Khamis, 8 April 2010

BILA TIBA KETIKANYA


Bila tiba waktunya;
adat alam
air pasang akan surut
tiap yang awal akan berakhir
tiap yang datang akan pergi
tiap yang baharu akan binasa
malam dan siang juga akan terhenti.

Siapa yang mahu menongkat langit
melihat matahari terus bersinar
melihat bulan terus beredar
dunia ini terus berpusingan
siang malam terus berlalu
dan bila tiba waktunya,
perjalanan kita juga akan berakhir.

Oleh; Nurimanja,
Telok Kumbar, 3.Mei 2004.

22 ulasan:

nurimanja berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
nurimanja berkata...

BAB 6 siri 1 BUDAK PONDOK OLEH: NURIMANJA PERAK

Di Sekolah Agama Rakyat Simpang Tiga aku belajar tidak lama sekadar Tahdirin Sani sahaja,di Sekolah Agama Rakyat Samsul Maarif Al Wataniah, Tanjung Piandang aku sambung ke kelas Abtidae awal, setahun belajar aku lompat kelas Abtidae Sales ,kemudian Shanawi Awal. Setahun kemudian aku lompat lagi kelas Shanawi Syales.
Di sekolah inilah aku sering saja jatuh sakit, deman, selsema , lelah, sakit kepala, mungkin aku diam di dalam sebuah pondok yang sempek udaranya kurang, disebabkan pondok didirikan lebeh kurang dua depa sebuah, Tepi parit taliair pondok Mat Asari, nomber dua pondok aku ,nomber tiga pondok Abdul Hajar Marzuki, empat pondok Abu Hamzah dan yang akhir sekali pondok Aziz Salim budak Lasa, Sungai Siput.

(Apa yang sedihnya, bila musim kait buah kelapa ada orang kampung yang wakaf pokok kelapa mereka kepada sekolah, ada pekerja buat kelapa kering, bila malam atau hujan, mereka sumbat dalam pondok aku, terpaksa tidur dengan kelapa kering yang belum masuk guni, berpikul pula itu,seksa aku.nak kata apa pekerja itu kata sekolah punya, aku diam saja.)

Jikalau aku sakit merekalah yang tolong aku, ambil air dan beli laut di kantin Man Pondan, Aku paling suka Bihun laksanya, kuah pekat, isi ikan banyak, tetapi aku tidak boleh makan belacan, bila makan mulalah berseng, kemudian kena selsema, dan dua tiga hari pula deman dan tidak pergi ke sekolah. Kerana paru-paru kembang, aku gesek bola (semput)

Dalam Shanawi Sales aku terpaksa belajar dua aliran Bahasa Arab dan Akademek, Guru aku Cekgu Omar Dan[PPM] pernah berkata pada kami, Tembaklah dua ekor burung dengan se ketul batu. aku selalu duk berfikir, apa benda itu? akhirnya aku dapat jawapan setelah aku tamat, Aku mendapat dua sijil, SRP dan Shanawi Syalis belajar dalam satu masa.

Waktu di pondok aku memang jarang keluar, sesekali saja ikut Aziz dan Hamzah berjoging, dari jalan Sungai Labu Atas Ke Sungai Labu Bawah, itu pun tak tamat , sebab aku semput, main badminton memang aku minat , walaupun penat Aziz dan Hamzah tak mudah mengalahkan aku, kecuali budak Hambali itu yang aku sering kalah, dia pandai main tepi net, dan hantaran jauh kebelakang , itu yang membuat aku penat, tak terkejar dibuatnya.

kini dia aku dengar dah jadi tentera. Baguslah brekhidmat untuk negara. Aziz pula jadi Polis Kawalan Khas sempadan di Sungai Siput, Hamzah pula jadi Tukang Kebun di SRK Ejok , Selama, Perak. Hajar kawin dengan orang Kampung Besar Bandar Baru Kedah, kerja sebagai Drever Lory. Mat Asari jadi Guru Agama di Berunai Darus Salam .
BERSAMBUNG ESOK…….

PENYAIR AGUNG berkata...

SAJAK IN BARU TIDAK BERBAUR POLITIK!SAJAK TENTANG KITARAB KEHIDUPAN KAN? SAJAK YANG MENARIK BAIT-BAIT YANG DISUSUN PUN LENGKAP DAN PADAT...

Telaga Buruk berkata...

sajak psl apa lagi ni??? adoi.. nnt letak sajak2 senang,...

Malik Wariya berkata...

x thu nk komen ape kt sajak? sbb x phm... hehehe

Ustaz Muda berkata...

cikgu nnt letak sajak psl lain plak? mcm sama je smua sajak2 cikgu? bau politik... maaaf cikgu...

Budak Baru berkata...

sajak2 en nuri mmg menarik semua tp tu la susah nk phm.. hehehe

Bumi Hijau berkata...

en nuri slalu sakit ker?? mkn x pantang ni....

Bintang Kejora berkata...

eh! en nuri skola pondok??? yg ustaz abdul sani tu kwn en nuri ke yg kena kaco dgn hantu tu....

Muhamad Akmal berkata...

eh! dorg curi buah kelapa ker??? hmm.... nape en nuri x tegur???

Madah Pujangga berkata...

dorg wakaf pokok kelapa kt skola ker??? pelik mcm mne tu x phm la...

Petualang Tiga berkata...

en nuri x boleh mkn laksa! rugi tu sedap laksa tu... hehe

Kopi Susu berkata...

wah! tembak 2 ekor burung dgn sebiji batu? pandai dia buat bidalan...

Ezad Emir berkata...

wah! pandai dia buat kiasan sebiji batu 2 ekor burung?? mcm sambil menyelam minum air....

Badrol Shah berkata...

eh! smua kwn2 en nuri ikut haluan masing2? en nuri msih contact meraka lagi ker?

Syed Al Ghozali berkata...

la.. sian dorg asyik kalah dgn en nuri? hahaha tp en nuri x teruskan ke main bdminton lagi???

Teratai Mekar berkata...

smua kwn2 en nuri mcm2 kerja? wah! en nuri x jmpa dorg lagi ker?

Debunga Wangi berkata...

mula2 x phm sgt la ape benda darjah2 en nuri belaja sbb smua bhasa arab? hehehehe

Golok Buta berkata...

wah! baik kwn2 en nuri dorg slalu beli mkn masa en nuri sakit... bertuah dpt kwn yg baik bukan mcm saya? keje x siap sorg pun xnk tolong adoi...

Syed Al Ghozali berkata...

JAHILKAH AKU SAUDARA


Jahilkah aku saudara,
Bila aku bukan sedarah,
Bila aku bukan seada,
Bila aku bukan searah??!

Jahilkah aku saudara,
Bila katamu tidak kucara,
Bila katamu tidak kurasa,
Bila katamu tidak kuenga??!

Jahilkah aku, Jahilkah aku wahai saudara,
Jahilkah aku hanya bicara,
Jahilkah aku wahai buana,
Jahilkah aku hanya bitara??!

ohh.. Mudahnya engkau mengata,
Mudah sungguh engkau mengira,
Salahkah aku hanya ingin berbeza,
Salahkah aku wahai saudara???!


Syed Al Ghozali
yan,kedah
3ptg

Qalam Mutiara berkata...

ULASAN

Sajak Syed Al Ghozali yan kedah, bertajuk; Jahilkah Aku Saudara?
Pengucapannya bagai mahu bertanya sesuatu yang tidak kena, apa yang telah dilakukan? Sebenarnya anda bebas bersuara dan punya hati untuk membuat perhitungan kepada
sesiapa yang anda sukai, Apa yang perlu kita ingat, bukan perjalanan ini tamat di dunia ini. Di sebalik tirai yang belum tersingkap, jika ramai orang berkata salah dan
mungkar bagaimana mungkin untuk selamat di hari akhirat?

nurimanja berkata...

Harap maaf, jwa perasa ini agak naik panas skit bila tembelang banyak pecah, jadi apa yang drasa da nak bercerita,lantas terbawa-bawa dengan
sahabat CR sendiri banyak hantar sajak-sajak berbau poltik angin panas
itu pun agaknya terikut sama.

Buat masa ini saya minta maaf, sajak
lama yang terdelet dulu 270, cuma 100
sampai 150 dapat balik ,setengannya
ghaib x jumpa lagi...