Ahad, 25 April 2010

APAKAH JADAHNYA?

- renungan anakmuda-

Apakah jadahnya!
manusia yang terlebih ajar,
belum dapat memerentah negara
sudah berani mencabar insitusi raja.

Apakah jadahnya!
lidah yang suka putar belit,
umpama hidup ini tiada bertuhan
bagaikan sebuah negara tidak beraja.

Apakah jadahnya!
bila digelar yang berhormat,
kini tidak ada ciri untuk dihormati
perlukah kita kekalkan duduk dikerusi.

Apakah jadahnya!
hidup jadi pengkianat negara,
melukai hati anak jendarasi muda
mencatat sejarah memalukan bangsa.

Oleh : Nurimanja,
Catatan cerita menjijikan,
Pelihanraya kecil hulu Selangor.
Rasa sedih jika ada orang bergini 25/04/2010

17 ulasan:

Nurimanja berkata...

CERPEN ANAK PEREMPUAN SIMPANAN OLEH : NURIMANJA. SIRI 3


Abang muda baik hati selalu saja belanja Man , aiskerem, kacang goreng, coklat,atau pun asam katuk, jika ada penjaja yang datang melewati taman permainan kanak-kanak itu.Kemudian Abang Muda akan makan bersama Man.


Kawan-kawan Man, seperti Matnor, Ali, Usof, Nora, Yanti, dan Meri, semuanya malu dengan abang Muda, bila mereka tenguk abang Muda mereka pun pergi main jauh-jauh.
Tetapi Man tidak pula rasa malu, malah Man terasa cukup mesra pula dengan abang muda.


Kawan-kawan Man semuanya telah bersekolah di Tabika, tetapi Man tidak, Mama Man tidak beri, Man pun terpaksa main seorang diri, Sejak Man bertemu dengan abang Muda barulah hati Man terasa gembira dapat bermain lama sadikit.


Walaupun Man tidak tahu siapa Abang Muda, tetapi Man yakin mungkin Abang Muda tinggal di sekitar kawasan perumahan ini. Tetapi Man memang tidak tahu di mana.


Bila Man tiba di bangku panjang di bawah pokok rambutan tua rendang dan daun-daunya yang jarang itu, Man dapati kosong, hati Man mulai rasa hampa, Setahu Man bila saja
petang-petang begini tentu ada abang muda membaca akhbar di bangku panjang itu, Man rasa cukup kecewa, Man ambil keputusan untuk menunggu saja di situ.


Mungkin abang Muda belum datang lagi, sementara itu Man duduk di atas bangku panjang seorang diri, kakinya terjuntai ke bawah, sambil Man menghayung-hayungkannya, matanya memerhati ke kiri dan ke kanan. Kalau-kalau ada abang Muda yang datang.


Sewaktu Man datang tadi, man telah berjanji dengan kawan-kawannya, selepas Abang Muda pulang, Man akan memberi makanan, seperti kacang goreng, asam katuk, coklat dan lain-lain jika ada yang lebih itu kepada kawan-kawannya,


Hati Man menjadi resah, Abang muda tidak juga datang, apa yang mesti diberi kepada Kawan-kawannya nanti, Man bercadang untuk menunggu sadikit masa saja lagi, mungkin Abang Muda agak terlewat, mata hari pun kian menurun di kaki langit, hati Man bertambah kacau.

BERSAMBUNG.

Sheikh Al Habib berkata...

ENGKAULAH RAJA DRAMA

engkaulah king
di sisimu adalah queen
engkaulah raja
permainan ini engkau yang punya

engkaulah tangan yang di atas
menggerakkan boneka yang di bawah
kadangkala tali itu tersimpul
kadangkala lidahmu tersasul

di depanmu itu askar upahan
di ikat bagai anjing kelaparan
menjadi perisai pertahankan diri
ada kala memakan diri sendiri

engkau menunggang kambing hitam
angkat sembahmu kepada raja katak
demi memusnahkan lawan
kau sanggup korbankan kawan

engkaulah raja drama yang sebenar
lidahmu bercabang lima
topengmu persisi muka pendekar
sepuluh katamu tiada satupun benar


Sheikh Al Habib
ketika pemimpin Pas
berceramah di masjid ana

Golok Buta berkata...

cerpen ni boleh tahan jgk tp mne biography en nuri???

Julia berkata...

abg muda mati excident ape?? lambat sgt balik??

Seri Suri berkata...

sapa abg muda ni?? misteri plak...

Budak Rap berkata...

aku suka lagi cerita biography en nuri....

Brader Joe berkata...

abg muda ni ada hubungan sulit dgn mak man ni ape????

Ali Conan berkata...

cerpen ni misteri plak? sapa abg muda?

Faisal Syafie berkata...

sapa abg man?? pelik hantu ape???

Sharifah berkata...

mne biograpy en nuri x kn dh hbis???

Olie Pajutdy berkata...

abg muda ni bapak sebenar man ape????

gelora maya berkata...

harap2 dorg pilih calon yg betol di hulu selangor...

Pedang Kesatria berkata...

sajak politik plak kali ni? hehe

Lukiee berkata...

ape kejadanya? hehe mmg org pembangkang patut baca...

Tengku Anita berkata...

tjuk mcm marah je en nuri? apa kejadanya plak? hehe

Mega Sutra berkata...

sajak politik di selgor?? semoga BN menang!!! hidup kamalachandaran eh! betol ke nama calon BN tu kamalacahandran? aku pun x pasti...

Qalam Mutiara berkata...

ULASAN

Sajak ENGKAULAH RAJA DRAMA – rengkasnya dalang dlm petualang.
Sheikh Al Habib sudah bertahun jadi warga Malaysia, Syabas! Anta khawinorang melizia, Anta sudah banyak makan budu, cencalok atau belacan, kernaanta sudah kenal semua budaya orang melayu.biasanya Sajak-sajak anta tajam jua sinis
buat antum yang mengerti.Benar lagaknya hidup ini bagai dam atau catur, jika suka mengarah orang lain, sesekali tersalah arah, diri sendiri pula yang kian parah.