Khamis, 1 Jun 2017

DUNIA TEMPAT BUANGAN SAHAJA




DUNIA TEMPAT BUANGAN SAHAJA

Telah pun kita ketahui
Adam di campakkan ke dunia fana
Disebabkan kesalahan melanggar perintah
Sedangkan syurga itu tempat yang aman dan damai
Kini dunia sebagai tempat penyeksaan dan hukuman sementara
Setelah ada keinsafan dan penyesalan baru kita di kembalikan semula ke syurga.

Jadi janganlah kita leka
Hidup di dunia ini cuma sementara
Menjadikan  dunia tempat bermain dan hiburan
Sedangkan kita dalam ujian menjalani hukuman kesalahan
Jika kita tidak ada keinsafan dan persediaan untuk kembali semula
Setelah dijemput kembali barulah kita tersedar dari mimpi dunia ini fatamargana.

Alam yang kekal akhirat
Di sini kita bagaikan pendatang saja
Untuk menjalani hukuman dan ujian penilaian
Sama ada kita di dunia ini hidup mewah atau sebaliknya
Semuanya adalah ujian Allah S.W.T untuk menilai kita layak ke mana?
Jika kita lupa lalai dan leka pastinya kita gagal untuk di tempatkan ke syurga Nya.

Oleh : Qalam Mutiara
Catatan jam7 .00  petang
Sabtu  Tanggal 4hb  Februari 2017.


Tiada ulasan: