Khamis, 22 Januari 2015

PEPOHON RENDANG ITU


PEPOHON RENDANG ITU

Pepohon rendang itu
Kini sedang dipukul rebut
Dari angin semuntal mabuk kuasa
Maka bergoyang pohon rendang itu
Dari batang  dahan, cabang dan ranting
Untuk melemahkan  sedikit  kuasa mutlak
Yang telah diberi pada pucuk pimpinan tertinggi

Sebenarnya pada dedaun
Sudah  panik di pepohon rendang itu
Kerana ada juga dedaun menerima hasutan
Bertiup untuk mematahkan  pucuk pepohon itu
Harap agar akar umbi batang dahan cabang dan ranting
Tetap mengukuhkan kembali kekuatan kehidupan  seharian
Demi mengekalkan kembali dedaun nan rimbun di pohon rendang itu …

Oleh: Nuri manja,
Catatan tengah hari
14/08/2014 Gambar cuma hiasan.

20 ulasan:

nurimanja49@gmail.com berkata...

2.2.KISAH RAJA ABRAHAH,

Seorang panglima perang negeri Yaman setelah berselesih faham dengan seorang panglima perang bernama Aryat. Dalam peperangan itu Aryat gugur di tangan Abrahah. Akhirnya Abrahah menjadi Gambenor Di Yaman.

Bila dia sudah naik pangkat keumbongannya mulai kelihatan, bila dia melihat kaum suku Kinanah pergi beribadat di Mekah setiap tahun mengerjakan haji mengelilingi kaabah.

Dia rasa tidak senang hati. Abrahah membuat sebuah gereja bersalut emas intan dan permata, ditaburnya bau-bauan dinamakan Gereja itu Qulais,tetapi sayangnya tidak ada seorang pun yang sudi datang beribadat.

Dia menjadi marah.Cuba menegah dan menyekat kaum Kinanah pergi beribadat ke Kaabah. Satu hari ada seorang suku Kinanah masuk ke dalam gereja.Dia telah melumurkan najis ke dalam gereja itu. Bertambah-tambahlah lagi marahnya raja Abrahah ,

lalu dia mengutuskan seorang bernama Mohamad Kazib bagi menghalang suku Kinanah untuk pergi mengerjakan ibadat ke Kaabah, tetapi malangnya Mohamad Kazib itu telah dibunuh oleh suku kinanah. Bertambahlah lagi marahnya raja Abrahah.

Dia bercadang hendak meruntuh Kaabah, dengan 1000 tentera bergajah dan 60.000 tentera perang bersama 10 orang panglima perang yang hebat berani mati unuk menyerang kaabah.

Raja Abrahah mahu agar semua orang beribadat di Gereja Qulais. Abrahah segera melantik saekor ketua gajah bernama Mahmud, tujuan untuk hendak meruntuhkan Kaabah.

Orang Arab mula menjadi gempar dan takut . Seorang pemuda bernama Zu Nair sanggup berperang dengan raja Abrahah dan ramai pula yang mahu penyukongnya, tetapi telah kalah dan terbunuh di tangan raja Abrahah.

Akhirnya berita ini sampai kepada orang Arab Mekah, tentera Abrahah telah masuk dan merampas unta Abdul Mutalib sebanyak 200 ekor

sambungan lagi

nurimanja49@gmail.com berkata...

Puisi Pepohon Rendang itu, thema berbau politik tempatran di tanah air kita, sajak berbentuk sinis simbolik .

Punya daya pemikiran yg kreatif utk menangkap maksud cerita yang terusat dan tersirat di dalam nya

Okey sebagai contoh sahaja !Harap maklum.

nurimanja49@gmail.com berkata...

2.3. KISAH AKHIR RAJA ABRAHAH

Raja Abrahah membenarkan Abdul Mutalib menemuinya berbincang masalah unta yang dirampas itu, kata raja Abrahah,

"unta engkau, aku boleh memulangkannya, tetapi tidakkah kau takut dengan kedatanganku ini hendak meruntuhkan Kaabah?

" Unta itu miliku, Kaabah itu ada yang menjaganya," jawab Abdul Mutalib
"Esok aku akan meruntukkannya.." tegas raja Abrahah.

Esok Waktu pajar menyesing tentera Abrahah datang menyerang Kaabah (Baitullah-Rumah Allah) Abdul Mutalib telah pun terlebih dahulu memerentah penduduk kota Mekah sepuya bersembunyi di sebalik bukit untuk menyelamatkan diri.

Tiba-tiba angin kencang pun dating menyerang. Ketua Gajah yang bernama Mahmud kepunyaan raja Abrahah tidak mahu bergerak, malah gajah yang lain lari ke bukit.

Selepas angin topan bertiup. datang pula berkumpulan burung (ababil) yang membawa batu-batu kecil dan melontarkannyake atas tentera bergajah.

Semua habis hancur seperti daun-daun kering mati yang dimakan ulat. (lihat surah alfill)Raja Abrahah sempat lari balik dan mati dinegerinya, akibat luka teruk.

Dengan kuasa Aallah Kaabah pun terselamat sehingga kini dan menjadikan tempat orang Islam mengerjakan salah satu ibadat haji.


Sebab itulah dinamakan tahun gajah. Binatang kesayang Raja Abrahah yang diberi nama Mahmud engan meruntuhkan Kaabah. Ini semua Kuasa Allah SWT. Peristiwa ini berlaku pada 570 masihi, tahun Gajah. sebelum nabi dilahirkan.

Pengajaranya;
-Dalam kehidupan kita seharian ini, kita tidak boleh bersikap sumbong dan angkoh.

-Manusia cuma boleh merancangkannya, tetapi Allah SWT yang akan menentukannya.

-Manusia hanya makhluk lemah tidak akan dapat melawan kuasa Allah AWT yang menjadikannya.

sambungan lagi.

Sarjan Hussin berkata...

mcm sajak politik plak pohon rendang ni

Arfi Bakar berkata...

wah! best jgk blog ni dlm sajak ada cerpen plak patutlah abang aku suka blog ni

Hero Kampung berkata...

dalam ni xda sajak boleh la komen byk sikit

Dennis Chong berkata...

raja abrahah ni sapa plak

Pilot Hafizah berkata...

dunia melihatnya sajak politik ke

Bayangan Illutrasi berkata...

terima ksih qalam ulas sajak sy

Keris Berlian berkata...

lagi 8 sajak mana qalam

Mursyidi Awit berkata...

minggu dpn kita mulakan pusingan ketiga

Datuk Sri Adnan berkata...

pusingan kedua ni siapa yg menang en qalam

Junaidi Jumai berkata...

sajak lagi 8 qalam x ulas ke

Hilal Ashraf berkata...

sajak cerita kali ni x menarik hati qalam

Pahlawan Terbilang berkata...

nampaknya sajak politik plak minggu ni

Maira Baidura berkata...

sambung lagi cerpen en qalam seronok plak baca

Othman Hamzah berkata...

mana en nuri dapat idea tulis cerpen ni syok jgk

Rachel Tan berkata...

sajak tahun bila ni en nuri mcm sajak lama jer

Tan Sri Kwok berkata...

raja abrahah ni kisah apa?

nurimanja49@gmail.com berkata...

Pahlawan Terbilang berkata...
HEBATNYA TUHAN (LS1)
Pak Ya Nyabo berkata...
DEBU MENJADI EMAS (LS1)
Hilal Ashraf berkata...
DICELAH KEKALUTAN (LS1)

Antara 3 sajak terbaik satu sahaja terpilih dalam pusingan ke dua ini.

Minggu depan QM menentukan .