ROMPIN
PAHANG
Rompin Pahang,
Sesuatu yang tidak diduga
Parlimenmu kini kosong pula
Bila tragedi menyayat hati melanda
Maka hilangnya pemimpin pejuang
bangsa
Bersama enam rakan dan pengawal
peribadinya.
Rompin Pahang,
Kini di kawasanmu ada pemilihan
Beberapa parti berentap cari
pengaruh
Maka terserahlah kepada warga pengundi
Melaksana kan tanggung jawab
menentukan kedudukan
Dalam mencari pemimpin yang
berwibawa dan berakhlak mulia.
Oleh: Nuri Manja,
Catatan 20 April 2015. 5 ptg.
Ulang Siar kembali
10 ulasan:
Ulang siar kembali puisi Rompin Pahang . Bagi mengingati Allayarham
Yb Jamaludin Jarjis yang pergi tampa kembali lagi.
Dan esok juga PRK berlaku di kawasan Rompin. Kita berdoa agar pengantinya akan kekal menyambung segala tugas yang belum selesai.
Terutma anak orang Asli di kawasan rompin yang telah ramai menukar corak gaya hidup dinihari , hasil usaha dan keperihatianan setelah mendapat pendidikkan tinggi dari jasa Yb Jamaludin Jarjis.
Selamat turun mengudi esok hari buat warga pengundi bagi menentukan kerusi Di Rompin Pahang ini.
Rompin kawasan udang galah, Harap penduduk turun mengundi tentukan kedudukan jangan terus mengalah .
BICARA PUISI DALAM CERPEN CITRANURI
6.PERGINYA TIADA UMPAT CELA LAGI
Seorang yang kita sangka bahil dan kedekut
Belum tentu batinya walau pada zahirnya begitu
Ada cerita keikhlasannya yang tersembunyi
Jadi elaklah dari kata caci dan umpat nesta
Kerana orang yang kita kata itu lebih bahagia.
Seorang yang zahirnya semacam kejahilan
Belum tentu dalam hatinya juga nampak begitu
Kerana orang yang zuhud tidak menunjukkan
Amal makryupnya melainkan kerana Allah SWT.
Jadi jangan kita mudah menghukum sesaorang itu.
Oleh: Nuri Manja
20 April 2015 jam 11. Malam.
BICARA PUISI DALAM CERPEN CITRANURI
7.MUSNAH SATU PENANTIAN
Dalam hidup kita ini
Jangan terlalu mengharap
Pada sesuatu yang belum pasti
Terutama pada hati yang sentiasa berubah.
Kerana hati dan pantai
Lebih kurang sama sahaja
Setiap kali air bah pantai berubah
Itulah bicara resam dunia dalam kehidupan.
Oleh: Nurimanaja,
Catatan 3/4/2015
BICARA PUISI DALAM CERPEN CITRANURI
8.AKU, MAMA , TUGAS DAN ALAM-ALAM
Dalam hidup dan bekerjaya kita seharian
Biasanya ada hubung kait dengan alam sekeliling
Kasih sayang terhadap keluarga terutama ibu dan ayah
Kaum keluarga, rakan setugas, anak didik dan sebagainya
Bagi pendidik kecil di daerah pendalaman
Terlalu banyak cabaran dan rentangan dihadapinya
Tetapi demi cintakan bangsa perlu sadikit pengorbanan
Bagi memajukan hasrat celek minda rakyat kita satu Malaysia.
Oleh: Nuri manja
Catatan jam 5. Pagi Tanggal 12 April 2015.
BICARA PUISI DALAM CERPEN
9.AHH SHU NAIK ANGIN
Angin kemarahan
Jika tidak dapat dikawal
Pastinya merosakkan diri sendiri
Terutama pada hati, limpa dan sarap kita
Kemarahan yang melampau
Adalah daripada hasutan syaitan
Yang selalu memasuki urat darah kita
Maka terjadilah apa saja yang perlu dirasakan
Biasanya kemarahan ini
Jika terlalu sangat berlaku
Menjadikan orang lain menjauhkan diri
Tak kira siapa ? kita akan hilang segala-galanya.
Oleh; Nurimanja.
Catatan jam 5. Pagi Tanggal 12 April 2015.
BICARA PUISI DALAM CERPEN CITRANURI
10.SE BUAH MIMPI DIPETANG HARI
Tidur dan mimpi satu permainan fantasi
jasad berehat sedangkan roh masih berkeliaran
Kekadang mimpi ini ada juga kebenaranya
Orang tua-tua dahulu kala selalu berkata
Jangan tidur di petang hari pendek umur
Kerana kurang baik dan sadikit fadhilatnya
Kecuali badan kita terlalu letih bekerja
Tidurlah sadikit bagaikan lena-lena ayam
Orang jepun mengamalkan tidur sadikit
waktu tengah hari utk menghilangkan letih
Bagi menyambung semula kerja-kerja mereka
Setelah rasa segar dari budaya bangsa mereka.
Oleh: Nurimanja
Catatan jam 5. Pagi Tanggal 12 April 2015.
Catat Ulasan