan kebaikan hati , niat suci dan amalan baik yang tidak minta dibalas , Itu yang membuat kami semua menjadi lemah, tuan hamba sebenarnya adalah orang yang telah pun melepasi semua ujian itu.” Kata pula Putri Pemaisuru Ratu kalkaku.

“Ingat apa yang penting tuan hamba kena mengambil cucuk sanggul sakti yang bersalut emas bertata batu permata dari tasek Janggi itu.Ingat jika sesiapa berjaya mengambilnya , semua kuasa kekuatannya akan terhapus.” Kata pula putri Angsa berbulu emas dengan penuh harapan.

“ Kami semua mengharap agar tuan hamba orang yang akan dapat menghapuskan kesaktian nenek kebayan tua yang banyak sakti itu. Selamat berjaya. Menuju ke puncak,” kata semua tuan putri yang mengiringinya di gerbang terakhir perjalanan menuju puncak gunung metra alam itu.

Dengan penuh kelengkapannya dan bersama kuda sakti kesayangan, lalu dengan penuh keyakinan dan cekar hati Putra Wira Syakir dengan tangkas menaiki kudanya dan segera bergegas menuju ke punca gunung metra alam yang banyak muslihat poerjalanannya itu.


Semua putri yang mengiringinya melambaikan tangan dan berdoa akan kejayaan Putra Wira Syakir untuk menghapuiskan nenek kebayan tua yang banyak sakti itu, demi untuk memcari satu kebebsan dan kebaikan buat makhluk di alam gajat ini.



BERSAMBUNG.

Bos Kacak berkata...

SUARA HATIKU

Didalam batas ruang dan waktu.
Aku terbelenggu di dalam senja
Rintih hati yang terpendam didalam.
Takkan ada yang tahu selain bintang
Dalam gelap bintangku diterangihati
Walau hanya setitik cahayaMu.
Terangi dan besarkan hatiku…
Melewati kegusaran hati ini.
Kehangatan cahayaMu dalam urat nadi
Takkan pudar ditelan rasa.
bahagia dalam hidupku.
tapi terikat satu dalam kehampaan
Suara hati ingin miliki
Jadi dari belahan jiwaku.
Namun ku sedari indah cahayaMu takkan pernah kugapai.
Oh tuhan hanya satu yang kuminta.
Jangan padamkan cahaya bintangku.
Biarkan merekat erat dalam dada.
Sampai bintangku raih kebahagiaan
Hingga hembus nafas terakhir nanti

Sayembara Muzik
sajak kehidupan diri yang semakin hari terasa aneh

(ni sajak allahyarham Bakti Aswira Bin Kurniyawan atau sayembara muzik seminggu sebelum beliau ke ramahtullah)

Bos Kacak berkata...

SESAAT

sesaat tersekat batinku
seluruh perjalananku
perhatikan selarik jalan sempit
mencoba lanjutkan hidup melangkah
walau terjatuh lalu lelah
menatap hari tak pasti
sayu dongakkan wajah kuyu
sesungguhnya apa ku tatap?
tak ada yang indah hari ini
hanya sedikit air embun dinihari
tak tahu apa kembali

Bos Kacak
ni sajak sy bersama sayembara muzik kami cipta berdua tapi tak sempat untuk kami mainkan lagu ni kerana beliau telah kembali dahulu.. al fatihah

Mozaire berkata...

TAGHA

la tagha ingatan buat kamu
wahai si alim banyak amal
wahai si abid penuh taat
jangan melebihi sangat
sesungguhnya akhirat itu perlu
bagaimana pula duniamu
apakah harus dibiarkan sahaja
tanpa perlu dipeduli dijaga
jangan melebihi sangat
tiada salah kamu sujud
ibadat seharian tanpa jemu
tapi lihatlah sama ahlimu
lihatlah anak isterimu
apa mereka pakai makan dan buat
jangan melebihi sangat
lihatlah juga orang tuamu
terketar di pondok sepi
menanti anaknya kembali
apa mahu diikut jejak alqamah
jika terluka hati ibu
sia-sia sahaja amalan
tiada tercium bau syurga

Mozaire
sajak ni bukan aku punya minta tolong bapak aku,aku pun tak tahu apa makna tajuk ni

Abul Hassan berkata...

PERMATA HIDUPKU

Mencintamu dengan seluruh hatiku, membuat aku bahagia.
Membawamu terbang tinggi bersama hilangkan dahaga akan kasih.
Awan pun akan setia selimuti hati kita menjadi cinta putih kita.
Perlahan tapi pasti kita
harungi panas beku bersama.
Tetap setia menggenggam tangan
selalu bersama dalam cinta.
Kau mahkota hatikilau intan cintaku
Hanya intan yang bisa runtuhkan hatiku selimut permata hidupku.


Abul Hassan
sajak jiwa2 maaf en qalam xde idea nk buat sajak tema lain sbb x mahir

Ustaz Omar SHarif berkata...

KITA BERDIRI DI MANA?

akan hidup di dalam mimpi
tumbuh di kebon esok hari
matahari akan terbit kembali
sementara hari baru menjelma
pertanyaan kita menjadi hutan?
atau adakah masuk ke sungai
menjadi ombak di samodra
di bawah matahari ini kita bertanya
ada yang menangis, ada yang mendera
ada yang habis, ada yang mengikis
maksud baik kita berdiri dimana !

Ustaz Omar Sharif
sajak simbolik sinis

TUan Haji Abkam berkata...

LILIN DAN KERIKIL

Bisakah lilin itu kembali
dengan api kecil hadirkan bayang
untuk ku tutupi dengan dua telapak
Panas pun tak kurasa lagi
Harapan bayang kembali isi hampaku
Ikrar bukan sebuah ucapan di mulut
Takkan pernah menyesali
akan semua yang terlintas.
Aku akui jalan ini penuh
dengan serakan kerikil.
Namun akan aku untai kerikil itu menjadi sesuatu yang indah.

Tuan Haji ABkam
sajak perjalanan hidup

Guest berkata...

BODOHNYA AKU

bodohnya aku mengapa keajaiban kecil
mempertemu kita didunia tak pasti
saat semula jari-kecil kerasku ,
mengukir kata rindu lamanya
Tak pernah terlintas sedikitpun
Kenapa aku menanti kepastian
mungkin takkan pernah
kau beri dengan tangan hatimu
yang tak pasti kabar ceritanya

Guest
sajak jiwa2

Dam Catur berkata...

KL PENGEMIS

kl ditawan pengemis
suatu bentuk penjajahan
penjajahan dalam kalut
aksi si bikin ribut
bikin semua semput
bawaan si pendatang
kadang tanpa diundang
jaja jejak kasihan
gelandang tengah jalanan
kl ditawan pengemis
suatu bentuk pencemaran
pencemaran hak keliling
catat fenomena asing
oleh wajah-wajah asing
kadang buat kita terasing
di bumi sendiri
di bumi bertuah ini
kl ditawan pengemis
wahai kamu si penguasa
wahai kamu si penguatkuasa
serlahkan segala kuasa
usah nantikan leluasa
kelak kita binasa
ayuh bersihkan segera
mereka semakin terbiasa
buat aku terseksa
tekak mula meloya…

dam catur
sajak ragam di KL

Qalam Mutiara berkata...

SAYEMBARA PUISI CINTA RASA BERSAMA SAHABAT DAN P/BLOG BULAN OKTOBER 2011

Al fatehah buat allahyarham Bakti Aswira Bin Kurniyawan atau aruah sdra Sayembara Muzik yang telah kembali di pangkuan Ilahi. Semoga rohnya dicucuri rahmat bersama orang yang solleh. Amin. Apa pun tidak pernah berlaku lagi dalam sejarah dunia agaknya ada peserta yang meninggal layak menyertai sayembara tanpa diketahui penulisnya. (Inilah sayembara puisi yang unit dan sukar dipercayaai) terima kasih pada sdra Seniman Jalanan atau Bos Kacak dan Jalal yang mengelolakannya. Sajaknya bertajuk SUARA HATIKU. Semacam aruah mengetahui saat dirinya akan pergi.. Dan terasa agar hasil karyanya terus diketengahkan.. Malah berketepatan dengan nama penanya sayembra muzik, inilah kehebatan cinta seninya sehingga memohon kepada Tuhan. Lihata bait 5 dari bawah hingga akhir.Akan terus memperjuagankan walaupun beliau tiada lagi. Layak untuk sayembara seterusnya (SM)

Qalam Mutira berkata...

SAYEMBARA PUISI CINTA RASA BERSAMA SAHABAT DAN P/BLOG BULAN OKTOBER 2011

Sdra Bos Kacak nama ini sesuai untuk nama rastoran atau nama anak rastoran fatihah atau Bismillah. Mana satu nama anak dulu.? Sdra Seniman Jalanan agak tidak sesuai lagi. Tukar kepada Seniman Bos Kacak saja. Kali ini sajak anda bertajuk SESAAT. Pengucapannya agak berbau rentehan hati dua insan mengharap sinar dihujung jalan. Dalam kekalutan diri bergelut dengan kemelut kehidupan, sepat juga anda menulis sajak. Apa pun nasib dan tuah bisanya berubah , semuanya ketentuan daripada taqdir Allah swt. Saya fikir aruah ini orang jawanis asal dari seberang agaknya? . Maaf sajak anda terpaksa terkeluar kerana ada persaingan yang lebih hebat. Harap maaf cuma disi dahulu. usaha lagi lain kali. (TK)

Qalam Mutiara berkata...

SAYEMBARA PUISI CINTA RASA BERSAMA SAHABAT DAN P/BLOG BULAN OKTOBER 2011


Mozaire dengan sajak bapaknya bertajuk: TAGHA kalimah arab atau melayu. Kurang pasti.Apa pun pengucapannya bagaikan satu sinis juga buat mereka yang mungkin aktif Berceramah terutamanya menjelang pilihanraya umum ke13 ini.Kekadang kita lupa segala Kerana ketaksupan. Pemimpin atas masih slow . Yang bawah ini berlagak lebih , sehingga Ada protes buat seorang ustaz yang berceramah di masjid oleh orang tempatan. Kerana Mereka sedar Islam tidak mengajar seperti apa yang disarankan. Cukup memalukan taksup yang dibenci. Malah melabelkan akhbar dan media elektronik ini penipu , malah dia mereka tidak sedar harakah lagi banyak bohong dari merakah. Layak untuk sayembara seterusnya.(SM)

Qalam Mutiara berkata...

SAYEMBARA PUISI CINTA RASA BERSAMA SAHABAT DAN P/BLOG BULAN OKTOBER 2011


Sdra Abul Hassan carilah isu semasa? Asyik sajak jiwa2 dengan pemujaan wanita. Khawin sajaklah. Kau boleh nilai siang malam wajah seorang wanita cantek. Lebih dari permata dan sutra . Belajar sajalah cara Jalal. Bukan main syok lagi dia honeymoon , sehingga hamper2 dia lupa segala. Tetapi sajak anda kini sudah ada kemampuan , kalau gadis dipendalaman ini, bisa terpikat dengan bujukan kata mesra begini. Namun kerana tema jiwa2 ini terpaksa bersaing dengan 4 sajak yang lebih hebat lagi. Sajak anda terpaksa diketepikan dahulu.Harap maaf usahala lagi , dua orang penulis sajak jiwa2 kali ini terkeluar lagi (TK)

Qalam Mutiara berkata...

SAYEMBARA PUISI CINTA RASA BERSAMA SAHABAT DAN P/BLOG BULAN OKTOBER 2011

Sdra Ustaz Omar Sharif dengan sajak bertajuk: KITA BERDIRI DIMANA? Sam juga dengan sajak dengan Sajak bertajuk; KITA DIPIHAK MANA? Pengucapannya simbolik dan sinis , tapi tidak dinyatakan untuk apa? Penceritaannya kita berdiri dimana ? Jika kita menilai matahari dia tetap setia pada tugasnya melaikan manusia itu sendiri yang tidak pandai menilai. Melemparkan berbagai tohmah dan fitnah. mungkin berkaitan dengan politik semasa agaknya. Ramai orang bertanya malah ada ketua parti pembangkang sendiri berkata. Sambutan merdeka tahun ini hambar. Sebenarnya orang yang tidak peduli kemerdekaan yang merasakan begitu, tidak pitriotik.Tidakmemperdulikan hari kemerdekaan.. Malah tahun ini disambut 3 dalam satu. Apa lagi dianjurkan oleh pihak yang memerentah. Itu sudah bisa dalam kehidupan ini manusia yang angkuh tidak akan menyalahkan diri sendiri, pasti akan mengatakan orang lain. Rakyat boleh menilai dengan matang. Layak untuk sayembara seterusnya (SM)

Qalam Mutiara berkata...

SAYEMBARA PUISI CINTA RASA BERSAMA SAHABAT DAN P/BLOG BULAN OKTOBER 2011


Sajak Tuan Haji Abkam dengan sajak bertajuk: LILIN DAN KERIKIL Tema perjuagan atau perjalanan menghadapai ranjau dan kerikil dalam kehidupannya. Pengucapannnya bersandarkan pada dua objet bersimbolikkan lilin dan kerikil. Pembicaraannya tentang sisa-sisa perjuangan, sering menghadapi pahit getel dan bergelut dengan kekalutan perjalanan yang sebenar, sehingga kini baru terasa jalan yang lurus, biarkan ada mengata dan mencemuhnya. Apa pun hati telah bertekad segala keraguan yang dialami selama ini, akan cuba diuntai menjadi sesuatu yang indah dan benar untuk dinilai selamanya.Layak untuk sayembara seterusnya (SM)

Qalam Mutiara berkata...

SAYEMBARA PUISI CINTA RASA BERSAMA SAHABAT DAN P/BLOG BULAN OKTOBER 2011


Sajak BODOHNYA AKU oleh sdra Guest . rasanya semacam pernah tersiar dan telah pun diulas atau mungkin bentuk atau tema keluhan yang sama. Pengucapannya mudah dan masih berlegar dengan sajak tema yang sama jiwa2 juga. Sama seperti Abul Hassan sering saja anda
Memuja wanita, bagaikan puja seorang ibu. Cuma ada kelainan sadikit terasa ingin memeliki.
Jalan mudah khawin saja seperti jalal , tidak perlu melabun atau berkhayal jauh hingga ke hujung dunai.. selesai masalah , Cuma menghadapi masalah rumah tangga pula. Aapa pun ada Kemapuan untuk anda menulis. Namun kerana tema jiwa2 Namun kerana tema jiwa2 ini terpaksa bersaing dengan 4 sajak yang lebih hebat lagi. Sajak anda terpaksa diketepikan dahulu.Harap maaf usahala lagi , dua orang penulis sajak jiwa2 kali ini terkeluar lagi (TK)

Qalam Mutiara berkata...

SAYEMBARA PUISI CINTA RASA BERSAMA SAHABAT DAN P/BLOG BULAN OKTOBER 2011

Sdra Dam Catur mengetengahkan tema ragam manusia bertajuk: KL PEMGEMIS. Sajak ini dikira menarik juga isunya. Mudah pengucapannya dan penceritaanya juga nyata dan terang. Walaupun kurang puitis namun ada citarasa yang inginn disampaikan. Pasti ada potensi untuk jadi seorang penulis yang telah keluar dari kepompong penulis sajak jiwa2. dan boleh
Mengutarakan isu yang lebih besar dengan pemerhatian jiwa perasa meluahkan dalam tulisan anda itulah citarasa. Namun , apa pun sajak anda terpaksa bersaing dengan 4 sajak yang lebih hebat lagi. Sajak anda terpaksa diketepikan dahulu.Harap maaf usahala lagi , dua orang penulis sajak jiwa2 kali ini terkeluar lagi (TK

Brader Joe berkata...

la.. ingatkan bob kuli dh x keja situ lagi aku ada minta resume dia utk rekomen dia keje bomba dgn aku smpai skrg xde jawapan pun...

Wasiril Aswad berkata...

sajak psl khidupan di kelab mlm ke?

Guest berkata...

sian bob kuli sajak sedih je aku baca

Tetamu Malam berkata...

eh! sajak agak menyedihkan dari bob kuli

Warga Emas berkata...

nenek bersanggul emas?

Ezad Emir berkata...

sanggul sakti kena ambik tu je ke?

Olie Pajutyd berkata...

pelik la kenapa hanya sanggul dia dpt melemahkan org?

Saizul AMizav berkata...

hrp2 syakir dpt laksanakan la

Roslan Bidin berkata...

eh! ada lagi ujian rupanya

Harimau Berantai berkata...

berapa byk ujian dia peru tempoh?

Comel berkata...

seronok plak cte ni

Sharifah Al habsi berkata...

smbung lagi