Rabu, 6 Mei 2015

P.44 PARLIMEN PERMATANG PAUH




 
P.44 PARLIMEN PERMATANG PAUH


Parlimen Permatang Pauh
Kini ada percaturan pengundi
Kawasan jadi rebutan yang diidamkan
Antara parti lawan dan kawan dalam pakatan
Walaupun digelar pakatan rakyat  pada zahirnya
Nampak mesra, Tetapi tidur dan lena mimpinya  tidak sama

Sesiapa pun boleh jadi Yb
Jika ada peluang untuk menang
Sama sahaja seperti  di DUN Chempaka
Kalah menang belakang kira kalau ingin mencuba
Yang ada selama ini kita sudah tahu cara dan gayanya
Kini cari pengantin yang boleh diharap dan boleh dipercayai.

Harap jangan dibiarkan lagi
Kawasan gawat ini terus ternoda
Tersisih dari arus  pembangunan desa dan kota
Pandai-pandai lah pengundi memilih dan menilainya
Pemimpin yang boleh membawa keamanan kehidupan
Untuk warga pengundi dahagakan kemakmuran yang nyata.

Oleh: Nuri manja
Catatan selepas solat Jumaat
Jam 3.30 ptg  Tanggal 3 / April /2015.
 Ulang siar kembali sempena PRK esok. 7 Mei, 2015.

10 ulasan:

nurimanja49@gmail.com berkata...

Zaman Pemerentahan Najib untuk rakyat 1Malaysia semacam ada musibah pula sering sahaja ada pilihan raya , malah terlalu banyak pula nampaknya.

nurimanja49@gmail.com berkata...

Ada keramat darah datuk nenek orang Bugis agaknya? Orang kuat dalam parti lawan satu-satu tumbang dan hilang.

nurimanja49@gmail.com berkata...

Baru selesai P91 Rompin , kini ada pula P44 Permatang Pauh . Kepala pun belum habis pening , badan pun belum kering peluh . Pilihan raya kecil lagi?

nurimanja49@gmail.com berkata...

Kempen habis-habisan . PRU 13 dulu ada sedikit pengurang parti lawan
kini cuba lagi jangan bagi free?

nurimanja49@gmail.com berkata...

Nanti rakyat yang berjiwa rasa tak tenang , akan merajuk membawa diri, mereka inginkan agin perubhan , supa warga Permatang Pauh tidak lagi jauh ketinggalan dari arus pembagunan .

nurimanja49@gmail.com berkata...

BICARA PUISI DALAM CERPEN CITRANURI

11.PAK THE BERBINI TUJUH

Kemampuan yang dikurniakan
Pada seorang lelaki
Bukan untuk bermegah-megah
Atau disalah gunakan bagi memuaskan nafsu
Mengumpul sebanyak mungkin para isteri
Tetapi sebenarnya satu ujian Allah SWT
Untuk menilai rasa keadilan
Tanggung jawab seorang suami
Jika diseksa dan dizalimi mereka
Di akhirat anda berjalan senget sebelah
Itulah ganjaran daripada Allah
terhadap perilaku kamu di dunia dulu
ke atas isteri-isteri kamu.

Oleh: Nurimanja.
Catatan 22/4/2015

nurimanja49@gmail.com berkata...

BICARA PUISI DALAM CERPEN CITRANURI

12.SATU BATU TANDA
Sekalong al fatihah buat keduanya.

Kini bukan lagi satu batu tanda
Tetapi telah menjadi dua peristiwa pula
Dulu kehilangan abang kandung terbilang
Kini kehilangan anak kandung tersayang
Begitulah mengalirnya darah perwira
Dalam tubuh kedua bapa dan anak saudara
Yang terkorban dalam usaha mengekalkan
Keamanan dan kedamaian sebuah kehidupan
Demi bangsa, agama dan negara Malaysia tercinta.


Oleh: Nurimanja.
Catatan jam 6 pagi . 12/4/2015.



nurimanja49@gmail.com berkata...


BICARA PUISI DALAM CERPEN CITRANURI

13.MATAHARI MERAH DIREMBANG PETANG.

Demi keamanan sejagat
Dan semangat cintakan negara
Kasih sayang seorang sahabat
Sanggup bekorban menyabung nyawa

Bagan semak Sarawak
Satu tragedi menyanyat hati
Berlaku di muara sungai bagan semak
Darah mengalir merah dalam satru pertempuran
Antara komunis dan pasukkan keselamatan tentera

Bersama mentari merah dirembang petang
Terkorbanlah perjuang dan bersama musuh negara
Sehingga air sungai Bagan Semak mengalir merah
Demi mempertahankan keamanan negara yang tercinta.

Oleh: Nuri manja,
21/4/2015. Pagi hari.

nurimanja49@gmail.com berkata...


BICARA PUISI DALAM CERPEN CITRANURI

14.TAHANA

Tahana balasan pada pasyik dan syirik pada amalan
Seperti durhaka ,mencela mentohmah dan fitnah
Adalah hasutan yang di bantu daripada Syaitan
Yang perdaya dan mempercayai pada kehendak hati
Tahana bila durhaka kepada kedua ibubapak
Sering meninggi suara, mengherdik, meningking
Sanggup mengacam memukul dan membunuh
Gagal dalam menjaga tidak melukan hati mereka
Jauh sekali menjadi anak yang soleh tidak durhaka
Malah tidak pernah sekali berdoa kepada ibubapa
Sedangkan masuk Syurga itu dibawah kuasa keduanya.

Oleh ; Nurimanja,
Catatan Khutebah jumaat,
tanpa Tarikh. 2015

nurimanja49@gmail.com berkata...

BICARA PUISI DALAM CERPEN CITRANURI

15.PERGINYA SEORANG MUALAF

Seorang mualaf saudara baru kita
Dalam penganut agama Islam
Yang yakin dan percaya agama Allah ini
Maka perlulah kita menunjuk ajarkannya.
Selain dapat mengenal sariat Allah SWT
Patut juga mengenal soal dunia dan akhirat
Untuk kebahagian baik dalam keduanya.

Tetapi sayang ada juga mualaf baru kita
yang terbiar dan tidak ada pemantauan
maka jadi mereka Islam yang tidak beramal
melainkan Islam pada pandangan luaran sahaja
amalan pada mengisi kekosongan hati dan jiwa
tidak pula dilaksanakan seperti mana diajarkan
justeruitu selalulah berdampingan dengan mereka.

Oleh: Nurimanja,
Catatan 2/4/2015