Jumaat, 23 Februari 2018

SEEKOR ANGSA TUA



aku.jpeg


SEEKOR ANGSA TUA

Seekor angsa tua
Cuba mengetua pengikutnya
Bagi menguasai sawah yang menguning.

Kini dia telah pun
Mengatur satu agendanya
Bagi menguasaai daerah sawah padi ini.

Kerana hatinya ini
Masih membara rasanya
Bagi membela empaya bangsa si angsa.

Walau pun dirinya
Telah dimamah usia tua
Jangan cuba mencabar hak-hak kroninya.

Oleh Pena Runcing,
Catatan jam 5.30 pagi
Jumaat tanggal 23hb February 2018.

Tiada ulasan: