Ahad, 25 April 2010

BILA AKU BERADA DI HUJUNG DUNIA


Begitulah keadaanya,
bila terlalu jauh mengambara
merentas hutan onak duri belantara,
hidup mendaki gunung bukit lurah dan paya
berbagai kerenah keanihan tidak pernahaku lihat
bagai tidak ada sutupun yang ada di benak manusia,

Tiba-tiba kembaraku,
langkah ini terpaksa terhenti
bagaikan perjalananku telah habis,
aku berada di tempat tinggi di tepi tebing
pada paras dada awan di bawah pepohonan hijau
bagai tiada lagi tempat yang kakiku boleh melangkah,

Perjalanaku terhenti,
aku terdengar suara berkata
kau telah sampai di hujung dunia,
terasa gusar gundah dan cemas melihatnya
segera aku berundur  meninggalkan tempat ngeri
sebenarnya itulah sebuah mempi yang anih aku alami,

Oleh : Nurimanja,
catatan dalam mimpi ngeri,
lupa tarikh malam dan hari,  tahun 2009

7 ulasan:

nurimanja berkata...

2. NAMPAK KEDEKUT HATI DERMAWAN.



Ada dua orang hamba Allah pengutip derma untuk bina masjid,datang ke sebuah rumah seorang Pak haji di kampong Hulu Langat Kelang,dengan senang hati Pak haji menjemput mereka masuk.

Semasa mereka hendak mengeluarkan buku pungutan derma itu, mereka melihat Pak Haji mengeluarkan se kotak rokok, dan di hulurkan seorang se batang, bila seorang daripa mereka hendak mengambil mancis api di atas meja Pak Haji menghalangnya,lalu diberinya api daripada puting rokok yang sedang dihisapnya.

Kedua pengutip derma masjid itu pun terkejut, dan berkata di dalam
hatinya, pasti Pak Haji ini seorang yang kedekut, lalu mereka meminta diri. Lantas Pak Haji bertanya kedatang mereka, Setelah diceritakan tujuan mereka, Pak Haji
Tersenyum mesra, lantas dia segera mengeluarkan sekeping wang tunai seratus ringgit Malaysia.


Saya tak suka membazir, kalau hendak derma , bila-bila masa saja boleh,Insyak Allah . kata Pak Haji sambil tersenyum .Sewaktu seorang daripadanya hendak menulis nama untuk mengeluarkan resit,Pak haji kata , tulis saja Hamba Allah. Kedua pengutip derma itu pun berundur,setelah member salam , kemudian terasa malu di dalam hati,kerana tersalah sangkaan mereka.

Tamat.
Dicerita semula secara bebas.

Sulaiman Embong berkata...

LAJUNYA

seharian kini bagaikan sekejap
tahun yang lepas sudah bertangkup
kini kita sedang dalam perjalanan
gear 3 baru sahaja di masukkan

adakah jam kita semakin pantas
masa kita bagaikan di cantas
sedar tak sedar waktu hampir senja
sedangkan baru tadi pagi menjelma

tidur malam baru nak lena
tiba tiba azan bergema
adakah hanya aku sahaja yang merasa
seperti aku di planet yang berbeza

semuanya semakin laju
kereta motor jet bagaikan peluru
tapi kita masih lagi ketinggalan
ya..semakin jauh ketinggalan


Sulaiman Embong
Terangganu
11mlm

Lagenda Pulau berkata...

jangan pandang org dr luaran sahaja x semestnya kedekut dia x derma banyak wang...

Capricorn berkata...

cerita pengajaran ni ape2pun jgn menilai org terburu2...

Nakhoda Belantara berkata...

ape2pun jgn menilai org melalui luaran... tgk kan dh malu dia siap derma byk tu!!!

Qalam Mutiara berkata...

ULASAN

Penyair Agung, sajak yang menarik, mencari jalan leluhur, mengajak lakukan makrup jauhkanlah nahi mungkar, kerana sejarah akan menila kehidupan kita di akhir zaman. Dan bersyukurlah apa yang kita nemati kini,berusaha untuk hidup yang perlu kita hadapi. Saolah bagai mahu hidup seribu tahun lagi, dan buat ibadat seolah bagai mahu mati esok hari, tidak perlulah buat kacau bilau dalam hidup yang sedikit ini.

Qalam Mutiara berkata...

ULASAN


Sulaimana Embong dengan sajak berkepalakan LAJUNYA. …
Bermaksud masa yang datang terlalu pantas dalam kehidupan sesaorang itu. Allah juga banyak bersumpah dalam Al Quran demi masa, demi waktu dhuha,demi waktu malam, demi waktu fajar, dan demi matahari, semuanya telah pun memberi satu peringatan kepada kita semua, beruntunglah orang beriman dan orang yang mengingatinya, agar tidak diperbodohkan atau terpedaya dengan bujukkan masa, kerana ada ayat peringatan; Dan Demi masa sesungguhnya manusia itu sentiasa dalam kerugian. Kecuali... Rujuk Ayat al Quran surah al assary