Rabu, 16 Mei 2012

SATU POHON DI TENGAH GURUN (4)



 
Sayembara puisi April tempat ke empat

satu pohon hidup di tengah gurun
mendabakan hujan namun hujan
tidak pernah hadir kerana kemarau
Angin datang dengan kesejukan
menghapus keringat sang pohon..
daun yang bertuliskan kepercayaan,
Jika basah kering maka semuanya pudar
bahkan lebih buruk ia takkan ada apa

 

Oleh: Tinta Bayu
sajak simbolik sinis/29 April 2012 6:36 PTG




30 ulasan:

Tinta Azimad berkata...

SAYEMBARA PUISI CITRARASA UNTUK AHLI DAN PENJAGA BLOG . APRIL 2012

PUSINGAN AKHIR

Sdra. Tinta Bayu Thahniah! kini Berjaya melangkah kepusingan akhir dengan sajaknya yang bertajuk : SATU POHON DI TENGAH GURUN Tema sajaknya sinis bersimbolik nampaknya. Pengucapannya kabur tapi punya artinya tersendiri, Mesejnya semacam member perigatan atau sinis kepada satu pihak tertentu rasanya. Anda layak untuk sayembara puisi April 2012 tempat yang ke empat (4) (HP)

Tinta Aimad berkata...

BERSAMBUNG

CERPEN 16 ; SIRI 6 BERTAJUK : DENDEM GADIS IBAN OLEH : NURIMANJA SERAWAK

"Ini anak Ngambab, bukan anak Sandin," bisik hati kecilnya.


Di satu malam yang tidak diduga, ketika Ngambab keluar membeli rokok di kedai kecil berhampiran sekitar rumah haram setinggan di pinngir bandar itu.Tiba-tiba lamunannya tergugat, pintu pondok kecilnya itu bagai nak pecah diketuk orang bertalu-talu. Ilam bangun, dan segera membetulkan ikatan kainnya. Perut yang besar itu terbuyut sadikit kehadapan, dia melangkah pelahan, bila pintu dibuka, seorang lelaki berdiri di hadapannya dalam kesamaran malam.

"Siapa kau?"
"Aku, aku ingin perlindungan," kelihatan orang itu semacam dalam kecemasan, pertuturannya juga tercungap-cungap, penat, seperti orang dalam keresahan dan semacam ketakutan yang amat sangat,

"Kau cari siapa?" Sergah Ilam bila terasa curiga.
"Ini rumah Ngambab?"
"Ya! Ini rumah Ngambab, tapi dia tak ada,"
"Puan, isterinya?
"Ya , isterinya," Ilam menjawab rengkas.
"Boleh saya masuk?"
"Nanti dulu, buat apa kau kemari?" Ilam mulai merasa sesuatu perkara yang kurang baik dan mencurigakan berlaku.
"Tolong aku! Aku diburu Polis,"
"Cepat masuk!" Ilam terasa sempati pula.
"Dimana aku mesti bersembunyi?"
"Masuk saja dibilik tidurku."
"Terima kasih puan,"


Keadaan malam kian cemas. Ngambab tiada dirumah. siapakah lelaki yang sedang diburu Polis itu? Dan bersembunyi di bilik tidur Ilam?

3 Mac 2010 5:44 PG

BERSAMBUNG.ESOK

paloi Atang berkata...

TUMBUH

kenyataan memang pahit,
tapi terkadang itu harus dirasakan
sebelum merasakan sesuatu manis
janganlah berhenti menjejak kaki
kelak setiap jejak kaki
tumbuh disana bunga yang indah
hingga tak satupun orang memetiknya

paloi Atang
sajak simbolik

Salikin Samsudin berkata...

RELUNG TAKDIR

lukisan itu walau sungguh indah
nyatanya semua tampak suram
menangis dalam lara nan pilu
sungguh tak ingin
tambatan hati pada dermaga
biarlah hidup ini menepi
direlung takdir Illahi

Salikin Samsudin
sajak simbolik

bulan terang berkata...

MENTARI REDUP

aku tertegun seketika
gaung kerinduan terpancar mataku….
namun dalam serindu urat
berbiak menjadi pucat
sesak hati mengulur nafas berat…
memandang mentari meredup

bulan terang
sajak terkenang sewatu zaman remaja

Jalil Janggut berkata...

DAUN KELAPA

kutatapi segugus dedaun kelapa melambai tertiup angin…
indah hamparan pasir putih
mencatat setiap kisah
walau tak sedikitpun cela,
semua terlihat sempurna….

Jalil Janggut
sajak terkenang

Qalam Mutiara berkata...

paloi Atang berkata...

41.TUMBUH GANJARAN (LSS)

kenyataan memang pahit,
tapi terkadang itu harus dirasakan
sebelum merasakan sesuatu manis
janganlah berhenti menjejak kaki
kelak setiap jejak kakimu itu
tumbuh disana bunga yang indah
hingga tak satupun orang memetiknya

Oleh; Paloi Atang
sajak simbolik/18 Mei 2012 12:46 PG

SAYEMBARA PUISI CITRARASA UNTUK AHLI DAN PENJAGA BLOG. MEI 2012

PUSINGAN KELAYAKAN.

Sdra. Paloi Atang kini kembali dengan sajaknya bertajuk TUMBUH GANJARAN : Tema sajak Nampak bersimbolik pula kali ini. Pengucapannya pendek dan punya arti tersendiri. Mesejnya menyentuh tentang perjuangan hidup didunia inibekerjalah dengan penuh ketakwaan, jika kita mahu mendapat ganjaran pahala di akhirat. Diberi peluang Layak untuk sayembara seterusnya (LSS)

Qalam Mutiara berkata...

Salikin Samsudin berkata...

42.RELUNG TAKDIR (TBD)-P

lukisan itu walau sungguh indah
nyatanya semua tampak suram
menangis dalam lara nan pilu
sungguh tidaklah terlalu ku ingin
tambatan hati pada dermaga ini
biarlah hidup ini menepi sepi
direlung takdir Illahi……

Oleh: Salikin Samsudin
sajak simbolik/18 Mei 2012 12:48 PG

SAYEMBARA PUISI CITRARASA UNTUK AHLI DAN PENJAGA BLOG. MEI 2012

PUSINGAN KELAYAKAN.

Sdra. Salikin samsudin lama menghilang kini kembali dengan sajaknya bertajuk: RELUNG TAKDIR Tema bersimbolik nampaknya. Pengucapannya pasrah tetapi punya arti tersendiri. Mesejnya semacam berserah sahaja kepada takdir dengan apa saja keadaan yang dating dan pergi, Cuma andaian saja.Cuma disini penyertaan anda terpaksa berhenti.disini, usaha lagi (TBD)-P

Qalam Mutiara berkata...

bulan terang berkata...

43.MENTARI REDUP

aku tertegun seketika
gaung kerinduan terpancar mataku….
namun dalam serindu urat
berbiak menjadi pucat
sesak hati mengulur nafas berat…
memandang mentari meredup

Oleh: Bulan Terang
sajak terkenang sewatu zaman remaja/18 Mei 2012 12:51 PG

SAYEMBARA PUISI CITRARASA UNTUK AHLI DAN PENJAGA BLOG. MEI 2012

PUSINGAN KELAYAKAN.

Sdra. Bulan Terang kini dengan sajaknya yang bertajuk MENTARI REDUP Tema sajak terkenang saja nampaknya. Pengucapannya pendek dan perlu pembetulan Mesejnya menyentuh isu semasa dalam menghadapi keadaan yang mengecewakan bila tidak ada tindak balas pada pihak tertentu. Harap maaf kerana persaingan hebat, Cuma disini penyertaan anda terpaksa berhenti.usaha lagi (TBD)

Qalam Mutiara berkata...

Jalil Janggut berkata...

44.DAUN KELAPA

kutatapi segugus dedaun kelapa
melambai tertiup angin…
indah hamparan pasir putih
mencatat setiap kisah
walau tak sedikitpun cela,
semua terlihat sempurna….

Oleh: Jalil Janggut
sajak terkenang/18 Mei 2012 12:52 PG


SAYEMBARA PUISI CITRARASA UNTUK AHLI DAN PENJAGA BLOG. MEI 2012

PUSINGAN KELAYAKAN.

Sdra. Jalil Janggut kini dengan sajaknya yang bertajuk: DAUN KELAPA Tema sajak terkenang nampaknya. Pengucapannya pendek, emacam bersimbolik. Mesejnya semacam menyentuh panorama alam mungkin simbolik pada menghadapi cabaran kehidupan ini .Harap maaf kerana persaingan hebat, Cuma disini penyertaan anda terpaksa berhenti.usaha lagi (TBD)

Ustaz Nsasruidn berkata...

BINTANG BERBISIK

Senandungku cerita Kau dan aku
Membuatku bermimpi indah
Melayangkan harapan
pada langit khayalan bersama angin
membenamkan hujan dalam gelisah
Ketika bintang yang membisik

Ustaz Nsasruidn
sajak simbolik

haji Hamdan berkata...

MENGIRING

bagaimana harus sampaikan
kejujuran hasrat ingin membangun
mahligai indah diatas titian ikrar…
rasaku ingin kedamaian
menambatkan penat jiwa hasrat hati
tak jemu berharap pada angin keikhlasan mengiringmu

haji Hamdan
sajak simbolik

Malik Wariya berkata...

RELUNG PELANGI

Di relung pelangi jadi nyata
Semua garis di langit senja…
Menaungi sisa malam
Ketika resah merekah tanpa daya
Seharusnya tak mungkin
Kamu memang tak yakin
Sampai menghilang

Malik Wariya
sajak simbolik

Geletek Malam berkata...

BERTAHAN

Dia masih bertahan
dalam ketidakpastian
Sejauh angan-angan ia berharap…
senja tiada jua kunjung tiba
membawa pulang tapi akankah
penantian akan berakhir nanti
atau sebaliknya

Geletek Malam
sajak sinis

Qalam Mutiara berkata...

Ustaz Nsasruidn berkata...

45.BINTANG BERBISIK (TBD)

Senandungku cerita Kau dan aku
Membuatku bermimpi indah
Melayangkan harapan
pada langit khayalan bersama angin
membenamkan hujan dalam gelisah
Ketika bintang yang membisik

Oleh: Ustaz Nsasruidn
sajak simbolik/19 Mei 2012 11:18 PTG

SAYEMBARA PUISI CITRARASA UNTUK AHLI DAN PENJAGA BLOG. MEI 2012

PUSINGAN KELAYAKAN.

Sdra. Ustaz nasarudin kembali kini dengan sajaknya yang bertajuk: binTANG BERBISIK Tema sajak bersimbolik juga nampaknya. Pengucapannya pendek dan bersimbolik. Mesejnya semacam menyentuh panorama alam mungkin simbolik pada kisah peribadi dalam menghadapi cabaran kehidupan seharian .Harap maaf kerana persaingan hebat, Cuma disini penyertaan anda terpaksa berhenti.usaha lagi (TBD)

Qalam Mutiara berkata...

Haji Hamdan berkata...
46.MENGIRING (TBD)-P

bagaimana harus sampaikan
kejujuran hasrat ingin membangun
mahligai indah diatas titian ikrar…
rasaku ingin kedamaian
menambatkan penat jiwa hasrat hati
tak jemu berharap pada angin keikhlasan mengiringmu

Oleh: Haji Hamdan
sajak simbolik/19 Mei 2012 11:21 PTG

SAYEMBARA PUISI CITRARASA UNTUK AHLI DAN PENJAGA BLOG. MEI 2012

PUSINGAN KELAYAKAN.

Sdra. Haji hamdan kini dengan sajaknya yang bertajuk: MENGERING Tema sajak simbolik nampaknya. Pengucapannya pendek, punya arti tersendiri Mesejnya semacam menyentuh panorama alam bersimbolik pada isu semasa bagai tiada keikhlasan melakar perjuangan kehidupan ini mana munkin dapat kejayaan..Harap maaf kerana persaingan hebat, Cuma disini penyertaan anda terpaksa berhenti.usaha lagi (TBD)-P

Qalam Mutiara berkata...

Malik Wariya berkata...

47.RELUNG PELANGI (TBD)

Di relung pelangi jadi nyata
Semua garis di langit senja…
Menaungi sisa malam
Ketika resah merekah tanpa daya
Seharusnya tak mungkin
Kamu memang tak yakin
Sampai menghilang

Oleh: Malik Wariya
sajak simbolik/19 Mei 2012 11:22 PTG

SAYEMBARA PUISI CITRARASA UNTUK AHLI DAN PENJAGA BLOG. MEI 2012

PUSINGAN KELAYAKAN.

Sdra. Malik Wariya lama menghilang kini kembali dengan sajaknya bertajuk: RELUNG PELANGI.Tema bersimbolik nampaknya. Pengucapannya pasrah tetapi punya arti tersendiri. Mesejnya semacam berserah sahaja kepada takdir dengan perjuangan yang tidak begitu menyakinkan, Cuma andaian saja.Cuma disini penyertaan anda terpaksa berhenti.disini, usaha lagi (TBD)

Qalam Mutiara berkata...

Geletek Malam berkata...

48.BERTAHAN (LSS)

Dia masih bertahan
dalam ketidakpastian
Sejauh angan-angan ia berharap…
senja tiada jua kunjung tiba
membawa pulang tapi akankah
penantian akan berakhir nanti atau sebaliknya

Geletek Malam
sajak sinis/19 Mei 2012 11:25 PTG

SAYEMBARA PUISI CITRARASA UNTUK AHLI DAN PENJAGA BLOG. MEI 2012

PUSINGAN KELAYAKAN.

Sdra. Geletek Malam kini kembali dengan sajaknya bertajuk BERTAHAN: Tema sajak sinis nampaknya kali ini.Pengucapannya pendek dan punya arti tersendiri.Mesejnya menyentuh tentang perjuangan hidup didunia yang belum berakhir. jika untung sabut timbul jika untung batu tengelam jadinya.Diberi peluang Layak untuk sayembara seterusnya (LSS)

Tinta Azimad berkata...

PERISTIWA ISRAK WAL MIKRAT

Isra dan Mairat
Satu cerita samiyat
Perjalanan rasullullah
Dari masjid haram
Ke Masjid Al Aqsar
Hingga ke Sedratulmuttaha

Peristiwa penuh simbolik
Dan pengajaran
Untuk umat sejagat
Berbagai insiden terakam
Tentang ketauhidan Tuhan
Tentang keibadatan insan
Tentang keperibadian kehidupan
Duniawi dan okhrawi
Bagi menghayati alam jagat
Buat pengabedian hambaMu
Yang bernama manusia .

Oleh; Nurimanja,
Bandar Baru FERDA,
Telok Kumbar 29\9\2001

Tinta Azimad berkata...

KISAH ISRAK WAL MIKRAJ


Tarikh : 10/12/2009 KISAH ISRAK DAN MKRAJ SEMPENA BULAN REJAB INI. TAHUN 1431 (H).
___________________________________

OLEH: Nurimanja,

FASA 1
ISRAK DAN MIKRAJ SIRI 1.
(B) CERITA BULAN REJAB (BULAN ALLAH)

Peristiwa ini berlaku dalam bulan Islam apaila tibanya bulan Rejab berbagai program diadakan bagi mengingati dan mengambil pengajaran daripadanya.Peristiwa ini berlaku satu setengah tahun sebelum nabi berhijjerah ke Madinah.

Israk erti perjalanan nabi Muhamad saw pada waktu malam dari Masjidil-Haram di Mekah kemajidil- Aqsa di Baitul- Makdis, Palestine. Cuma dengan menaiki buraq, satu keinderaanyang pantasnya seperti kilat.(kalau Alah sayang pada seorang itu diberi kenderaan baik)

Daripada sinilah masjidil Aqsa Baitul Makdis, nabi dinaikan (dimikajkan) sehingga sampai ke Sidratul muntaha dan tempat paling tinggi sekali Hadziratul-Quds .

Dan disinilah nabi Muhamad saw. menerima perentah solat lima waktu sehari semalam ke atasorang Islam sehingga kini,peritiwa ini brlaku pada malam isnin 27 Rejab, tahun ke 11 kerasulan, bersamaan dengan 621M, dalam usia 52 tahun.



BERSAMBUNG ESOK.

Tinta Azimad berkata...

KISAH ISRAK WAL MIKRAJ
ISRAK DAN MIKRAJ SIRI 2 ; TARIKH 16/6/2010

BUKTI AL QURAN atau dalil tentang berlakunya peristiwa Israk dan Mikraj ini ada ayat dalamAl Quran surah al -Isra, ayat 1; Tuhan memuji Tuhan, Firmannya; atau kira ertinya berbunyi: Maha suci (Allah) yang telah memperjalankan hamba-Nya pada malam hari dari masjidil-Haram(A) ke Masjid- Aqsa(B) yang kami berkati disekelilinginya untuk kami memperlihatkan tanda-tanda (kebesaran) kami. Sesungguhnya Dialah yang Maha mendengar dan Maha melihat.

Dalam ayat di atas,Allah mempunyai kuasa untuk melakukan apa saja, Alah dibenarkan nabi Muhamad SAW berjalan (ISRAK) dari Mekah(A) hingga ke Palestine(B). Dan diangkat atau dinaikan kelangit namanya (MIKRAJ) (C) semoga anda mengerti.

Perjalanan antara (A) hingga ke (B) biasanya pergi dan balik makan masa lama, dua bulan lebih.tetapi dengan izin Allah SWT memakan masa yang singkat cuma satu malam sahaja. Masyaallah! Subehanallah!!.

Nota#
(A) Masjidil Haram
(B) Masjidil Aqsa


BERSAMBUNG ESOK.

Tinta azimad berkata...

Kata en nuri bulan rejab bulan allah,
blan saaban bulan nabi dan bulan ramadan bulan untuk kita umatnya beribadat. berpuasa se bulan wajib bagi mereka yang berkemampuan (sihat)


kata en nuri lagi, tiga bulan ini kalau boleh kena banyak beribadat, puasa sunat dan tak boleh mengumpat..

aku nak tulis topik pun rasa berat.....

Zainal Arifin berkata...

sapa plak yang dtg umah ilam tu

Pangeran Pertawa berkata...

penjenayah mana plak dtg umah ilam tu

Badrolshah berkata...

ilam bagi plak penjenayah tu masuk??

Tetamu Malam berkata...

berani ilam tu bagi masuk

Brader Joe berkata...

makin dramatik cerpen kali ni sbb ada karekter penjenayah plak

Mawar Harum berkata...

kisah benar ke suspen jgk ni

Tanpa Nama berkata...

regergerger

Tanpa Nama berkata...

erggegergr