Sabtu, 16 Mei 2015

BIAR PUN KITA DIPANGGIL GURU





BIAR PUN KITA DIPANGGIL GURU


Biar pun,
Kita dipanggil guru
kita bagai lilin membakar diri
menerangai orang lain,
 tugas ini untuk sejagat
usaha kita jangan berhenti
walaupun kemelut sepanjang zaman.

Biar pun,
Kita dipanggil guru
keluarga pendidik tidak punya apa-apa
cukup sekadar memahat nama
pada meniti usia tua
untuk renungan buat gendarasi muda

Biar pun,
Kita dipanggil guru
setinggi mana imbuhan
 pujian dan kurniaan
sekadar melepaskan nafas
kejayaan anak-anak didik
adalah wadah keramat untuk kita.

Biar pun,
Kita dipanggil guru
walau tiada siapa sudi atau mengerti
harga masa terbuang
bagi hanyat seorang pendidik
pembangunan kemajuan  rakyat
adalah  penawar segala duka

Biar pun,
Kita dipanggil guru
tiada siapa yang dapat menilai
tentang wang dan keringat
walau pun mutabat tiada
mencorak zaman adalah kita.

Oleh; Nurimanja,
SK. Sungai Ara. hb16/05/2000
Siar semula petang ini


10 ulasan:

nurimanja49@gmail.com berkata...


8.CERPEN LEGENDA CITRANURI
CERPEN BERSIRI

BERTAJUK : AKU, MAMA, TUGAS DAN ALAM-ALAM

OLEH : NURIMANJA SARAWAK. CATATAN SEKITAR TAHUN 1978/1979.




MAMA, kini aku berada di satu alam yang cukup indah kurasakan, walaupun pada peringkat awalnya aku bagai tidak percaya, dan tidak mengerti, cuma bari kini Mama, aku mula menyedari dan megerti bila berada di sebuah alam pendidikan.

Mama, sebenarnya aku pun bagai tidak mengerti mengapa aku mesti melewati alam-alam ini? Benarkah ini kehidupan dan ketentuan Ilahi, bahawa sesaorang itu Allah telah tetapkan tugasnya di dunia ini, begitu juga dengan makhluk lain yang bernama manusia seperti aku ini, dengan tugas dan alamnya yang tersendiri.

Adakah ini nekmat yang sebenar dalam alam kehidupan ini Mama? Adakah aku perlu melalui beberapa alam lagi dalam kehidupan ini

sambung ssiri 2

nurimanja49@gmail.com berkata...

Mama? Ahh, Betapa seksanya hidup,kalau aku kira kini, sudah berapa alam yang aku lalui. Ada alam yang cukup mengembirakan. ada alam yang cukup mendukacitakan. Adakah ini hidup dalam kehidupan aku yang mesti aku lalui dalam kehidupan ini, yang mesti aku lalui sebagai insan kerdil di bumi Allah ini.

Tetapi Mama, kini alam yang ku lalui ini cukup terasa indah, ghairah dan mempersonakan Mama, mungkin juga Mama telah memalui alam-alam yang baru aku lalui ini,

Mama, di akhir-akhir ini, maluku kian menjadi-jadi Mama, bukannya aku tidak biasa bercampur gaul dengan sejenisku yang lainbentuk fizikalnya , Malah mama dan Papa orang yang sangat aku sayangi, orang yang mempunyai dua sifat yang berlaian fizikalnya. Tetapi kenapa hari ini agak anih dan berlaianan sekali Mama?

Mama, sebenarnya aku telah melewati alam yang tidak perlu lagi mama bimbangkan. Beberapa tugas dan alam ini jugalah yang mengajar aku selama mencapai cita-cita, dan selama ini Mama yang mengasuh dan mendidik aku sehingga dewasa. Cita dan tugas ini telah pun dikabul Allah SWT.

PADA hari ini mama, aku dibawa satu daerah yang cukup asing buatku, selama ini aku tidak pernah menjejakkan kaki di daerah ini Mama,
Aku tidak pernah melihatnya, cuma aku pernah mendengar namanya saja Mama, Esok aku akan memulakan latihanku untuk menentukan cita-cita tugasku.

"Selamat pagi cikgu!"
"Terima kasih cikgu!"
Alahai Hati: Betapakah kau begitu kembang rasanya. Muka: senyumlah sepuas-puasnya. Diri: Benarkah aku ini seorang guru? Bakal menjadi seorang pendidik? Tuhan: sesungguhnya Engkau maha mengetahui.

Hati; Baikkah perangai budak-budak ini? Diri: Jangan takut. Bukankah aku selama ini telah banyak mempelajari ilmu pendidikan di maktab.
Semua Pensyarah telah memberi keyakinan tentang kewibawaanku. Tangan: Janganlah kau gementar sewaktu memengang kapur tulis,

Tubuh: Janganlah kau bergemuruh. Hati: iman tetaplah, Oh Tuhan!.

"Pok! Pak! Pok! Pak!"
"Eh! Ehh! Siapa pula lempar kampur ini?"
"Mulut: Tanyalah , murid mana pula buat kurang ajar ini? Bagaimana aku hendak menulis. Jika aku cuba menulis di papan hitam, mereka akan membaling kapur ke arah papan hitam. Tangan: Tulis cepat, jangan berhenti.

"Pok! Pak! Pok! Pak!"
"Hai, Siapa yang lepar kapur ini?"
Celaka budak ini, bila aku mula hendak menulis, mereka lempar kapur. Mereka mula buat bising, Mereka langsung tidak menghormati aku.

sambung siri 3

nurimanja49@gmail.com berkata...

"Ingat! sekali lagi, sesiapa yang buat kacau, dia akan kena dengan cikgu nanti."
Tangan: Tulis cepat, Hati: Jangan takut. cuba buat serius sadikit, Mata: Cuba beranikan guna kuasa.Bila lagi aku hendak mengunakan kuasa mata mengawal kelas. Hati: Jangan lupa bagaimana untuk mengunakan kuasa teknil mengawal kelas.

"Pok! Pak! Pok! Pak!"
Lagi berulang, Hati: Sabar. Mata: Cepat lihat siapa budak nakal ini?
"Emmm! Kamu Ahmad, Mari sini!."
"Bukan saya cikgu, Ali yang suruh."
"Ahmad cikgu!"
"Ali cikgu!"
"Ehh! Dua-dua datang sini!"
"Tak mahu cikgu, bukan saya, Ali cikgu,"
"Ahmad cikgu, Ahmad!"
"Aliiii."
"Ahmadddd..."
"Aliiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii....."
"Diammmmmmmm!!!!"

Hati: Marahkah kau? geramkah Kau?
"Saya kata datang sini!"

Darah: Kenapa kau meruapa? Tubuh: kenapa kau mengeletar? Gigi: Kenapa kau berkerup-kerup? Hati: Iman dimanakah kau? Tolonglah beri kesabaran dan ketenangan. Ahhhh! Aku akan sergah mereka, tidak boleh beri muka.
"Cepat! Datang seniiiiii!"
"Bebaik cikgu!"
"Baik cikgu!"
"Kau orang berdua degil ya?"
"Ampun cikgu!"
"Ampun kami cikgu!!"
"Nahh! Pak! Pakkk! Pakkk!"
"Aduh ciku, Ampun! Saya tak buat lagi,"
"Saya pun begitu cikgu! Sumpah tak buat lagi!"

sambung siri 4

nurimanja49@gmail.com berkata...

Tangan: Kenapa rengan sangat kau merotan? Aku bukankah guru baru. Budak-budak ini juga tidak kenal lagi dengan aku. Ya Allah! Mana perginya ilmu psaikologi yang aku belajar selama ini? Hati: Kenapa kau tidak tahan sabar? Iaman: Kemana perginya kau? Mulut: cubalah mengucap sadikit. Berastakfarlah banyak-banyak. Tubuh: Kenapalah sejak tadi masih mengeletar?

"Duduk tempat! Jangan bising lagi!"
Tangan: Cepat tulis, apa yang hendak ditulis, nanti masa habis, pelajaran tidak dapat dimulakan. budak-budak akan ketawa pada aku, mereka akan mengejek, mereka akan berkata: Cikgu tak pandai mengajar. Kami tak faham. Cikgu suka marah. Cikgu suka pukul. Suka rotan. Kami tak suka cikgu. Kami semua tak berminat dengan cikgu!.

Tangan: Tulis cepat.
"Pok! Pak! Pok! Pak!"
"Wooo!!! Siapa lagi yang berani lempar kapur ini haa?"
Mulut: Kenapa kau memekek begitu kuat sekali?
"Salim cikgu!"
"Mustafa cikgu!"
"Johanis cikgu!"
"Mazlan cikgu!"
"Mastura cikgu!"
"Diammmmm!!!!!!"
"Ha ha ha ha ha ha ha ha ! Cikgu marah!"
"Diammmm! Saya kata diammmm!"
"Ha ha ha ha ha ha! Cikgu kita marah!"
"Diammmm! Emmmm . Emmmm..."
Mata; Kenapa kau cepat keluar airmata? Hati: Kenapa kau tak sabar lagi? Ohh! Tuhan kenapa aku perlu menangis?.
"Ha ha ha ha ha ha, Cikgu menangis!....."
"Dimmm! Emmm! Emmmmmm! Kamu semua ini, memang degil, degil laaa......."
"Ha ha ha ha ha ha Cikgu Jamilah tak malu menangis, menangis macam budak-budak, ha ha ha ha ....."

sambung siri 5

nurimanja49@gmail.com berkata...

Sialan, mereka mengejek aku, Tangan: Kenapa kau rengan sangat ini? Jejari pun mengapa mengemgam kuat rotan?
"Kamu semua, memang kurang ajar dengan cikgu! memang nak kena betul dengan cikgu. Nah! Nahh, nah ambil ini...!"
"Pelepak! Pelepok! Pelepak! Pelepok!"
"Aduhhh!"
"Aduh! Sakit cikgu!"
"Saya tak ketawa cikgu!"
"saya tak lempar kapur cikgu..."
"Saya pun tak lempar cikgu, kenapa pukul saya?"
"Cikgu tak patut!"
"Cikgu tak adil!"
"Cikgu tak patut!"
"Cikgu garang!"
"Cikgu cepat naik angin, cepat marahhhh!!"
"Cikgu tak mahu masuk lagi kelas kamu...."

Mulut: Kenapa kau kata begitu? Kaki: Kenapa kau cepat sangat melangkah meninggalkan kelas itu? Airmata: Kenapa kau sejak tadi bercucuran tak mahu berhenti? Diri: Bolehkah Bolehkah aku menjadi seorang pendidik jika seterusnya keadaan

Mama! Mujurlah segala-galanya tidak begitu. Mujurlah segala-galanya yang aku duga tidak berlaku. Malah cukup berlainan sekali dari apa yang aku andaikan di dalam benak hatiku Mama. Malah aku cukup cepat mesra di sini Mama. Guru-guru lama di sini memberi tunjuk ajar dan kerjasama padaku Mama. Aku cukup terhutang budi Mama.

sambung siri 6.

nurimanja49@gmail.com berkata...

Di sini juga aku menemui seorang guru muda yang cukup istimewa kurasakan mama. Dia sering memberi semangat seperti pensyarah-pensyarahku di maktab dulu Mama. Dan kini aku cukup bersemangat untuk menghadapi tugas sebagai seorang pendidik kecil di daerah pendalaman Mama.

Mama maafkan aku, jika melanggar pesan kau dahulu, sebenarnya aku telah dewasa, mama tentu tahu tentang hati seoarang anak rumaja seperti aku berusia dua puluh tiga tahun, kalaulah Mama mengerti. alangkah baiknya, aku yakin dan percaya Mama tidak akan marah.

Mama salahkan aku? Jika menerima perlawaan seorang guru muda yang bertugas sama sekolah denganku, bukan apa cuma sekadar minum bersama di kantin sekolah. Lagi pun bukan sekali dia mempelawai aku, sudah dua, tiga kali.aku menolaknya tentu dia terasa rendah hati.

Sebenarnya mama, pertemua itu tidak dirancang, cuma kebetulan aku bersama temanku dipelawanya minum, selepas aktiviti petang sukan sekolah. Tetapi temankulah yang lebih mengenalinya. Dari situlah Mama aku mula mengingatinya.

Dia merenungku, kemudian bertanya,
"Em sama dengan Sal?"
"Ya," Hati; Kenapa kau berdebar-debar? Mata: Kenapa kau takut melihat wajahnya?
"Minum apa?"
Mulut: Jawablah pertanyaanya, sebutlah apa air minuman yang menjadi kegemaranku.
"Sal, tolonglah sebut, kenapa pula diam," bisik hati kecilku.
Hati: kenapa berbisik saja?Tolonglah Sal, sebut saja, apa yang kau minum aku ikut saja. Mulut: Kenapa kau berat untuk menjawab pertanyaanya? Dada; Kenapa kau berdebar kencang? Ahh! Tolonglah berhenti. janganlah kau taku, dia bukan Jin atau Jemalang.

sambung siri 7

nurimanja49@gmail.com berkata...

"Minuman sejuk? Orenge boleh?"
"Boleh juga," Lidah: Kenapa kau berat sangat hendak mengatakan Boleh, Hati: hairan betul bagaimana dia tahu, air itu memang kegemaran aku? Diri; Oh! Apakah dia seorang lelaki yang aku cari, kerana dia mengetahu sesuatu kegemaranku?

"Kita makan mee goreng? Boleh?"
"Boleh juga,"
Mulut: Beratnya kau,
"Pesan dulu, saya ke tandas kejap!" kata cikgu Salmah,berlalu meninggalkan aku dan dia.
Hati: Cikgu Sal, kenapa kau pergi pula meninggalkan aku yang berdebar ini?
"Siapa nama cikgu sebenar dan berasal negeri mana?"
Diri: Mestikah kau berterus terang,dia bertanya nama dan asal negeriku, Mulut; Jawablah, jangan malu dan segan, jawab janganlah biarkan dia ternanti-nanti begitu lama.

"Saya Jamilah, berasal Serawak, kota Semerah."
"Emmm, Baik sekali nama itu, kalau dalam bahasa Arab, erti cantik, seperti orangnya juga."

"Ya Allah! Dia memuji namaku. Apa betulkah nama aku cantik? Hati; dan Diri; Kenapa kalian semua diam? Betulkah kata-kata dia itu, aku kurang yakin dan percaya, Mulut; pastikah kau mengaku?
"Terima kasih, Emmm, saya orang Serawak, tinggal Kota Semerahan,"
Hati; tanyalah pula dia berasal darimana, sudah berapa lam dia tinggal di sini.
"Oh! Kota Semerahan, saya pernah ke sana. Emm Saya dari Perak, sudah hampir lima tahun di bahagian ke enam ini."

sambung siri 8

nurimanja49@gmail.com berkata...

"Minuman sejuk? Orenge boleh?"
"Boleh juga," Lidah: Kenapa kau berat sangat hendak mengatakan Boleh, Hati: hairan betul bagaimana dia tahu, air itu memang kegemaran aku? Diri; Oh! Apakah dia seorang lelaki yang aku cari, kerana dia mengetahu sesuatu kegemaranku?

"Kita makan mee goreng? Boleh?"
"Boleh juga,"
Mulut: Beratnya kau,
"Pesan dulu, saya ke tandas kejap!" kata cikgu Salmah,berlalu meninggalkan aku dan dia.
Hati: Cikgu Sal, kenapa kau pergi pula meninggalkan aku yang berdebar ini?
"Siapa nama cikgu sebenar dan berasal negeri mana?"
Diri: Mestikah kau berterus terang,dia bertanya nama dan asal negeriku, Mulut; Jawablah, jangan malu dan segan, jawab janganlah biarkan dia ternanti-nanti begitu lama.

"Saya Jamilah, berasal Serawak, kota Semerah."
"Emmm, Baik sekali nama itu, kalau dalam bahasa Arab, erti cantik, seperti orangnya juga."

"Ya Allah! Dia memuji namaku. Apa betulkah nama aku cantik? Hati; dan Diri; Kenapa kalian semua diam? Betulkah kata-kata dia itu, aku kurang yakin dan percaya, Mulut; pastikah kau mengaku?
"Terima kasih, Emmm, saya orang Serawak, tinggal Kota Semerahan,"
Hati; tanyalah pula dia berasal darimana, sudah berapa lam dia tinggal di sini.
"Oh! Kota Semerahan, saya pernah ke sana. Emm Saya dari Perak, sudah hampir lima tahun di bahagian ke enam ini."

sambung siri 8

nurimanja49@gmail.com berkata...

Ahh! Anih belum pun aku bertanya dia sudah menjawab dan penerangannya sekali. bagai dia tahu sahaja, Ahh, anih.
"Bagaimana keadaan kelas?"
"Baik..."
"Cikgu mungkin berusia 25 tahun, pandai melukis, menyanyi dan menari?"
"Tak ada lah, sikit-sikit saja,"
Eh! Eh! Bagaimana dia tahu semua ini? Adakah dia mempunyai ilmu pirasad. Oh tajam sekali penglihatannya. malah dia membuat andaian yang tepat.

Makanan dan minuman sudah tersedia di hadapan.
"Silakan!" Dia mempelawa aku makan.
Perut; Kau sesungguhnya cukup lapar, tengah hari tadi tidak sempat makan, ahh capailah botol orenge itu, ambil gelas yang berisi ais batu itu, tuangkan segera, Ayuh! tangan, tarik pinggang mee goreng itu, angkat sudunya.

"Sila makan!" ulangnya lagi
"Sekejap, tunggu Salmah," Jawabku.
"Ohh! Hampir lupa saya, maaf, maafkan saya,"
Seketika cikgu salmah tercegat disisiku sambil tersenyum,sambil menghenyakkan pinggulnya di kerusi kayu.
"Ehh! Kenapa tak makan lagi? Makanlah,: kata cikgu Sal.
Dia membaca bismillah dan doa makan, kami mengaminkannya,
"Sila makan!"
sambungan siri 9

nurimanja49@gmail.com berkata...

Tangan; Cepatlah angkat sudu itu, dia mula makan itu, Bismillah hirrahman nirrahhim. Sal, kau mulalah dulu, nanti aku ikut, dia dah makan tu. Tekak; Kenapa pula kau rasa tersumbat? Bukankah ini semua makanan dan minuman yang menjadi kegemranku selama ini.

Ahh. Cikgu salmah pun sama , semacam tidak ada selerakah hendak makan atau pura-pura malu. Memangnya inilah kali pertama aku makan di katin sekolah bersama seorang guru muda yang tidak begitu aku kenali. Dan ini pun Cuma secara kebetulan sahaja, itupun diperkenalkan oleh cikgu Salmah temanku .

Itulah satu pertemuan yang telah aku lakukan Mama, sehingga kini masih kental bersemadi di sudut hati. Berdosakah aku Mama? Telah melanggar pesan dan kata-katamu dahulu; Jangan mudah menerima perlawaan orang yang tidak kita kenali.

Tetapi itulah yang telah aku lakukan Mama, Aku berharap Mama tidak marah. pertemuan yang aku lalukan itu Mama satu pertemuan yang ikhlas dan jujur, itu pun bukan aku berseorangan, aku ditemani bersama oleh cikgu salmah , juga teman sekuliah dengan aku Mama.

Mama, sebenarnya aku cukup berharap selepas latihan ini nanti, semoga aku dapat berkhidmat di daerah pendalaman. Biar pun daerah ini jauh dari kesebukan kota dan sukar perhubungannya, asalkan hatiku berasa senang bersama anak didikku yang dahagakan ilmu pengetahuan.

Mama aku cukup merasa senang aman dan damai di daerah ini, bersama kicauan beburung dan deruan ombak di pantai, semuanya bagai membisikkan sesuatu yang indah dalam hatiku. Mama mungkinkah dahu Mama juga pernah merasai apa yang telah aku rasai ini, sewaktu Mama dan Papa muda belia dahulu?

Dan paling aku merasai senang, bila guru muda yang mempelawa aku minum dan makan di kantin dahulu, adalah guru muda yang cukup istimewa yang mungkin dapat menawan hatiku. Maafkan aku Mama jika kau tidak bersetuju dan tidak mengerti akan perasaan hatiku ini.

Mama alangkah baiknya jika dia seperti papa dan aku seperti mama, lalu berjumpa dan bermesra. Ah alangkah indahnya, semoga tuhan suka melihat di antara dua hati anak muda berkasih sayang seperti burung merpati yang berpasangan.

Maafkan aku Mama jika membuat hatimu terguris lantaran mengenang kembali kisah silammu bersama papa dahulu. Itulah ceritaku Mama, diantara aku, Mama, tugas dan alam-alam yang aku lalui kini Mama. Sekian , sembah salam daripada anakmu JAMILAH.

S E L E S A I .
Oleh : Nurimanja Serawak. I979.